PEMUDA

Sesungguhnya sesuatu fikrah tu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang mempunyai keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan.

Ahlan Ya Ramadhan

Semoga Ramadhan tahun ni menjanjikan taqwa sebagai matlamat kita!

PEMBINA UKM mengucapkan Salam Maal Hijrah. Perubahan bermula dengan diri kita. Ayuh berubah! Jangan bertangguh lagi!

My Gathering kini tiba! Eksklusif untuk muslimah sahaja. Ya, kem yang penuh dengan aktiviti menyeronokkan, hanya kita-kita sahaja! Daftar segera sebelum 11 December 2012!

JOM SERTAI KAMI!

Meneraju arus mahasiswa.

Imam Hasan Al-Banna

Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan tersergam indah.

JOM! USRAH

Usrah memainkan peranan penting untuk membentuk satu individu mengikut acuan islam sebenar. Selain itu, potensi dapat dibangunkan melalui usrah. Ingin sertai usrah? Hubungi Amirul (0136706079).

Saturday 24 November 2012

Etika Sosial Facebook


Saya merasa terpanggil untuk menulis artikel tentang etika laman sosial kerana saya juga merupakan pengguna laman sosial terutamanya facebook. Namun sedarkah kita akan etika kita ketika menggunakan facebook. Cuba kita muhasabah diri kita sejauh mana kita menggunakan facebook untuk perkara yang baik yang mampu menyumbang kebaikan pada orang lain ataupun selama ini facebook hanya digunakan untuk perkara yang sia-sia.

Cuba kita semak cuba kita teliti status-status dan gambar-gambar yang kita kongsikan dilaman sosial,adakah ianya patut dikongsikan?. Kadang-kadang ada orang suka mengeluh didalam facebook contohnya “ah aku give up”  ,”aduhhh stresssnyee” apa tujuan kita update status seperti ini? Mengharap simpati? Mengharap orang kasihan pada kita? Namun akhirnya kita hanya menarik lebih banyak perkara negatif dalam diri kita. Seeloknya mengadulah pada Allah bukan pada facebook.

Kita harus berfikir kenapa kita taip apa yang kita taip? Kenapa kita tunjuk gambar apa yang kita tunjuk? Haaa kita nak tunjukkan pada orang atau pada Allah. Ada orang tunjukkan pangkat dia apa kat facebook ,ada orang tunjukkan betapa cantiknya dia kat facebook namun hakikatnya Allah tak pandang semua tu Allah pandang niat kita, hati kita sejauh mana kita buat sesuatu kerana Allah. Ya semata-mata kerana Allah kerana hakikat kita hidup di dunia ini adalah menjadi hamba Allah. Jadi apabila Allah mengizinkan kita menggunakan facebook gunalah untuk kebaikan dan niat kerana Allah.

Kita mesti ingat setiap yang kita lakukan dibumi ini akan dikira ,walaupun sebuah perkataan kita boleh memberi kesan negatif pada orang lain ianya akan dikira, walaupun sekecil mana gambar yang kita upload boleh menyebabkan “DOSA” ianya akan dikira.

Oleh itu kita haruslah menggunakan facebook sebagai medium untuk kita mendapat pahala. Sebarkanlah kebaikan kadang-kadang bende tak elok cepat jek share bende elok berat sangat jari nak klik share “klik jek pon” tak sampai satu jam pon nak bandingkan kita buat bende-bende lain kat fb.

Jadi sebagai ringkasan kita
Janganlah mengeluh dalam fb
Guna perkataan tak elok
Sebarkan berita yang tak sahih
Memerli, mengumpat, dan perkara-perkara mazmumah yang memang tak elok

Sebagai muslim yang nak merebut pahala eloklah
Menyebarkan ilmu yang bermanfaat
Share atau kongsi item-item islamik
Update status yang membina akal bukan merepek
“Setiap perkara yang kita lakukan, Ianya menunjukkan siapa diri kita”

Amirul Husna
Universiti Kebangsaan Malaysia

Wednesday 21 November 2012

Aku tidak boikot McD



“Eh, dah nak pukul 12.00 ni. Jom kita pergi makan tengah hari” cadang Aiman yang mula kelaparan setelah hampir setengah hari berjalan-jalan di KLCC.

“Agak lah, aku pun dah lapar ni. Pagi tadi tak sarapan. Kau nak makan tengah hari di mana? Aku ikut saja” Hasyim bersetuju dengan cadangan Aiman.

“Kalau macam tu, kita makan di McD je lah. Murah dan sedap” Kamal memberikan cadangan kepada 2 orang sahabatnya itu.

“Okay, beres. Aku pun mengidam burger McD tu.” Aiman bersetuju sambil anak matanya ligat mencari McD berdekatan.

“Tapi..... kita makan tempat lain lah..” Hasyim mula rasa gelisah, kerana beliau sedang memboikot McD.

“Eh, kenapa pula? Kau boikot McD ke? Haha. Macam ni lah, kita makan dulu di McD, lepas makan baru kita boikot. Ok tak? “ Aiman memerli Hasyim dengan nada dan gelak yang agak sinis.

“Kau kalau tak nak makan di McD, kau carilah tempat lain. Aku dengan Aiman nak pergi makan di McD. Kau nak ikut, jangan banyak soal.” Kamal malas hendak melayan pendapat Hasyim.

“Tapi, aku bukan tahu kawasan KLCC ni. Aku baru first time datang sini.” Hasyim mula serba salah dengan dua orang sahabatnya.

“Kalau macam tu, jom ikut kitorang makan di McD.” Aiman terus berjalan menuju ke restoran McD.

Kamal terus mengikuti belakang Aiman.

“Weh, jangan tinggalkan aku.” Hasyim mengejar dua orang sahabatnya sambil di sudut hatinya berbisik,

“Wahai rakyat Palestin, maafkan aku. Iman aku lemah..” secara tidak langsung, berkaca matanya mengenangkan kelemahan dirinya.

***

Sampai sahaja di hadapan restoran McD, ditakdirkan Aiman berjumpa sahabat lamanya, Imran lalu di hadapan McD tersebut.

“Eh Imran, apa khabar kau?” Aiman menegur Imran yang berjalan tanpa memandang kiri dan kanan.

“Oh Aiman. Alhamdulillah, aku sihat. Kau nak ke mana?”

“Aku nak pergi McD ini dengan dua orang kawan aku. Kau cuti ke hari ini? Aku baru nak minta “diskaun” dengan kau” gurau Aiman sambil tersengih kepada sahabatnya, Imran.

Imran tiba-tiba berubah air muka.

“Aku dah berhenti kerja.”

“Kenapa kau berhenti? Kau kerja di mana sekarang?” Aiman terkejut dengan Imran yang sudah bekerja McD di KLCC hampir 2 tahun.

“Aku boikot McD. Aku tak sanggup bantu Zionis bunuh saudara aku di Palestin.” Imran menegaskan nadanya.

Aiman dan Kamal terkejut. Tegar sungguh Imran berhenti kerja di McD semata-mata boikot.

“Kalau kau boikot pun, bukannya Zionis terus mengalami kejatuhan ekonomi mendadak. Bagi aku tak efektif. Habis kau kerja apa sekarang?” Aiman tidak bersetuju dengan tindakan Imran.

Sambil menepuk bahu Aiman dan tersenyum,

“Aiman, tindakan boikot jangan hanya dilihat daripada sudut kesannya, efektif atau tidak, tapi hendaklah difahami ia adalah tuntuan aqidah, bukti keimanan, persaudaraan dan tanda sokongan. Sekurang-kurangnya, inilah aku mampu bantu saudara aku di Palestin. Nak derma, aku tak mampu derma banyak-banyak. Jadi, aku boikotlah mereka. Mereka mungkin tidak tahu, tapi Allah Maha Mengetahui. Mungkin aku kehilangan pekerjaan, tetapi aku tidak pernah kehilangan Allah. Rezeki aku bukan datang dari McD, tetapi datang dari Allah. “ panjang lebar Imran menjelaskan.

“Alhamdulillah, sekarang aku sedang berkejasama dengan pak cik aku untuk buat bisnes bagi membantu ekonomi umat Islam di Malaysia. Secara tidak langsung, dapat membantu rakyat Palestin yang berada di Malaysia.” Aiman menyambung lagi kata-katanya.

“Kalau macam tu, kenapa kau tak boikot facebook, laptop dell, dan lain-lain. Semua tu rekaan Yahudi juga” Aiman mula rasa serba salah, namun ditutup dengan persoalan yang tiba-tiba hadir di mindanya.

“Aku yakin, mungkin kau bantu Palestin daripada sudut lain selain daripada boikot. Sebab boikot bukanlah satu-satunya cara, tetapi banyak cara. Aku tidak pertikaikan usaha kau, dan aku harap kau tidak mempertikaikan usaha aku yang sangat kecil ini. Iman aku lemah, tak mampu boikot banyak-banyak. Aku hanya mampu boikot McD, produk Nestle, Loreal dan Coca Cola, kemudian aku cari alternatif untuk semua ini. McD aku gantikan dengan KFC, RFC atau restoran orang Islam, produk Nestle aku gantikan dengan produk buatan Malaysia seperti Vico,  Ali Cafe dan lain-lain, kemudian Loreal memandangkan aku memang tak pakai, jadi aku gantikan dengan air wudu’, dan Coca Cola aku gantikan dengan air soya. Lagi sedap, dan tiada gas karbonat.”Imran menjelaskan sambil tersenyum.

“Baiklah, aku minta diri dulu. Korang pun nak pergi makan, maaflah ambil masa korang. Assalamualaikum” Imran bersalaman dengan 3 orang sahabat dan terus berlalu pergi.
Aiman terdiam sambil memandang McD.

Kamal pula tiba-tiba teringatkan pesanan di facebook untuk memboikot McD.

Hasyim pula matanya semakin berkaca, hatinya gembira kerana Allah mempertemukan dua orang sahabatnya dengan seorang lelaki bernama Imran, dan hatinya berdukacita kerana terlalu mengikutkan kehendak nafsu. Dia beristigfar.

“Jom makan di luar.” Kamal memecah kesunyian mereka bertiga.

“Aku pun rasa macam nak makan di luar” Aiman bersetuju.

Hasyim tersenyum, sambil memegang bahu kedua orang sahabatnya itu dan terus menuju ke luar KLCC meninggalkan restoran McD yang penuh dengan manusia, termasuk yang Muslim.

***

Moral of the story :

1. Kepada yang tidak memboikot (tidak kira apa jua produk);

(a) Jangan mempertikaikan usaha orang lain untuk boikot. Istilah mudahnya, “diam-diam sudah”.

(b) Istigfar atas kelemahan diri kita kerana tidak mampu boikot sekalipun kita tidak bersetuju langsung dengan tindakan boikot.

(c) Cari alternatif lain untuk membantu rakyat Palestin, tidak kira dari segi sokongan moral, derma, doa dan sebagainya. PASTIKAN anda lakukan sesuatu. Jangan tahu mengkritik sahaja.

2. Kepada yang boikot (tidak kira boikot apa jua produk) ;

(a) Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana Allah memberikan kekuatan untuk kita boikot. Jangan berlagak sambil medabik dada dan memandang rendah orang yang tidak boikot.

(b) HENTIKAN sama sekali SARCASM / SARKASTIK / SUKHRIYYAH kepada orang yang tidak boikot. Jangan sangka kita akan boikot selama-lamanya, mana tahu tiba-tiba hati kita berubah. Silap hari bulan, kita jadi penyokong Zionis. Naudzubillah.

(c) Sentiasa berdoa agar Allah tetapkan hati kita untuk sentiasa istiqomah.

(d) Sentiasa bersangka baik dengan semua orang yang tidak boikot. Mungkin mereka ada alternatif lain untuk membantuk saudara kita di Palestin. Kita tidak mengetahui, tetapi Allah jualah yang Maha Mengetahui. Mana lah tahu, orang yang tidak boikot ini, rupanya doa mereka lebih makbul dari doa orang yang boikot. Apa nak di kata?


Akhir sekali, kepada diri saya terutamanya, dan kepada semua orang Islam, buktikan persaudaraan kita dengan saudara kita sama ada di Palestin, Syria, Iraq atau di mana-mana jua dengan amal kita. Jangan sekadar menjadi “keyboard warrior” atau istilah budak kampungnya, “sembang lebat”.


Sumbangkanlah sesuatu untuk saudara kita, sementara kita dan mereka masih ada.


Moga Allah redha.
Ahmad Shukery Bin Azizan
Sains Kimia / 3

Tuesday 20 November 2012

Palestin Aku Datang

free palestine


Min, mari sini kejap.” Seru Sarah kepada Min yang berada tidak jauh darinya di dalam bilik asrama.

Dia nak tunjuk apa pula kali ni, aduh malasnya nak layan” Bisik hati Min, namun panggilan Sarah diikuti juga. Laptop yang sedang memainkan gameshow ‘Running Man’ di pause kan sebentar.

Cuba kau tengok gambar-gambar ni Min
Satu-satu gambar kanak-kanak yang shahid di Palestin ditunjukkan oleh Sarah. Gambar sebelum mereka shahid turut ditunjukkan. Hati Min tibatiba merasa sebak namun dia terlihat wajah Sarah yang telah pun mengalirkan air mata tetapi tersenyum.

Yang kau ni senyum-senyum kenapa?Menangis tapi senyum. Sedih kot tengok gambar-gambar ni” Kata Min yang sedikit jengkel dengan tindakan Sarah.

Kau nak tau kenapa aku menangis tapi tersenyum?”
Min tidak menjawab. Dia tahu, itu cuma pertanyaan retorik.

Aku gembira tapi pada masa yang sama aku bersedih. Aku gembira kerana para shahid ini akan bertemu di syurga kelak. Ah, indahnya pengakhiran mereka. Dan aku bersedih kerana aku tidak mempunyai peluang ‘shortcut’ ke syurga seperti mereka” Air mata Sarah mengalir semakin laju.

Min tidak tahu untuk berkata-kata apa. Otaknya sedang berkira-kira untuk mengatakan sesuatu yang menenangkan namun dirinya sendiri sebenarnya tidak tenang.
Astargfirullahalazim…lalainya aku. Ampunkan kelalaian hambaMu ini Ya Rabbi” Bisik hati Min yang sememangnya tidak cakna dengan isu Palestin.

Sorry Min, terlebih emosi pula aku malam ni, maaf ganggu kau buat assignment.” Kata Sarah sambil mengesat air matanya. “Pergilah sambung buat assignment

Errr, ok, ok. Terima kasih Sarah, tunjuk gambar-gambar ni” Kata Min sambil tersenyum. Matanya juga sudah mula berkaca.

Sama-sama.Erm, Min
Ye?”
Kita boikot McD ya?”
Okay, no problem

Sarah tersenyum mendengar jawapan Min yang turut tersenyum ikhlas. Sarah bangun dan mengeluarkan beberapa helai wang kertas dari begnya dan memasukkan ke dalam sebuah tabung lutsinar yang kelihatan hampir penuh. Min yang sejak dari tadi memerhatikan gelagatnya itu bertanya,
Sarah, tu tabung untuk apa? Tabung kahwin ek?” Seloroh Min sambil ketawa kecil

Haha, ada-ada je kau ni Min. Ni tabung untuk aku melawat Al-Aqsa. InsyaAllah, aku mahu syahid disana



Thursday 15 November 2012

Saya Ingin Berubah...




Bagaimana nak berubah?

Pertama sekali, siapa yang baca nota saya kali ini, saya yakin mesti ada niat hendak berubah menjadi baik, yang baik menjadi lebih baik, dan yang dah terbaik, ingin terus kekalkan kebaikan dan menyebarkan kebaikan. Tahniah, moga niat kita untuk berubah diganjari pahala oleh Allah. Fitrah manusia, ramai yang ingin berubah menjadi baik, tetapi ramai yang buntu, tidak jumpa cara untuk kembali ke pangkal jalan.

Belajar dari kesilapan

Ada seorang murabbi saya memberitahu,

“Kalau kita tidak mahu tersadung kaki, bukan jawapannya “jangan berjalan”. Kalau kita tidak mahu bercerai, bukan jawapannya “jangan berkahwin”. Kalau tidak mahu tergigit lidah, bukan jawapannya “jangan mengunyah”. Belajar daripada kesilapan hari ini, agar mampu berjaya di masa depan. Itu pendekatan yang kurang tepat. Yang tepat ialah belajar daripada kesilapan orang terdahulu, agar kita mampu melangkah lebih jauh daripada mereka. Itulah keseronokan belajar berterusan. Ianya bagi mereka yang bersemangan dan berani untuk melangkah, bukan untuk mereka yang sudah berpada. Tetapi jangan sekali-kali mengulangi kesilapan.”

Ya, belajar daripada kesilapan orang terdahulu. Siapa orang terdahulu?

Antara orang terdahulu ialah golongan-golongan yang telah diceritakan oleh Allah di dalam al Quran yang agung. Juga kisah-kisah Salaf As Soleh. Dan yang paling terdekat, kisah ibu bapa atau keluarga kita sendiri. Kita tidak pernah tidak melakukan kesilapan, maka daripada kesilapan itu kita belajar bagaimana untuk berubah. Bahkan yang lebih baik, kita belajar daripada kesilapan generasi sebelum kita.


Tips untuk berubah

Saya hanya mampu berikan tips, dan ianya berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya sendiri. Semua ini hanya menjadi teori semata-mata selagi mana ia tidak diamalkan. Dan saya yakin, tidak semua orang mampu melakukan, tetapi lakukan apa yang mampu agar kita tidak menangis di akhirat kelak.

1.  Walau apa pun jua perkara, niat itu penting. Kerana ia permulaan sesuatu amal. Ibarat kunci kepada sesuatu kenderaan. Pasang niat kerana Allah semata-mata.

2. Niat sahaja tidak cukup, tetapi pasang matlamat atau target yang membakar tetapi munasabah. Sebagai contoh, dari yang tidak bertudung ingin bertudung. Pasang matlamat, mulai esok akan pakai tudung sampai bila-bila. Tidak mahu “on-off” lagi. Tetapi “one-off” terus.

3. Buang tanggapan atau prasangkan negatif terhadap diri. Contohnya, buang perasaan “aku tak mampu”, “aku tak layak”, “aku tak kuat”, dan sebagainya. Yakinlah, Islam diturunkan untuk semua manusia, dan selayaknya semua manusia mampu mengamalkan Islam. Bukankah Allah tahu kemampuan hamba-hambaNya?

4. Buang perasaan negatif terhadap semua perkara di sekeliling. Contohnya, “kalau aku berubah, mesti ramai kutuk aku”, “kalau aku berubah, nanti tiada siapa nak kawan dengan aku”, “kalau aku berubah, nanti ramai unfriend dengan aku” dan sebagainya. Setiap kata-kata itu doa, adakah kita nak perkara itu semua berlaku? Kalau tak mahu, tak perlu fikir. Kita buat perkara baik, bukan nak merompak.

5. Awal-awal lagi, persiapkan diri dengan perisai “kalis maki”, “kalis caci” dan “kalis dibenci”. Kerana apa? Kerana kemungkinan besar semua ini akan berlaku selepas kita berubah menjadi baik. Maka, kena kuatkan kesabaran untuk bersabar.

6. Ini yang penting, lakukan langkah demi langkah, jangan tergopoh gapah! Contohnya, kalau sebelum ini tak pernah solat, mulakan solat bersendirian di bilik 5 waktu. Tetapi kalau mampu, solatlah berjemaah di surau atau masjid.

7. Tekad! Jangan tangguh-tangguh lagi dengan alasan, “belum sampai seru”,  “aku belum bersedia lagi”, dan sebagainya. Kematian tidak menunggu kita, kita tak mampu mengubahnya. Tetapi kita mampu mengubah diri kita. Siapa mampu jamin boleh hidup sampai esok?

8. Laksanakan sesuatu perubahan itu istiqomah dalam tempoh masa kurang lebih 40 hari. Insya Allah, biasanya sesuatu tabiat baru dapat dibentuk dalam jangka masa tersebut.

9. Anda dah bersedia untuk berubah? Maka saya cadangkan, kita pergi ambil wudu’, kemudian buat solat sunat taubat dua rakaat. Pastikan solat pada waktu yang dibenarkan!
10. Akhir sekali, selepas solat, dan setiap kali selepas solat fardhu, banyaklah istighfar dan berdoa serta bertawakal agar Allah menetapkan hati kita untuk kekal sampai jadi mayat. “Wahai Tuhan pemilik hati-hati manusia, janganlah Kau memperbolak balikkan hati-hati kami setelah Kau memberi hidayah kepada kami..”

Penambah perisa

Setiap manusia perlukan sokongan, terutama sekali ketika kita berseorangan. Sedangkan Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam perlukan teman dan sahabat-sahabat baginda, inikan kita insan biasa yang penuh dosa. Maka, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan selepas berubah, antaranya ;

1. Mencari sahabat-sahabat yang baik. Sahabat yang baik ibarat penjual minyak wangi, kalau kita dekat pada dia, insya Allah kita akan mendapat tempias wangiannya. Macam mana tanda sahabat yang baik? Kalau lelaki, dia rajin berjemaah di surau atau masjid, menjaga al Quran dan sebagainya. Kalau perempuan, dia menjaga solat 5 waktu, menjaga auratnya dengan sempurna, menjaga batas pergaulannya dan sebagainya. Yang lain-lain itu, kita boleh nilai sendiri.

Dan seperkara lagi, jangan beranggapan, “ala, dia tu iman plastik, luaran nampak baik, tapi perangai macam haram”, dan lain-lain. Bersangka baik sentiasa. Itu penting!

2. Rajinpergi majlis-majlis ilmu. Berubah sahaja tidak cukup, baca blog sahaja pun tidak cukup, kena ada pengorbanan untuk pergi ke majlis-majlis ilmu. Kita mahukan cinta Allah kan? Sedangkan cinta itu sifatnya menagih pengorbanan. Maka berkorbanlah untuk Allah!

3. Cari persekitaran atau suasana yang soleh.

Perjalanan yang panjang bermula dengan langkah pertama

Hidup ini sekitar 50 hingga 60 tahun sahaja. Tak lama, walaupun ada yang hidup lebih lama dari itu, dan ada yang lebih singkat dari itu! Sekarang ini mungkin ada yang berusia belasan tahun, ada yang 20-an, bahkan ada yang mencecah 50 tahun.
 Kita tiada masa untuk berfoya-foya lagi.  Tambahan, kita pun tidak tahu bila kita akan mati.

Perubahan itu memerlukan masa, ia berperingkat. Tetapi walau banyak mana pun peringkatnya, ia pasti bermula dengan langkah pertama. Dan langkah pertama itulah, yang perlu kita manifestasikannya dengan tindakan, bukan sekadar perkataan!

Jom kita berubah menjadi baik!


Moga Allah Redha
Ahmad Shukery Bin Azizan
Sains Kimia / 3

Ugut di UKM?


Beberapa minggu lepas,UKM heboh dengan tragedi ragut yang begitu tidak disangka-sangka dan minggu ini,ukm dikejutkan lagi dengan isu memeras ugut kerana individu yang terlibat dalam jenayah ini telah berani menggunakan kekerasan iaitu mengunakan pisau sebagai objek untuk memeras ugut.Kejadian itu telah berlaku di perhentian bas Kolej Rahim kajai sekitar jam 3 petang pada 4 November.Tiga pelajar perempuan telah menjadi mangsa dan barang-barang berharga seperti telefon bimbit dan dompet terpaksa diserahkan kepada si pemeras ugut setelah mereka diacu dengan pisau di bahagian perut.Sejurus selepas kejadian,mangsa terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak Wisma Aman.

      Berikutan daripada kejadian-kejadian ini,jelas menunjukkan bahawa,tahap keselamatan diri dan harta benda sendiri berada dalam keadaan yang membimbangkan.Berada di dalam kampus atau di luar kampus tidak menjadi isu lagi kerana bahaya itu ada di mana-mana atau dengan bahasa yang lebih mudah,penjenayah itu mungkin berada di kalangan kita juga.Oleh itu,jika sekarang kita telah berhati-hati,maka,mulai dari saat ini,kita perlu setapak lagi kehadapan.

     Perkara pertama yang perlu diambil perhatian,sebelum kita melangkah ke sesuatu destinasi,amalkan apa-apa doa hatta membaca basmallah sekalipun,insyaAllah Allah akan melindungi kita dari segala bahaya.Atau mengamalkan satu doa daripada hadis Rasullullah.Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis tersebut adalah seperti berikut;



     Langkah seterusnya,perlu memastikan kita sentiasa berteman untuk pergi kemana-mana untuk mengurangkan peluang jenayah itu berlaku.Sentiasa membawa apa-apa barang sebagai senjata diri.Berusaha untuk belajar ilmu mempertahankan diri meskipun sekadar belajar cara-cara untuk mengelak atau menepis cengkaman si penjahat.Biasakan membawa sedikit wang di dalam dompet untuk mengurangkan jumlah kerugian jika kita diragut atau diugut.Secara keseluruhannya,untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa,kita sendiri yang harus berusaha untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

     Setiap yang berlaku,Allah adakan bersama hikmahnya.Semoga kita tahu menilai dan sentiasa berusaha untuk membaiki apa yang harus dibaiki.Setiap yang buruk itu datang daripada kita sendiri dan setiap yang baik itu datang daripada Allah tentunya.Semoga individu yang bersalah itu diberikan hidayah untuk mengakui kesilapan dan dibukakan hatinya untuk bertaubat kepada Allah.Dan semoga kita yang penonton ini bukan sekadar memandang,kita perlu lebih dari itu.

Sunday 11 November 2012

Dialog Sheikh Mutawalli As Sya'rowy Dengan Pelampau Agama



Pernah pada suatu hari, aku berdialog dengan seorang pemuda yang mengikuti aliran ‘pelampau’ dalam memahami Islam (Golongan Mutasyaddid) dan aku bertanya padanya :
“Perbuatan mengebom pusat hiburan yang beroperasi pada malam hari yang wujud di negara-negara Umat Islam Halal atau Haramkah hukumnya?”

Anak muda itu pun menjawab kepadaku : “Ya, sudah pasti ianya halal! Membunuh mereka yang berada di dalamnya juga halal hukumnya!”

Aku bertanya lagi padanya : “Apakah kesudahan mereka sekiranya ketika engkau membunuh mereka itu mereka berada dalam keadaan sedang melakukan maksiat pada Allah?"

Pemuda itu lantas menjawab : “Pastilah neraka buat mereka!”

Aku teruskan pertanyaanku padanya : “Ke manakah syaitan bermatlamat untuk membawa mereka?

Dia menjawab : “Sudah semestinyalah matlamat syaitan untuk membawa mereka ke neraka!”

Lantas aku pun berkata padanya : “Kalau begitu, kumpulan kamu dan syaitan sedang bekerjasama untuk mencapai matlamat yang satu – iaitu memasuk dan menjerumuskan manusia ke dalam neraka!”

Aku sebutkan padanya hadith Rasulullah S.A.W : Ketika lalunya jenazah seorang Yahudi di hadapan Rasulullah S.A.W maka Baginda S.A.W pun menangis. Lalu ditanyakan kepada Baginda S.A.W : Apakah yang telah membuatkan Engkau menangis wahai Rasulullah S.A.W? Baginda S.A.W menjawab : “Satu nyawa telah terlepas dariku dan telah pergi ke neraka”.

Aku nyatakan pada anak muda itu : “Lihatlah perbezaan yang amat ketara antara kamu semua dengan Baginda Rasulullah S.A.W yang bersungguh-sungguh berusaha untuk menyampaikan hidayah kepada manusia dan menyelamatkan mereka dari api neraka! Sesungguhnya kamu sedang berada di satu lembah dan Kekasih Agung Junjungan kita Rasulullah S.A.W pula berada di lembah yang lain dari kumpulanmu!"
---------------------------------------------------------------------
Lihatlah akhlak kita, adakah kita banyak menjatuhkan hukuman ataupun banyak memberikan nasihat?
Tidakkah kita lupa bahawa kita juga ada melakukan kesalahan, kerana sifat manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Andaikan kita juga dihukum sama seperti itu, maknanya itu tidak adil kerana kita tidak sempat untuk bertaubat atas maksiat yang dilakukan. Ingat, tanggungjawab semua muslim adalah berdakwah dan memberikan nasihat kepada semua manusia, bukan sebagai penghukum kerana Allah sahaja lah yang berhak menghukum.

Amirul Hakimi
Pelajar Tahun 2 Sains Bahan
Fakulti Sains dan Teknologi

Wednesday 7 November 2012

Ada Apa Dengan Hati?

Tanya pada hati, apa sebab resah,
Nanti jawab hati, kurang ingat Allah… ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa khabar hatimu? Sihatkah ia? Sudah buat rohani check-up? Jika belum mari sama-sama muhasabah diri.
     
     Kenapa hati sangat penting untuk dijaga? Tak boleh ke kalau tak jaga? Jawapannya boleh. Boleh, bagi sesiapa yang tidak takut akan seksaan Allah S.W.T. Segala amal perbuatan kita akan dihitung di akhirat kelak, sama ada yang baik mahupun yang buruk dan kita akan mendapat balasan setimpal  daripada perbuatan-perbuatan tersebut.  
     
Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya. (Surah Al-Isra’:36)

‘Hati itu ibarat raja, akal adalah perdana menterinya.’ Dalam diri manusia itu, hati dianggap seperti seorang raja. Dimana semua keputusan dibuat olehnya, perintahnya perlu ditaati oleh rakyat, dilayan sebaik-baiknya, makan yang sedap-sedap dan dikawal keselamatannya. Begitulah juga dengan hati, semua anggota tubuh akan dikawal olehnya dan apa jua keputusan ditentukannya. Akal hadir sebagai pembimbing dan penasihat. Lihat, hati perlu ada pembantu tapi tidak bagi Allah. Hebat bukan Allah? 
    
     Tapi mahukah kita taat pada raja yang tidak adil, kejam dan mempunyai akhlak yang buruk? Tidak mahu bukan. Samalah seperti hati, jika hati kotor, sentiasa ada dendam dan mempunyai sifat yang tidak baik maka anggota yang lain juga akan menjadi tidak elok. Akhirnya pelbagai masalah akan timbul terutamanya masalah dalam kalangan umat Islam itu sendiri.
 
     Nabi bersabda dalam hadis Ibnu Mas’ud:
    “Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal daging yang jika daging itu baik maka akan baik pula seluruh tubuh itu. Sebaliknya, jika daging itu buruk, maka buruklah seluruh anggota tubuh. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati.” (Muttafaqun ‘alaih)

     Manusia itu diciptakan bersifat lemah.
     Dalam Surah An-Nisa’ ayat 28, “Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah.”

     Sebagai manusia yang bukan tergolong dalam kalangan para Nabi, para Rasul, para Sahabat dan para Wali, sudah tentu kita agak sukar menjaga hati. Sudah tentu akan ada yang menghidap penyakit ‘sindrom down’ dalam waktu-waktu tertentu. ‘Sindrom down’ di sini bermaksud ‘Iman down’ dan pastinya hati juga akan dihidapi penyakit iaitu penyakit hati. Seperti seorang raja tadi, yang perlu dilayan sebaiknya, dihidangkan makanan yang lazat dan dijaga keselamatannya, hati juga perlu dirawat, diberi vitamin-vitamin iman dan dibekalkan dengan antibodi rohani sebagai perisai daripada anasir-anasir jahat.

      Penyakit hati perlulah dirawat segera agar tidak merebak ke anggota yang lainnya. Hal ini kerana, apabila diri dijangkiti virus penyakit hati, anggota-anggota yang lain akan terdorong untuk melakukan maksiat dan kemungkaran kepada Allah serta yang paling utama sekali timbul rasa malas untuk beribadah. Analoginya, kita sakit gigi geraham yang amat sangat sehingga gusi dan pipi membengkak. Adakah kita akan membiarkan kesakitan tersebut atau memilih untuk merawatnya? Pasti kita akan mencari ikhtiar untuk merawatnya bukan? Apabila gigi sakit, anggota yang lain juga akan terasa sakit seterusnya tiada selera makan serta tidak mahu membuat sebarang aktiviti atau kerja. Oleh sebab itu, hati yang sakit perlu dirawat segera bukan tunggu sehingga kronik.

     Kata Imam Ghazali, “Carilah hati di tiga tempat. Carilah ketika membaca Al-Quran. Sekiranya tidak menjumpai hatinya di situ, carilah ketika sedang menunaikan solat. Sekiranya tidak menjumpainya, carilah ketika sedang duduk bertafakur mengingati mati. Sekiranya masih tidak jumpa, maka mintalah hati yang baru daripada Allah kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”

 Cara-cara merawat hati :-

 -Mujahadah dalam memperbaikinya
-Banyak mengingat kematian dan hari akhirat
-Bergaul dengan orang-orang yang soleh
 -Hatinya selalu berdamping dengan Penciptanya
-Mengerjakan amalan soleh
-Memanfaatkan penciptaan hati sesuai dengan tujuan penciptaannya
-Berzikir kepada Allah

Hidup di dunia ini adalah sebagai jalan atau ruang untuk kita melaksanakan misi-misi kita sebagai khalifahNya bagi mencapai visi utama iaitu mardhotillah, mendapat keredhaan Allah. Hati adalah suis utama dalam litar badan kita. Semaikanlah baja-baja takwa dan hiasilah hati dengan iman supaya dapat melahirkan individu muslim yang hebat dari segi akhlaknya, ibadahnya, pemikirannya dan kehidupannya.

 “Wahai manusia! Sungguh , telah datang kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.” (Surah Yunus:57)

 Nur Cahaya
Pembina UKM

Surah As-Saff:Penyokong Agama Allah

       Jika dibuka Al-Quran yang mempunyai terjemahan,surah As-Saff, pasti kita akan menemukan banyak ayat yang sangat menyentuh hati dan menjentik kesedaran terutamanya bagi para du’at ataupun mereka yang menyeru ke arah kebaikan. Antaranya, ayat 2-3, ayat 4, dan ayat 10-14.

     “Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu para penyokong agama Allah sebagaimana ‘Isa putera Maryam berkata kepada sahabat-sahabat setianya: Siapakah yang sanggup menjadi para penyokongku untuk menegakkan agama Allah? Jawab sahabat-sahabat setia itu: Kamilah para penyokong Allah. Lalu berimanlah segolongan dari Bani Israel dan segolongan yang lain pula menjadi kafir. Lalu kami bantukan orang-orang yang beriman itu mengalahkan musuh mereka dan mereka telah mendapat kemenangan.” (As-Saff,61:14)

      Menurut tafsir Fi Zilalil Quran oleh As-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah, tujuan ayat tersebut ialah untuk menggambarkan satu pendirian, bukannya untuk memperincikan sebuah kisah. Mari kita renungi kembali ayat “Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu para penyokong agama Allah…” . ‘Penyokong’ yang disebutkan sebenarnya merupakan sifat yang membawa satu penghormatan yang lebih besar dari syurga dan nikmat yang melimpah!

 Dan para sahabat Nabi Isa menyahut,
 “Kamilah para penyokong Allah.” 



     Ini menunjukkan betapa mereka ini sanggup memikul tugas tersebut dan telah mendapat penghormatan gelaran ‘penyokong’ Allah. Dalam ayat 6 surah yang sama, jelas Nabi Isa telah datang menyampaikan berita gembira akan kedatangan seorang nabi dan agama yang baru namun apabila datangnya nabi yang dimaksudkan iaitu Nabi Muhammad, baginda diperangi dan dilemparkan tuduhan. Jadi jika Nabi Isa yang setia menyeru ke arah kebaikan dan sahabat Nabi Isa sanggup membela agama Allah, adalah lebih wajar untuk ummat Nabi Muhammad itu sendiri memikul tugas menyampaikan dan menegakkan agama Islam. Dan ayat yang seterusnya telah dijelaskan di dalam tafsir tersebut iaitu lalu mereka yang beriman dan berpegang teguh dengan aqidah yang benar telah dibantu oleh Allah mengalahkan mereka yang tidak beriman dan menyeleweng dari aqidah tauhid.

     Dan apakah balasan dari Allah atas pengorbanan itu? “...dan mereka telah mendapat kemenangan.”

      Dengan kekuatan hujah dan alasan yang kukuh, atau aqidah tauhid yang dipegang mereka itulah Allah telah mengurniakan kepada mereka kemenangan. Selaklah lembaran sirah, kisah Perang Uhud, Hijrah Rasulullah, kemaraan Sultan Al-Fateh menawan Konstatinopel dan banyak lagi siri perjuangan dan pengorbanan hamba-hamba Allah yang telah dibalasNya dengan kejayaan samada di dunia mahupun disimpan untuk ganjaran di akhirat kelak.

     Akhir kata, moga kita dapat mencontohi para nabi dan sahabat yang bersusah payah berkorban apa sahaja demi menegakkan syiar Islam. Semoga yang menulis lebih mempraktikkan penulisannya, begitu juga dengan pembaca.

Mari bersama berusaha menjadi PENYOKONG Allah!

Penulis bebas,
Pembina UKM,
UKM

Monday 5 November 2012

TARBIYAH SEPARUH MASAK



Pernah atau tidak kita terfikir, kenapa kita perlu di tarbiyyah? Kemudian kita tanya diri kita lagi, sejauh mana kita membumikan tarbiyyah yang kita terima dalam kehidupan seharian? Seterusnya kita tanya lagi diri kita, sejauh mana kita telah menjadi qudwah (ikutan) dan contoh kepada orang lain?

Kita yang terlupa

Sebahagian besar aktivis dakwah atau pendakwah jika berbicara mengenai sirah Rasulullah s.a.w., para sahabat dan para pejuang Islam, maka meluncur laju bibir bercerita apa yang di fahami dan di hafal daripada pembacaan. Ayat-ayat suci al Quran dan hadis-hadis baginda Rasulullah s.a.w. di hafal dengan elok ibarat ada hard disk drive  didalam kepalanya. Jika ada usrah atau program-program tarbiyyah, maka dialah orang pertama yang berada di situ. Jika dalam mukhayyam atau tamrin, maka dia lah orang yang paling sabar dan cekal dalam menghadapi segala rintangan. Dan apabila di lihat dokumen penilaian, penuh dengan angka-angka positif yang memenuhi ruang-ruang yang ada.

Tetapi kita terlupa suatu perkara, adakah semua itu cukup untuk membuktikan dia sudah lengkap di tarbiyyah? Bagaimana pula dengan alam realiti?

Apalah ertinya sekiranya mahir berbicara mengenai sirah Rasulullah s.a.w., para sahabat dan para pejuang Islam, tetapi bila akhlaq mereka tidak di contohi, apabila berada di medan dan ketika berseorangan, futhur gugur lalu tersungkur.

Apalah ertinya sekiranya menghafal ayat Quran dan hadis dengan baik, namun amal kurang atau tidak di lakukan.

Apalah ertinya sekiranya menepati masa menghadiri program tarbiyyah, namun apabila solat berjemaah dan berjanji, tidak dapat menepatinya dengan baik.

Apalah ertinya sekiranya mampu bersabar dan cekal ketika dalam program tarbiyyah,namun apabila berhadapan masyarakat, apabila di fitnah dan di hina, hilang semua kesabaran yang di pelajari.

Apalah ertinya dokumen penilain penuh dengan angka-angka positif, namun angka-angka itu hanya sekadar angka yang kosong.

Apalah ertinya mengetahui dan memahami mengenai tarbiyyah ukhuwwah, namun apabila di kritik, di marahi, dan sebagainya, hilang semua sifat berlapang dada dan bersangka baik.

Kita tidak mendidik malaikat

Ya, manusia bukan malaikat. Iman akan ada turun dan naik. Namun jika pendakwah itu mengikut jalan tarbiyyah, maka jika futhur sekalipun tidak lah jatuh tersungkur sampai tidak mampu untuk bangun.

Tarbiyyah ini bukan hanya retorik, ia adalah pembuktian dengan amal. Kita dapat lihat sirah para sahabat bagaimana mereka membuktikan tarbiyyah yang mereka hadam di medan amal. Contohnya ketika perang Ahzab ketika mana berduyun-duyun musuh Islam datang menyerang. Namun keyakinan kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya. Tidak lari dari medan perang, bahkan mara sedia untuk syahid.

Cerita mengenai sirah Rasulullah s.a.w., para sahabat dan para pejuang Islam bukan sekadar cerita untuk memenuhi masa lapang dan mengisi program sahaja, tetapi ia adalah cerita untuk di ambil iktibar daripadanya. Ia bukan seperti kisah Alice in Wonderland!

Inilah jalan kita.

Saya sedar dan yakin bahawa kemenangan Islam itu pasti akan hadir. Pasti dan pasti, tinggal lagi sama ada kita mahu atau tidak menjadi sebab kepada kebangkitan dan kemenangan Islam. Namun sebelum menerima semua itu, perlu kita lalui jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Dan jalan ini bukan seperti jalan raya ataupun jalan yang di hamparkan red carpet ataupun di tabur dengan bunga-bunga, tetapi jalan ini di tabur dengan duri dan paku, di hamparkan dengan sweat, tears and blood.

Tarbiyyah kita bukan tarbiyyah separuh masak, hanya hebat teori namun gagal praktikal. Hanya sekadar hebat berbicara namun gagal beramal. Hanya cantik di luaran namun cacat di dalam. Namun tarbiyyah kita adalah tarbiyyah yang sejati, yang melahirkan insan yang meletakkan dunia di tangan dan akhirat di hati, dan mengimpikan kemenangan atau mati syahid.

Semoga kita kekal dan thabat dalam jalan ini sehingga ke akhirnya. Amin.

Moga Allah redha.


Ahmad Shukery Bin Azizan
Sains Kimia Tahun 2
UKM BANGI




poster promo ikhwah
picture hosting