BANGI, 13 Okt – Usrah umum yang
membawa tajuk “Sembang Sentap : Cinta Islamik, wujudkah Ia?” telah menarik
minat mahasiswa mahasiswi untuk mendengar ilmu yang disampaikan oleh Ustaz
Adnin Roslan, Pengasas Laman Tarbiyyah Sentap di laman sosial Facebook yang
terkenal dengan ayat-ayat tarbiyyah yang dapat menyentap akar hati.
Antara isi kandungan usrah umum yang diadakan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan adalah mengenai ikhtilat iaitu pencampuran antara lelaki dan perempuan. Menurut Ustaz Adnin Roslan, beliau menyatakan hukum asal ikhtilat adalah haram tetapi menjadi harus dalam beberapa perkara. Penting untuk memahami hukum asal sesuatu perkara, kerana ia akan menentukan tindak tanduk yang akan dilakukan.
Memetik kata-kata beliau, “Ukhuwah yang sebenar ialah ukhuwah yang dapat mendorong kebangkitan agama Islam. Walaupun ada ukhuwah antara lelaki dan perempuan, ukhuwah itu tidak mendapat redha dari Allah SWT.”
Manakala berkenaan dengan gejala memuatnaik gambar selfie yang sedang menular di laman-laman sosial, beliau mengulas, "Kenapa perempuan suka dan selalu memuatnaik gambar Facebook atau dimana-mana rangkaian sosial?” "Sebab lelaki suka like gambar perempuan!" Itu adalah antara ayat sentapan yang menggegarkan seluruh dewan yang dipenuhi dengan hadirin seramai 170 orang. Hakikatnya perkara ini adalah benar dan sebagai perempuan seharusnya bijak menjaga maruah diri masing-masing.
Usrah umum kali ini mendapat sambutan hangat dek kerana isu yang dibawa telah menarik para mahasiswa. “Cinta Islamik, wujudkah ia?” Tepuk dada tanya Iman. Usrah umum ini adalah satu daripada program yang ditawarkan dalam pakej Tarbiyah oleh PEMBINA UKM.
Wartawan PEMBINA UKM.
0 comments:
Post a Comment