PEMUDA

Sesungguhnya sesuatu fikrah tu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang mempunyai keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan.

Ahlan Ya Ramadhan

Semoga Ramadhan tahun ni menjanjikan taqwa sebagai matlamat kita!

PEMBINA UKM mengucapkan Salam Maal Hijrah. Perubahan bermula dengan diri kita. Ayuh berubah! Jangan bertangguh lagi!

My Gathering kini tiba! Eksklusif untuk muslimah sahaja. Ya, kem yang penuh dengan aktiviti menyeronokkan, hanya kita-kita sahaja! Daftar segera sebelum 11 December 2012!

JOM SERTAI KAMI!

Meneraju arus mahasiswa.

Imam Hasan Al-Banna

Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan tersergam indah.

JOM! USRAH

Usrah memainkan peranan penting untuk membentuk satu individu mengikut acuan islam sebenar. Selain itu, potensi dapat dibangunkan melalui usrah. Ingin sertai usrah? Hubungi Amirul (0136706079).

Thursday 25 December 2014

Akhwat Besi, Ikhwah Keluli

Bismillahhirrahmanirrahim.



TARBIYYAH !

One word.nine letters.One simple word yang nampak sangat senang .
Duduk bangun,jalan ,lari .Memang kita tak akan pernah lari dari perkataan ni.jalan yang memang sukar untuk aku lalui.Sekarang pon,aku masih dalam proses ditarbiyyah dan mentarbiyyah.

"Eh,kau pon mentarbiyyah orang ke"

"Yes,memang la.

                        بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
“ Sampaikanlah DARIKU (iaitu Rasulullah S.A.W) walau hanya sepotong ayat ”
[HR Al-Bukhari 3/1275 no 3274]

Aku pon nak jugak tarbiyyah orang.Kau ingat nak biar orang jelaa dok tarbiyyah kau je?Dah kau buat ape,tup2,benda yang sama jugak kau buat.Duduk dalam bilik,tengok henset,sengeh2 macam kerang busuk.Mesej dengan ehem2.Kita janganla harap kita ditarbiyyah je.Tapi,nak sampaikan ilmu pada orang tu pon bukan senang-senang je.

1)Ilmu yang kita bagi tu kena SAHIH!
2)Mesti dengan pemahaman yang BENAR
3)Mesti dengan PENGUASAAN yang baik
4)Kita mesti TAHU mudharat dan maslahat dari ilmu yang nak kita sampaikan.

"Ketaq tak bro? boleh tak sampaikan kalau mcam ni? haha."

"Perghh.kalau macam tu,tak boleh la aku nak tarbiyyah orang.susah broooo."

"Ada salah satu pon okay bro,sampaikan lah,tapi apa yang kita nak sampaikan tu mestila benda yang baik,jangan ajak orang buat jahat bro.(angkat kening)
Kalau kita tak mampu beri ilmu dengan ayat,perlakuan kita pon satu tarbiyyah taw untuk orang.jaga perilaku kita.Tunjukkan teladan yang baik pada semua."

"Ceh,engkau,nak tunjuk baik lah konon,bagi orang tengok engkau tu baik?pegedaaaa."

"HAHA.Jangan cakap ikut akal bro.jadi selama ni kau buat kerja,nak tunjuk kat orang la?kau mengaji,solat,semua nak tunjuk kat orang la?

                                                                     أكْمَلُ المُؤْمِنِيْنَ إِيْمَاناً أَحْسَنُهُمْ خُلُقاً
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.”
(HR. At-Tirmidzi no. 1082. Dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ no. 1232)

Bro,tajdid niat tu baik2 bro.Rasulullah S.A.W dulu pon cara penyampaian dakwah baginda pon,berdasarkan akhlak tahu tak? Semua orang kenal baginda sebab akhlak tahu tak?Engkau yakin ke pada orang yang sokmo duk melepak malam2 tepi jalan ,mintak tolong dia jagakan beg sekejap sebab kau nak pergi tandas?Kau nak bagi dia jagakan?"

"Depends"(angkat bibir)

"Tu cakap je bro,kalau aku,berani bawak je sume barang aku sekali masuk tandas.tu lebih baik.Ha,sama la.Bila kita kenal seseorang tu based on akhlak dia,mesti kita percayakan dia.Kalau boleh semua benda nak cerita kat dia.Walhal,baru kenal kot.So,akhlak kita menunjukkan peribadi kita."

"Ada ke orang macam tu sekarang wehh?macam takde je.HAHA"

"Kalau kau rasa takde,kau la yang kena adakan.Kita yang perlu buat perubahan tu.jangan kita asyik nak terima je bulat2 apa murabbi kita bagitahu.Time usrah,zuhudnya lah,pejam mata pon tak mau,dengar je apa yang murabbi sampaikan,padahal satu benda pon tak masuk dalam hati.Last2,benda yang sama jugak kita buat.So,kira sampai ke tarbiyyah tu pada kita?nampak ke kesan pada kita?

"Tak"

"Haa,pandai pon kawan aku ni.So,buat la perubahan.Kau ada aku,aku ada kau.Kita la orang yang penting untuk ummah.Andai kita yang mulakan perubahan,pasti ramai yang akan lakukan perubahan.Aku yakin kau akan jadi cerminan untuk aku. Jom kita berubah!

"Thank you bro,kau memang hebat la.Susah aku nak jumpa orang macam kau ni. tertusuk terus kat hati aku.Banyak benda lagi aku kena belajar.Baru aku perasan,sebenarnya,kita ni orang yang ditarbiyyah.Kita tahu baik dan buruk,tapi kita buat jugak.Macam mana nak jadi cerminan pada orang lain kan?Hmm,kau banyak ajar aku bro.Terharu aku"

"Takde lah .Jangan la macam tu.Hazaa min fadhli Rabbi."*blushing*

Jaga setiap perlakuan kita.Janganlah jadi fitnah kepada agama.
Islam amat perlukan kita.Amat perlukan insan-insan yang berjuang diatas jalan agama.

Wallahu'alam.
Moga Allah Redha.

Norasyima Binti Zaki
Biro Pengurusan Sumber Manusia
PEMBINA UKM

Tuesday 23 December 2014

"Sebiru Hari Ini" PEMBINA Gathering Day


BAGAN LALANG, 20 Dis - “Matlamat utama persiapan pemuda Islam pada hari ini adalah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia,” demikian kata saudari Norasyima Zaki yang merupakan aktivis PEMBINA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam program ‘PEMBINA Gathering Day (PGD)’. Program yang bertemakan ‘Sebiru Hari Ini’ itu telah berlangsung pada 20 Disember yang lalu, bertempat di Pantai Bagan Lalang.

 “Peranan kita sebagai belia ialah menegakkan kembali kedaulatan Islam khususnya di Malaysia daripada ancaman-ancaman liberalisma,” sambung beliau dengan penuh semangat.

“Jadi hidupkanlah hati kita dengan cara berzikrullah, bergantung  dengan kitab Allah SWT, bermujahadah melawan nafsu dan memiliki sifat selalu merasa diperhatikan oleh Allah SWT.”

“Belia hari ini perlu dikejutkan daripada tidur yang lena dengan memberi kesedaran bahawa Islam telah menerima banyak ancaman dari luar. Hal ini kerana, belia mempunyai kekuatan dan tubuh badan yang sihat untuk memakmurkan alam tetapi sering dipergunakan untuk meruntuhkan umat Islam,” tambah beliau lagi.

PGD ini disertai oleh 38 mahasiswi UKM dan merupakan program penutup bagi  Semester Satu Sesi 2014/2015. Banyak aktiviti yang dijalankan seperti Senamrobik Hai Sahabat, Bulatan Ukhuwwah, Langkah Bermula, War Game dan Kotak Berbisa. 

“Aktiviti-aktiviti PGD sangat menyeronokkan dan merupakan salah satu medium tarbiyyah yang bagus,” kata Marina salah seorang peserta PGD kali ini.

Harapan aktivitis PEMBINA UKM agar PEMBINA Gathering Day ini dapat membakar semangat para peserta dan menyedarkan mereka akan kepentingan ukhuwwah dalam menegakkan Islam.

Nur Arina Binti Mohd Azmi,
Wartawan PEMBINA UKM.

Tuesday 2 December 2014

Gerabak Dakwah


Lelah bukan alasan 
Melepaskan beban
Dari bahu yang memikul

Jalan ditempuhi
Bukan pendek
Memerlukan semangat dan kefahaman
Tarbiyah menjadi pasak
Untuk terus teguh berdiri

Kau tidak seorang diri
Dalam liku dakwah ini
Kita bersama
Dalam satu gerabak
Gerabak Dakwah

Dakwah dan tarbiyah itu diibaratkan seperti isi dan kuku. Mana mungkin dapat dipisahkan. Tanpa tarbiyah, tidak lahir dakwah. Dakwah itu sesuatu yang berat, oleh itu, tarbiyah perlu ada untuk memupuk individu bersedia dari segi mental, jiwa dan fizikal bagi melepasi rintangan yang akan dilalui. 

Berbicara soal dakwah, perjuangan di jalan ini tidak mungkin berjaya sekiranya ditempuhi sendirian. Tarbiyah sahaja tidak mampu mengukuhkan kedudukan kita dalam perjuangan dakwah. 

Kenapa?

Sebab kita manusia biasa yang akan lemah dan boleh futur bila-bila masa. Oleh itu, pentingnya ukhuwah sebagai pengikat kekuatan yang akan saling menyokong andai seorang daripada kita rebah. Ukhuwah juga penting supaya setiap individu saling mengingatkan antara satu sama lain tentang keberadaan kita di jalan ini. Hal ini secara tidak langsung akan membantu kita memperbaharui niat dalam setiap tindakan.

Dari ukhuwah, lahirlah 'gerabak dakwah'. Dari satu unit-unit kecil lahir satu gerabak yang akan memandu kenderaan ini menuju destinasinya. Individu yang berada dalam gerabak ini umpama komponen-komponen penting dalam pembinaan kenderaan. Ada piston, cable, spark plug dan banyak lagi. Masing-masing mempunyai peranan yang istimewa. Tiada yang tidak berfungsi. Tarbiyah umpama pelincir yang akan melancarkan pergerakan pam minyak dan seterusnya mengagihkan tenaganya ke komponen-komponen enjin yang lain. Apabila semua komponen ini bersatu, maka cekaplah pemanduan kenderaan ini. Sekiranya rosak, cacatlah fungsinya. 


Begitu juga kita sebagai individu yang menggerakkan dakwah. Kita semua adalah penting. Tidak kiralah sumbangan kita kecil atau besar. Jika salah seorang daripada kita hilang, maka terbantutlah perjalanan ini. Dalam 'gerabak' ini kita perlu sentiasa pandang ke hadapan dan bersedia akan halangan yang bakal kita tempuhi. Matlamat perjalanan perlu jelas dan perancangan perlu rapi dan terkehadapan. Perlu lebih hebat daripada perancangan musuh.

Ayuhlah sama-sama kita menggerakkan gerabak ini agar lebih lancar dan lebih ramai lagi yang akan menyertai perjalanan ini. 


Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa untuk berpangku tangan

Setiap titis peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita-cita kami tertinggi
-shoutul harakah, bingkai kehidupan-



Maisarah Shahrain
Media PEMBINA UKM




poster promo ikhwah
picture hosting