BANGI - Sejak kebelakangan
ini, terdapat pelbagai usaha dan cubaan oleh sesetengah individu dan NGO pro-liberal
yang dilihat semakin rancak mempromosi ideologi liberalisme secara terbuka kepada
masyarakat Islam di Malaysia terutamanya golongan belia.
Atas sikap peduli ummah, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) telah mengadakan suatu majlis
ceramah “Liberalisme: Ancaman Kesejahteraan Ummah” bertempat di Surau Kolej
Pendeta Za’ba, UKM. Ceramah ini bertujuan membongkarkan apa itu liberalism dan bahayanya
pada aqidah umat Islam.
Dalam majlis ceramah ini, penceramah iaitu saudara
MuhamadAiman Bin Ahmad Fauzi yang juga merupakan AJK Informasi PEMBINA, telah
membongkarkan muslihat di sebalik ideologi liberalism. Menurut saudara Aiman, ciri-ciri
puak liberal ialah menolak hadis, menggalakkan konsep kebebasan, membangkitkan isu
hak asasi melebihi hukum agama dan menolak konsep jihad.
Secara keseluruhannya,
ceramah ini dapat memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi yang hadir supaya
tidak terpedaya dengan muslihat liberalisme. Secara tidak langsung, ceramah ini
juga dapat memperkenalkan PEMBINA di rantau UKM.