- Beribu
tahniah dan sekalung takziah PEMBINA UKM ucapkan kepada setiap calon MPP UKM
yang menang bertanding pada pilihanraya kampus sesi 2013/2014 kali ini. Syabas
kepada setiap pemimpin muda. Kepada calon yang tewas bukan bermakna tewas
seluruhnya. Kalian juga sebenarnya adalah pemimpin kerana sudah berani ke
hadapan untuk sanggup memikul tugas sebagai pemimpin.
- PEMBINA
UKM mengingatkan kepada setiap ahli MPP UKM yang dipilih oleh mahasiswa/i UKM agar berkhidmat dengan penuh amanah, adil, dan rasa penuh bertanggungjawab.
Setiap MPP perlu untuk lebih terkehadapan dalam usaha untuk melonjakkan nama
UKM di persada antarabangsa di samping tidak lupa untuk merealisasikan setiap
manifesto yang telah dilafazkan.
- Kesemua
27 orang ahli MPP UKM kali ini perlu memulakan satu sejarah baru sebagai satu
kumpulan pimpinan mahasiswa yang kesemua ahli MPP dapat bekerjasama antara satu
sama lain tanpa mengira wakil dari calon GMUKM atau Aspirasi Mahasiswa. MPP UKM
perlu membuktikan bahawa walau berbeza kumpulan, setiap MPP boleh bekerjasama
dalam perkara yang boleh menyumbang kepada nama baik UKM. Tunjukkan pimpinan
anak muda sekarang membawa arus perubahan baru yang lebih baik untuk politik
akan datang. Ini juga adalah bertepatan dengan suruhan Islam yang menyuruh setiap
umat Islam untuk sama-sama menolong kearah kebaikan dan tidak menolong kearah
kejahatan.
- Di
samping membawa isu kebajikan mahasiswa, MPP UKM juga sepatutnya cakna isu
semasa kerana isu serangan pemikiran pada masa kini banyak mensasarkan golongan
mahasiswa sebagai target utama penyebaran ideologi sesat. Antara ideologi sesat
yang dimaksudkan ialah fahaman liberalisme, hendonisme, pluralisme, sosialisme,
syiah dan LGBT.
- Andai MPP tidak mampu mengetengahkan isu serangan
pemikiran ini, maka sebenarnya MPP telah gagal untuk memanfaatkan sepenuhnya
kedudukan mereka untuk melindungi kebajikan warga kampus. Malah MPP juga gagal
untuk membuat suatu perubahan yang baru yang sejak kebelakangan ini hanya
mengikut skrip dan modul pentadbiran yang sama dengan sesi-sesi yang lepas.
Kebajikan bukanlah sekadar soal material seperti masalah internet, masalah
ketiadaan air, yuran kolej mahal dan sebagainya tetapi juga meliputi isu
keintelektualan dan prinsip agama Islam yang syumul bagi setiap warga. PEMBINA
UKM berharap akan ada pelan tindakan
untuk memberi pencerahan dari pihak MPP UKM untuk menyedarkan masyarakat kampus
tentang agenda barat yang telah sekian lama rancak untuk menghancurkan Islam.
- PEMBINA
UKM mengucapkan selamat bertugas kepada semua MPP UKM sesi 2013/2014.
Laksanakan mandat yang diserahkan dengan sebaiknya. Terbitkan dari dalam diri
perasaan memimpin masyarakat kampus sebagai satu minat yang mendalam bukan merasakan
ia sebagai satu tugasan yang membebankan. Berkhidmatlah dengan penuh keadilan
kepada semua warga kampus.
“Meneraju Arus Mahasiswa”
0 comments:
Post a Comment