Jika langkah
mula longlai
Hati mulai
gelisah
Semangat kian
menghilang
Resah
menyelubungi badan
tanda Allah
sedang beri ujian,...
Jangan
jangan kau
terus menghilang
tenggelam dalam
kegelapan, kejahilan juga kemaksiatan..
futur..
Konon ?
Konon tak tahan
dengan ujian
Sedangkan Allah
tak bebankan, sekadar kemampuan .
Tanamkan
kekuatan agar terus maju kehadapan.
Berlari, jangan
berhenti,
Tiada masa
untuk menoleh lagi,
Gagahkan diri,
Cuba untuk bertahan,
agar penghujungnya,
dapat kau rasai
teguk kan
manisnya iman..
Ujian dan
dugaan,
bukan sekadar
picisan kehidupan
yang hadir sebagai
asbab kepedihan jiwa dan tangisan,
melainkan ianya
adalah batu loncatan
untuk kau
mengerti apa erti kebergantungan
Hai Rijal !
Bangunlah dan
mara kehadapan,
Jadikan Saidina
Umar sebagai ikutan
Siangnya
disinari kewibawaan kepimpinan,
Namun malamnya ditemani
tangisan kerinduan
Alahai rijal !
Jangan kau
hanya menjadi,
pimpinan di
siang hari
Gayanya gah,
nampak hebat disana sini !
Dipuji
disanjung tanpa henti .
Tapi malamnya ?
Hanya
terbongkang dikatil usang,
Subuhnya Gajah
Qiamnya tak
pernah .
tiada lagi
dengusan rintihan, tanda hati yang rindu.
Kerana air mata
mulai membeku!
barangkali hati
bertukar hitam,
mungkin juga
terbakar legam,
Dimamah riak,
ujub dan takabbur
Lantaran al-Quran
menjadi peneman, hanya dibulan Ramadan.
Hijrahlah,
Mengapa
berhenti dipertengahan,
Sedangkan
destinasi belum kau temukan..
Pastinya
syurga destinasi
pilihan
Atau cita-citamu
sekadar berhenti di persimpangan.
Wahai daie : –
daie pilihan Tuhan,
Selagi nyawa
dikandung badan,
Moga tetap dalam
perjuangan
Menuju Allah
dambaan hati orang beriman
Semoga sentiasa
dalam pimpinan
Allah dan Rasul
jadikan sandaran !
Anjum Zainal Abidin
Biro Kepimpinan PEMBINA UKM
Anjum Zainal Abidin
Biro Kepimpinan PEMBINA UKM
2 comments:
Terbaik ! Terus sebarkan dakwah dengan tinta yg berkesan !👍
Tulisan yang halus dan meresap dalam jiwa.terima kasih penulis
Post a Comment