Tuesday 23 December 2014

"Sebiru Hari Ini" PEMBINA Gathering Day


BAGAN LALANG, 20 Dis - “Matlamat utama persiapan pemuda Islam pada hari ini adalah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia,” demikian kata saudari Norasyima Zaki yang merupakan aktivis PEMBINA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam program ‘PEMBINA Gathering Day (PGD)’. Program yang bertemakan ‘Sebiru Hari Ini’ itu telah berlangsung pada 20 Disember yang lalu, bertempat di Pantai Bagan Lalang.

 “Peranan kita sebagai belia ialah menegakkan kembali kedaulatan Islam khususnya di Malaysia daripada ancaman-ancaman liberalisma,” sambung beliau dengan penuh semangat.

“Jadi hidupkanlah hati kita dengan cara berzikrullah, bergantung  dengan kitab Allah SWT, bermujahadah melawan nafsu dan memiliki sifat selalu merasa diperhatikan oleh Allah SWT.”

“Belia hari ini perlu dikejutkan daripada tidur yang lena dengan memberi kesedaran bahawa Islam telah menerima banyak ancaman dari luar. Hal ini kerana, belia mempunyai kekuatan dan tubuh badan yang sihat untuk memakmurkan alam tetapi sering dipergunakan untuk meruntuhkan umat Islam,” tambah beliau lagi.

PGD ini disertai oleh 38 mahasiswi UKM dan merupakan program penutup bagi  Semester Satu Sesi 2014/2015. Banyak aktiviti yang dijalankan seperti Senamrobik Hai Sahabat, Bulatan Ukhuwwah, Langkah Bermula, War Game dan Kotak Berbisa. 

“Aktiviti-aktiviti PGD sangat menyeronokkan dan merupakan salah satu medium tarbiyyah yang bagus,” kata Marina salah seorang peserta PGD kali ini.

Harapan aktivitis PEMBINA UKM agar PEMBINA Gathering Day ini dapat membakar semangat para peserta dan menyedarkan mereka akan kepentingan ukhuwwah dalam menegakkan Islam.

Nur Arina Binti Mohd Azmi,
Wartawan PEMBINA UKM.

0 comments:

Post a Comment

poster promo ikhwah
picture hosting