PEMUDA

Sesungguhnya sesuatu fikrah tu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang mempunyai keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan.

Ahlan Ya Ramadhan

Semoga Ramadhan tahun ni menjanjikan taqwa sebagai matlamat kita!

PEMBINA UKM mengucapkan Salam Maal Hijrah. Perubahan bermula dengan diri kita. Ayuh berubah! Jangan bertangguh lagi!

My Gathering kini tiba! Eksklusif untuk muslimah sahaja. Ya, kem yang penuh dengan aktiviti menyeronokkan, hanya kita-kita sahaja! Daftar segera sebelum 11 December 2012!

JOM SERTAI KAMI!

Meneraju arus mahasiswa.

Imam Hasan Al-Banna

Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan tersergam indah.

JOM! USRAH

Usrah memainkan peranan penting untuk membentuk satu individu mengikut acuan islam sebenar. Selain itu, potensi dapat dibangunkan melalui usrah. Ingin sertai usrah? Hubungi Amirul (0136706079).

Tuesday 18 December 2012

SUDUT PANDANG BARU MAHASISWA


Sebelum ini mahasiswa sentiasa dikaitkan isu kelesuan beraktivisme. Kini mahasiswa telah berubah 180 darjah dengan bertindak secara agresif pada tempatnya. Penyakit kelesuan mahasiswa perlu ditangani dengan sebetulnya kerana mahasiswa adalah pelapis pimpinan negara pada masa hadapan. Jika tersalah cara mengajarnya akan melahirkan bakal pemimpin yang tidak berkredibiliti, tidak amanah, tidak dapat tangani masalah, tidak amanah dan pelbagai lagi ciri yang tidak sepatutnya ada. Punca berlakunya perkara sedemikian berpunca kerana tersalah sudut dan kesempitan sudut pandang mahasiswa yang hanya terikat kepada pegangan 3K iaitu kafe, kuliah, katil. Ciri-ciri ini melahirkan mahasiswa yang langsung tidak nampak nilainya pada mata masyarakat.

Di sini dinyatakan beberapa sudut pandang baru yang seharusnya ada dalam diri setiap yang bergelar mahasiswa.

Mahasiswa adalah pemimpin pada hari ini

Mahasiswa sering dikaitkan sebagai pemimpin pada masa hadapan. Namun satu sudut pandang baru yang lebih tepat adalah mahasiswa juga adalah pemimpin pada hari ini yang mana untuk memimpin generasi intelektual sebaya dengan mereka. Sifat kepemimpinan perlu dilatih sejak dari awal lagi bukan menunggu hari esok, nescaya akan terlewat lah untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti. Sabda Rasulullah s.a.w ,“ Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya tentang apa yang telah mereka lakukan.” Pengaruh mahasiswa sebagai golongan intelektual yang tidak bersifat individualistik harus digunakan sebaik mungkin untuk memimpin masyarakat kembali kepada kefahaman Islam yang sebenar di samping mahasiswa sendiri mesti mempunyai kefahaman Islam yang jelas terlebih dahulu.

Mahasiswa perlu membina kesarjanaan

Kekuatan ilmu merupakan faktor yang penting dalam menjana pembangunan negara. Oleh itu, mahasiswa sebagai rakan pembangunan negara perlu membina kesarjanaan dalam diri mereka. Kesarjanaan yang dimaksudkan ialah kemampuan mahasiswa bersaing berbekalkan ilmu untuk menampung keperluan negara pada masa akan datang. Mahasiswa harus menguasai pelagai bidang ilmu bukan sekadar satu sudut sahaja. Ini tidak bermakna peranan mahasiswa dalam memimpin masyarakat disisihkan tetapi harus diselarikan.

Mahasiswa pencorak kerajaan akan datang

Bangsa belia pada zaman kini semakin agresif dan berani. Inilah yang sepatutnya ada dalam diri setiap orang mahasiswa iaitu berani menyuarakan pendapat mereka dalam setiap perkara yang dilakukan dan ingin dilakukan oleh pihak kerajaan. Ini bertepatan kerana mahasiswa adalah bangsa intelektual yang tiada kepentingan politik dan sudah pastinya di bahu merekalah pemerintahan akan dipikul pada masa akan datang.

Gerakan mahasiswa perlu bersifat dinamik

Ada pepatah menyebut bahawa “mahasiswa adalah anak kepada masyarakat, dan setiap anak harus memberi manfaat kepada ibu bapanya (masyarakat).” Tenaga mahasiswa tidak seharusnya hanya berkisar tentang isu dalam universiti sahaja, tetapi perlu diperbanyakkan program-program yang mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat supaya membentuk satu ikatan keprihatinan. Program kemasyarakatan yang dimaksudkan tidaklah cukup dengan khidmat sosial sahaja bahkan lebih dari itu. Mahasiswa perlu terlibat melampaui sudut politik, ekonomi, sahsiah dan pelbagai lagi. Antara contohnya ialah membantu masyarakat memahami Islam dengan lebih baik bukan dari sudut akhirat semata-mata tetapi meliputi dunia sekali.

Mahasiswa Islam mesti berpegang pada jati diri Islam sejati

Perkara yang paling penting bagi setiap orang Islam ialah mereka mesti menyedari bahawa mereka adalah seorang Islam dan wajib mentaati perintah Allah. Merujuk pada zaman sekarang, perkara sebaliknya yang berlaku. Didapati bahawa masalah sosial tidak pernah surut dalam masyarakat dan terus melenyapkan sifat akhlak mulia dalam diri pemuda-pemudi. Seluruh umat Islam tidak harus sekadar menyedarinya tetapi perlu membuat perubahan dalam masyarakat agar setiap umat Islam dapat mengembalikan jati diri Islam yang sejati. Tanpa ingin menunding jari, mahasiswa juga berperanan dalam perkara ini dan perlu juga membangunkan Islam dalam diri mereka terlebih dulu. Hassan Hudaibi pernah berkata, “ Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak dalam Negara kamu.”

Disunting dari kertas kerja himmah 2012

Amirul Hakimi
Pelajar Tahun 2 Sains Bahan
Fakulti Sains dan Teknologi 

Saturday 15 December 2012

'Feed with Deen' Ajak Mahasiswa Kuatkan Iman Kepada Hari Akhirat


BANGI – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengajak mahasiswa bersama-sama meningkatkan iman dengan hari akhirat melalui penganjuran kuliah maghrib yang dikenali 'FEED WITH DEEN' di sini.
Kuliah yang mengupas isi kandungan Surah An-Naba’ telah diadakan pada Isnin lalu dan telah disampaikan oleh aktivis ISMA Daerah Hulu Langat, Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin.
Kuliah yang dijadualkan berjalan 2 minggu sekali ini telah diadakan di Surau Kolej Pendeta Za’ba UKM dan telah dihadiri oleh mahasiswa dan mahasiswi UKM.
Ustaz Mohd Firdaus yang juga graduan Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar, Mesir telah menceritakan perihal hari akhirat dan balasan bagi golongan beriman dan orang kafir yang terdapat dalam Surah An-Naba’ berpandukan tafsiran yang dibuat oleh Sayyid Qutb dalam kitabnya Fi Zilal Quran.
Kuliah maghrib ini juga berjaya memperkenalkan PEMBINA UKM kepada mahasiswa yang hadir.

Usrah Mega Bukan Sekadar Usrah Biasa



BANGI – PEMBINA UKM telah mengadakan satu aktiviti kerohanian bersifat santai yang dikenali sebagai ‘Usrah Mega’. Kehadiran mahasiswa-mahasiwa dari pelbagai fakulti dalam usrah ini menunjukkan usrah masih relevan di kampus dan sangat diperlukan oleh mahasiswa sebagai sumber motivasi untuk memperbaiki jati diri dan meningkatkan kualiti hidup sebagai seorang mahasiswa muslim.

‘Usrah Mega’ ini menampilkan saudara Mohamed Nor Sazalim, seorang akauntan di MARA Kuala Lumpur untuk menyampaikan tazkirahnya yang bertajuk ‘Pengaruh & Kepimpinan’. Beliau telah menerangkan bahawa pentingnya mahasiswa mempunyai pengaruh dan sifat kepimpinan dalam diri sendiri untuk membentuk jati diri yang kukuh berdasarkan nilai-nilai islami supaya tidak terpengaruh dengan budaya dan aliran pemikiran negative seperti hedonisme, sekularisme, liberalisme, pluralisme, syiah dan lain-lain.

Ia selari dengan karakter Rasulullah S.A.W yang diletakkan oleh Michael H. Hart dalam bukunya berjudul ‘The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History’ sebagai pemimpin paling berpengaruh di dunia. Secara tidak langsung, ‘Usrah Mega’ mengajak mahasiswa mencontohi akhlak dan kepimpinan Rasulullah S.A.W serta menjadikan baginda sebagai ikon terunggul untuk menjadi orang yang berpengaruh dalam komuniti masing-masing.

Sepanjang usrah ini dijalankan, mahasiswa diajukan beberapa soalan dan diberikan 2 biji gula-gula sebagai hadiah bagi jawapan yang betul. Ini bertujuan bagi mengelakkan mahasiswa tertekan atau bosan serta merasa terhibur dengan tazkirah yang disampaikan.

Thursday 13 December 2012

Muslihat Liberalisasi Terbongkar!




BANGI - Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai usaha dan cubaan oleh sesetengah individu dan NGO pro-liberal yang dilihat semakin rancak mempromosi ideologi liberalisme secara terbuka kepada masyarakat Islam di Malaysia terutamanya golongan belia.

Atas sikap peduli ummah, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan suatu majlis ceramah “Liberalisme: Ancaman Kesejahteraan Ummah” bertempat di Surau Kolej Pendeta Za’ba, UKM. Ceramah ini bertujuan membongkarkan apa itu liberalism dan bahayanya pada aqidah umat Islam.

Dalam majlis ceramah ini, penceramah iaitu saudara MuhamadAiman Bin Ahmad Fauzi yang juga merupakan AJK Informasi PEMBINA, telah membongkarkan muslihat di sebalik ideologi liberalism. Menurut saudara Aiman, ciri-ciri puak liberal ialah menolak hadis, menggalakkan konsep kebebasan, membangkitkan isu hak asasi melebihi hukum agama dan menolak konsep jihad.

Secara keseluruhannya, ceramah ini dapat memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi yang hadir supaya tidak terpedaya dengan muslihat liberalisme. Secara tidak langsung, ceramah ini juga dapat memperkenalkan PEMBINA di rantau UKM.

Tuesday 11 December 2012

Takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Asyraf Aminuddin




PEMBINA Cawangan Bangi turut merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Asyraf Aminuddin yang telah terlibat dalam satu kemalangan di simpang empat menuju ke Fakulti Agrobio, UPM pada pagi tadi (10.12.12). Beliau merupakan pelajar tahun 2, Fakulti Pertanian di UPM dan adalah salah seorang ahli PEMBINA yang berdaftar di bawah Cawangan Bangi.
Beliau telah meletakkan azam yang tinggi untuk berbakti kepada keluarga, agama serta  masyarakat semasa mendaftarkan diri menjadi ahli PEMBINA. Kata-kata beliau yang telah dirakamkan semasa mendaftar menjadi ahli PEMBINA “Saya ingin menjadi ahli pembina kerana : Allah s.wt ( ingin membina dan membetulkan diri seterusnya keluarga dan saudara-saudara Islam yang lain dalam hal-hal agama).” Semoga terus menjadi semangat kepada kita semua.
Sesungguhnya daripada Allah kita datang, kepada Dia jualah kita kembali.
Innalillahiwainnailaihirrajiun.
Al- Fatihah.

SUMBER: PEMBINA BANGI

Monday 10 December 2012

'Makan Angin' bersama di Sungai Sendat




ULU YAM - PEMBINA UKM telah berjaya menganjurkan satu aktiviti santai iaitu ‘Makan Angin‘ atau dikenali juga sebagai jaulah. Jaulah ini hanya melibatkan peserta lelaki sahaja.

Kali ini, PEMBINA UKM membawa ke satu tempat yang menarik iaitu Hutan Lipur Sungai Sendat Ulu Yam Selangor. Objektif jaulah kali ini ialah untuk merapatkan hubungan antara ahli PEMBINA Cawangan UKM dan juga peserta yang hadir. Para peserta yang menyertai jaulah kali ini melibatkan pelajar asasi sains pintar, pelajar ijazah dan juga pelajar sarjana.

Selain itu, jaulah ini juga adalah adalah saranan daripada Saidina Umar r.a. yang mana kita tidak akan mengenali seseorang itu selagi kita belum pernah bermusafir dengannya.

Tuntutan hak dari segi fizikal dan minda para peserta telah diberikan dengan kepuasan bermandi sungai dan air terjun. Namun begitu, hak bagi hati setiap orang Islam tidak pernah diabaikan. Seusai puas bermandi dan sebelum bersiap untuk pulang, peserta mengerjakan dahulu solat sunat dhuha tanda sujud ingatan dan patuh seorang hamba kepada Maha Agung. Tidak pernah lupa untuk mengabdikan diri walau di mana berada. Selain itu, sedikit tazkirah bertajuk “Hati orang yang beriman” telah disampaikan oleh Muhammad Danial, seorang usahawan dan juga aktivis PEMBINA.

Sekali lagi syukur dipanjatkan ke hadrat Allah Taala dengan penganjuran jaulah kali ini berjaya mencapai objektif program dan semua peserta pulang dengan keadaan selamat dan gembira walaupun kepenatan.

Saturday 8 December 2012

PEMBINA Sepakat Tolak Liberalisme!



Mungkin ramai yang apabila ditanya apa itu liberalisme,mereka tidak mampu menghuraikannya dengan baik malah ada juga yang mungkin pertama kali mendengar perkataan liberalisme. Oleh sebab itu,tidak hairanlah jika generasi pada hari ini ada yang makin jauh kehidupannya dengan Pencipta. Mereka tidak sedar bahawa fahaman ini kian menular hebat tanpa mereka mengetahuinya dan sebab itulah kita perlu mengetahui dengan lebih teliti apa itu liberalisme.

Liberalisme adalah satu fahaman yang bertunjangkan hak kebebasan individu dengan mengenepikan pandangan agama. Fahaman ini menekankan hak peribadi serta kesamarataan peluang. Fahaman ini datangnya daripada barat dengan mementingkan suara sendiri tanpa berpandukan apa-apa sumber. Sebagai seorang individu yang beragama, kita harus memandang berat perkara ini kerana hidup muslim yang bertaqwa adalah hidup berpandukan al-quran dan as-sunnah. Gaya hidup dan cara fikir fahaman ini secara keseluruhannya harus ditolak oleh kita yang mengaku sebagai Islam.Fahaman ini dibawa oleh mereka iaitu pendokong dan penganut Islam Liberal yang menjadikan ideologi liberalisme sebagai pegangan mereka dan mula menyampaikan ideologi-ideologi kufur yang bertuhankan selain Allah dengan menempelkan ideologi-ideologi ini pada Islam. Mereka hanya mengunakan Islam itu untuk mengaburi mata-mata kita sedangkan mereka mempunyai misi yang lebih besar dari itu iaitu agenda Kristianisasi yang sangat halus. Kristianisasi ini bukanlah semata-mata mengkristiankan orang Islam, tetapi sudah cukup dengan mengeluarkan orang Islam daripada pegangan mereka yang asal.

Ekoran daripada fahaman ini, pelbagai masalah akidah makin berlaku di kalangan orang Islam. Sebagai contoh,isu kedatangan Irsyad Manji ke Malaysia untuk mempromosikan buku tulisannya yang bertajuk “Allah,Liberty and Love”. Irsyad ManjI secara terang-terangan berani menyatakan suaranya mengenai kebebasan dalam hubungan LGBT iaitu Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender. Berikut adalah satu bukti kuat bahawa agenda barat sudah berani masuk ke Malaysia dan sedang berusaha meneruskan rencana mengelirukan pemikiran orang Islam.

Puak-puak ini secara mudahnya mengambil potongan ayat al-quran dan menterjemahkan dengan mengikut kehendak dan kemahuan sendiri. Mereka memutar-belitkan tafsiran ayat-ayat al-quran sehingga ada yang terpengaruh dengan pemikiran mereka. Contoh pertama,konsep “Islam Moderate” telah diperkenalkan oleh puak-puak tersebut dengan mengambil potongan ayat daripada surah al-Baqarah iaitu ayat ke 143 yang ada menyebut perihal “umat pertengahan”. Jika diteliti dengan dalam,ayat ini bukanlah seperti yang mereka tafsirkan namun tujuan mereka menyalah tafsirkan cuma satu iaitu mahu menyiramkan ideologi yang salah itu kepada kita. Kesannya,jika kita tidak mahu keluar dari kepompong sendiri dengan hanya duduk belajar ilmu dunia untuk peperiksaan, kita bakal terpengaruh. Ya,kita perlu berubah mulai sekarang dengan mulai cakna isu dunia, isu dunia Islam.

Ayuh anak muda! Kita perlu buka mata. Islam itu agama yang sangat luas pengertiannya bahkan besar nikmatnya. Di celah-celah itu, Allah memudahkan beberapa perkara supaya kita tidak terasa berat untuk memikulnya. Namun, setelah itu bersyukurlah atas segala-galanya. Jangan sampai Allah tarik semula nikmat itu barulah kita mahu buka mata. Mungkin isu Liberalisme ini dianggap isu yang agak berat untuk dihadam namun jika isu itu mampu mengugat keimanan, langkah pencegahan perlu dilaksana. Ayuh anak muda! Mula bergerak sekarang,perlahan-lahan tetapi konsisten.

Munirah binti Ismail
Sains Sekitaran
Aktivis Pembina UKM

Saturday 1 December 2012

Save Syria Free Gaza!!




Ketika gelodak kekejaman Basyar al-asad di syria sedang hebat berjalan,dunia dikejutkan dengan serangan Rejim Zionis ke atas wilayah Gaza,Palestin secara tiba-tiba.Mereka yang bergelar yahudi laknatullah seolah-olah menarik fokus dunia daripada Syria kepada Gaza pula.Seolah-olah,segala kekejaman di Syria sudah berhenti dijalankan padahal kedua-dua negara Islam ini tetap terus dihujani peluru-peluru dan bom-bom rejim Zionis dan rejim Basyar.

Namun,pada saat ini,pada saat kita sedang menjalankan aktiviti harian kita dan sekadar menunjukkan simpati kepada mereka-mereka yang di sana,para mujahidin di Syria sedang melancarkan pelbagai serangan balas kepada rejim Basyar.Ya,ada di antara mereka telah syahid tetapi kejayaan sedikit demi sedikit semakin menghampiri mereka.Para mujahidin Syria dalam perjalanan menuju ke Palestin untuk memberikan pertolongan kepada para mujahidin di Palestin meskipun negara mereka masih dalam keadaan bahaya dan kita,apa yang kita telah sumbangkan untuk membantu mereka?Sungguhlah kita ini lemah dan terus lemah dengan diri yang masih cintakan nikmat dunia.Buktinya mudah,untuk memboikot sahaja sudah bermacam-macam alasan yang tersenarai.Istghfar panjang,mari kita baiki hati kita supaya lebih cenderung kepada isu umat Islam.

Pelbagai langkah yang dapat kita ambil untuk menyokong,membantu saudara-saudara kita di Palestin.Namun,perkara yang paling utama yang perlu kita ingatkan bahawasanya kita sebagai umat Islam wajib mulai hari ini berusaha untuk mengubah diri sendiri menjadi hamba yang lebih diredhai.Kita perlu membaiki segala amal ibadah kita dan menjaga hubungan kita dengan Allah sebaik mungkin.Mudahnya,kita perlu berubah terlebih dahulu dan kita perlu ingat,yahudi menjajah mereka di sana melalui peperangan dan kita juga dijajah dengan pemikiran.Jika hati kita kuat bernaung dengan kalimah lailahhaillallah,muhammadurrasullallah,kita akan berjaya keluar dari kepompong penjajahan ini.

Heboh dengan isu boikot free burger Mcdonald,ada yang berjaya memadam selera dengan hati yang mula cakna isu Palestin dan ada juga yang masih sanggup beratur panjang menunggu giliran burger percuma,rezeki jangan ditolak katanya.Tahniah pada yang berjaya menjadi umat yang terasa sesuatu akan deritanya umat Islam yang di sana dan percayalah ada bahagian anda di syurga nanti insyaAllah.Mari boikot barangan yahudi kerana jika pincangnya ekonomi mereka,maka pincanglah kekuasaan mereka.

Doa itu senjata orang mukmin.Jangan lupa untuk menyelitkan bait-bait doa kita buat mereka di Palestin dan Syria.Dan yakinlah dengan janji Allah melalui ayat 7 surah al-Isra’ bahawasanya,bumi Palestin pasti bebas suatu hari nanti.Pada waktu itu,Islam akan cemerlang tertegak dengan adanya kita atau tanpa kita.Berbahagialah seandainya kita di antara mereka-mereka yang menjadi pejuang.

Sungguh kedua-dua buah negara ini mempunyai mujahidin yang ramai,yang rela mati syahid demi menjaga tanah air mereka dan sungguh mereka benar-benar menunjukkan hati yang teguh kebergantungan kepada Allah.Syurga pasti milik mereka dan kita?Teruskan melangkah mengenal Pencipta dan sekaligus mengenal diri sendiri.Islam itu agama yang benar dan akan terus bersinar.

Munirah binti Ismail
Pelajar UKM
Pembina UKM

poster promo ikhwah
picture hosting