Sunday 20 October 2013

Pandangan Mahasiswa UKM terhadap program simposium MEGA

PUTRAJAYA, Sabtu –Tercatat satu sejarah bertempat di Dewan Sri Siantan Presint 3 Putrajaya pada 28 September, berlangsungnya satu wacana ilmiah bertajuk Simposium Mendepani Agenda Asing : Melayu Dalam Krisis Kepimpinan  anjuran bersama Ikatan Muslimin Malaysia, ISMA dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

Simposium ini menampilkan beberapa tokoh yang hebat iaitu Presiden ISMA-Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, YDP Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)-Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Penulis Dan Pengkaji Sejarah Persatuan Arkeologi Malaysia- Puan Zaharah Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mahshar.

Selain itu turut menampilkan Ketua Unit Kajian Syiah ISMA, Ustaz Mohamad Ismail, Penganalis Muslim Moderate dan Projek Pengamerikaan, Ustaz Mohamad Hazizi Bin Ab Rahman dan Pengkaji Ilmu Perbandingan Antara Agama, Ustaz Shaharuzzaman Bistamam.

Objektif utama simposium ini ialah untuk membongkar agenda asing dalam usaha mencairkan pegangan Islam sejati seperti Syiah, Muslim Moderat dan juga ancaman kristianisasi. Tajuk yang menjadi perhatian ialah Konspirasi (Penghapusan Bangsa Melayu: Fokus Agenda Nam Tien), (Agenda Perluasan Pengaruh Syiah: Ancaman Kepada Malaysia), (Ancaman Globalisasi Ekonomi : Fokus AFTA & TPPA), (Peng’Amerika’an Ke atas Dunia Islam dan Gerakan Mengkristiankan Malaysia: Satu Usaha Terancang) dan (Krisis Kepimpinan Melayu: Nasib Melayu Di tangan Siapa?) 

Berikut merupakan ulasan dari beberapa mahasiswa UKM.
“ Merujuk kepada pembentangan hari ini, memang jelas menampakkan agenda musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam adalah dilakukan secara terancang. Sebagai contoh ialah isu TPPA yang sama sekali ingin melemahkan ekonomi umat Islam yang ratanya adalah usahawan yang bertaraf sederhana. Modal  perniagaan usahawan sederhana tidaklah tinggi sangat jika ingin dibandingkan dengan pelabur eropah yang mempunyai modal yang tinggi. Orang yang mempunyai modal yang tinggi dia akan menguasai ekonomi.”

“ Berkenaan dengan slot krisis kepimpinan, masalah kepimpinan yang berlaku di Malaysia ini adalah berpunca daripada sikap sesetengah pemimpin itu sendiri. Sebagai seorang pemimpin Islam, sepatutnya mereka mengutamakan hal-hal yang berkaitan dengan umat Islam terlebih dahulu berbanding perkara-perkara lain. Hal ini demi memelihara agama Islam terus tertegak dan tidak dipandang lekeh oleh masyarakat bukan Islam.Pemimpin yang tidak berwibawa ini tidak kiralah daripada pihak kiri atau kanan hanya mementingkan parti dan sokongan pengundi sahaja tanpa merisaukan hal ehwal Islam. Inilah antara salah satu sebab Islam dipermainkan oleh musuh-musuhnya.”

“ Pada pendapat saya, dialog tentang agenda asing ini amat penting untuk diketahui oleh semua orang termasuk juga mahasiswa kerana isu-isu yang dibahaskan adalah isu-isu semasa. Pendedahan dalam simposium ini banyak membuat saya membuka mata dan mula berfikir tentang apa yang bakal terjadi pada masa hadapan sekiranya kita tidak berusaha mempertahankan hak istimewa orang Melayu di Malaysia dan juga Islam sebagai agama persekutuan. Kita harus mula berfikir apakah cara yang dapat kita lakukan untuk bagi menyedarkan masyarakat tentang agenda musuh bagi menjatuhkan kita. Malah dalam masa yang sama kita harus mula memperkukuh jati diri Muslim dengan mengikuti program-program yang membina peribadi Muslim. Semoga forum seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan berharap forum ini juga dilakukan di semua IPTA dan IPTS agar semua mahasiswa di luar sana sama-sama dapat mengetahui tentang agenda musuh yang sedang menyerang tanpa kita sedari.”

Pembina UKM berpendirian bahawa isu-isu yang dibentangkan dalam simposium tersebut mesti diambil peduli oleh semua umat Islam tidak kiralah sama ada golongan pekerja berkolar putih, golongan masyarakat awam termasuk juga golongan mahasiswa kerana isu yang dibentangkan merupakan isu yang jelas mengancam Islam. Umum mengetahui mahasiswa adalah bakal pemimpin negara masa hadapan. Andai mahasiswa tidak terdedah dengan ancaman ini, kemungkinan kepimpinan negara akan datang diwarisi oleh pemimpin yang mempunyai pegangan Islam yang cair.




0 comments:

Post a Comment

poster promo ikhwah
picture hosting