Jom! Usrah

Kenapa perlu usrah?


Usrah adalah jantung kepada dakwah kerana ia memainkan peranan penting untuk 
pembentukan individu muslim di mana ahli-ahli usrah diajar dan ditarbiyyah secara
langsung oleh murabbi (pendidik). Selain itu, usrah menjadi satu platform untuk
mematangkan pemikiran ahli-ahli usrah kerana ahli-ahli usrah diberi latihan dan peluang
untuk menyampaikan pendapat tersendiri sesama ahli usrah. Usrah juga dapat membersihkan
hati dan meningkatkan iman kembali setelah melalui cabaran demi cabaran,
dugaan demi dugaan apabila terdedah pada persekitaran luaran yang menguji iman.
Jom! recharge iman dengan usrah demi kesejahteraan dunia & akhirat. 

Faedah mengikuti usrah?

- Memahami Islam secara universal (syumul) melalui ilmu dan amal.
- Boleh merujuk pada murabbi (ketua usrah) jika terdapat masalah atau keraguan.
- Bergaul bersama orang soleh dapat membersihkan hati.
- Bertukar pandangan sesama ahli usrah mengenai soal kehidupan.
- Berpeluang mengikuti aktiviti jaulah (percutian) sesama ahli usrah.
- Beriadah bersama untuk membentuk qawiyyul jismi (jasad yang kuat).


TAPI, bagaimana untuk mengikuti usrah?

Anda boleh mengisi borang penyertaan secara online di bawah. Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan  lokasi dan masa usrah. Selamat berusrah!


poster promo ikhwah
picture hosting