Monday, 25 December 2017

BILA IKHTILAT DIANGGAP UKHUWAH

Bila ikhtilat dianggap ukhuwah..
Segala rahsia menjadi cerita.. Bergelak tawa tanpa batasnya..
diluar membisu, dimaya, hanya Tuhan yang tahu..

Bila ikhtilat dianggap ukhuwah..
Tiada lagi tembok penghalang..
Antara diri dan juga ajnabi..
Malu dan iman kian terhakis yang tinggal hanya pakaian islami..

Bila ikhtilat dianggap ukhuwah..
Hanya ajnabi menjadi bualan..
Tiada lagi seruan dakwah mahupun al-Quran jadi zikrullah..

Bila ikhtilat dianggap ukhuwah..
Amal ibadah kian me-layu..
Kerana hati kian membatu..
Tak lagi disiram tangisan,
tanda rindu pada yang SATU..

Bila ikhtilat dianggap ukhuwah..
Hati yang kuat kian merapuh..
Kerana cinta menggugah jiwa.
Yakinkah cinta atau tak sedar
dirimu dipanah musuh agama?

Wahai diri bergelar hamba...
hakikat ukhuwah, sebagaimana Nabi dan para sahabat..
Saling ingat mengingat tentang kampung bergelar akhirat..

Namun hakikat ikhtilat, jalannya maksiat disulam dusta,
Awalnya indah, berbunga-bunga..
penghujungnya zina membawa ke murka..

Wahai muslimin jua muslimat..
Jangan terleka dengan umur yang muda..
Jangan terpedaya dengan fatamorgana dunia..
Jangan mengalah dengan nafsu dan jua hawa..

Sedarlah selagi kita diberi masa..
Perbaiki diri untuk ummah yang kian melara..
Sedarlah, mereka sedang perlukan kita..
Yang belajar tentang agama..
Yang mengerti tentang dosa dan pahala..
Manfaatkan ilmu yang ada..
Sebagai bekal dikubur sana.
Moga yang gelap menjadi cahaya..
Moga yang sesat bertemu jua..
- Pilihan ditangan kita..

ANJUM ZAINAL ABIDIN
SETIAUSAHA PEMBINA UKM 2016/2017
24 DISEMBER 2017

1 comments:

Mutiara hikmah yang berharga..terima kasih penulis.

Post a Comment

poster promo ikhwah
picture hosting