Sungguh,
Berat yang aku rasakan kini. Tatkala
beban mula menghempap tubuh, aku lemah, jatuh dan berpaling daripadaMu.
Jauh...aku hilang arah. Walau hadirnya cahaya, aku buta. Tak nampak jalan yang
mampu membawa ku keluar. Sesat. Saat ini, aku perlukan pendorong.
"Allah akan menguji seseorang
berdasarkan apa yang dia lemah, sehinggalah seseorang itu benar-benar bangkit
dari kelemahannya."
Ya, sukar untuk kuat bila kita sendirian
tetapi, sampai bila engkau mengharap ihsan manusia? Sampai bila engkau mahu
bergantung kepada seorang insan yang bergelar manusia? Sampai bila?
Adakalanya Allah sengaja membiarkan
kita sendiri. Ada perkara yang cuba disampaikan, ada hikmah yang Allah suruh
kita renungi. Dia, al-Khaliq. Adalah menjadi haknya memberi dan menarik
pemberianNya. Sesungguhnya, Dia mahu kita kembali padaNya.
Rasa berat? Tak mampu nak teruskan?
Sedar tak, yang beri kau kesenangan, kelapangan, kesihatan dan pelbagai lagi
nikmat tu siapa? Kenapa tidak menggunakan segala kesenangan itu pada jalan yang
betul? Bila dah jatuh baru terngadah. Bila banyak sangat beban di belakang
bahu, kau mengeluh. Mahu berundur dan jadi bebas, sebebas-bebasnya?
Begitu mudahnya manusia mengeluh. Saat
kesusahan, seribu, sejuta, billion, trillion nikmat yang Allah pernah bagi
dulu, terus hilang dari ingatan. Mengenang nasib, meratap dan mengeluh.
Betullah kata Allah dalam Al-Quran,
"...Dan sedikit sekali dari
hamba-hambaKu yang bersyukur." (As-Saba' 34:13)
Aku penat...tak tahan dah nak tanggung
semua ni. Aku nak lepaskan semua. Cubalah faham. Sakit kau tahu tak? Amanah ni
terlalu berat untuk aku.
Jalan ini bukanlah jalan main-main. Ya,
ini bukan jalan yang penuh dengan plot cerita yang indah-indah. Di sini, kau
akan diuji sejauh mana tahap kematanganmu. Benar, jalan ini bukan untuk orang
yang manja. Namun, di sinilah kau berjaya menempuhi pelbagai halangan yang
orang lain takkan rasa sehingga yang manja menjadi tabah.
Ingat, kita adalah hamba yang dipilih
Allah. Berbanggalah!
Ini adalah perniagaan yang
menguntungkan. Bukan keuntungan materi, tapi keuntungan rohani. Itulah yang
dapat menaikkan saham di akhirat kelak.
10. "Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan
sesuatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, dan
berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi
kamu, jika kamu mengetahui.
12. Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan
kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke
tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Syurga "Adn". Itulah
kemenangan yang agung.
13. Dan (ada lagi) kurnia yang kamu sukai, iaitu
pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya) dan sampaikanlah
berita gembira kepada orang-orang mukmin."
(As-Saff 61: 10-13)
Aku dah cuba untuk
kuat, untuk berubah. Tapi, sampailah sekarang aku tak jumpa kekuatan tu.
Walaupun lama ditarbiyah, aku tak mampu jadi sehebat orang yang seangkatan
denganku.
Dengarkan ini wahai
sahabat…
Tarbiyah itu adalah
satu proses untuk mengubah diri kita menjadi insan yang lebih baik. Kadangkala,
proses itu memakan masa yang lama, menyakitkan dan juga memeritkan. Jika
lemah yang kau rasakan kini adalah kerana proses itu, maka bertahanlah. Kerana
engkau berada di landasan yang betul. Koreksi diri, lihat hubunganmu dengan
Allah. Mungkin kesukaran yang kau rasakan ini adalah kerana kurangnya
pergantunganmu kepada Allah.
Usah terkejar-kejarkan
menjadi orang yang hebat. Kerana orang yang hebat itu juga lahir daripada
kegagalan hidup. Proses bangkit dari kejatuhan itu memakan masa dan sudah
pastinya pelbagai halangan ditempuhi.
Sudah takdirNya, kita
lahir untuk berusaha mendapatkan sesuatu dan menjadi sunnatullah setiap yang
berlaku menjalani prosesnya yang tersendiri. Jika kita hendak makan, kita perlu
berusaha mencari duit, kemudian membeli bahan mentah, memprosesnya menjadi
makanan, kemudian baru boleh dijamah. Tiada yang ekspres dalam hidup. Jika
semua laluan ditempuhi dengan mudah, mungkin tiada langsung hambaNya yang
bersyukur. Maka, berusahalah mendaki tangga mencapai redha Ilahi, insyaAllah
kita menjadi hebat di mataNya.
Ya Allah, pemilik
hati. Sucikanlah hati ini agar mudah ku menerima kebaikan yang Kau
datangkan. Terangkan mata hati ini agar dapat ku mengutip setiap yang berlaku
sebagai hikmah dalam menelusuri jalan yang penuh berliku. Kuatkan dan
tetapkanlah aku di jalan-Mu. Ini rintihan hambaMu, dengarkan dan
perkenankanlah ya Allah...
p/s: Ini adalah koleksi nasihat-nasihat orang disekeliling. Terima kasih atas nasihat yang membina
p/s: Ini adalah koleksi nasihat-nasihat orang disekeliling. Terima kasih atas nasihat yang membina
Aktivis PEMBINA UKM
0 comments:
Post a Comment