PEMUDA

Sesungguhnya sesuatu fikrah tu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang mempunyai keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan.

Ahlan Ya Ramadhan

Semoga Ramadhan tahun ni menjanjikan taqwa sebagai matlamat kita!

PEMBINA UKM mengucapkan Salam Maal Hijrah. Perubahan bermula dengan diri kita. Ayuh berubah! Jangan bertangguh lagi!

My Gathering kini tiba! Eksklusif untuk muslimah sahaja. Ya, kem yang penuh dengan aktiviti menyeronokkan, hanya kita-kita sahaja! Daftar segera sebelum 11 December 2012!

JOM SERTAI KAMI!

Meneraju arus mahasiswa.

Imam Hasan Al-Banna

Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan tersergam indah.

JOM! USRAH

Usrah memainkan peranan penting untuk membentuk satu individu mengikut acuan islam sebenar. Selain itu, potensi dapat dibangunkan melalui usrah. Ingin sertai usrah? Hubungi Amirul (0136706079).

Wednesday 21 August 2013

KENALI UKM : AHLAN WASAHLAN JUNIOR!

Usai SPM, laungan merdeka pasti dilaungkan oleh pelajar-pelajar menandakan mereka sudah bebas dari alam persekolahan. Namun, debaran keputusan SPM pula yang menjengah di hati. Apabila keputusan dalam genggaman, satu lagi penantian penuh seksa oleh pelajar lepasan SPM, iaitu keputusan UPU.
Tahniah diucapkan buat yang berjaya mendapatkan keputusan SPM yang cemerlang seterusnya melayakkan diri ke IPTA. Buat pelajar yang bakal memasuki UKM, selamat datang kami ucapkan. Maka, dengan ini, PEMBINA UKM akan melakukan sedikit orientasi tidak formal, dengan melawat sekitar UKM secara maya. Ayuh!


Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)


Cawangan UKM & Kursus yang Ditawarkan

1     UKM Bangi, Selangor – Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Pendidikan, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat serta Fakulti Undang-undang.

2     UKM Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur – Fakulti Perubatan Jabatan Pra-Klinikal, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti Farmasi.

3    UKM Cheras, Selangor – Fakulti Perubatan, Institut Pengajaran Hosital dan Institut Perubatan Biologi Molekular.

Kolej Kediaman

   UKM Bangi, Selangor – Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Ungku Omar, Kolej Ibrahim Yaakub, Kolej Aminuddin Baki, Kolej Ibu Zain, Kolej Pendeta Za’aba, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Dato’ Onn, Kolej Rahim Kajai dan Kolej Keris Mas.
*setiap kolej mempunyai cafeteria masing-masing, tetapi kafe kolej keris mas beroperasi lebih lama berbanding kolej-kolej lain.

      UKM Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur – Kolej Tun Syed Nasir

      UKM Cheras, Selangor – Kolej Tun Dr Ismail

Sistem Pengangkutan

Bagi pelajar yang mendapat kolej kediaman yang berdekatan dengan fakulti, cara mereka pergi ke kuliah adalah dengan berjalan kaki. Namun, bagi penghuni kolej-kolej yang jauh dan terasing daripada fakulti dan kolej-kolej lain, pengangkutan utama adalah bas.

Kemudahan Bas untuk Para Pelajar


Bas utama yang mengangkut pelajar-pelajar ke kuliah-kuliah adalah bas milik UKM sendiri yang akan datang setiap setengah jam. Bagi pelajar yang mahu ke KTM, boleh menggunakan bas NADI PUTRA (Zon 6). Sekiranya mahu ke sekitar Kajang, perkhidmatan RAPID KL ada disediakan. Ketiga-tiga bas ini beroperasi setengah jam sekali.

Pelajar tahun satu selalunya menggunakan perkhidmatan bas ini kerana dilarang membawa kenderaan sendiri. Setelah memasuki tahun dua baru pelajar-pelajar dibenarkan membawa kenderaan sendiri.

Kemudahan Perpustakaan

Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), UKM merupakan sebuah perpustakaan yang terbesar di Asia Tenggara. Ia memuatkan pelbagai jenis buku, majalah dan bahan-bahan rujukan yang lengkap dan sangat membantu para pelajar dan pensyarah bukan sahaja di UKM bahkan di seluruh Malaysia.

Pintu Masuk Perpustakaan UKM


Kemudahan Bank dan Pos

Perkhidmatan ATM seperti Bank Islam, Maybank, BSN, dan CIMB Bank ada terdapat di Pusanika yang di apit oleh bangunan Canselori dan Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL).
Terdapat juga mesin ATM Bank Islam di kolej Keris Mas, kolej Pendeta Za’aba dan juga di aras bawah bangunan Canselori yang berhadapan dengan kafeteria. Mesin ATM Maybank dan BSN terdapat di Pusanika  aras 5, berdekatan dengan pejabat pos dan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPEL). 

Pusat Kemudahan Pelajar (Pusanika)


Kemudahan Kafe dan Kiosk

Seperti sedia maklum, setiap kolej mempunyai kafe masing-masing. Begitu juga dengan fakulti. Cuma bezanya, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) tidak mempunyai kafe, sebaliknya kiosk. Di Pusanika juga terdapat kafeteria yang terletak di aras 2 serta terdapat gerai-gerai kecil di tingkat atas sekali. Gerai-gerai kecil ini ada menjual makanan sampingan seperti ice blended, sausage, sweet corn dan sebagainya.
Di FEP, terdapat enam kiosk yang beroperasi, antaranya menjual nasi kukus, nasi ayam, soto, nasi tomato, nasi arab, nasi campur, ice blended, waffle dan makanan-makanan ringan yang lain.


Kafe Kolej Kediaman


Kemudahan Kedai

Setiap kolej mempunyai kedai runcit yang dinamakan seperti ‘H-mart’, ‘B-mart’, dan sebagainya. Di Pusanika juga turut menyediakan kemudahan kedai-kedai seperti menjual alat tulis (UNIKEB) di aras 3, kedai buku di aras 5 dan kedai-kedai lain di aras 4.

Pusat Kemudahan Pelajar (UNIKEB)


Kemudahan Lain

Selain daripada kemudahan kolej, kafe, pengangkutan dan lain-lain yang dinyatakan di atas, terdapat juga kemudahan wifi, masjid UKM yang berkubah kuning keemasan di sebelah kanan pintu masuk utama UKM, stadium, gelanggang tenis, squash, padang, rumah tetamu, Kelab Danau (padang golf, kolam renang, dsb), Puri Pujangga, dan banyak lagi.

Masjid UKM


Sistem Pembelajaran

Setiap subjek di UKM dikira dengan jam kredit. Kebanyakan jurusan mengambil jumlah jam kredit di antara 16 hingga 23 jam kredit. Penyesuaian jadual waktu terbahagi kepada dua iaitu jadual waktu fakulti dan jadual waktu universiti. Jadual waktu universiti bergantung kepada subjek-subjek yang ditawarkan oleh universiti dan wajib bagi semua pelajar UKM mengambilnya. Sebagai contoh seperti subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Hubungan Etnik, Pembangunan Diri dan sebagainya.

Masa selalunya fleksibel. Manakala jadual waktu fakulti, bergantung kepada penawaran oleh fakulti masing-masing. Pendaftaran perlu dibuat sendiri oleh pelajar secara online di laman sesawang http://www.smpweb.ukm.my untuk melatih para pelajar mengurus masa sendiri. Selain itu, di dalam sistem pembelanjaran juga,  terdapat satu sistem yang digunakan oleh para pelajar dan pensyarah untuk berinteraksi antara satu sama lain iaitu i-folio. I-folio ini juga memuatkan nota-nota kuliah daripada para pensyarah setiap subjek yang diambil untuk memudahkan urusan pembelanjaran. I-folio boleh di layari di http://www.ifolio.ukm.my.


­­­­­­­­­­­­­­Semoga perkongsian sedikit ini membantu anda dalam mengenali sedikit sebanyak mengenai UKM. Sebarang info lanjut boleh diketahui dengan melayari laman sesawang rasmi UKM di http://www.ukm.my/v5/.

Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah dan selamat menempuh alam universiti.

PEMBINA UKM mengalu-alukan kedatangan semua pelajar junior sesi 2013/2014 ke UKM. Mari kenali PEMBINA, dan sertai kami  dalam menjayakan aktiviti-aktiviti Islami di UKM.


Like Fan page kami di PEMBINA UKM dan layari laman sesawang kami di http://www.pembinaukm.com.

SEMOGA BERJAYA! J




Maisarah Shahrain
JK Media Pembina UKM

Monday 19 August 2013

Why-Not-Me, atau, Why-Me?

                                         

Sebagaimana di dalam pasukan tentera mempunyai A-Team yang menjadi sebuah kumpulan elit yang benar-benar terlatih, sebegitulah sebuah pasukan amal jamaie di dalam gerakan dakwah.
A-Team di dalam ketenteraan menjalani misi khusus yang sukar, menjadi nukleus penggerak dan sentiasa merancang dan bekerja bersama-sama. Pasukan amal jamaie dalam dakwah juga sayugianya cantik tersusun dalam perancangan dan amal.

A004
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” [As-Saff 61:4]

Untuk bergerak dalam kumpulan dengan susun atur yang kemas, memerlukan latihan bertahun-tahun. Satu pasukan akan terdiri daripada pelakar idea, pentadbir, pelaksana, pemotivasi, peneliti, dan pengkritik. Boleh jadi sebahagian peranan itu dimainkan oleh seorang individu, boleh jadi setiap satu orang memegang satu watak sahaja. Kesemuanya memainkan peranan penting dalam menjayakan sesebuah visi dan misi mengikut tempoh yang diberi.
Dalam pada menjayakan projek-projek dakwah, pembahagian tugas adalah sesuatu yang sangat penting. Lebih penting lagi, memilih orang yang sesuai dengan tugasan tersebut. Dan para qiyadah biasanya akan berhadapan dengan kerenah ikhwah akhawat yang bermacam ragam pada masa genting ini.
***
Antara dilema para penggerak amal dakwah pada saat diberi tugasan adalah gagal di langkah pertama lagi, iaitu gagal yakin dengan kemampuan diri sendiri untuk melunaskan tanggungjawab tersebut. Ini bukan bermakna kita menyeru kepada sikap over-confident yang boleh membawa kepada sifat busuk hati (riya’, ujub dan sebagainya), tetapi lebih menyarankan agar kita menjadi “The Why-Not-Me Person”. Bukan “The Why-Me Person”.

“The Why-Not-Me Person” adalah orang yang berani.
Boleh jadi dia seorang yang over confident, tetapi kadang-kadang dia memilih untuk memiliki kepercayaan kepada diri sendiri. Selagi dia punya percaya diri, dia akan menolak momentum dirinya agar mencapai par yang dimatlamatkan.
Sesekali masa, tersadung langkah juga. Tapi lebih baik berlari, tersadung dan bangkit semula, jika dibanding dengan melangkah perlahan yang tak sampai ke tujuan, semata-mata risaukan terjatuh di tengah jalan. Ragu-ragu tetap ada, tetapi tanggungan yang ada telah menolak dirinya untuk bergerak.
من تحرق تحرك
Barangsiapa yang ‘terbakar’, dia akan bergerak.


Dia tidak memilih tugasan, tetapi sekali dia dipilih untuk menyiapkan tugasan, dia akan melakukannya. By hook, or by crook.


“The Why-Me Person” 
Orang yang selalu bertanyakan dirinya “Why Me?” ketika disua tugasan, kebiasaannya bersikap ragu-ragu dengan dirinya sendiri.

Sama ada bimbangkan ketidakmampuan diri memikul amanah yang berat atau merasakan tugasan tersebut kurang sesuai dengan keadaan dirinya. Orang yang gemar bersikap sebegini lebih banyak berfikir sebelum bergerak. Dari satu sudut, ia bagus untuk ada sifat berhati-hati mengambil tugas menurut kemampuan peribadi, tetapi dari sudut yang lain, orang ini jarang memenangi perlumbaan amal.
Motivasi dalam diri perlu diperkuat lagi. Vitamin-vitamin semangat perlu didatangkan dari sumber eksternal, barulah “The Why-Not-Me Person” boleh berfungsi lebih laju.
Kesimpulannya, dalam kalangan pemuda dakwah, kita perlu ramaikan lagi “The Why-Not-Me Person”. Memfungsikan diri kita pada tempat dan masanya yang sesuai, adalah kewajipan, bukan lagi pilihan.
Kepada yang gemar mengelak dari amal, sama-sama kita beringat…
A095
“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman – selain daripada orang-orang yang ada keuzuran – dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.” [An-Nisaa' 4:95]

***

Hassan al-Banna telah berkata:
“ Saya mahu berterus terang betul-betul dengan kamu kerana tiada guna lagi saya berselindung.
Medan cakap tidak sama dengan medan khayal. Medan amal pula bukan medan cakap. Medan jihad tidak sama pula dengan medan amal. Medan jihad yang betul tidak sama pula dengan medan jihad yang silap.
Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal. Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad.
Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin juga akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini.
Oleh itu, siapkanlah dirimu, bawalah ia dengan tarbiyyah yang betul, ujian yang ketat dan ‘test’ lah diri dengan amal, kerja-kerja yang berat, tidak disukai dan sukar. Kekanglah ia dari segala nafsu, adat dan kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.”

Disediakan oleh:
Nabilah Mohd Yaakob
Ketua Wanita ISMA Jordan

Thursday 15 August 2013

Mimpi Ngeri Mesir : Para Ikhwan mati katak..?


“Siapa suruh perjuangkan demokrasi.. inilah kesannya..”

“Ikhwanul Muslimin adalah PENGGANAS dan PENJUAL AGAMA ALLAH, mereka memang patut terimanya..”

“Inilah kesan dari demonstrasi jalanan yang dah jelas-jelas haram. “

“Ini akibatnya kalau Dakwah mirip-mirip Baginda Rasulullah SAW tidak dibuat dan ditolak di Mesir”

Dan pelbagai lagi “teguran manja” (konon la) yang dilemparkan kepada Mesir yang sempat saya baca, terutama sekali kepada para Ikhwan yang ramai sudah terkorban walau berapa jua angkanya ketika ini.

Darah mereka adalah DARAH KAMI!

Dalam suasana hiruk pikuk dan kelam kabut di Mesir ketika ini, ramai yang membuat spekulasi yang pelbagai di Malaysia.

Apatalah lagi dengan media sosial dan MEDIA MALAYSIA yang menyebarkan fakta yang auta atau ambil sumber dari pihak musuh Islam sendiri!

Saya tak kisah jika anda ingin berpegang kepada pendapat demokrasi itu HARAM dan ingin mengamalkannya.

Saya juga tak kisah jika anda ingin berpegang kepada pendapat demonstrasi jalanan itu HARAM dan ingin mengamalkannya.

TETAPI….

TAK PAYAH LAH untuk mengutuk, mencerca, menghina, mengumpat, atau memandang remeh para Ikhwan yang gugur terkorban di Medan Raba’ah atau di Mesir sana!

Apatah lagi menyatakan kematian mereka kematian yang sia-sia atau mati KATAK!

Bukankah anda juga memegang Sunnah Rasulullah sallahu alayhi wasallam?

Tidakkah anda ingat akan pesanan baginda sallahu alayhi wassalam yang mana baginda menyatakan bahawa JANGAN MENCERCA ORANG YANG MATI, LALU ENGKAU MENYAKITI YANG MASIH HIDUP! (Hadis Sohih Riwayat Tirmidzi)

Sesungguhnya mencerca mereka adalah MENYAKITI kami yang mengasihi saudara AGAMA kami di Mesir!

Kerana apa?

Kerana AGAMA mereka adalah AGAMA kami (Islam),

Kerana RASUL mereka adalah RASUL kami,

Kerana MARUAH mereka adalah MARUAH kami,

Kerana KEHORMATAN mereka adalah KEHORMATAN kami,

Kerana MUSUH mereka adalah MUSUH kami,

Dan DARAH mereka adalah DARAH KAMI!

Bukankah kalian mengetahui bahawa Rasulullah sallahu alayhi wasallam pernah meningatkan bahawa BERKATALAH PERKATAAN YANG BAIK ataupun DIAM.

Kalian lupa?



Kenapa tidak berjihad ke sana?

Maha suci Allah yang mengetahui setiap detik nadi dan isi hati manusia.
Sekiranya aku mampu dan mempunyai kemampuan untuk meletakkan darah aku ke atas musuh-musuh Allah, sudah pasti aku akan laksanakan!

Tetapi mungkin alasan ku juga terlalu banyak, mungkin juga amalku masih lagi tenggelam timbul, atau aku masih lagi ada penyakit wahan dalam hati ini..

Tetapi sekurang-kurangnya aku menyahut seruan baginda sallahu alayhi wassalam agar mengambil berat tentang urusan kaum Muslimin!


Usah tanya kami kenapa tidak berjihad ke sana dan masih di sini,
tanya dirimu sendiri,
apa yang kamu lakukan untuk ummah ini?



Gelap malam sebelum tibanya subuh

Para pejuang dan pendokong Ikhwanul Muslimin sudah berusaha untuk memperjuangkan Islam sedaya mampu mereka, dan kini hampir 90 tahun.

Kalaulah kalian membaca tulisan ku ini, ku ingin memberi secebis kata semangat walaupun tidak seberapa.


Hari-hari berlalu pasti akan ditempuhi kegelapan malam sebelum tibanya keindahan siang.

Pada kegelapan itu terdapat pelbagai kejahatan yang mencengkam malah membunuh para pejuang.

Namun sesungguhnya kegelapan malam itu pasti akan berakhir dengan keindahan waktu Subuh yang terang bendarang.

Semoga Tuhanku dan Tuhanmu iaitu Allah Azza Wa Jalla menurunkan kepada kalian dan kami sebuah kemenangan dalam limpahan kasih sayang.

Yang sudah gugur janganlah di kau bersedih kerana mereka telah bertemu Tuhan dalam keadaan riang,

Dan yakinlah wahai saudaraku, bahawa Allah pasti bersamamu wahai pejuang!


Moga amal aku dan kamu diterima Allah yang Maha Penyayang.


Ahmad Shukery B. Azizan
Aktivis PEMBINA
(Mantan Presiden PEMBINA UKM)




Tuesday 13 August 2013

TARIKH KRITIKAL UMAT ISLAM 22 OGOS 2013





22.08.2013 Merupakan tarikh yang penting bagi umat Islam di Malaysia. Pada tarikh tersebut, Mahkamah Rayuan, Putrajaya telah menetapkan pendengaran notis permohonan pihak Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (“The Church”) untuk membatalkan rayuan pihak Menteri Dalam Negeri serta perayu-perayu lain berkenaan larangan penggunaan nama suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia.

(Rujuk: http://akarimomar.wordpress.com/2013/05/17/apakah-evangelis-benar-benar-jujur-hendak-guna-kalimah-allah/ )

Justeru itu, umat Islam diseru supaya hadir di mahkamah rayuan putrajaya pada 22 ogos 2013 BERPAKAIAN PUTIH DAN BERKOPIAH PUTIH untuk menunjukkan bantahan kepada tuntutan pihak kristian. HADIR DAN SEBARKAN!!


Sumber: http://azrilmohdamin.com/2013/07/28/makluman-penting-dan-terkini-kes-nama-suci-allah-di-mahkamah-rayuan-putrajaya/


Pihak kristian masih lagi tidak mengalah untuk merebut kalimah Allah yang merupakan hak agama Islam. Pihak kristian tetap berkeras dalam usaha mengelirukan umat Islam menggunakan kalimah Allah seperti misi mereka di Indonesia.


Sumber: ARUS BARU

Tuesday 6 August 2013

Report Card Universiti Ramadhan




'Weh, nama kau tu!" tiba-tiba sikunya ditolak.

"Ha??"Hilang rasa mengantuknya akibat menunggu lama.

Kemudian dia mendengar kuat suara memanggil namanya dari hadapan. Entah ke berapa kali. Gelagapan dia bangun dan tergesa berjalan ke hadapan dewan. 

"CGPA awak yang tahun lepas awak bawa ke tahun ini? Bila baru boleh naik tahun ni? Dari dahulu sampai sekarang, sama.. sahaja! Umur awak berapa?" tanpa mukaddimah dia disergah begitu. Kesedaran dari tidur yang tadi hanya lima puluh-lima puluh melonjak ke seratus 20 peratus.

"Dd..dua puluh tahun"dia menjawab juga tergagap-gagap.

"21 tahun, bukan??"

"Ya.. dua puluh satu tahun" dia membenarkan. Lupa pula, baru dua bulan lepas dia menyambut ulang tahun kelahiran. Lupa dirinya sudah tua.

"Awak akil baligh umur berapa?"

"Er.." malu dia tiba-tiba dengan soalan sensitif itu. Sekejap, ada kaitankah dengan situasi sekarang?


"Umur berapa? Yang awak garu kepala tu, kenapa?Takkan tak ingat?" suara itu terus naik frekuensinya, terangkat bahunya lantaran terkejut.

"13 tahun!" terlepas jawapannya kerana disentak.

"Dalam 9 tahun, hanya ini pencapaian yang awak boleh beri?!" buku di tangan dibelek kasar. Dia terkebl-kebil menanggapi pencapaiannya yang tidak sukar diterka daripada reaksi manusia di hadapannya.

"Kalau beginilah pencapaian awak, awak ini sama sahaja dengan kanak-kanak sekolah tadika. itu, awak lihat sana."

Dia melihat sekumpulan kanak-kanak yang kelihatan ria, dengan sampul duit raya berkejaran di dataran berhampiran.

"Jangan harap awak nak dapat sijil kemenangan. Awak tak boleh grad tahun ini. Ini borang ulang semula pengajian. Dan ambil ni, hanya sijil penyertaan. Juga ini, ambil surat amaran dan peringatan. Beri pada penjaga kamu."

"Er, tak bolehkah, tuan bertimbang rasa sedikit?" dia teragak-agak menutur ayat rayuannya itu. Mencuba nasib.

"Bagaimana?"lelaki itu bertanya

"Universiti ini hanya beri sijil kelulusan untuk mereka yang layak sahaja. kamu rasa dengan laporan pencapaian yang seperti ini, kamu layakkah?"

"Lihat ini, bacaan Al-Qur'an. hanya sampai juzuk 17? Kamu ni membaca atau mengeja?" Suara itu menengking lagi.

'Eh, kira baik apa tu. sahabat aku yang lain lagi teruk, kut' dia membela diri, pastinya di dalam hati sahajalah.

"Dan ini, surah-surah hafalan pun kamu malas mengulangkaji? Juzuk 30 pun tak lepas? Nah, lihat ini, surah Al-Insan yang 31 ayat itu pun, kamu tak lepas?  Sepatutnya jika hafaz satu hari satu ayat, sebulan pasti boleh habis!"


"Mari saya sentuh akhlak. Lihat kembali apa yang kamu buat"
Kemudian satu video dimainkan di skrin laptop di hdapan mereka. mujur saja tidak ditayangkan di layar besar dewan itu.

"Apsal tolak-tolak ni? Tak nampak ke orang lain berbaris dari tadi? Mata letak mana, mata?"

"Ss.. sorry, saya nak ambil duit baki saja"

"Hesy!" tanpa meminta maaf, dan memberi maaf dia menjeling dan berlalu.

"Siapa yang pancitkan tayar motor aku ni?? Ada juga yang kena bakar ni!" ditengah-tengah dataran itu dia melaung sendiri. Tayar belakang motor disepak. Tiba-tiba ada kucing menggesel di kakinya

"Ah,kau ni apahal?" Kucing yang tidak bersalah itu disepaknya. Skrin gelap.

Dia menepuk dahi. Dia ingat lagi, peristiwa di bazar, petang Ramadan yang entah ke berapa itu memang menguji kesabaran.Paginya terlepas sahur, sepanjang hari banyak kerja perlu diselesaikan. Dan motornya pula memiih untuk pancit pada masa yang sama. Tapi, bab sepak kucing itu, dia terlupa betul.


"Ah, saya malas benar lihat yang lain-lain, sedekah,, ilmu, solat.."

"sebentar, solat.." Selakan laporan itu terhenti. Ah, apa pula komennya kali ini?

"Solat terawikh.. lapan rakaat pun ada hari -hari yang kamu ponteng tanpa alasan syarie. Apa ni?"

"Solat dua puluh rakaat satu hari pun tak pernah? Kamu mengaku pula kamu seorang daie?"

"Saya ada masalah kaki kejang. tuan"

"Kaki kejang, ya. Tapi saya dengar kamu pusing sehingga berjam-jam di Jalan TAR. Mall, tak cukup dengan itu, kamu boleh lagi tawaf Nilai 3 lagi. Masa itu, penyakit kejang kamu tak menyerang pula, ya?"

Dia menunduk malu.

"Saya boleh terima lagi jika kamu berbelanja, tetapi, tak lupa bersedekah. Tapi, kamu ini rupanya kedekut betul, ya?Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan, tak pernah dengar kah hadis ini?"

"Pernah.."dia menjawab perlahan, hampir saja tidak kedengaran.

"Dan lihat ini pula"
 Satu tayangan diputarkan. Satu suasana di dewan solat masjid terpampang. Eh, lihat itu, dia kenal benar gerangan yang memasuki masjid dengan beg sandang besar di belakang.

"Itu saya!"

"Ya, memang kamu datang iktikaf, tapi kamu lihat apa yang orang lain buat, dan apa yang kamu buat"

Dia mulanya duduk, membentang bedding mat. Memerhatikan sekeliling. Tiba-tiba dia meraba poketnya. Ah! Samsungnya itu dibelek. Sampai ke sudah satu demi satu laman sosialnya diupdate, kmen dan like. Sehingga dia menguap, dan berbarng. Dia hanya terjaga apabila dikejutkan untuk bersahur!

"Tapi sudah ada niat itu, pahala pun dapat. Lagi pula tugasan dari pensyarah banyak betul perlu disiapkan. Saya rasa letih sangat"

"Itu hanya alasan, dan kamu sudah lupa, hal sebegini juga kamu lakukan pada Ramadan sesi lepas. Kalau 10 malam terakhir pun malas nak bangun, manusia ni merupakan manusia yang tak suka nak berubah jadi baik. Seorang manusia yang terlalu mudah memberi alasan. Orang semacam ini, datangkanlah motivator tersohor, insentif yg berbilion sekalipun, dia takkan berubah. Sebab terlalu mudah memberi alasan untuk berubah."

Rasa seperti mahu menangis sahaja. Tapi semua sudah lepas, dengar sajalah.

"Ini yang paling memalukan, berat badan kamu bertambah? Allah..malu! Saya yang baca pun malu!"

"Cuba kamu lihat sana"

"Kamu fikir umur dia berapa tahun?"

Kanak-kanak berjilbab putih bersih dengan mata bundar jernih yang sedang duduk tidak jauh dari mereka menjadi perhatian.

"Sepuluh, ke, sebelas" rambang dia meneka. Kalau teka betul pun bukan dapat hadiah.

"Salah! Sembilan tahun"

"Kamu cuba lihat buku laporan dia. Ini dia"

Hennah bt Ayyas Arbaq

Dia menyelak santai. tak berminat.

Namun muka hadapan itu sudah ada cop. Graduated from University Ramadhan.

CGPA: 3.87
Grad: First class.

Apa??

Al Qura'an. Finish two times.

Hafazan: 2 juzuk done. 3 juzuk repeated.

Solat: Terawih 29 days. Qiam. Rawatib. Dhuha. 

Akhlak: Excellent


Ilm: Tafseer fi zillal, part 29. Done.

"Jika dia dapat score dalam urusan sedekah, pasti dia peroleh 4 flat. Untuk anak yatim sepertinya, saya rasa sudah cukup membanggakan bila dia bersedekah sehari seringgit."

Ya. Tak mahu dengar. 

Dia mahu berlalu dan tidak mahu memandang sesiapa. Namun dia ditahan.

"Mari, saya beri free advice"

Oh? Tak cukup lagikah?

"Kamu tahu kenapa kita mengejar amalan. Saya bukan mahu melihat seberapa banyak amalan kamu, bukan mahu menilai kuantiti. Tapi kamu mesti ingat, di dalam bulan Ramadan yang penuh rahmat dan tanpa syaitan ni kita berlawan satu lawan satu dengan nafsu. Amalan itu tidak lain tidak bukan untuk meningkatkan ketaqwaan kita. Ingat ini ya, tanpa taqwa, seorang muslim itu hanya dikenal sekadar tulisan M.U.S.L.I.M." begitu lelaki itu mengeja satu persatu huruf tersebut.

"Tapi dengan taqwa ia perkataan MUSLIM itu menjadi hidup, dan kamu juga hidup di mata Allah, dari situlah kamu dinilai oleh Allah" begitu ayat terakhir yang didengarnya






poster promo ikhwah
picture hosting