PEMUDA

Sesungguhnya sesuatu fikrah tu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang mempunyai keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan.

Ahlan Ya Ramadhan

Semoga Ramadhan tahun ni menjanjikan taqwa sebagai matlamat kita!

PEMBINA UKM mengucapkan Salam Maal Hijrah. Perubahan bermula dengan diri kita. Ayuh berubah! Jangan bertangguh lagi!

My Gathering kini tiba! Eksklusif untuk muslimah sahaja. Ya, kem yang penuh dengan aktiviti menyeronokkan, hanya kita-kita sahaja! Daftar segera sebelum 11 December 2012!

JOM SERTAI KAMI!

Meneraju arus mahasiswa.

Imam Hasan Al-Banna

Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan tersergam indah.

JOM! USRAH

Usrah memainkan peranan penting untuk membentuk satu individu mengikut acuan islam sebenar. Selain itu, potensi dapat dibangunkan melalui usrah. Ingin sertai usrah? Hubungi Amirul (0136706079).

Wednesday 27 June 2012

Tanpa Tarbiyah Tiadalah Ukhuwah Fillah (SIRI 1)

“Nur, dah sedia belum untuk bentang ‘task’ malam ni? Kak Rita dan semua ‘halaqahmate’ mesti tak sabar nak dengar”Soal Dila kepada Nur yang merupakan sahabat rapatnya. 

Mereka berlainan kelas dan berlainan ‘dorm’ di asrama. Bahkan mereka juga bukan dari sekolah yang sama semasa di tingkatan satu hingga lima akan tetapi menjadi sahabat kerana sebuah tarbiyah.

Hurm, aku takutlah. Aku tak reti nak bercakap depan orang apa lagi nak bentang ‘task’ dalam usrah. Dila tolonglah aku, macam mana ni?” Rintih Nur kepada sahabatnya. 

Nur seorang yang pendiam di dalam kelas akan tetapi dia seorang yang peramah dan mempunyai ramai kenalan. Nur suka menolong kawan-kawannya dan semua kawan-kawannya menyenangi kebaikan yang dilakukannya. 

Janganlah risau, aku yakin kau mesti boleh”. Balas Dila untuk menenangkan hati sahabatnya itu.

 Bermulanya perjalanan ke gerbang tarbiyah…

Nur merupakan seorang pelajar sekolah agama yang agak pasif. Semasa di sekolah menengah dia tidak pernah tinggal di asrama. Kehidupannya seperti pelajar sekolah menengah biasa yang pergi sekolah pada waktu pagi dan pulang ke rumah pada waktu petang kerana kelas tambahan (tuisyen) dan begitulah pada hari-hari seterusnya. 

Di sekolah, Nur telah terbiasa di dedahkan dengan program usrah. Akan tetapi dia merasa tidak selesa dengan program tersebut kerana waktu yang ditetapkan adalah pada tengah hari (waktu tamat sesi persekolahan) tambahan pula ketika itu rasa tanggungjawab dakwah tidak tersemat di hatinya. Ada suatu ketika dia pernah menolak untuk mengikuti program usrah di sekolah dan menyebabkan ustazah agak kecewa dengan tindakan tersebut. Ustazah dan ustaz di sekolahnya sangat menekankan aspek tarbiyah dan usrah. Tambahan pula, Nur antara pelajar yang boleh dinaikkan menjadi naqibah. Walau bagaimanapun Nur seorang yang keras hati dan tetap tidak mahu melibatkan diri dengan program usrah sehinggakan perkataan usrah itu menjadi satu beban atau musuh baginya.

Kehidupan Nur mulai berubah apabila dia memasuki alam persekolahan menengah atas (tingkatan enam). Pada ketika ini, dia sedang cuba menjinakkan diri berada dalam suasana kehidupan asrama. Nur berasa gembira kerana dia mudah mendapat kawan-kawan di asrama dan mulai seronok dengan kehidupan barunya. Walaupun Nur anak bongsu daripada 7 orang adik-beradik akan tetapi dia tidak kekok dan pandai membiasakan diri di tempat baharu. 

Walau bagaimanapun, dia mempunyai satu kelemahan iaitu sukar untuk memilih kawan yang betul-betul sesuai dijadikan sebagai kawan atau sahabat. Apabila Nur terlalu asyik dengan kawan-kawan yang ramai di asrama, dia mulai berubah seperti lalang, tidak tetap pendirian dan seolah-olah dia tidak tahu akan peraturan sekolah dan asrama. 

Petang ni aku tak pergi ‘prep’ (waktu belajar) tau”. Beritahu Alia kepada kawan-kawan ‘dorm’nya. 

Alia seorang pelajar yang agak nakal dan sering melanggar peraturan sekolah. Dia juga merupakan seorang yang kurang peramah dengan orang lain. 

Tak pergi ‘prep’? Boleh ke? Sebenarnya aku pun macam malas je nak pergi ‘prep’ petang ni, mengantuklah.” Balas Nur kepada Alia. 
Yalah aku pun macam tak nak pergi je.” Ujar Zai, salah seorang dari rakan ‘dorm’nya. 
Kalau macam tu, kita tak payah pergilah. Kalau ada yang panggil kita senyap je, kalau tak pun bagi tahu yang kita sakit perut.” Ujar Alia. 

Bermula dari kejadian tersebut, Nur mulai terikut-ikut dengan sikap buruk kawan ‘dorm’nya. Sehinggakan banyak peraturan asrama yang lain tidak ditaati sedangkan dahulunya Nur seorang yang sukar untuk melanggar peraturan sekolah. 

Nur, maghrib tadi kau tak solat di surau ke? Tak nampak pun batang hidung kau.” Soal Chom, kawan sekelasnya. 
 “ Eh, taklah aku solat di surau aras bawah.” Jawab Nur. 

Jawapan itu hanyalah satu ungkapan untuk mengelak daripada diketahui oleh kawannya yang dia sebenarnya tidak solat di surau tapi di dalam ‘dorm’. Solat di dalam ‘dorm’ merupakan salah di sisi peraturan asrama. Nur melanggar peraturan tersebut kerana terpengaruh dengan kawan-kawannya yang lain. 

Suatu hari, sekumpulan akhawat UTM telah datang ke sekolahnya untuk memperkenalkan program usrah kepada para pelajar. Program usrah ini telah dibenarkan oleh pihak sekolah untuk para pelajar kerana pendekatan yang dibawa oleh mahasiswa UTM ini sedikit sebanyak mampu untuk menarik minat para pelajar terhadap program usrah. Di samping itu, mereka juga dari kalangan pelajar universiti, oleh itu para pelajar dapat terdedah dengan suasana di alam universiti melalui pengalaman akhawat usrah mereka.

Usrah lagi. Bosan betul aku.” Bisik Nur dihatinya. 

Nur seolah-olah meletakkan perkataan usrah itu satu perkara yang sangat membosankan dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat untuknya. Kemudian salah seorang daripada kawan sekelasnya bertanya, 

Nur, kau tak nak masuk halaqah ke? Alah yang sama macam usrah tu. Jomlah, aku rasa macam menarik je.” Ujar Nora.

Halaqah? Tak pelah, aku tak sedia lagi nak masuk usrah lagipun usrah ni kan kena banyak bercakap, aku malulah.” Jawab Nur yang cuba mengelak dari ajakan kawannya itu. 

Jomlah Nur, nilah masanya untuk kita mencabar keyakinan diri kita. Mana tahu dengan masuk usrah ni kita dapat baiki kelemahan diri dengan bercakap depan orang ramai di samping tu dapat tambahkan ilmu.” Pujuk Nora. 

Okey tapi aku fikir dulu ye. Tak pasti nak masuk ke tak.” Jawab Nur, cuba untuk menjaga hati kawannya itu.

Urm macam nilah kalau kau rasa nak masuk usrah tu nanti bagilah profil diri dan pencapaian akademik pada Dila, dia yang ‘incharge’ benda tu.” Balas Nora dengan rasa sedikit hampa.



Terbitnya ukhuwah Islamiyah…

 “Assalamualaikum Nur.” Sapa Dila yang merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mencari ahli usrah. 

Waalaikumussalam.” Jawab Nur. 

Tak masuk usrah ke? Saya tengok awak macam ada potensi tau . Yalah awakkan budak mumtaz mesti banyak ilmu boleh kongsi. Lagipun ramai budak-budak kelas awak yang masuk usrah ni. Nadiah dan Fatimah satu ‘dorm’ dengan awak tu pun masuk. Marilah.” Ujar Dila. 

Oh hari tu Nora ada ajak saya masuk tapi tak pela saya rasa, saya tak sesuai masuk usrah ni.” Jawab Nur yang masih enggan mengikuti program tersebut. 

Kenapa rasa tak sesuai pula? Belum cuba belum tahu tau. Setiap orang yang Allah pilih untuk melakukan perkara yang baik mesti dia seorang yang hebat. Usrah ni kan program baik, rugi kalau lepaskan peluang ni.” Balas Dila yang sedang cuba memujuk Nur. 

Walaupun Dila tidak rapat dengan Nur akan tetapi Dila seorang yang suka mengajak kawan-kawannya membuat perkara baik. Dila mula mengenali Nur melalui kawan-kawan sekolah Nur yang dulu. Dila mengetahui bahawa Nur dahulunya seorang yang baik dan tidak pernah melanggar peraturan sekolah akan tetapi kenapa kini Nur jadi seorang yang lain. Mungkin Nur mengalami ‘culture shock’ kerana dia tidak pernah berada dalam suasana asrama. Dila tahu tentang masalah yang sedang dilakukan oleh Nur dan kawan ‘dorm’nya. Melanggar peraturan asrama dan sebagainya. Dila cuba untuk menarik kembali Nur yang dulu. 

Walaupun dia tidak pernah mengenali siapa Nur. Sikap setia kawan Dila menyebabkan Nur merasa dihargai. Dila sering kali cuba menasihati Nur tentang perkara yang tidak patut dilakukan oleh seorang pelajar. Dila juga sering mengajak Nur solat di surau dan sebagainya. Selain itu Dila juga menceritakan kebaikan-kebaikan menyertai usrah kepada Nur.

Dila ni profil diri dan pencapaian akademik aku”. Ujar Nur yang sudah mulai rasa rapat dengan Dila dengan memberi sehelai kertas. 

Pemberian kertas tersebut menunjukkan bahawa Nur telah bersetuju untuk menyertai program usrah tersebut. Dila merasa sangat gembira dan lega dengan hati Nur yang sudah lembut untuk menerima usrah walaupun dia mengetahui bahawa penyertaan Nur ke dalam usrah bukan dengan kemahuannya sendiri... bersambung...

 Nurul Hajjar binti Atan (Ukhti Ansarullah)
Komunikasi Dasar Awam, UKM

Saturday 16 June 2012

Doa Untuk Aku



Doa untuk Aku
Diambil daripada salah satu cerpen dalam : Hidup Penuh Cinta
Oleh:Baharuddin Bekri/ PTS.

Pada waktu rehat, teman-teman semuanya keluar makan. Aku bersendirian, masih duduk di meje kerja. Di hadapanku ada limau-limau mandarin yang berselerak. Esok Tahun Baru Cina, maka perlu ada suasana tahun baru.
            Aku bersandar ke kerusi dan menutup mata. Aku membayangkan ada tangan kasar yang memegang pundak sebelah kiriku dengan lembut. Aku berpaling ke belakang. Seorang tua yang berjanggut putih tersenyum nipis. Dahi aku berkerut. Perlahan-lahan tangan kanan lelaki tua itu lucut dari pundakku.
            “Arahkan saya berdoa,” kata lelaki tua itu.
            Aku diam.
            “Saya boleh memberikan kamu doa,” kata lelaki tua itu.
            Aku masih diam.
            Lelaki tua itu menjongketkan kening.
            Aku menggaru kepala. “Doa yang bagaimana?”
            Lelaki tua itu tersenyum lalu berkata, “Doa berkenaan kebaikan dan kesejahteraan kamu.”
            “Mengapa perlu kamu berdoa untuk saya?” Aku bingung.
         “Kerana doa kamu kosong.”
            Lalu aku mengerutkan dahi dan meneliti lelaki tua di hadapan aku, dari kaki hingga rambut. Mengapa lelaki tua ini menuduh doa aku kosong?
            “Kamu ini siapa?” tanyaku lanjut.
            “Kamu tidak kenal saya? Saya adalah jiwa kamu. Saya sudah tua kerana tidak lagi diberi makan dengan doa-doa kamu yang ikhlas. Lalu kulit saya yang tegang menjadi kecut, rambut hitam menjadi putih, tubuh yang lincah kini perlahan dan saya yang sihat kini sakit.” Orang tua itu berkata sambil mengangguk-angguk.
            “Namun, saya tidak berjanggut,” kataku sambil mengusap dagu.
            “Eh, maaf. Saya terlebih-lebih. Memang kamu tidak berjanggut,” kata lelaki tua itu, lalu janggut putihnya hilang serta-merta.
            Aku diam. Kerut pada dahi sudah dibasahi peluh.
            “Tolong, arahkan saya berdoa untuk kamu,” rayu lelaki tua itu.
            Aku diam. Dahi cuba aku tegangkan kembali. Sedatik kemudian aku berkata, “Sekiranya kamu jiwa saya, mengapa kamu tidak berdoa sahaja? Mengapa perlu saya yang mengarahkan kamu berdoa?”
            “Seperti yang saya beritahu, saya adalah jiwa kamu yang lelah, lapar dan tua. Kamu memang ada berdoa, namun kamu berdoa tidak melalui saya. Doa kamu hanya pada lidah. Kamu hanya mengarahkan lidah kamu yang berdoa, tidak mengarahkan saya. Kamu tidak berdoa menerusi jiwa. Doa kamu sombong dan kosong. Tiada rintihan, tidak bersungguh dan tidak ikhlas. Saya mohon kamu berdoa melalui saya. Memohon saya yang berdoa kepada Tuhan.”
            “Jadi, tolong arahkan saya, jiwa kamu ini, berdoa sesuatu berkenaan diri kamu. Sekiranya tidak, pasti saya akan mati. Jangan hanya melalui lidah. Saya sudah tidak mampu lagi bertahan,” terang lelaki tua itu. Kedua-dua belah tangannya memegang pundak kanan dan kiri aku.
            Aku diam.
            Aku membuka mata, lalu berpaling ke belakang. Nyata lelaki tua itu sudah tiada. Sekarang masih waktu rehat dan sudah masuk waktu solat zuhur (bagi kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya). Pasti lelaki tua itu berharap aku mengarahkannya berdoa.

Hamizah Mohamad Hariri
(Pembina UKM)

Habib Bin Zaid R.A



HABIB BIN ZAID R.A. – Lambang Kecintaan dan Pengorbanan

            Habib bin Zaid r.a. merupakan seorang mukmin generasi pertama yang bersama-sama ayahandanya, Zaid bin ‘Ashim dan ibundanya, Nusaibah binti Ka’ab terlibat dalam baiah Aqabah kedua. Semenjak hijrah Rasulullah ke Madinah, Habib sentiasa di samping baginda dan tidak pernah ketinggalan dalam satu peperangan dan tidak pernah lalai dalam menunaikan kewajipan.

            Pada suatu ketika, muncullah golongan yang mendakwa diri mereka sebagai nabi di Selatan Jazirah Arab. Seorang di antara mereka muncul di San’a iaitu Al-Aswad bin Ka’ab Al-‘Ansi dan seorang lagi di Yamamah iaitu musailamah Al-Kazzab. Kedua-dua pendusta ini menghasut manusia untuk memusuhi orang beriman. Lebih dahsyat lagi, mereka mendustai serta memandang ringan kenabian itu sendiri, dan membuat bencana serta menyebar kesesatan di muka bumi.

            Pada suatu hari, Rasulullah didatangi seorang utusan yang dihantar oleh si pendusta Musailamah. Utusan itu membawa sepucuk surat yang tertulis:

“Dari Musailamah Rasulullah kepada Muhammad Rasulullah, terkirim salam… Kemudian, ketahuilah bahawa saya telah diangkat sebagai sekutu engkau dalam hal ini, hingga kami beroleh separuh bumi sedang bagi Quraisy separuhnya lagi. Tetapi ternyata orang-orang Quraisy bersikap aniaya….!”

Rasulullah membalas surat itu sebagai jawapan kepada Musailamah:

“Bismillahirrahmanirrahim…Dari Muhammad s.a.w. kepada Musailamah si pendusta. Salam bagi orang yang mahu mengikuti petunjuk...

Kemudian daripada itu, ketahuilah bahawa bumi itu milik Allah, diwariskanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNYa, sedang akhir kesudahan akan berada di pihak orang-orang yang bertaqwa…”

Namun, Musailamah tidak mengendahkannya dan tetap menyebarkan kebohongan serta kepalsuan kerasulannya. Hasutan dan penganiayaan terhadap orang-orang beriman dilakukan tanpa henti.

            Maka Rasulullah s.a.w. menghantar surat kepada Musailamah bagi menyuruhnya menghentikan pendustaan dan penyelewengannya. Pembawa utusan yang dipilih Rasulullah adalah Habib bin Zaid r.a. Berangkatlah Habib melangkahkan kakinya dengan cepat dan berbesar hati menerima tugasan yang diamanahkan oleh Rasulullah s.a.w. tercinta. Dalam pada menyusun langkah menuju Yamamah, Habib menaruh harapan besar agar Musailamah terbuka hatinya untuk menerima kebenaran.

            Sesampai Habib ke tempat tujuannya, diserahkan surat itu kepada Musailamah. Namun, Musailamah tetap ingkar, semakin tenggelam dalam kesesatan. Tanpa perikemanusiaan, Musailamah si pendusta itu menawan Habib dan menyeksanya dengan seksaan yang keras. Musailamah mengarahkan rakyatnya untuk berkumpul, lalu Habib bin Zaid dengan kesan seksaan yang dahsyat dibawa kehadapan khalayak ramai dengan tujuan menjatuhkan semangatnya dan terus kalah pada pendustaan Musailamah.

Habib dipaksa mengakui beriman kepada Musailamah bagi membuktikan mukjizat palsu kerasulannya. Kata Musailamah kepada Habib:

“Apakah kamu mengakui bahawa Muhammad itu utusan Allah?”
“Benar.” Jawab Habib. “Saya mengakui bahawa Muhammad itu utusan Allah.”

Merah membakar wajah Musailamah. Lalu ditanya lagi kepada Habib:


“Dan kamu mengakuiku sebagai utusan Allah?”
“Tidak pernah saya mendengar tentang itu!” kata Habib.
            
Musailamah menjadi sangat marah. Dia gagal menjatuhkan keimanan Habib kepada Muhammad Rasulullah dan tindakannya menyeksa utusan itu sia-sia. Musailamah bagaikan menerima tamparan hebat yang menjatuhkan wibawanya di hadapan rakyatnya sendiri. Musailamah bangun dengan kemarahan dan memanggil orang suruhannya agar segera datang dan membunuh Habib. Tertusuklah hujung pedang ke tubuh Habib. Kebuasannya menyayat dan memotong tubuh Habib dengan rakusnya tanpa ada secebis rasa simpati dan perikemanusiaan. Pahlawan sejati itu terus-menerus mengulang-ulang ucapan “Lailahaillallah MuhammadurRasulullah” sehingga ke akhir hayatnya.

            Berita tentang syahidnya utusan Rasulullah sampai kepada baginda. Dengan hati yang tabah, baginda menyerahkan kepada Allah kesudahan Musailamah pendusta itu. Namun, ibunda Habib, Nusaibah binti Ka’ab, berjanji akan menuntut bela atas kematian puteranya. Ketika perang Yamamah yang diketuai Khalifah Abu Bakar r.a., Musailamah si pendusta berjaya dibunuh dan Nusaibah turut serta dalam peperangan itu. Nusaibah berdiri dengan tubuh penuh luka akibat tebasan pedang dan tusukan tombak. Ia melihat wajah puteranya tercinta Habib, tersenyum penuh kemenangan pada panji-panji Islam yang berkibar dengan megahnya.

Pesanan buat sahabat…
Dan dia antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya. (Al-Baqarah:207)
Sama-sama kita menelusuri sirah tokoh besar Islam dalam pada kita mempersiapkan diri mengikuti langkah mereka sampai masanya nanti. Moga diri dan sahabat sekalian mampu menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan dan rahmat Allah serta terus tegar dalam memperjuangkan agama suci ini. Wallahualam.

Mariam Malek (UKM)

Tuesday 12 June 2012

Surah Al-Haqqah-Hari Kiamat!! (Bahagian 1)



Kiamat! Apakah yang tergambar di benak kalian apabila perkataan ini muncul? Adakah "Kiamat! Kiamat la! Lambat lagi. Apa masalah nya?" atau hati kalian tergetar mendengar perkataan ini? Untuk itu, Suka untuk saya kongsikan bersama kalian tentang tafsir surah Al-Haqqah ayat 1-12 kerana pada pendapat saya, ia sangat berkaitan dengan keadaan yang berlaku kala ini. Apa kaitan nya? Sudahkah anda bersedia? 
‘Al-haqqah’ (saat atau kiamat yang pasti berlaku). Apakah ‘al-haqqah’ itu? Dan tahukah kamu apakah ‘al-haqqah’ itu?(1-3)
Hampir keseluruhan surah ini menceritakan tentang pemandangan pada hari Kiamat serta peristiwa pada hari yang ‘dahsyat’ itu. Oleh itu, surah ini dinamakan dengan nama kiamat iaitu Al-Haqqah iaitu suatu yang berhak berlaku dan pasti akan berlaku! Ia merupakan sesuatu ketetapan yang muktamad.

 Kemudian, ayat kedua merupakan suatu pertanyaan yang tegas dan memandang besar apakah peristiwa itu. “ Apakah ‘al-haqqah’(saat atau kiamat yang pasti berlaku) itu?”. Kemudian bertambah rasa dahsyat tentang peristiwa itu dengan muncul soalan yang bersifat memaksa rasa jahil, mengeluarkan masalah ini daripada sempadan ilmu pengetahuan iaitu “ Dan tahukah kamu apakah ‘al-haqqah’ itu?”.

Suka untuk saya bertanya kalian. Apakah kalian mempunyai jawapannya? Masih lagi berfikir saat ini? 

Kedua-dua persoalan itu tidak terjawab sebaliknya Allah taala memulakan bicara tentang kedahsyatan dan kemusnahan yang menimpa para pendusta hari Kiamat. Hal ini menunjukkan perkara ini adalah sangat serius dan tidak dapat didustakan kerana sesiapa yang mendustakannya tidak akan dapat menyelamatkan diri. 
(Kaum) Samud dan ‘Ad telah mendustakan hari (Kiamat) yang menggemparkan dan mengharukan itu. Adapun (kaum) Samud, maka mereka telah dibinasakan dengan (jeritan) yang melampau dahsyatnya. Adapun (kaum) ‘Ad, maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang. Ditimpakan ke atas mereka selama tujuh malam dan lapan hari terus menerus, maka kamu melihat kaum itu padanya mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul-tunggul tamar yang telah lapuk. Maka adakah kamu melihat seseorang yang tinggal antara mereka? (4-8) 
Al-Haqqah adalah satu nama dari hari kiamat. Dari segi bahasa ia bermaksud mengetuk dan memukul satu benda yang ‘keras’ dengan sesuatu yang sama sepertinya. Mengetuk hati dengan kedahsyatan dan kegerunan serta mengetuk alam dengan kehancuran dan kemusnahan. Kaum Samud merupakan kaum nabi Soleh. Mereka dimusnahkan dengan jeritan yang kuat. Dalam ayat ini, jeritan tersebut hanya disebut sifatnya iaitu ‘melampau dahsyatnya’. Ribut yang sangat dahsyat sehingga tiada tempat berlindung. 

Manakala kemusnahan kaum Aad’diperincikan kisahnya. Kemusnahan kaum tersebut berlarutan sehingga 7 malam 8 hari berturut-turut dengan angin yang sejuk dan kencang bersesuaian dengan kedegilan dan keganasan kaum Aad’. Maka ayat tersebut membayangkan seolah-oleh peristiwa tersebut berlaku di hadapan mata. “maka kamu melihat kaum itu padanya mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul-tunggul tamar yang telah lapuk. Maka adakah kamu melihat seseorang yang tinggal antara mereka?“(untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemungkaran kaum Aad’, sila baca surah Hud: 50-60 ) 
Dan telah datang Fir’aun dan orang yang sebelumnya, dan negeri-negeri yang diterbalikkan kerana kesalahan. Maka mereka menderhakai rasul (yang diutuskan oleh) Rab (Tuhan) mereka, lalu Dia (Allah) menyeksa mereka dengan seksaan yang sangat keras.(9) 

Firaun merupakan zaman nabi Musa manakala ‘negeri-negeri’ ialah penduduk kampung Nabi Lut yang dimusnahkan. Dalam ayat tersebut, Allah taala menyebut secara ringkas bahawa mereka melakukan perbuatan yang salah yang menyebabkan mereka menderhakai rasul. terdapat ramai rasul namun mereka membawa risalah yang satu maka mereka seolah-olah rasul yang satu, membawa hakikat yang satu. Kemudian Allah menyebut kesudahan mereka dalam ungkapan yang tegas 

“ lalu Dia (Allah) menyeksa mereka dengan seksaan yang sangat keras.”(10) 

Seterusnya Allah Taala melakarkan pemandangan angin taufan dan bahtera yang berlayar, yang mengisahkan kemusnahan kaum Nabi Nuh yang mendustakan rasul dan mengingatkan manusia tentang nikmat Allah apabila menyelamatkan sekumpulan manusia bersama Nabi Nuh. Kisah ini diceritakan agar menjadi pengajaran bagi telinga yang bebal dan menyetuh hati-hati yang mati. 
Sesungguhnya Kami (Allah), tatkala air telah naik melimpah-limpah, Kami (Allah) angkut kamu di dalam bahtera. Agar Kami (Allah) menjadikannya peringatan bagi kamu, dan agar diperhatikan oleh telinga yang mahu mendengar.(11) 

Kesemua kisah ini membuatkan saya terfikir akan pelbagai bencana alam yang kerapkali menimpa bumi sejak akhir-akhir ini. Tsunami, ribut taufan, banjir, gempa bumi dan banyak lagi. 

Dan jika diamati, pada masa dahulu kes-kes keruntuhan akhlak jarang berlaku namun pada masa kini kesemua itu sudah menjadi suatu kebiasaan dalam masyarakat. Banyak kemungkaran berlaku ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. 

Banyak persoalan yang timbul. Apakah kesemua ini ada kaitannya? Adakah tuhan sedang memberikan amaran bahawa kemungkaran sedang berleluasa? Apakah kita juga merupakan penyumbang kepada kemurkaan tuhan sehingga bencana demi bencana silih berganti? 

Baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan kebangkitan Lesbian, Gay, transgender, Biseksual (seperti kemungkaran kaum terdahulu) yang menuntut hak mereka. Apa tindakan kita? Perhatikan saja! Dan apakah kita ingin menjadi senasib dengan kaum-kaum yang diceritakan dalam surah ini? Sama-sama renungkan dan koreksi diri… 

Suka untuk saya bertanya kembali apakah itu Al-Haqqah. Jawapannya ada pada ayat yang berikutnya dalam surah ini. Nantikan sambungannya… 

Sumber : Husam Hamidah. 2010. Keluasan Islam. Modul Pembangunan Insan. 



Pohon Semalu Berduri, 
Fakulti Sains dan Teknologi, UKM

Sunday 10 June 2012

Ambang Peperiksaan, bersedia @ tidak?



Mat: Assalamualaikum, din.

Din: Wa'alaikumussalam, oh Mat. Apa cerita?

Mat: Urm, cerita apanya 'time-time' exam ni cerita study jela..

Din: Ala relaks ar Mat, kau kan dah pandai tak yahlah study sangat..Buat biasa sudah..

Mat: Memangla boleh buat biasa je tapi aku risau jugak kalau tak dapat best semester ni.

Din: Urm yela aku faham tapi aku nasihatkan janganlah asyik study sampai abaikan tanggungjawab kau..

Mat: Tanggungjawab? Apa maksud kau? Study ni kan tanggungjawab aku, mana ada aku abaikan..

Din: Sekarang ni aku jarang tengok kau kat surau.yela mane tak nye asyik duduk kat bilik je study..

Mat: Alamak Din, aku bukan tak nak pegi surau tapi yela pada aku bila solat jemaah tu lama sangat nak tunggu, kalo aku solat sorang baru 5 minit. Lepas itu aku dah boleh start study smula. Kalau jemaah ni nak kena tunggu orang lain datang, lambatlah..

Din: Ish Mat janganlah macam tu Mat, kalau nak dapat dunia kita kena kejar akhirat dulu. Kau lupa ke segala rezeki yang kita dapat kat dunia ni Allah yang bagi. Memang aku tahu dan yakin kalau kita berusaha kita mesti dapat tapi kalau usaha tak disertakan dengan doa dan tawakal pun tak jadi juga.

Mat: Alah Din, aku tak solat jemaah time exam je, nanti bila dah abis exam aku solatlah jemaah semula. Lagi pun aku tiap-tiap hari buat solat hajat.

Din: Mat, yang wajib tu lagi afdal dibuat berbanding yang sunat. Aku tahu kau nak yang terbaik untuk exam sem ni tapi jangan sampai dunia tak dapat akhirat keciciran..bahaya tu Mat..

***************

        Wahai sahabat, itulah lumrah pelajar di ambang peperiksaan. mungkin ada yang sudah bersedia tapi ada juga yang tidak bersedia. Bukan mereka tak  bersedia sebab tak study atau melakukan aktiviti yang tak berfaedah akan tetapi mereka tidak bersedia dari segi minda orang yang berjaya. Orang yang berjaya mereka akan memandang ke hadapan dengan lebih jauh berbanding orang yang kurang berjaya hanya akan memandang matlamat pada jarak yang sederhana. Prinsip orang yang berjaya menjadikan hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan hari seterusnya lebih baik dari hari yang sebelumnya. Sahabat-sahabatku, janganlah dek kerana exam akhirat diabaikan. Belajar kerana Allah dengan harapan mendapat ilmu yang bermanfaat dan diberkati. Sijil hanyalah alat pengukur pencapaian dunia akan tetapi tiket untuk ke akhirat segala amalan soleh didunia yang tidak disangka-sangka, syurga abadi itu jauh lebih hebat dari segala jenis kejayaan didunia ini..Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal. SEMOGA BERJAYA!Allahumaftah alaik!!!amin....




Oleh: Nurul Hajjar Binti Atan (Ukhti Ansarullah)
Komunikasi dan Dasar Awam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Thursday 7 June 2012

Siapa IRSYAD MANJI?

Irsyad Manji

         Nama Irsyad Manji disebut-sebut sejak belakangan ini.Kenapa ya? Kerana himpunan yang dia ingin adakan untuk membincangkan hasil kerjanya melalui sebuah buku yang bertajuk “Allah,Liberty and Love” yang memperjuangkan usaha LGBT iaitu Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender. Alhamdulillah dan bersyukur kita kepada Allah kerana perhimpunan yang sesat ini telah dibatalkan oleh pihak yang bertanggungjawab.Irsyad Manji, ikon LGBT yang menjadi sanjungan Zaid Ibrahim dan anaknya, Ezra Zaid selain kebanggaan buat sebilangan besar ahli Majlis Peguam yang diketuai oleh Ambiga Sreevanasan.Sebenarnya perkara ini merupakan ancaman terbesar kepada akidah umat Islam yang sangat merisaukan.


Siapa pula Zaid Ibrahim dan Ezra Zaid? Ezra Zaid merupakan pelajar di salah sebuah Universiti di Kanada dan dipercayai beliaulah yang telah menbawa Irsyad Manji ke Malaysia. Beliau adalah anak kepada bekas pemimpin politik kontroversi yang merupakan pengarah syarikat ZI Publication. Baru-baru ini, beliau telah ditahan kerana terlibat menerbitkan buku hasil tangan Irsyad Manji sebanyak 180 buah buku, dan telah dirampas dalam satu operasi yang di jalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor ke atas pejabat syarikat penerbitannya yang terletak di Petaling Jaya,Selangor. Beliau telah disoal siasat selama lebih tiga jam dan dibebaskan sejurus selepas dijamin oleh seorang penjawat awam.(Sumber akhbar Kosmo)

          Berbalik kepada Irsyad Manji, dalam menghalalkan perbuatannya Irsyad Manji menyalahkan Allah Taala kerana mencipta manusia yang mempunyai kecenderungan seks songsang sepertinya. Dengan kata lain, manusia tidak salah, tetapi yang salah adalah Allah Taala. Pendapat ini adalah sama dengan konsep beriman dengan akidah Jabariyah. Mazhab Jabariah muncul di Kufah pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah,Pengasas mazhab ini ialah Jaham Ibnu Safuan yang berasal dari Khurasan. Asal Jabariah ini diambil dari perkataan Al-Jabr atau Jabrun yang membawa maksud digagahi atau tergagah. Mereka berpendapat bahawa manusia dan makhluk itu bergantung kepada qada dan qadar Allah semata-mata atau sepenuhnya. Mereka juga mengatakan tidak ada sedikit pun bagi manusia ikhtiar dan tidak boleh memilih sama sekali. Segala perbuatan baik dan buruk manusia itu bukan atas dasar kehendak diri sendiri dan itu semua adalah dari kehendak Allah.


SUDUT PANDANG

Sebenarnya, pendapat itulah yang telah disuarakan dengan lantang oleh Irsyad Manji dalam  perjuangan mendapatkan hak yang kononnya patut diterima kerana bagi mereka Allah telah menganugerahkan dia dan orang lain perasaan suka kepada sesama sejenis, bagi dia itu adalah anugerah dan tidak boleh menyalahkan manusia kerana manusia hanya menerima sahaja pemberian Allah.

           Persoalannya disini,kenapa pendapat tersebut begitu lantang dan berani disuarakan secara umum tanpa memikirkan kesan-kesan yang terpaksa dihadapi oleh mereka?Seolah-olah mereka tidak gentar dengan apa-apa kuasa sekalipun?Jika difikir-fikir semula,tidak hairanlah jika semua ini digerakkan tanpa apa-apa rasa gentar sekalipun kerana dengan Tuhan sendiri mereka sudah tidak takut inikan pula dengan manusia, nauzubillah.

             Sungguh, apabila diteliti dan difahami tentang perkara sebegini yang semakin hari semakin menjadi-jadi adalah kerana tiadanya asas akidah yang jelas dan kukuh. Sesungguhnya juga, asas agama islam ini perlu diterapkan sejak kecil dan sehingga dewasa kerana fahaman tentang Islam bukanlah perkara yang perlu di ambil enteng bahkan keimanan perlu disuburkan kedalam jiwa agar membuahkan cinta kepada Allah.Malah, ini perkara pertama yang perlu diberi perhatian dalam proses pembinaan ummah. Proses-proses ini memerlukan semua tangan memberi bantuan bermula dari institusi kekeluargaan,masyarakat dan negara.

          Justeru itu, proses pemantapan akidah adalah perkara pertama yang perlu diberi perhatian dalam proses pertama pendidikan. Jangan hanya anak-anak dihantar ke sekolah yang sarat dengan pemantapan ilmu dunia tapi tidak disertakan dengan ilmu akhirat. Rugilah jika begitu kerana tanah yang dipijak ini adalah milik Allah dan bukanlah milik pemimpin dunia yang kita sanjung tanpa berfikir. Sekian sahaja wallhua’lam.

Penulis: Munirah bt Ismail (Sains Sekitaran)

HADIS 27: Antara Kebaikan dan Dosa


Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda :
" Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya. "(Riwayat Muslim)            


Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a :
" Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu baginda bertanya : ' Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? ' Aku menjawab : ' Ya '. Sabda Rasulullah SAW lagi : ' Tanyalah hati engkau. ' Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu’.” (Riwayat Imam Ahmad)

Berdasarkan dua hadis di atas, Nabi S.A.W menjelaskan bahawa kebaikan itu adalah merupakan akhlak yang baik, kerana sebaik-baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya dan dalam akhlak yang baik ada kemaslahatan bagi individu dan masyarakat, kecil dan besar, lelaki dan perempuan.

            Antara akhlak yang baik ialah berbuat baik sesama manusia dan tidak menyakiti hati orang lain, bersopan santun, tutur kata yang baik dan bersabar atas gangguan orang serta pemaaf. Kebaikan itu adalah sesuatu yang dapat menenteramkan hati dan jiwa, sedangkan dosa itu mempunyai dua alamat. Pertama, yang membimbangkan dan meragukan jiwa, apabila pihak yang berkaitan tidak menyukai apabila orang lain tidak menyukai dan mencelanya. Meskipun Ulama memberi fatwa, janganlah dipatuhi fatwanya itu, selama mana masih ada keraguan dan kebimbangan dalam jiwa, kerana fatwa itu tidak boleh menghapuskan keraguan itu selama mana keraguan itu benar adanya.


Diriwayatkan bahawa akhlak terpuji itu merangkumi tiga perkara sebagaimana tersebut dalam firman Allah S.W.T:
Jadilah engkau seorang yang pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh." (Surah Al-A’raf,7: 199)


            Oleh itu, sebagai umat Islam kita seharusnya berusaha untuk menjadi umat yang terbaik sepertimana yang telah Allah sebutkan di dalam al-Quran. Perbezaan dosa dan pahala, baik dan buruk serta hak dan batil mesti diketahui dengan sedalam-dalamnya supaya setiap apa yang dilakukan berlandaskan syariat Allah S.W.T.  Berfatwalah kepada hatimu dengan keimanan supaya kamu merasa tenteram dan aman dengan setiap perkara yang membelenggu.


Oleh: Nurul Hajjar Atan (Ukhti Ansarullah) 
          Komunikasi Dasar Awam(FSSK)
          UKM,Bangi

Wednesday 6 June 2012

BELAJAR DARIPADA BURUNG HELANG


Siapa yang tidak kenal burung helang. Selain kuat dan tinggi, ia juga memiliki penglihatan yang sangat tajam sehingga mangsa yang jauh berpuluh kilometer pun dapat dikesan. Sebab itulah burung helang dijadikan sebgai simbolik oleh beberapa negara di dunia. 

Namun, ada beberapa fakta penting tentang burung helang yang sangat menarik untuk kita ketahui dan dijadikan pengajaran. Burung helang mampu hidup lebih lama daripada umur manusia pada umumnya iaitu 70 tahun. Namun untuk mencapai umur seperti ini, helang harus berjuang dengan kuat. Ketika umur helang mencapai 30 tahun, kukunya sudah mulai panjang. Sayapnya pun sudah mulai lebat sehingga susah untuk terbang tinggi. Begitu juga dengan paruhnya yang semakin panjang sehingga sangat susah untuk menerkam mangsanya. Bahkan beberapa sumber mengatakan bahawa pada umur tersebut, panjang paruh helang boleh mencecah ke dadanya. Adakah riwayat burung helang akan tamat?

Pada keadaan ini, burung helang akan pergi mencari bukit yang tinggi untuk berehat. Kemudian ia akan menghentam paruhnya ke batu sehingga paruhnya tercabut. Mungkin boleh dibayangkan betapa sakit dan menderitanya burung helang tersebut. Darah pun terus mengalir membasahi batu-batu di bukit itu. Apa yang terjadi? Apa yang difikirkan oleh burung helang sehingga dia sanggup melakukan hal ini? Pengkaji yang pertama kali melihat hal ini sangat terkejut. Pengkaji ini berfikir bahwa burung helang tersebut telah berputus asa dan sedang membunuh diri. 

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Kini, paruh helang sudah mulai tumbuh yang baru. Paruh itupun ia gunakan untuk mencabut satu persatu bulu-bulu pada sayapnya. Setelah itu, kuku-kukunya pun dipatahkan. Setelah sampai satu tahun, bulu-bulu sayap pun sudah mulai tumbuh yang baru, begitu juga dengan kuku-kuku yang ada pada kakinya. Sekarang burung helang memiliki paruh yang baru, sayap yang kuat dan kuku yang tajam. Kini, burung helang sedia untuk terbang mencari mangsa baru dan meneruskan kehidupan sampai 70 tahun. Jika burung helang itu malas dan tidak mampu menahan derita, maka ia akan mati kerana tidak mampu mencari mangsa lagi. 

Apa pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah  burung helang ini? Burung helang memiliki keberanian untuk menderita dan menahan rasa sakit selama satu tahun. Setelah itu, ia boleh menikmati kehidupannya dengan senang selama 40 tahun. Burung helang memiliki prinsip “Pay Now, Play Later”. Bagaimana dengan manusia? Allah SWT telah memberikan umur 60 tahun  di dunia untuk mencari bekal yang boleh dibawa ke akhirat. 60 tahun bukanlah waktu yang lama tetapi ramai orang yang menggunakan umurnya hanya melakukan kerja yang sia-sia, bersenang lenang, dan menghiburkan diri. Mereka lalai pada perintah Allah dan lebih memilih mengikuti hawa nafsu dan kehendak syaitan. Padahal setelah 60 tahun itu, manusia harus meninggalkan dunia ini dan bersedia untuk menjalani kehidupan yang kekal di neraka atau syurga.

Rasulullah SAW bersabda, “Syurga dipagari dengan kesusahan sedangkan neraka dipagari dengan keseronokan”. Beranikah kita menggadaikan umur kita yang 60 tahun itu untuk mendapatkan kehidupan yang kekal di syurga? Adakah kita memilih untuk menjadi helang yang malas dan takut menderita yang akhirnya mati pada umur 30 tahun atau helang yang boleh bertahan sampai usia 70 tahun.


Mastang Tanra
Pelajar FKAB
UKM Bangi

APA PENGORBANAN KITA?

Mungkin sering kali kita membaca atau murabbi kita memetik kata-kata Imam Hassan al Banna mengenai pengorbanan, “Yang aku maksudkan dengan “tadhiyyah” (pengorbanan) adalah:  mengorbankan harta, waktu, kehidupan dan segalanya untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai.  Tidak ada jihad di dunia ini yang tidak disertai dengan pengorbanan.  Jangan sekali-kali unsur pengorbanan ini digugurkan dalam jalan fikrah ini kerana sesungguhnya di sana ada balasan dan pahala yang besar dan indah untuknya.  Sesiapa yang berhenti dari memberikan pengorbanan maka dia adalah berdosa.  

"Sesungguhnya Allah telah membeli nyawa dan harta dari mukminin."
"Katakan bahawa jika sekiranya ayah-ayah kamu dan anak-anak kamu..."
"Demikian itu kerana mereka tidak ditimpa dahaga dan kekurangan..."
"Jika kamu taat maka Allah akan memberikan kepadamu balasan yang baik"

Dengan yang demikian, kamu akan memahami makna slogan abadimu :  “Mati Syahid Di Jalan Allah adalah Setinggi Cita-cita”. Ya, pengorbanan yang kadang kala mengorbankan perasaan kita demi ummah. Ada sesetengah para kader dakwah yang mula perlahan rentak perjuangan hanya kerana tidak mampu untuk berkorban. Sedangkan pengorbanan ini di tuntut terutama sekali apabila berada di pentas dakwah. 

Teringat penulis mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s terutama mengenai pengorbanan baginda yang sangat agung. Semasa baginda remaja, ayahnya menjual patung berhala dan selalu menyuruh baginda menjual patung-patung itu. Namun, kerana Allah ingin melindungi baginda, baginda tidak bersemangat menjual patung tu malah diejek lagi patung-patung itu pada pembeli dengan berkata: “siapa yang nak beli patung-patung tak berguna ni?”. Pengorbanan dan kesungguhan baginda dalam mencari kebenaran dapat dilihat ketika waktu malam, semasa melihat bintang bersinar-sinar, baginda akan berkata “inikah tuhanku?”, kemudian bila bintang itu hilang, baginda kata “aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”. Begitu juga dengan waktu siang, apabila melihat matahari, dia akan berkata:  “inikah tuhanku?” Selepas hilang sahaja, beliau berkata “wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan”. Sehinggalah Allah mewahyukan kepada baginda mengenai Zat yang sebenar iaitu “Akulah Allah tuhan sekelian alam.”

Di pendekkan cerita, Nabi Ibrahim a.s ditakdirkan tiada anak sehingga umur sekitar 80 tahun dan kemudian barulah Allah kurniakan anak. Maka sangat gembira baginda yang memang tidak sangka baginda akan mendapat anak. Kemudian Allah menguji ketaatan baginda dengan meninggalkan anak dan isteri kat padang pasir selama 7 tahun.

7 tahun kemudian...

Baginda pulang dengan perasaan yang tidak sabar untuk berjumpa anaknya. Namun, Allah ingin menguji baginda lagi untuk buktikan iman dan cintanya serta pengorbanannya kepada Allah, di perintahkan untuk keluar selama 3 tahun pula. Siti hajar menangis dan membasuh kaki suami tercinta dengan air zam-zam dan berkata (lebih kurang) : “Allah yang sama menjaga tuan dalam api, Allah yang sama juga menjaga saya dan anak tuan, maka pergilah. Apabila ini perintah Allah maka janganlah bimbang, kerana ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TIDAK AKAN SIA-SIAKAN KITA..

3 tahun kemudian...

Baginda pulang dengan hati yang rindu pada anak dan isteri baginda, namun sekali lagi Allah mahu menguji Nabi Ibrahim a.s untuk membuktikan cinta baginda kepada Allah melebihi segala-galanya dengan mengorbankan anaknya iaitu dengan menyembelih anaknya. Nabi ibrahim a.s diperintah bukan untuk mnyembelih seekor haiwan, tetapi diperintah untuk sembelih seorang manusia. Manusia itu bukanlah manusia yang tiada kaitan dengan baginda, tapi manusia itu adalah anak baginda yang baginda ingin berjumpa. Dan baginda melakukannya.

Baginda menjalankan perintah bersungguh-sungguh. Anak baginda, Nabi Ismail a.s berkata (lebih kurang): “Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar meringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaianku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya.”

Tetapi kekuasaan Allah melebihi segalanya, walaupun telah di cuba sembelih beberapa kali, namun anak baginda tidak cedera walau sedikit pun. Baginda mengulangi sehingga wahyu Allah dengan firmannya yang bermaksud: ”Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikan”.

Maka sebagai hadiah Allah hadiahkan seekor kibas dari langit. Subhanallah… Maha suci Allah yang menguasai setiap segala sesuatu. Menjelang minggu peperiksaan ini, telah banyak kita korbankan masa untuk belajar yang kebanyakkannya ingin mencapai keputusan cemerlang. Namun, penulis tertanya, pernah tidak kita “sembelih” perasaan cinta kita pada dunia demi Allah? Mungkin bagi pendakwah, sering kali di uji dan sering berkorban banyak perkara. Namun kita harus sedar dan ingat, banyak lagi orang sebelum kita telah berkorban demi Allah sehingga tahap kita tidak mampu memikirkannya dengan logik akal. Persoalan saya untuk di jawab sendirian, sejauh mana kita telah berkorban masa, harta, tenaga, fikiran hatta jiwa demi agama Allah? Wallahua’lam.

Ahmad Shukery Bin Azizan
Sains Kimia Tahun 2
UKM BANGI


Tuesday 5 June 2012

UGUT DI UKM?


       Beberapa minggu lepas,UKM heboh dengan tragedi ragut yang begitu tidak disangka-sangka dan minggu ini,ukm dikejutkan lagi dengan isu memeras ugut kerana individu yang terlibat dalam jenayah ini telah berani menggunakan kekerasan iaitu mengunakan pisau sebagai objek untuk memeras ugut. Kejadian berlaku di perhentian bas Kolej Rahim Kajai sekitar jam 3 petang pada 4 November. Tiga pelajar perempuan telah menjadi mangsa dan barang-barang berharga seperti telefon bimbit dan dompet terpaksa diserahkan kepada si pemeras ugut setelah mereka diacu dengan pisau di bahagian perut. Sejurus selepas kejadian,mangsa terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak Wisma Aman.

      Berikutan daripada kejadian-kejadian ini,jelas menunjukkan bahawa,tahap keselamatan diri dan harta benda sendiri berada dalam keadaan yang membimbangkan. Berada di dalam kampus atau di luar kampus tidak menjadi isu lagi kerana bahaya itu ada di mana-mana atau dengan bahasa yang lebih mudah,penjenayah itu mungkin berada di kalangan kita juga. Oleh itu,jika sekarang kita telah berhati-hati,maka,mulai dari saat ini,kita perlu setapak lagi kehadapan.

      Perkara pertama yang perlu diambil perhatian,sebelum kita melangkah ke sesuatu destinasi,amalkan apa-apa doa hatta membaca basmallah sekalipun,insyaAllah Allah akan melindungi kita dari segala bahaya. Atau mengamalkan satu doa daripada hadis Rasullullah. Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis tersebut adalah seperti berikut


                                        


      Langkah seterusnya,perlu memastikan kita sentiasa berteman untuk pergi kemana-mana untuk mengurangkan peluang jenayah itu berlaku. Sentiasa membawa apa-apa barang sebagai senjata diri. Berusaha untuk belajar ilmu mempertahankan diri meskipun sekadar belajar cara-cara untuk mengelak atau menepis cengkaman si penjahat. Biasakan membawa sedikit wang di dalam dompet untuk mengurangkan jumlah kerugian jika kita diragut atau diugut. Secara keseluruhannya,untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa,kita sendiri yang harus berusaha untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

     Setiap yang berlaku,Allah adakan bersama hikmahnya. Semoga kita tahu menilai dan sentiasa berusaha untuk membaiki apa yang harus dibaiki. Setiap yang buruk itu datang daripada kita sendiri dan setiap yang baik itu datang daripada Allah tentunya. Semoga individu yang bersalah itu diberikan hidayah untuk mengakui kesilapan dan dibukakan hatinya untuk bertaubat kepada Allah. Dan semoga kita yang penonton ini bukan sekadar memandang,kita perlu lebih dari itu.

Munirah binti Ismail,
Sains Sekitaran,
Pembina UKM

Bicara Buku: Diari Hidup Rasulullah SAW

" Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"
(Al-Ahzab,33:21)

Dalam menjalani kehidupan seharian, tidak kisahlah sebagai seorang pendakwah mahupun seorang pelajar, menjadikan Rasulullah ﷺ sebagai contoh teladan seperti yang disarankan firman Allah di atas adalah cara hidup yang terbaik.

Saya percaya pada kata-kata, "Tak kenal maka tak cinta". Justeru keinginan untuk mengenali Baginda Rasulullah ﷺ dengan lebih mendalam telah menyebabkan saya tertarik untuk membaca apa-apa buku berkaitan Baginda ﷺ dan salah satunya adalah "Diari Hidup Rasulullah SAW" hasil penulisan Muhammad Abd Syukur, Muhammad Muslih Aziz dan Muhammad Syamsul Yakin yang berdasarkan isi penulisannya, dipercayai berasal dari Indonesia.


Sekilas lalu, buku ini mungkin kelihatan biasa. Menceritakan tujuh sunnah Rasulullah ﷺ yang saya pasti ramai sudah sedia maklum. Namun apa yang membuatkan buku nipis ini istimewa adalah kemampuan penulis untuk mengaitkan betapa relevannya 7 sunnah Rasulullah ﷺ ini diamalkan oleh umat Islam di zaman serba moden ini.



Sebagai contoh penulis telah mengaitkan kepentingan solat duha terhadap pembangunan ekonomi sesebuah negara Islam.

"Dalam konteks berbangsa dan bernegara, dengan mendirikan solat duha, diharapkan penduduk negara ini mampu kembali menjadi manusia berhati nurani, meninggalkan perspektif kebendaan, dan menyebar kecintaan, kasih sayang dan juga menolong satu sama lain. Kerana dalam harta orang kaya terdapat bahagian untuk mereka yang meminta dan yang tidak meminta-minta"
(muka surat 74)

Penulis cuba menjelaskan bahawa Solat Duha itu bukan sahaja menjadi pengukur peribadi orang yang yang melaksanakannya, tetapi juga ibarat senjata yang dapat digunakan bagi memohon supaya ekonomi negara menjadi lebih baik dan diperkukukan. Hal ini dapat tercapai sekiranya rakyat sesebuah negara Islam itu mengamalkan solat duha.

Selain itu, penulis turut kupas dengan menarik mengenai satu lagi sunnah Rasulullah ﷺ iaitu sedekah. 

Sesungguhnya memberi itu tidak semestinya material.Kita perlu yakin Allah yang akan membalas, bukan orang yang kita bantu. Allah akan memberi pertolongan dari arah yang tidak kita duga
(muka surat 91)

Kata-kata ini amat relevan bagi setiap insan yang menggelarkan diri mereka seorang Da'ie dimana tugas seorang da'ie ini seringkali menuntut mereka untuk memberi bantuan tidak kira dari segi harta mahupun keringat. Balasan tidak pernah diminta, hanya redha Allah yang dicari.InsyaAllah, itulah yang akan mereka diperolehi.

Istimewanya buku ini juga adalah kerana penulis turut menyelitkan pengalaman penulis sendiri untuk dikaitkan dengan kebaikan amalan sunnah ini. Penulis menceritakan pengalaman beliau menghadapi seorang sahabat yang kecewa dengan sikap manusia yang tidak membantunya di saat kesusahan sedangkan dia seringkali membantu mereka. Sikap negatif sahabatnya ini telah disangkal dengan kata-kata

"Kamu sudah tentu dapat merasakan kebahagiaan semasa memberi sesuatu kepada orang lain. Itulah keuntungan yang kita peroleh iaitu kita sendiri dapat merasakan kebahagiaan itu"

Benar bukan? Bantuan yang diberi dengan ikhlas akan membahagiakan diri si pemberi. Melihat kegembiraan si penerima turut akan membahagiakan si pemberi itu sendiri. Kebahagiaan yang seterusnya, menanti di akhirat kelak. InsyaAllah.

Penulis turut melahirkan harapannya agar negara kelahirannya yang dicintai dapat dibentuk oleh sebuah bangsa yang berzikir, dimana setiap kalamnya adalah DAKWAH, diamnya zikir, nafasnya tasbih, matanya rahmat, telinganya terjaga, fikirannya baik sangka, gerak hatinya doa,tangannya sedekah, kakinya jihad, kekuatannya silaturahim, kerinduannya tegaknya syariat Allah dan kesibukkannya asyik memperbaiki diri.

Allahuakbar,bayangkan setiap individu Islam di negara kita ini mengamalkan ketujuh-tujuh sunnah Rasulullah ﷺ. Negara ini pasti harmoni tanpa tuntutan hak yang bukan-bukan, tiada perselisihan faham antara pemimpin dan ekonomi negara membangun pesat dan hasilnya dapat dinikmati oleh rakyat dengan adil. Mungkin angan-angan ini terlalu tinggi untuk dicapai, namun dengan pertolongan Allah, dan kesedaran diri sendiri untuk melakukan pembaikan, InsyaAllah,negara idaman ini boleh diwujudkan.

Marilah sama-sama kita memulakan pembaikan diri dengan dengan mengamalkan 7 sunnah Rasulullah ﷺ. Kekasih Allah yang kita semua rindui.
Wallahualam.


Nani Rahayu Mohd Radzuan
Sains Haiwan, FST
UKM, Bangi


Monday 4 June 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir!


Assalamualaikum.


Musim peperiksaan sudah menjelma..Untuk pelajar semester akhir,yang masih jerih menaip lembaran-lembaran tesis, bergigihlah.  Yang bakal dan sedang menghadapi viva, semoga berjaya. Yakinlah anda mampu melakukannya! sepastinya, berusahalah!

Dalam menghadapi nota-nota kuliah, menatap buku-buku teks, sambil membayangkan senyuman dan harapan ayah bonda, ingatlah, usaha kalian yang dilihat Allah. Hasilnya kita serah padaNYa.

Membilang saat sambil menelaah, lalu terfikir-fikir sempatkah  menyudahkan pembacaan sebelum dewan pepriksaan dilangkahi, adalah situasi yang kerap berlaku. Terasa tidak cukup lagi nota terbaca. Anda cuak? risau? 

Namun, pernahkah anda terfikir, berasa tidak cukup untuk peperiksaan yang bakal kita hadapi 'di sana' nanti? walhal tarikh 'peperiksaan' itu tidak ketahuan masa dan tarikhnya. Peperiksaan yang yang tertakluk kepada 'terma dan syarat' dariNya. Yang sepastinya kita tidak ketahui, boleh jadi esok, boleh jadi sesaat nanti, boleh jadi selepas kamu mengerlipkan matamu sekejap nanti!

Dalam menghadapi peperiksaan ini, saat inilah kita 'periksa' juga amal kita. Lalu, periksalah dirimu, sebelum datang masa kamu tidak punya peluang, menyedut udara pun!













poster promo ikhwah
picture hosting