PEMUDA

Sesungguhnya sesuatu fikrah tu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang mempunyai keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan.

Ahlan Ya Ramadhan

Semoga Ramadhan tahun ni menjanjikan taqwa sebagai matlamat kita!

PEMBINA UKM mengucapkan Salam Maal Hijrah. Perubahan bermula dengan diri kita. Ayuh berubah! Jangan bertangguh lagi!

My Gathering kini tiba! Eksklusif untuk muslimah sahaja. Ya, kem yang penuh dengan aktiviti menyeronokkan, hanya kita-kita sahaja! Daftar segera sebelum 11 December 2012!

JOM SERTAI KAMI!

Meneraju arus mahasiswa.

Imam Hasan Al-Banna

Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan tersergam indah.

JOM! USRAH

Usrah memainkan peranan penting untuk membentuk satu individu mengikut acuan islam sebenar. Selain itu, potensi dapat dibangunkan melalui usrah. Ingin sertai usrah? Hubungi Amirul (0136706079).

Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Tuesday, 25 October 2016

DAIE PILIHAN TUHAN



Jika langkah mula longlai
Hati mulai gelisah
Semangat kian menghilang
Resah menyelubungi badan
tanda Allah sedang beri ujian,...

Jangan
jangan kau terus menghilang
tenggelam dalam kegelapan, kejahilan juga kemaksiatan..
futur..

Konon ?
Konon tak tahan dengan ujian
Sedangkan Allah tak bebankan, sekadar kemampuan .
Tanamkan kekuatan agar terus maju kehadapan.
Berlari, jangan berhenti,
Tiada masa untuk menoleh lagi,
Gagahkan diri,
Cuba untuk bertahan,  
agar penghujungnya,
dapat kau rasai teguk kan
manisnya iman..

Ujian dan dugaan,
bukan sekadar picisan kehidupan
yang hadir sebagai asbab kepedihan jiwa dan tangisan,
melainkan ianya adalah batu loncatan
untuk kau mengerti apa erti kebergantungan
Hai Rijal !
Bangunlah dan mara kehadapan,
Jadikan Saidina Umar sebagai ikutan
Siangnya disinari kewibawaan kepimpinan,
Namun malamnya ditemani tangisan kerinduan

Alahai rijal !
Jangan kau hanya menjadi,
pimpinan di siang hari
Gayanya gah, nampak hebat disana sini !
Dipuji disanjung tanpa henti .
Tapi malamnya ?
Hanya terbongkang dikatil usang,
Subuhnya Gajah
Qiamnya tak pernah .
tiada lagi dengusan rintihan, tanda hati yang rindu.
Kerana air mata mulai membeku!
barangkali hati bertukar hitam,
mungkin juga terbakar legam,
Dimamah riak, ujub dan takabbur
Lantaran al-Quran menjadi peneman, hanya dibulan Ramadan.

Hijrahlah,
Mengapa berhenti dipertengahan,
Sedangkan destinasi belum kau temukan..
Pastinya
syurga destinasi pilihan
Atau cita-citamu sekadar berhenti di persimpangan.

Wahai daie : – daie pilihan Tuhan,
Selagi nyawa dikandung badan,
Moga tetap dalam perjuangan
Menuju Allah dambaan hati orang beriman
Semoga sentiasa dalam pimpinan

Allah dan Rasul jadikan sandaran !

Anjum Zainal Abidin
Biro Kepimpinan PEMBINA UKM

Wednesday, 6 November 2013

TUMPAS



Hari ini langit menangis
Tanah gersang  kini subur
Hari ini aku menangis
Hati yang dulu kering kini basah
Aku tumpas.

Hidup aku indah
Dengan kuasa, pengaruh, harta
Pangkat, wanita..
Ah, itu makanan aku!
Sebutlah apa sahaja
Semua aku mampu beri
Kekayaan yang kusangka abadi.

Sungguh,
TakdirNya jualah yang berkuasa
Lenyap, lupus, pupus segala yang ada
Ujian datang bertimpa-timpa
Tak mampu aku tepis

HAHAHA…
Tawa sinis kuzahirkan
Mencela diri yang lupa asal usulnya
Aku tenggelam dalam lautan permata
Hanyut dalam arus kegemilangan
Terdampar di persisiran
Kalah pada nafsu, kabut dalam syariat.

Ya Rabb,
Kembalikan aku pada landasanMu
Agar gerabak yang membawaku
Menuju destinasiMu

Ya, aku tumpas
Tumpas pada keagunganMu
Ujian sebagai teguran
Kau buka mataku
Hatiku Kau sentuh
Syukur, terima kasih Allah!



Maisarah Shahrain
Media&Promosi PEMBINA UKM


Wednesday, 30 October 2013

Puisi: Tanpa Dia?


Duhai hati,
alangkah sunyi tanpa Dia,
alangkah punah tiada Dia,
alangkah binasa juga tanpa Dia.

Duhai hati,
benarkah ada bahagia,
benarkah ada gembira,
tanpa Dia yang mencipta?

Duhai hati,
bila senang, kau lupa Dia,
bila suka, kau tinggalkan Dia,
bila duka, kau cari Dia,
adakah itu sifat yang sebenarnya?

Tarbiyah itu,
suatu entiti,
bukan fantasi,
tapi realiti.

Tarbiyah itu,
perlu dicari,
perlu diamati,
dan perlu dihargai.

Dakwah itu,
sambungan tugas para nabi,
memperjuang agama yang hakiki,
Onak dan liku tiada henti,
balasan syurga sedia menanti.

Wahai ikhwah dan akhawat,
jika kau bergelar pendakwah,
gegarkan hujah,
tegakkan wasilah,
dan jadilah pemimpin ummah.


Nurul Hajjar Atan
Aktivis PEMBINA


Thursday, 24 May 2012

Sisipan Kecil Buat Pejuang



  

Dalam kekalutan agamaMu
Dalam keresahan agamaMu
Dalam hiba dan pedih melihat agamaMu
Dimanakah hambaMu berada?
Dimanakah janji2 hamba2Mu yg dahulu bermanis bicara untk pertahankan!
Dimanakah??
Wahai sahabatku!
Bangkitlah….
Bangkitlah..!!
untuk memartabatkan ISLAM di mata dunia.
Jangan biarkan agamamu dicerca, di pijak dan di rosak!
Seperti bangkai yang tidak bernyawa!
Manakah dikau wahai mawar-mawar agama..
Manakah dikau mujahid-mujahid pembela agama..
Keadaan Islam telah nazak..
Apakah kita hanya  melihat,sedih,menitiskan air mata ???
Adakah begitu???
Tanpa memaksa tubuh serta nikmat yg Allah kurniakn untuk ke jalanNya.
Bangkitlah!
Bangkitlah shbtku…
Kaulah pencetus permulaan kejayaan yang menanti tidak lama lagi..
Cahaya matahari yg terbenam akan terpancar kembali sinarannya..
Yakinlah!
Janji-janji  Allah untuk pejuang islam!
Yakinlah..
Kaulah permata yang digilap untuk mengorak langkah ke jalanNya..
Bersama kita mantapkah ukhwah ..
Kita bersatu!
Menegakkn Islam di sisiNya..
Benarlah firman Allah
“Sesipa yg menolong agama Allah,Allah akan menolongmu”
Itu janji Allah..
Mana janji kita pula??
Bangkitlah kita mmperjuangkan islam..
Belum terlambat sahabatku…
Islam tidak lama lagi akan bangkit..
Kita lah..
Kitalah pencetusnya!
Islam agamaku!
Allahu Akhbar ! Allahu Akhbar!  Allahu Akhbar!





Karya Noraisyah  Binti Mohd
Jurusan sains Fizikal
Fakulti Sains dan Teknologi
UKM Bangi

poster promo ikhwah
picture hosting