Siapa PEMBINA?


Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) adalah sebuah persatuan belia yang bangkit di tengah-tengah kemelut masyarakat yang seolah-olah tiada penghujungnya. 

PEMBINA sebagai wadah untuk menjana generasi baru yang mampu melaksanakan tanggungjawab mereka kepada bangsa mereka. Kegawatan yang melanda bangsa ini, khususnya kelompok belia mereka, hanya mampu diatasi dengan kembali kepada Islam. Sebenarnya cabaran yang paling besar bagi sesebuah bangsa yang ingin bangkit adalah penyediaan generasi baru. 

Oleh itu, generasi muda mesti disiapkan untuk menggalas beban yang besar, iaitu membawa bangsa ini ke puncak kejayaan. Mereka mesti dikejutkan daripada tidur mereka yang lama. Mereka mesti disedarkan tentang ancaman dan cabaran yang sedang melanda bangsa mereka, sama ada dari luar mahupun dalam. Mereka mesti diingatkan bahawa survival bangsa ini terletak di atas bahu mereka dan mereka akan ditanya di hadapan Allah yang Maha Agung tentang apa yang mereka usahakan.

poster promo ikhwah
picture hosting