Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Thursday, 20 February 2014
Minda Liberal Perosak pemikiran Belia
Terkejut apabila seorang sahabat
memberikan link artikel yang bertajuk ‘Liberalisme, Pluralisme anak muda
semakin melebar’. Kemudian terpampang pula wajah anak muda yang diketengahkan
iaitu Khalid Ismath dan Adam Adli. Apa yang bermain difikiran saya ketika itu,
mereka ini adalah anak muda yang sangat berani. Berani melontarkan ideologi
liberal yang merosakkan. Di sini tiada keraguan yang ingin saya katakan tentang
Khalid Ismath yang terang-terangan mengaku dirinya sebagai pengikut ajaran
sesat Syiah. Manakala Adam Adli yang menjadi anak muda sanjungan parti
pembangkang Pakatan Rakyat yang sering mengungkapkan kata-kata yang berbaur
hasutan.
Malaysia Gazzate telah
menemuramah kedua anak muda ini tentang pandangan mereka terhadap Hak Asasi Manusia
dan perlunya agama lain diberi
kebebasan menyebarkan agama masing-masing. Apa jawapan mereka? Sila baca di
link ini, http://malaysiagazette.com/nasional/liberalisme-pluralisme-anak-muda-semakin-melebar#ixzz2tq1T5dY0
Saya
menulis bukanlah untuk mengulang kembali jawapan-jawapan yang dikatakan ‘minda terbuka’
oleh mereka akan tetapi tujuan saya adalah untuk membangkitkan suara anak muda
Islam yang menolak ideologi dan fahaman liberal yang dicanang-canangkan oleh
mereka berdua. Sungguh tidak adil sekiranya hanya golongan seperti mereka
sahaja yang menyuarakan pendapat sebegitu. Walhal ramai yang sedia maklum, apa
yang dibawa dan diperkenalkan oleh mereka hanyalah sebuah ideologi kotor yang jelas cuba mengaburi pemikiran cetek anak-anak
muda masa kini.
Mengulas sedikit fahaman dan
pendapat yang disuarakan Khalid Ismath iaitu mengapa harus dirisaukan masalah
murtad jika meyakini Islam adalah agama yang benar. Biar saya meletakkan
analogi seperti ini, mengapa kita mengangkat pakaian bila awan sudah mendung
sedangkan kita tahu yang matahari akan muncul, Tuhan akan keluarkan kepanasan
agar pakaian itu kering kembali. Apa yang boleh saya katakan di sini ialah,
sikap percaya pada Islam itu sesuatu yang baik, tapi ini bukan bererti yang
kita boleh menutup mata membiarkan masalah yang mengecam nasib Islam,
memurtadkan penganutnya, dibiarkan begitu saja. Allah menyuruh hamba-Nya
berusaha untuk menegakkan kalimah-Nya, mempertahankan agama-Nya. Bukan sekadar
berdakwah tetapi apabila ummat dalam kemelut dilema untuk dimurtadkan kita
hanya biarkan saja. Tiada usaha di situ. Ibarat kita membawa harta yang banyak
tetapi beg yang kita bawa itu terkoyak. Dan kita hanya membiarkan saja kerana
yakin pada takdir yang kita masih ada rezeki. Tidakkah itu kerja yang sia-sia?
Menyampaikan dakwah tetapi tidak mempertahankan agama. Jika Khalid Ismath
mendakwa orang yang cuba mempertahankan Islam daripada dimurtadkan dengan
memerangi dakyah kristian sebagai takut pada bayang-bayang sendiri.
Seterusnya, beliau juga menyebut
tentang hak kesamarataan di mana agama lain juga mempunyai hak untuk berdakwah,
saya tidak mahu mengulas lanjut tentang hal ini. Tetapi izinkan saya meletakkan
soalan ini untuk pembaca fikirkan. Apakah yang telah kita lakukan untuk
mengekang masalah dakyah kristian yang memurtadkan ummat Islam dengan wang
ringgit, penulisan dan pujukan? Adakah dengan bersangka baik dan teruskan
dengan dakwah itu sahaja mencukupi? Apa yang akan kita jawab pada Tuhan satu
hari nanti bila ditanya tentang usaha kita mengekang masalah ini? Silakan jawab
wahai pembaca budiman. Adakah berbaloi membiarkan begitu sahaja hanya dengan
pegangan yang semua manusia ada hak yang sama rata untuk menyebarkan agama
masing-masing, seperti perjuangan hak kesamarataan yang dilaung-laungkan oleh dua
anak muda ini?
Sama-sama kita fikirkan.
Sebagai belia yang berilmu dan
inteletual, kita hendaklah mendalami dan memahami setiap inci percakapan yang
diutarakan oleh golongan liberal seperti ini. Benar, kita harus berfikiran
terbuka dan mempelbagaikan cara dalam berdakwah akan tetapi bukan dengan cara
memutar-belitkan fakta dan memanipulasikan kisah-kisah Rasulullah untuk hujahan
umum.
Islam itu adalah agama yang benar
dan tiada agama yang diterima di sisi Allah melainkan Islam seperti mana yang
telah dirakamkan di dalam al-Quran, surah ali-Imran ayat 19, firman Allah SWT, yang
bermaksud, “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai)
di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan
Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya)
melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang
kebenarannya (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada
dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat
keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.”
Sabrina Zaifulizan & Nurul Hajjar Atan
Aktivis PEMBINA Bangi
Monday, 13 January 2014
Fahaman Feminisme Melanggar Acuan Syariat
Wanita masih keliru, mana yang benar dan mana yang palsu.
Sifat ingin memimpin dan menjadi penguasa dunia semakin membuak-buak di dalam
kalbu sehingga sanggup menggadaikan pegangan yang menjadi bekalan sejak 1400
tahun dahulu lagi. Dewasa ini, wanita berlumba-lumba mengejar pangkat dan
harta. Wanita bersengkang mata berusaha menjadi lebih hebat daripada lelaki dan
wanita bersungguh-sungguh ingin mencapai kuasa yang setaraf dengan lelaki.
Apakah itu salah di sisi syariat Islam?
Telah banyak hal ini diperbincangkan bahkan menjadi
perdebatan antara ahli akademik dan agamawan tentang peranan dan tanggungjawab
sebenar seorang wanita Islam. Rentetan sejarah mencatatkan ketinggian wanita
itu diangkat oleh Islam daripada kemelut jahiliyah yang menghitam. Wanita
ketika zaman jahiliyah sungguh hina, jijik dan dituduh pembawa bala kematian
kepada keluarga. Namun apabila cahaya Islam datang, wanita Islam menjadi mulia
dan diangkat martabatnya setara dengan lelaki. Kesetaraan apakah yang diangkat
oleh Islam terhadap wanita dengan lelaki? Di dalam al-Quran sendiri, Allah
telah mengkhususkan satu surah khas untuk kaum wanita iaitu Surah an-Nisa.
Allah juga mencatatkan di dalam al-Quran tentang keserataan pahala dan amalan yang
diberikan kepada wanita sama seperti lelaki iaitu, pahala membuat amal kebajikan,
berdakwah, menuntut ilmu dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, apa yang menyedihkan hari ini, wanita
semakin hilang rasa malu, wanita semakin hilang rasa izzah (bangga)
dengan ketinggian mereka yang diangkat oleh Islam. Setiap inci hukum syariat
dipertikaikan oleh mereka sehingga seolah-olah Islam sudah tidak adil lagi.
Acuan fahaman liberal yang sedang diseludup masuk oleh barat ke dalam pemikiran
wanita semakin membatasi ketinggian syariat. Bahkan hal ini telah menjadi normalisasi
dalam masyarakat. Hukum menutup aurat dibahaskan, hukum mentaati suami
diperdebatkan, dan hak memiliki harta menjadi untaian pertikaian. Apakah ini
suatu perkara yang ‘normal’ pada pemikiran wanita Islam yang sebenar?
Barat, telah membawa fahaman liberalisme dengan menjadikan feminisme
sebagai alat pertikaian. Sedikit rentetan sejarah tentang liberal feminism bermula dari kurun ke 19 lagi, Elizabeth Cady
Stanton antara feminist yang sungguh aktif memperjuangkan feminisme dari
segi pendidikan dan hak-hak wanita yang sangat tidak adil ketika itu. Kemudian
pada kurun ke 20 pula, di Amerika Syarikat, Betty Friedan antara pejuang feminisme
moden yang kental dalam memperjuangkan hak wanita bekerja. Friedan menjadi
pencetus kepada pemikiran feminisme moden kerana dia merasakan wanita yang
telah berkahwin dan bekerja sangat terbeban dengan tanggungjawab untuk menjaga
anak dan sebagainya, sedangkan lelaki tidak menanggung beban sebanyak itu.
Selain itu, Friedan juga tidak bersetuju dengan John Stuart Mill yang mengatakan,
wanita sepatutnya memilih untuk bekerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa. Pada
pandangan Friedan, hal itu sungguh tidak adil bagi wanita. (Sumber: Women in Feminism and politics; New Directions Towards Islamization)
Belajar daripada sejarah. Itu ungkapan yang acapkali
dilafazkan akan tetapi sejauh mana kita melihat ia sebagai pengajaran yang
harus diambil iktibar. Ya, sejarah itu adalah sejarah dari barat. Tetapi adakah
kita sedar bahawa sejarah feminisme yang berlaku di Amerika Syarikat pada kurun
ke 20 itu telah berlaku di negara kita hari ini, bahkan lebih buruk lagi?
Pergerakan feminisme Malaysia yang hangat memperjuangkan feminisme hari ini
adalah Sister In Islam (www.sisterinislam.org.my)
yang cuba bertopengkan dengan menggunakan nama Islam tetapi dasar pemikiran
mereka adalah acuan barat bukan Syariat. Sedarkah kita, Sister In Islam yang
berjuang dengan membawa nama Islam tetapi pejuang-pejuangnya adalah
wanita-wanita yang tidak mengamalkan amar maaruf nahi mungkar. Ayat-ayat
al-Quran diputar-belitkan dengan menggunakan logik akal dan hukum Islam
dijadikan bahan sendaan.
Baru-baru ini, berkenaan isu COMANGO (gabungan NGO-NGO)
Sister In Islam telah menjadi salah sebuah NGO yang terlibat dalam
menandatangani UPR oleh Majlis Hak
Asasi Manusia PBB berkenaan dengan Hak Asasi Manusia yang perlu dituntut
di dalam sesebuah negara. Apa yang menyedihkan antara tuntutan hak asasi itu adalah
secara terang-terangan bertentangan dengan Islam seperti kebebasan murtad, menghalalkan
seks songsang, membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada kristian dan banyak
lagi. Apakah ini masih belum jelas dengan agenda yang sedang dibawa untuk
merosakkan Islam?
Ini
bukan suatu tuduhan. Bukan juga satu stereotaip yang melampau terhadap golongan
ini, akan tetapi apa yang harus kita lakukan adalah cakna dan mengambil tahu
serta memahami fahaman feminisme yang sedang menyerang pemikiran kita hari ini.
Apakah cukup hanya tahu dan cakna? Sudah tentu tidak, tugas kita adalah dengan
menyampaikannya kepada orang lain supaya penyebaran maklumat yang bercanggah
dengan syariat Islam diketahui umum. Isu ummat wajib digembar-gemburkan kerana
kita tidak mahu saudara kita yang terlepas pandang tentang isu ini
terkontang-kanting di dalam arus kejahilan. Usah biarkan jiwa dan minda kita
menjadi selari dengan pegangan mereka tetapi selarikan diri kita dengan perisai
syariat supaya dapat menepis fahaman-fahaman seumpama ini.
Wallahu
alam
Nurul Hajjar Binti Atan
Aktivis PEMBINA
Team Media PEMBINA UKM
Monday, 4 November 2013
HIJRAH, INILAH MASANYA!
Dunia hari ini menyaksikan pertembungan yang amat dahsyat dan kritikal dalam sejarah peradaban ketamadunan sesebuah generasi. Baik dari sudut akidah, ibadah dan akhlak yang tidak pernah luput lebih-lebih lagi aspek jenayah.
Jika
hari ini kita melihat hanya disebabkan perbezaan satu hari pada awal Muharram menjadikan
kita bertelagah, usah cerita bagaimana mahu mendepani krisis seperti yang
berlaku di negara luar seperti bumi Palestin, Syria, Mesir dan sebagainya.
Jika
hari ini kita menyaksikan PRK Dun Sg. Limau mahupun PRK di kampus universiti,
hanya disebabkan perbezaan fahaman parti akhirnya kita disibukkan dengan
kelalaian percakaran lantas terabai isu addin ini. Itu yang menjadikan para
mahasiswa terkinja-kinja mencedok dan meniru gaya sampah ini.
Jika
hari ini kita dihidangkan dengan pelbagai rasa gula-gula di seluruh jaringan
media sosial, ianya cukup membuatkan para musuh agama kita bertepuk tangan
bergembira.
Jadi
apa lagi sebenarnya yang kita mahu? Semuanya telah kita turuti dek kerambangan
mata kita untuk memilih mana yang hak mana yang tidak. Mahasiswa hari ini lesu.
Saya tidak nampak ke mana hala tuju mereka kepada negara selepas ini.
Huh!
Justeru,
bersempena dengan hari yang mulia dalam bulan yang mulia ini, kami dari
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UKM menyeru seluruh mahasiswa sama ada
di dalam mahupun di luar negara agar sama-sama kita menyambut baik kehadiran
tahun baru dalam Hijrah ini sebagai batu loncatan kepada amal kehidupan harian
kita.
Letakkan
matlamat dan azam pada tahun baru ini untuk menjadi 1000 kali lebih jauh kehadapan
berbanding sebelum ini. Tinggalkan jahiliah, kekeruhan mahupun perangai ‘lama’
, dan kita junjung, kita julang kemurnian cahaya hidayah yang indah di depan
mata.
Akhir
kalam, kami mendoakan agar pengorbanan dan kesanggupan diri kalian untuk berubah
hari ini bakal menjadi nadi utama serta pencorak masa depan dunia Islam ini.
Semoga kita dapat bertemu pada hari Asyura yang mendatang tanggal 10 Muharram
nanti, mengambil ibrah dari kisah agung sirah para umat terdahulu.
Salam
Maal Hijrah buat semua.
“Membangun
Arus Mahasiswa”
Ketua Biro PSM
PEMBINA UKM
Friday, 25 October 2013
PERUTUSAN TAHNIAH BUAT MPP UKM 2013/2014
- Beribu tahniah dan sekalung takziah PEMBINA UKM ucapkan kepada setiap calon MPP UKM yang menang bertanding pada pilihanraya kampus sesi 2013/2014 kali ini. Syabas kepada setiap pemimpin muda. Kepada calon yang tewas bukan bermakna tewas seluruhnya. Kalian juga sebenarnya adalah pemimpin kerana sudah berani ke hadapan untuk sanggup memikul tugas sebagai pemimpin.
- PEMBINA UKM mengingatkan kepada setiap ahli MPP UKM yang dipilih oleh mahasiswa/i UKM agar berkhidmat dengan penuh amanah, adil, dan rasa penuh bertanggungjawab. Setiap MPP perlu untuk lebih terkehadapan dalam usaha untuk melonjakkan nama UKM di persada antarabangsa di samping tidak lupa untuk merealisasikan setiap manifesto yang telah dilafazkan.
- Kesemua 27 orang ahli MPP UKM kali ini perlu memulakan satu sejarah baru sebagai satu kumpulan pimpinan mahasiswa yang kesemua ahli MPP dapat bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira wakil dari calon GMUKM atau Aspirasi Mahasiswa. MPP UKM perlu membuktikan bahawa walau berbeza kumpulan, setiap MPP boleh bekerjasama dalam perkara yang boleh menyumbang kepada nama baik UKM. Tunjukkan pimpinan anak muda sekarang membawa arus perubahan baru yang lebih baik untuk politik akan datang. Ini juga adalah bertepatan dengan suruhan Islam yang menyuruh setiap umat Islam untuk sama-sama menolong kearah kebaikan dan tidak menolong kearah kejahatan.
- Di samping membawa isu kebajikan mahasiswa, MPP UKM juga sepatutnya cakna isu semasa kerana isu serangan pemikiran pada masa kini banyak mensasarkan golongan mahasiswa sebagai target utama penyebaran ideologi sesat. Antara ideologi sesat yang dimaksudkan ialah fahaman liberalisme, hendonisme, pluralisme, sosialisme, syiah dan LGBT.
- Andai MPP tidak mampu mengetengahkan isu serangan pemikiran ini, maka sebenarnya MPP telah gagal untuk memanfaatkan sepenuhnya kedudukan mereka untuk melindungi kebajikan warga kampus. Malah MPP juga gagal untuk membuat suatu perubahan yang baru yang sejak kebelakangan ini hanya mengikut skrip dan modul pentadbiran yang sama dengan sesi-sesi yang lepas. Kebajikan bukanlah sekadar soal material seperti masalah internet, masalah ketiadaan air, yuran kolej mahal dan sebagainya tetapi juga meliputi isu keintelektualan dan prinsip agama Islam yang syumul bagi setiap warga. PEMBINA UKM berharap akan ada pelan tindakan untuk memberi pencerahan dari pihak MPP UKM untuk menyedarkan masyarakat kampus tentang agenda barat yang telah sekian lama rancak untuk menghancurkan Islam.
- PEMBINA UKM mengucapkan selamat bertugas kepada semua MPP UKM sesi 2013/2014. Laksanakan mandat yang diserahkan dengan sebaiknya. Terbitkan dari dalam diri perasaan memimpin masyarakat kampus sebagai satu minat yang mendalam bukan merasakan ia sebagai satu tugasan yang membebankan. Berkhidmatlah dengan penuh keadilan kepada semua warga kampus.
Tuesday, 22 October 2013
Pilihanraya Kampus : Undi Atau Tidak Undi?
Esok (23/10/2013)
akan bermulanya pengundian calon sempena Pilihanraya Kampus di UKM. “Acara” ini
menjadi tradisi hampir setiap tahun bagi memilih pucuk pimpinan PMUKM dari
kalangan mahasiswa/i (izinkan saya menggunakan istilah PMUKM selain daripada
MPPUKM kerana saya lebih selesa dengan PMUKM).
Mahasiswa/i yang
bertanding majoritinya mewakili dua entiti yang berpengaruh di UKM, iaitu
Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) dan Aspirasi UKM serta calon bebas (bebas dari entiti
GMUKM dan Aspirasi UKM).
Saya menulis bukan
untuk mengulas mengenai hala tuju politik kampus UKM, mengenai Aspirasi mahupun
GMUKM, kerana sudah ramai tokoh-tokoh yang mengulas mengenai isu ini,
termasuklah dua orang sahabat saya, Saudara Khalid B. Jimat (Pengasas Kelab
Sahabat Aqsa UKM) dan Saudara Abdillah (Pengasas Kelab Rakan Siswa IZISH). Tetapi
saya ingin memberi sedikit komentar saya mengenai kepentingan turun mengundi
untuk mahasiswa/i di UKM.
Kenapa Perlu Mengundi?
Sepanjang
pengalaman saya menuntut di UKM, Alhamdulillah saya tidak pernah terlepas untuk
mengikuti perkembangan pilihanraya kampus dan tidak terlepas untuk mengundi.
Kenapa saya bersusah payah untuk turun mengundi?
Sebenarnya tidak
susah pun untuk turun mengundi, pergi ke lobi kolej masing-masing atau di
pusanika, kemudian ikut prosedur yang di suruh, buang undi, dan boleh pergi ke mana-mana
yang anda suka.
Tetapi kenapa
perlu mengundi?
Saya tidak mahu
membahaskannya dari segi hukum fiqh atau apa jua jenis hukum. Saya mahu berkongsi
dari aspek mahasiswa itu sendiri berdasarkan pengalaman saya sendiri. Turun
mengundi adalah salah satu aspek pembelajaran luar kuliah yang mana ia sebagai
salah satu simulasi kepada pengundian Pilihanraya Umum Malaysia kelak.
Jika di kampus
kita sudah tidak mahu mengambil tahu hal ehwal kampus atau paling kurang turun
mengundi, bagaimana pula dengan perkara yang lebih besar?
Undi Siapa? Aspirasi? GMUKM? Atau Bebas?
Ini antara
persoalan yang bermain di minda saya semasa berhadapan kertas undi satu ketika
dulu.
Saya keliru, nak
undi siapa?
Sebab itu diadakah
minggu berkempen agar calon mahasiswa/i yang bertanding dapat mengenalkan diri
masing-masing dan apa yang cuba mereka bawa.
Pada pandangan saya, pilih CALON yang kita yakin mampu membawa kebaikan
bersama untuk mahasiswa dan universiti. Bukan sekadar retorika tetapi
praktikal.
Lihat manifesto
yang cuba dibawa oleh calon-calon, mana yang dirasakan relevan dan praktikal.
Selain itu, lihat juga kemampuan calon. Saya menyeru agar kita keluar dari
kepompong “memilih berdasarkan parti”.
Saya tidak mahu
untuk melihat PMUKM seolah “dikuasai” oleh satu pihak. Tetapi biarlah ada wakil
dari kedua-dua belah pihak seperti sebelum ini, dan menjadi lebih baik, iaitu
tidak wujud blok antara kedua-dua pihak untuk bekerjasama.
Ayuh kita doakan
moga setiap calon yang menang esok dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada
mahasiswa/i dan universiti. Moga UKM terus mara kehadapan dalam mengilham
harapan mencipta masa depan.
Ahmad Shukery
Azizan
Aktivis PEMBINA
Cakna ancaman COMANGO terhadap kita!
Isu COMANGO. Saya pun baru saja ikuti perkembangannya sejak beberapa minggu lalu.
Apabila membaca sebanyak mungkin fakta dan tuntutan yang dikemukakan, darah
saya menyirap sehingga ke hulu kepala. Tangan saya sudah “menggatal” untuk
menaip mengenai isu ini, tetapi saya
tangguhkan dulu untuk melihat respon dan “ngauman” suara Gerakan Mahasiswa yang
menentang isu ini.
Hari demi
hari, minggu demi minggu saya terus menanti. Dan lusa (24/10/13) akan
berlangsungnya proses semakan berpenggal (UPR) di Majlis Hak Asasi Manusia
(HRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva. Tetapi masih tiada lagi
sebarang tanda-tanda suara mereka naik ke pentas dan mengaum menentang hal ini.
Samada dari pihak Pro-Mahasiswa ataupun Aspirasi.
Saya sebagai
mahasiswa sungguh kecewa.
Yang terus
menerus respon isu ini adalah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), PEMBELA, MACMA,
JAKIM, Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), YADIM, Yayasan Nassar
dan beberapa lagi NGO yang namanya kurang dikenali.
Persoalan
yang bermain diminda saya, di mana suara Gerakan Mahasiswa? Sudah serak?
Ataupun mungkin sekarang sedang berlangsung pilihanraya kampus (PRK), maka isu
ini seolah “tidak relevan” untuk diperjuangkan?
Isu COMANGO Untuk Dummies.
COMANGO
adalah singkatan kepada Coalition of
Malaysia NGO’s in the UPR Process atau bahasa Malaysianya Gabungan NGO-NGO
Hak Asasi Manusia adalah sebuah gerakan yang menuntut beberapa tuntutan semasa
berlangsungnya proses semakan berpenggal (UPR) di Majlis Hak Asasi Manusia
(HRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland.
COMANGO di
anggotai sekitar 54 pertubuhan-pertubuhan yang menganggap diri mereka sebagai
pejuang Hak Asasi Manusia iaitu seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), SIS
Forum (Sister In Islam) dan Merdeka Seksualiti.
Apa Itu UPR?
Situasi hak
asasi manusia di negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN)
diteliti masyarakat antarabangsa melalui mekanisme unik Majlis Hak Asasi
Manusia (HRC) yang memantau dan menilai rekod hak asasi manusia dan menangani
pencabulan hak asasi manusia.
Mekanisme ini
dikenali sebagai “Universal Periodic Review” atau UPR (Semakan Berkala Sejagat)
yang harus ditempuhi setiap 192 negara anggota PBB setiap empat tahun.
Proses UPR
ini memberi peluang kepada semua negara anggota untuk mengisytiharkan tindakan-tindakan
yang telah diambil untuk memperbaiki keadaan hak asasi manusia dan untuk
mengatasi cabaran dalam menikmati hak asasi manusia. Empat puluh lapan negara
dinilai setiap tahun dalam tiga sesi yang berbeza.
Ulasan yang
dijalankan oleh kumpulan kerja UPR yang terdiri daripada 47 ahli HRC adalah
berdasarkan laporan nasional yang disediakan oleh kerajaan yang sedang
menjalani semakan, maklumat yang terkandung di dalam laporan hak asasi manusia
oleh pakar dan kumpulan bebas (seperti prosedur khas, Badan-badan perjanjian
hak asasi manusia dan lain-lain entiti PBB) dan maklumat daripada pihak
berkepentingan yang lain, termasuk institusi hak asasi manusia kebangsaan dan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
UPR akan
menilai sejauh mana negara yang disemak menghormati hak kewajipan manusia yang
ditetapkan dalam Piagam PBB, Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia, instrumen hak
asasi manusia yang ditandatangani sesebuah kerajaan, janji dan komitmen
sukarela yang dibuat kerajaan (dasar hak asasi manusia nasional dan/atau
program yang dilaksanakan), dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang
terpakai.
Malaysia
menerima 62 cadangan dalam laporan hasil, yang termasuk, antara lain,
ratifikasi triti antarabangsa, kajian semula undang-undang yang sedia ada dan
sistem kehakiman, dasar-dasar negara dan strategi hak asasi manusia, hak
ekonomi, sosial dan budaya, hak asasi manusia golongan mudah terjejas, pekerja
asing dan pemerdagangan orang.
Malaysia
menolak 22 cadangan dan tidak menyatakan komen pada 19 cadangan. Respons kepada
19 perkara yang tidak diberi komen telah disediakan pada Jun 2009, bersempena
dengan pembentangan laporan hasil UPR mengenai Malaysia, di Sesi Biasa Majlis
Hak Asasi Manusia ke-11
Apa Tuntutan COMANGO Dalam UPR?
Malaysia
semakin menghampiri sesi UPR pusingan kedua pada 24 Oktober 2013 di Majlis Hak
Asasi Manusia, Geneva. Terdapat beberapa laporan yang dihantar secara
berasingan kepada majlis tersebut oleh badan-badan seperti Becket Fund for
Religious Liberty, Human Rights Watch, Amnesty International, Majlis Peguam,
International Commission of Jurists dan lain-lain NGO hak asasi manusia, tetapi
isi kandungan laporan COMANGO (iaitu gabungan NGO-NGO Malaysia dalam proses
UPR) membentuk sebahagian besar tuntutan yang terkandung di dalam dokumen-dokumen
yang menjadi asas rujukan rekod hak asasi Malaysia pada pusingan kali ini.
Tetapi sangat
dikesali bahawa COMANGO mengambil kesempatan untuk memanipulasi sesi semakan
ini dengan memberikan persepsi yang salah tentang Malaysia, khususnya berkaitan
kedudukan sebenar pencapaian hak asasi manusia (HAM).
COMANGO juga
mengemukakan beberapa tuntutan berbahaya yang ternyata bertentangan dengan
realiti budaya dan sejarah masyarakat Malaysia, serta pada hakikatnya
menzahirkan percubaan mereka untuk mengikis kedudukan istimewa Islam sebagai
agama negara seperti yang termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan
Persekutuan.
Di antara
tuntutan-tuntutan berbahaya di dalam laporan tersebut adalah:
i. Perenggan
1: Malaysia dituntut untuk menandatangani
dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR).
Contoh unsur berbahaya yang terkandung dalam ICCPR terdapat pada Perkara 18
iaitu berhubung hak kebebasan beragama.
Lihat komentar berikut: “The Committee observes that the freedom to
“have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to
choose a religion or belief, including the right to replace one’s current
religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the
right to retain one’s religion or belief…”. Implikasi penerimaan ICCPR ini
bakal mengizinkan pemurtadan berlaku
secara berleluasa.
ii. Perenggan
6.8 berkenaan tuntutan untuk Malaysia menandatangani dan memeterai
International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination
(ICERD) yang didakwa “menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi
obligasi antarabangsa ke dalam undang-undang domestik”.
Pematuhan
terhadap ICERD ini hanya akan menyebabkan Malaysia mengikut telunjuk dan acuan sekular Barat yang memaksakan penafsiran
istilah racism atau perkauman ke atas sesuatu negara berdaulat.
Hal ini mengenepikan tindakan-tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambil
kira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan.
Justeru tidak sepatutnya diberikan label negatif dan bersifat stereotaip
khususnya oleh media yang berniat jahat terhadap sesebuah negara.
iii. Malaysia
ditekan untuk mengiktiraf hak-hak
berlandaskan SOGI – Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak
LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed &
queer-persons). Dakwaan-dakwaan kononnya golongan ini dinafikan hak-hak
mereka ditimbulkan pada perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 laporan tersebut. Terdapat
juga tekanan-tekanan untuk menghapuskan
seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat.
iv. Malaysia
juga dipaksa tunduk pada kandungan
di dalam Prinsip-prinsip Yogjakarta 2006 yang memberikan kebebasan mutlak kepada mereka yang mempraktikkan amalan seks songsang.
Sekiranya hak-hak LGBT ini diizinkan, maka langkah pertama yang mesti dilakukan
Kerajaan Malaysia ialah menghapuskan undang-undang berhubung kesalahan jenayah
liwat.
Ini adalah
langkah yang membuka ruang untuk
pengenalan undang-undang perkahwinan sesama jenis yang setakat ini telah
dibenarkan di 14 buah negara seluruh dunia, dan negara jiran Thailand sedang
menimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang yang sama.
v. Perenggan
6.2 mendakwa bahawa Perkara 153
Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa kaum Melayu adalah bersifat
perkauman dan diistilahkan sebagai ‘alat politik’. Ini bersalahan dengan
kontrak sosial dan juga ciri-ciri utama yang membentuk Perlembagaan
Persekutuan.
vi. Perenggan
9 mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, dan khususnya
perenggan 9.5 mendesak pemansuhan atau
pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah syariah dan enakmen-enakmen yang
didakwa ”mengganggu hak peribadi.”
vii.
Perenggan 10 mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama
di Malaysia. Di antaranya termasuk kes
tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang sudah diputuskan
secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia. Laporan tersebut juga mempersoalkan larangan terhadap penganut
ajaran syiah menyebarkan fahaman mereka dalam kalangan orang Islam. Selain
itu, hak seorang bapa beragama Islam
untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur UMUR juga dijadikan isu hak asasi
manusia.
Saya
ringkaskan secara mudah tuntutan yang memberi ancaman kepada kedaulatan
perlembagaan Malaysia malah lebih dari itu iaitu memberi ancaman kepada Islam
di Malaysia.
1. Menuntut
untuk kebebasan jenayah murtad.
2. Memaksa
tafsiran “racism” mengikut kerangka liberal-demokratik Barat.
3. Memaksakan
pengiktirafan terhadap LGBT.
4.
Menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat.
5. Malaysia
dipaksa tunduk untuk mengiktiraf kebebasan mutlak yang mana memberi keizinan
untuk perkahwinan sejenis dan menghapuskan seksyen kesalahan liwat.
6. Mendesak
untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu.
7. Mendesak
untuk pemansuhan atau pemindaan terhadap enakmen-enakmen kesalahan jenayah
Syariah.
8. Mewujudkan
kekeliruan-kekeliruan terhadap kebebasan beragama di Malaysia.
Apa Kita Boleh Buat Untuk Menentang?
Isu tuntutan
COMANGO ramai tidak ambil peduli, malah tidak tahu pun apa tuntutan COMANGO.
Ahli politik dan sebahagian aktivis Mahasiswa pun kebanyakkannya diam membisu, seolah isu ini isu picisan. Mungkin ada yang diam sebab tidak pernah tahu pun kewujudan tuntutan ini.
Ahli politik dan sebahagian aktivis Mahasiswa pun kebanyakkannya diam membisu, seolah isu ini isu picisan. Mungkin ada yang diam sebab tidak pernah tahu pun kewujudan tuntutan ini.
Sekarang
sudah jelas mengapa tuntutan COMANGO ini berbahaya. Kalau ia dirasakan sekadar
“biasa-biasa” sahaja, atau menganggap itu hak mereka, maka ada sesuatu masalah
pada diri sebagai seorang Muslim dan Melayu.
Apa yang kita
boleh buat ketika dan saat ini hanyalah berdoa kepada delegasi Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan
Berkala Sejagat (Muslim UPRo) yang diketuai oleh Naib Presiden Persatuan Peguam
Muslim Malaysia (PPMM) Azril Mohd Amin akan berada di Geneva sejak bermula
proses semakan 24 Oktober sehingga ia tamat pada bulan November.
Kita
tidak mampu untuk menyertai delegasi tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kita
cakna dan menunjukkan solidariti kita kepada delegasi ini serta mengirimkan doa
agar mereka menang dengan hujah mereka di sana.
Saya mewakili PEMBINA khususnya PEMBINA UKM mengutuk dan menentang sekeras-kerasnya tuntutan COMANGO ini.
Moga umat Islam tidak menjadi mangsa “korban” oleh pihak tidak
bertanggungjawab..
Ahmad Shukery
Azizan
Aktivis
PEMBINA cawangan UKM.




















