PEMUDA

Sesungguhnya sesuatu fikrah tu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang mempunyai keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan.

Ahlan Ya Ramadhan

Semoga Ramadhan tahun ni menjanjikan taqwa sebagai matlamat kita!

PEMBINA UKM mengucapkan Salam Maal Hijrah. Perubahan bermula dengan diri kita. Ayuh berubah! Jangan bertangguh lagi!

My Gathering kini tiba! Eksklusif untuk muslimah sahaja. Ya, kem yang penuh dengan aktiviti menyeronokkan, hanya kita-kita sahaja! Daftar segera sebelum 11 December 2012!

JOM SERTAI KAMI!

Meneraju arus mahasiswa.

Imam Hasan Al-Banna

Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan tersergam indah.

JOM! USRAH

Usrah memainkan peranan penting untuk membentuk satu individu mengikut acuan islam sebenar. Selain itu, potensi dapat dibangunkan melalui usrah. Ingin sertai usrah? Hubungi Amirul (0136706079).

Tuesday 18 September 2012

Dunia dimanfaatkan untuk Keselamatan Akhirat


Hadis ke 40:
MEMANFAATKAN DUNIA UNTUK KESELAMATAN DI AKHIRAT
Diriwayatkan dari Ibnu Umar RA, ia berkata: Rasulullah SAW memegang bahuku lalu baginda bersabda: “ Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau orang yang melewati sebuah jalan (musafir).” Selanjutnya Ibnu Umar RA berkata: “ Bila engkau berada pada petang hari, maka janganlah menunggu datangnya pagi hari dan bila engkau berada pada pagi hari maka janganlah menunggu datangnya petang hari. Manfaatkan waktu sihatmu untuk sakitmu dan waktu hidupmu untuk matimu.” (HR: Bukhari)
Berkaitan dengan hadis ini, terdapat beberapa intisari yang dapat dikenal pasti antaranya:
·         Pemberian nasihat dan petunjuk kepada kebaikan.
·         Berbicara dengan seorang tetapi ia berlaku untuk umum, di mana semua umat berhak atas nasihat ini.
·         Anjuran supaya meninggalkan dunia dan hidup zuhud.
·         Persiapan sebelum mati dan takut akan saat datangnya kematian pada waktu malam atau siang hari.
·         Bersegera mengerjakan amal soleh dan menggunakan kesempatan waktu yang ada sebelum datangnya penyakit atau kematian.
·         Dalam hadis ini, Nabi SAW memegang bahu Ibnu Umar, mengandungi pelajaran bahawa guru mengingatkan murid dengan meletakkan tangannya pada salah satu anggota badan murid seperti bahu misalnya agar lebih berkesan kepada jiwa murid dan mereka akan mendengarkannya dengan penuh perhatian.

Tafsir Hadis:
·         Nabi SAW berwasiat kepada kita bahawa hendaklah manusia di dunia ini menjadi seperti orang asing atau musafir yang tidak menyukai tinggal menetap di sesebuah negeri bukan negerinya sendiri. Nabi SAW membuat perumpamaan yang menarik bagi orang yang berakal ini agar hatinya tidak tertambat dan cenderung kepada kehidupan dunia, kecuali sekadar yang diperlukan selama dalam perjalanan sebagai seorang musafir atau perantauan di negeri orang.

Allah SWT juga banyak menyebut di dalam al-Quran mengenai kecintaan manusia kepada dunia, antaranya di dalam surah Ali-Imran ayat ke 14, yang bermaksud “ Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan iaitu berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang berbentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.” Selain itu, Allah juga ada menyebut dalam surah al-Ankabut ayat 64, yang bermaksud “ Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui.



NURUL HAJJAR BINTI ATAN (Ukhti Ansarullah)
Komunikasi dan Dasar Awam
Universiti Kebangsaan Malaysia

poster promo ikhwah
picture hosting