HULU SELANGOR, 18 Jan – “Manusia
mempunyai dua tujuan hidup di atas muka bumi ini, iaitu beribadah kepada Allah
dan menjadi khalifah dengan cara menegakkan hukum-hakam serta memakmurkan
bumi.”
Kata Dr. Irfan, aktivis ISMA,
dalam slot ‘Duduk Membangun Iman’ sewaktu program ‘Kem Khalifah Muda (KEM)’ di
Rasa, Hulu Selangor.
“Pembentukan khalifah bermula
dengan membentuk individu muslim dan dari langkah pertama ini, matlamat
seterusnya dapat dicapai, iaitu melahirkan keluarga muslim, masyarakat muslim,
kerajaan Islam, Daulah Islam (negara yang mengamalkan nilai-nilai Islam),
empayar Islam, dan akhirnya membentuk ustaziatul ‘alam.”
Sehubungan dengan itu, peserta
didedahkan dengan kepentingan tarbiyah dan dakwah dalam usaha membentuk
khalifah yang berkualiti.
“Seorang khalifah perlu melalui
proses tarbiyah dan melibatkan diri dalam gerak kerja dakwah.”
“Bermula dengan tarbiyah
dzatiyah, iaitu mendidik diri sendiri tanpa mengharapkan naqibah mahupun teman
seperjuangan, seterusnya memantapkan ilmu, turun ke medan dakwah dan seterusnya
berdakwah dan sampaikan fikrah kepada organisasi dan mahasiswa dengan cara
mentajmik.”
Menurut beliau lagi, seorang
khalifah bukan sahaja perlu memantapkan ilmu fardhu ain seperti aqidah, sirah,
ibadah, quran dan sunnah, serta feqah, malah perlu cakna isu semasa supaya
berjaya menjadi Islam yang profesional.
Wartawan PEMBINA UKM
0 comments:
Post a Comment