Kebiasaanya usaha untuk menyegarkan mata aku daripada tidur kembali selepas subuh adalah dengan online di pagi hari. Perkara pertama yang akan aku buka dari tab aku ialah Facebook (FB), walaupun aku tahu tidak ada kepentingan besar pun untuk buka Facebook. Di samping itu, aku baca artikel dari blog yang mampu memberi manfaat buat pembaca seperti aku.
Sambil menunggu blog loading, aku sempat menjenguk status-status di Facebook. Hatiku pun
berkata,
“Bagusnya deme
ni bangun awal. Tak tidur lepas subuh. Mesti tiru cara aku untuk tidak tidur
lepas subuh kembali.” Sambil kagum dan tersenyum (tak tahu kenapa senyum).
Aku ambil sedikit masa melihat status yang dikongsikan (shared) di FB. Ada status yang bagus. Antaranya, isu semasa seperti isu COMANGO, bahaya Liberalisme, bahaya LGBT,
bahaya Syiah dan isu Mesir. Ada yang share
ayat-ayat al-quran, di mana, ayat tersebut sekali-sekala terkena di batang
hidung sendiri.
“Inilah salah
satu cara Allah menegur hamba-hambanya,” getus hatiku seorang diri.
Namun, ada juga terbaca status seperti ini,
“Hari-hari makan
magi, selamat pagi.”
“Ngantuklah,ada
sesiapa boleh tolong dodoi?”
“Kau ingat kau
bagus sangat?!!”
“Takpe awak,
hari ini hari awak,hari esok hari saya pulak.”
Erkkk??? Apa
masalah mereka ini? Nak tidur, tidur je lah. Nak luah perasaan, tak perlu post di FB. Nak makan magi, makan je
lah. Aku makan nasi goreng untuk sarapan bukan magi. Maggie kan boikot.
**FB dijadikan
sebagai Tuhan.**
A : Kenapa pulak
kau cakap macam tu?
B : Semua orang
nak luah perasaan kat situ. Luahkanlah pada Allah, bukan pada FB dan semua
orang tahu masalah mereka. Bukannya mereka boleh bagi penyelesaian, bahkan memang tak ada penyelesaian pun.Tidak kurang, ada
juga yang masih ber'FB' walaupun sudah masuk waktu solat. Solat di FB?
A : Oh, macam tu.
Bukan aku, mereka tau!
B : Yang kau
terasa kenapa?
Tet…tet…
Inilah tabiat
pemuda-pemuda zaman sekarang. Menjadikan FB sebagai medan bergaduh, meluahkan perasaan dan jidal yang tidak
sudah-sudah. Hal ini menunjukkan pemuda kita seakan-akan tiada tujuan hidup
yang jelas. Ada yang sering upload
gambar untuk menunjukkan wajah tampan dan cantik mereka di FB tanpa sebab.
Lebih-lebih lagi yang baru lepas majlis makan malam (dinner) kolej. Ambil gambar dan post di FB. Ada juga yang
seakan-akan rasa bangga menunjukkan auratnya dikhalayak. Selepas itu, ramailah yang akan
komen,
Peng ‘komen’: Cantiknya awak ni
Peng
‘upload’: Eh,tak ada lah...tapi, terima kasih puji saya
Allahurabbi….
Ayuh
sahabat-sahabat sekalian kita ubah semua ini. Kita lakukan anjakan paradigma.
Sebaiknya kita gunakan medan FB sebagai medium menyebar kebaikan dan mencegah
kemungkaran. Sememangnya FB banyak kelebihan dan tidak kurang juga keburukannya.
Namun, seeloknya kita pilih jalan yang betul dengan menyebarkan kebaikan pada orang lain.
Kita kan umat terbaik!
“Kamu (umat
Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana) kamu
menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah yang mungkar dan kamu
beriman kepada Allah.” (Ali Imran 3:110)
Marilah
sama-sama kita ikut adab-adab untuk ber'FB' selepas ini.
Sebelum buka FB,
letakkan niat (sebab) yang memestikan anda buka FB
1. Kongsikan (share) perkara yang boleh mendatangkan
manfaat bersama. (Kaji faktanya terlebih dahulu sebelum dikongsikan)
2. Elakkan dari memuat naik gambar-gambar yang tiada
manfaat, seperti gambar diri sendiri sampai penuh FB dengan muka anda.
3. Letakkan hanya gambar kecil, menutup aurat dan gambar
yang tidak mendatangkan fitnah pada diri sendiri, sekiranya niat hanya hendak
dikenali orang. (professional)
4. Pastikan anda tidak terlalu lama melayani FB. Cukuplah
sekadarnya menyelesaikan perkara-perkara yang memerlukan FB sebagai medan berbincang.
“Janganlah kamu berasa lemah, jangan kamu berasa sedih
hati kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman” (Ali
Imran,3:139)
Siti Asyuhra bt. Abdul Rahman
Biro Pembangunan Sumber Manusia
PEMBINA UKM
0 comments:
Post a Comment