PEMUDA

Sesungguhnya sesuatu fikrah tu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang mempunyai keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan.

Ahlan Ya Ramadhan

Semoga Ramadhan tahun ni menjanjikan taqwa sebagai matlamat kita!

PEMBINA UKM mengucapkan Salam Maal Hijrah. Perubahan bermula dengan diri kita. Ayuh berubah! Jangan bertangguh lagi!

My Gathering kini tiba! Eksklusif untuk muslimah sahaja. Ya, kem yang penuh dengan aktiviti menyeronokkan, hanya kita-kita sahaja! Daftar segera sebelum 11 December 2012!

JOM SERTAI KAMI!

Meneraju arus mahasiswa.

Imam Hasan Al-Banna

Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan tersergam indah.

JOM! USRAH

Usrah memainkan peranan penting untuk membentuk satu individu mengikut acuan islam sebenar. Selain itu, potensi dapat dibangunkan melalui usrah. Ingin sertai usrah? Hubungi Amirul (0136706079).

Sunday 3 May 2015

Tautan Ukhuwwah




Ukhuwah itu adalah terbentuk atas dasar ikatan akidah dan akan beputik menjadi indah.

indahnya berukhuwah bila antara hati bertaut kerana akidah yang bisa membawa ke jannah.

Indahnya berukhwah seumpama rindukan kekasih ketika berjauhan,rindukan kata nasihatnya dan saling memberi peringatan.

Indahnya berukhwah ketika mana bersama-sama merasa pahit manis dalam amanah dakwah yang digalas dan saling melengkapi dalam mecari redha Ilahi.

Indahnya berukhuwah ketika mana salah seorang saudara ditimpa ujian saudaranya yang lain datang dengan ketenangan.

Indahnya ukhuwah ketika sakit,mereka ziarah dengan doa-doa kesejahteraan dan kata-kata yang baik,membuatkan kehadiran mereka sebagai semangat dan penyembuh.

Indahnya berukhuwah ketika mana saudara seislam sanggup bemusafir semata-mata untuk bermuayashah mengenali antara satu sama lain dan berkongsi kehidupan masing-masing

Itulah ukhuwah yang sebenar. Ukhuwah menjadi indah dengan ikatan akidah yang sbenar dan bertambah sweet bila ianya kekal hingga ke syurga.

Hasil nukilan
Siti Nor Izzati Nasrom,
Beliawanis PEMBINA UKM.

poster promo ikhwah
picture hosting