Friday, 21 November 2014
Hero Sebenar
Assalamualaikum sahabat
Pada kali ini penulis nak berkongsi tentang seorang tokoh,
huh. Ingat senang nak baca sejarah, tetapi jangan lupa! Demi kelangsungan
dakwah dan tarbiah, sangat penting untuk kita membaca sejarah ini.
Bagaimana kita nak cipta sejarah baru kalau sejarah pun tak
tau,dush. Macam terasa pulak.
Tokoh yang dikenali dengan al-Syahid Syeikh Ahmad Yasin.
Jika dahulu aku dengar namanya dengan semangat yang
diceritakan kepadaku. Tetapi kini, aku membaca kisahnya sehingga aku menitiskan
air mata. Allahu.
Sosok tubuh yang daku lihat dalam gambar-gambar atau pun
video, beliau seorang yang lumpuh tetapi dalam masa yang sama beliau juga
merupakan pengasas Hamas di Palestin.
Diriku tertanya-tanya sejak dulu, siapakah beliau ini
sebenarnya? Walau dengan berkerusi roda tetapi mampu mengegarkan jiwa pemuda.
Pada awal tahun 50 an, bumi Palestin semakin parah. Ketika
itu, para pemuda bangkit bersemangat untuk menebus kembali tanah air mereka di
bawah satu gerakan Islam. Syeikh Ahmad Yasin adalah salah seorang daripada
hasil tarbiah gerakan ini.
Anak-anak muda Palestin waktu itu bukan hanya sekadar
belajar ilmu agama, malah aktiviti fizikal turut mereka jalankan untuk
memantapkan kesihatan tubuh badan mereka lebih-lebih lagi untuk menghadapi
serangan tentera Zionis.
Sewaktu melakukan aktiviti inilah anak muda Ahmad Yasin
terjatuh. Dalam bahasa mudahnya, kepala jatuh dulu sebelum badan.
Apa yang buat diri ini terharu sahabat, penyebab beliau
cedera adalah kerana sahabat beliau yang melakukan aktiviti itu bersama-sama
beliau. Tetapi untuk menjaga hubungan antara keluarga beliau dan keluarga
sahabat beliau, beliau merahsiakan penyebab itu.
Sahabat-sahabat syeikh ketika itu merasakan ia hanya
kecederaan kecil, tetapi Allah Maha Kuasa. Kecederaan itu menyebabkan kerosakan
tulang leher, tulang belakang dan menyebabkan lumpuh seluruh badan. Tangannya
kaku tidak boleh memegang sesuatu pun kecuali dalam keadaan yang sangat sukar.
Allahu. Namun, apa yang membuatkan aku kagum sahabat
sekalian. Syeikh cuba untuk berdiri walaupun itu adalah sesuatu yang sukar
untuk dilakukan. Apabila beliau cuba untuk berdiri pasti jatuh. Begitulah
seterusnya.
Dan kecacatan itu tidak melenturkan semangatnya untuk
sambung belajar, solat jemaah di masjid, dan walaupun beliau sering jatuh untuk
berjalan, namun beliau bangkit untuk terus melangkah.
Syeikh Ahmad Yasin akhirnya berjaya dengan cemerlang. Beliau
ingin mencuba bidang mengajar sebagai suatu kerjaya.
Salah seorang sahabatnya pernah menyatakan bahawa agak sukar
orang yang lumpuh seperti Syeikh untuk mendapat pekerjaan ini.
Mendengar hal itu Ahmad Yasin hanya tersenyum sambil berdiri
di atas jari-jari kakinya. ”Wahai saudaraku, apakah kamu mengira saya pergi ke
panitia untuk mendapatkan belas kasihan? Tidak, demi Allah. Saya adalah seorang
muslim yang percaya kepada kuasa Allah, jika memang Allah menghendaki saya
diterima maka tiada seorang manusiapun mampu menhalang rezeki saya. Tidakkah
kamu membaca firman Allah swt,
”Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezkimu dan
terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu. Maka demi Rabb langit dan bumi,
sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti
perkataan yang kamu ucapkan. (QS. 51:22-23)
Akhirnya, dengan kuasa Allah. Syeikh Ahmad Yasin berjaya
memperoleh tugas sebagai pengajar tersebut.
Dalam sebuah artikel Dr. Abdul Aziz Rantisi yang merupakan
tokoh yang menggantikan Syaikh Yasin memimpin Hamas sepeninggalan beliau yang
kemudian menjadi target pembunuhan Israel menggambarkan tentang peribadi
pengasas dan tokoh spirit Hamas ini dengan menyebut sebagai sosok tubuh yang
sebaris dengan umat atau umat yang terdapat pada satu sosok tubuhnya.
Rantisi menulis, Syaikh Ahmad Yasin adalah seorang tokoh
pemimpin yang istimewa. Dialah sosok yang ketika mendapat bencana dan ujian,
terus memnguatkan tekad dan keteguhannya dalam meneruskan jalan meskipun sukar.
Beliau terus menapakkan kaki dengan berkorban, memberi, bahkan mewujudkan
berbagai target yang pada gilirannya melahirkan gerakan perjuangan Islam.
Sebuah artikel sangat tidak cukup untuk melukiskan bahkan untuk menyelami
kedalaman lautan sosok tubuh ini (Syaikh Yasin), apalagi sampai ke dasarnya.
Karena itu, sebuah artikel, sebuah buku, bahkan sepuluh jilid atau sebanyak
manapun jumlahnya, ia sukar memuatkan seluruh sifatnya. Sejarah akan berhenti
lama untuk mendokumentasikan pemimpin bangsa Palestin ini. Namun demikian ada
beberapa bahagian dari kehidupan dan sifat beliau yang perlu diungkap sekarang
agar dapat dicontohi dan dibumikan pada diri dan jiwa generasi masa depan umat
Islam. Pemimpin yang satu ini memiliki keazaman yang tidak pernah ragu,
keinginan yang tak pernah luntur, keberanian yang tak pernah surut, serta
kekuatan yang tak pernah lemah.
Sungguh tidak terungkap sifat-sifat pada beliau.
foto: Syeikh Ahmad Yasin
Syeikh Yasin bangkit dengan menubuhkan gerakan Hamas untuk
mempertahankan Palestin.
Beberapa kali juga beliau dipenjarakan pihak Zionis tetapi
setiap kali itulah dengan izin Allah beliau dibebaskan.
Beliau juga merupakan pengasas sayap Gerakan HAMAS yang
diberi nama Briged Izzudin al-Qassam.
Allahu, walaupun lumpuh tetapi idea dan akalnya sihat serta
boleh berfikir dengan baik. Malah berfikir untuk membangun semula tanah airnya
Palestin.
Ha, selama ini slogan yang kita laung2kan ‘We Are All
al-Qassam’ itu untuk sokong perjuangan al-Qassam dan semangat untuk jadi seperti mereka.
Antara syarat2 nak masuk Briged Al-Qassam ni kena hafal 30
Juzuk al-Quran, hafal beribu-ribu hadis dan solat jemaah di masjid setiap waktu
tau.
So, jangan semangat je laung-laungkan slogan tu. Tapi kita
kena ada semangat untuk mencontohi mereka ye!
Al-Qassam yang dahulunya berperang menggunakan batu dan
pisau sahaja kini mampu mencipta sendiri bom yang boleh mencapai sehingga
beratus kilo meter ke Negara Haram Israel!
Pada 22 Mac 2004, selepas keluar dari masjid setelah
menunaikan solat subuh, Syaikh Yasin ditembak. Syeikh Yasin gugur syahid
bersama beberapa orang lain. Itulah pengakhiran kehidupan yang memang beliau
inginkan dan telah menjadi kehendak Allah. Syeikh Yasin gugur syahid setelah
menyempurnakan ‘bangunan’ pertempuran al-Qassam dan merasa tenang kerana
‘bangunan’ tersebut sangat indah, kuat, dan kukuh.
bayangkan tubuhnya yang hancur jika
begini keadaan kerusi rodanya selepas ditembak. Allahu
Beliau memang telah pergi meninggalkan kita namun, beliau
tidak akan lenyap dari jiwa rakyat Palestin dan umat Islam seluruhnya.
Inilah hero sebenar, inilah idola kita.
Walaupun hanya memiliki kerusi roda, kepala dan hati
semata-mata, namun fikiran dan ideanya menggentarkan Israel keseluruhannya.
Kalau tidak mengapa beliau diburu sehingga dibunuh dengan helikopter Apache
buatan Amerika?! Ini bukti mereka takut dan bacul pada umat Islam yang sebenar.
PENGAJARAN/ IBRAH:
*Palestin diserang dari sudut fizikal kerana mereka tidak terpengaruh
dengan serangan pemikiran Barat dan Zionis.
*Kita masih lena, kerana tidak diserang dari sudut fizikal.
Ini kerana, kita masih diserang dari sudut pemikiran. Fikir-fikirkanlah.
*Kalau kita ingin Islam tertegak atas muka bumi ini, maka
tegakkan Islam dalam diri kita.
*Dan mana mungkin Islam tertegak dalam keadaan kita
bermalas-malasan!
PENYELESAIANNYA:
*Tarbiah dan Dakwah. Titik!
Nur Farah Ain Bt. Ismail
Biro Tarbiyah
PEMBINA UKM
Monday, 17 November 2014
Belia Dekati Gelandangan dalam Projek Nasi Bungkus
Pelajar UKM mendengar perkongsian cerita daripada gelandangan
BANGI, 17 Nov – ‘Projek
Nasi Bungkus’ anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah diadakan
pada 15 November 2014 dan disertai oleh pelajar dari Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), bertujuan mendekati dan membantu gelandangan di sekitar Jalan Masjid
India dan pusat membeli-belah Sogo.
Nasi bungkus, barang
keperluan asas dan wang tunai RM10 adalah antara sumbangan yang diberikan
kepada gelandangan di kawasan sasaran.
“Saya amat tersentuh
melihat keadaan sebahagian warga tua dibiarkan menjadi gelandangan.
Sebagai anak, saya
sedih mendengar luahan mereka yang diabaikan oleh anak-anak sendiri,” kata
Syuhada salah seorang peserta yang ditemu ramah oleh wartawan Pembina.
Peserta program, Ezwan
Syah, sempat mendekati seorang pemuda yang menjadi gelandangan akibat putus
cinta dan mendapati tindakannya adalah tidak relevan.
Turut serta dalam
projek ialah beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Ikatan Muslimin
Malaysia (ISMA) dan Yayasan Ikhlas. Menurut wakil yayasan ikhlas, Syafiq
Syahmi,
“Sebagai sebuah badan
kebajikan, kami rasa bertanggungjawab untuk mengurangkan beban mereka dengan
memberi bantuan sebegini.
Di samping itu, kami
ingin belia terkehadapan dalam isu kemasyarakatan ini supaya mereka dapat
melihat realiti kehidupan dan suatu hari nanti mereka pula yang akan membela
golongan yang tidak bernasib baik ini.”
Harapannya agar PEMBINA
akan terus menjalankan program sebegini pada masa-masa akan datang dengan
kerjasama Yayasan Ikhlas.
Maisarah
Shahrain
Wartawan
PEMBINA UKM
Wednesday, 29 October 2014
Usrah Campur? Err..
Usrah campur.
Apa tu? Macam first time
dengar je!
Seronok ke?”
Err...
Usrah silang jantina dengan usrah sesama jantina mana lagi syok?
Pasti kita akan cakap usrah silang jantina kan?
Sebab apa ya?
Okay, sindrom
sebegini mungkin akan berlaku sekiranya kome
buat usrah campur:
Sindrom 1
Paling menyayat
hati bila berlaku sindrom tersengih-sengih antara ikhwah dan akhwat apabila
usrah dimulakan. Lagi-lagi, kome duduk bersama dalam satu ‘bulatan chenta’ untuk mengeratkan lagi bonding sesama kome tu. Alahaiiii, syaitan ketawa lompat-lompat sambil pegang
panah chenta je tengok drama kome tu.
Lagiiiii menyayat
hati apabila kome jadi friends kat FB. ‘Berukhwah’ lah katakan. Keadaan akan jadi lagi parah bila kes like ‘menge’like…komen ‘meng’komen..antara ikhwah akhwat sehingga dalam hati
ada DOWNY
…aaalaaahaiiii...(tepuk
dahi)
Sindrom 2
Habis je usrah
mesti ada dialog ni :
Jenab : Weyh, bagus gila akhi
tu! Bila dia bagi tazkirah tadi semangat rasa.
Jemah : Ha’ah.
*angguk-angguk mengiakan*
Jenab : Sedap mata memandang
jugak dia tuh.
Jemah : Betul
betul! *angguk lagi*
Jenab : Haish, pandang dia mula aku rasa mood lagu kasih kekasih
inteam pulak!
Jemah : ‘Tak perlu aku ragui, sucinya chenta yang kau beri..kita saling kasih mengasihi, setulus
hati….’
hati….’
Aaaduyaiiii (tepuk dahi lagi)
Kemon (baca: come on) la
kome oii ! Syaitan ni SANGAT licik. Syaitan bisikkan
keseronokan dalam hati kome yang suka usrah campur ni segala macam keindahan.
Almaklumlah syaitan ini terlebih bijak menjerat
hati manusia. So, hati-hatilah kome oii. Tak
semua perkara indah itu baik.
Nampak macam tak ada masalah ikhtilat, padahal ada masalah besar! Memang seronok usrah campur ikhwah akhwat, boboys and gergurls. Tapi, kome tahu tak ada
makhluk yang berganda-ganda seronoknya dari kita!
Errr, siapa?!
Syaitonirrojim! T__T
Kome nak tahu apa KESANnya bila usrah campur lelaki perempuan, muslimin
muslimah?
Kesannya, kome akan ada MASALAH HATI yang sangat dahsyat! Boleh jadi masalah itu memesongkan niat asal kome.
BERHATI-HATILAH. Berurusanlah bila perlu sahaja. Memanglah bila
usrah campur lelaki dan perempuan kita rasa ok
sebab masing-masing ‘menjagalah’ katakan. Masing-masing berfikrah.
Dah tu kome ni sedar tak yang syaitan ni tak kira kita ni berfikrah ke, tak berfikrah ke, yang dia tahu nak menghasut je.
Dah tu kome ni sedar tak yang syaitan ni tak kira kita ni berfikrah ke, tak berfikrah ke, yang dia tahu nak menghasut je.
So, berhati-hati sebab orang yang ada fikrah ini yang akan diuji
lebih kuat bila tak menjaga.
Muhasabah keberadaan anda.
Anda bersama tarbiyah ini kerana ikhwah/akhwat ke atau kerana Allah?
Jika anda bersama tarbiyah kerana ikhwah/akhwat maka anda pasti
tidak akan kekal lama atas jalan ini!
Kerana apa?
Kerana semangat anda hanya ikut-ikutan tetapi, jika anda bersama
tarbiyah semata-mata kerana Allah, anda pasti akan kuat dan terus tsabat (kekal) walau diuji bahkan, Allah
akan hantar pula ikhwah/akhwat untuk datang menguatkan semangat anda.
ASASNYA, LILLAHI TA’ALA. Wallahua’lam
#BerkasihanDenganManusiaHanyaSementaraSedangBerkasihanDenga
AllahItuYangKekalAbadi
#UsrahTakCampurpunTakApa
Siti Nur Amirah
Setiausaha PEMBINA UKM
Friday, 17 October 2014
Sajak "Si Pendosa"
SI PENDOSA
Aku duduk berseorangan
Memandang langit yang terang
Tenang rasa hati yang rawan
Mengenang kisah semalam yang hitam
Aku
Si pendosa yang alpa
Sering tersungkur di lorong noda
Tidak berpaut pada yang esa
Hanya memingkirkan tentang rasa
Hujan mula membasahi bumi
Aku masih di sini tidak berdiri
Duduk mengenang nasib diri
Yang aku sendiri tidak pasti
Aku
Masih si pendosa yang semalam
Puas memujuk untuk sujud
Namun kerasnya hati tidak mahu tunduk
Seolah aku kekal sebagai si pendosa
Air mata mula mengalir lesu
Mengharap rahmat dari yang satu
Kerana aku mulai sedar
Umurku sudah di penghujung waktu
HAK CIPTA TERPELIHARA
NUR SABIHAH BINTI NAWI
(30 SEPTEMBER 2014)
JEMAAH: Pilihan di Tangan Anda
Jika
kita mengikuti perkembangan dakwah di Malaysia, kita dapat lihat terdapat
bermacam-macam jemaah atau persatuan islamiah yang diwujudkan oleh individu
atau kumpulan tertentu bagi membantu kaum muslimin untuk memperkukuhkan fahaman
islamiah dalam diri mereka. Namun begitu,terdapat juga jemaah atau persatuan
yang berselindung disebalik nama Islamik tetapi sebenarnya membawa ideologi
songsang yang boleh menyesatkan umat islam.
Sesebuah jemaah atau persatuan yang diwujudkan pasti
mempunyai matlamat tersendiri yang ingin dicapai. Jika ditelusuri kembali sejarah
silam, bermulanya penubuhan jemaah
islamiyah terawal adalah datangnya dari semenanjung tanah arab iaitu bermula
dari Mesir. Dimana jemaah pertama yang diwujudkan adalah jemaah Ikhwan Muslimin
yang diasaskan oleh Imam Syahid Hassan Al-Banna. Tujuan utama beliau menubuhkan
jemaah Ikhwan Muslimin ini adalah untuk
membantu masyarakat Islam di Tanah Arab pada ketika itu yang semakin jauh dari
ajaran Islam yang sebenar walaupun mereka hidup di tanah yang lahirnya ramai
para nabi dan para solihin. Disebabkan berlakunya penaklukan dari warga asing
ke atas Tanah Arab menyebabkan banyak
fahaman atau ideologi luar yang dibawa masuk ke Semenanjung Tanah Arab lantas
mencairkan nilai-nilai Islam dalam diri kaum muslimin pada ketika itu.
Disebabkan
semangat yang tinggi untuk membantu menegakkan kembali syiar Islam di bumi
anbiya ini maka Imam AS-Syahid Hassan Al-Banna merasa bertanggungjawab untuk
membantu menyedarkan kembali masyarakat sekitar Semenanjung Tanah Arab supaya
kembali mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Lantas,beliau menubuhkan sebuah
harakah (gerakan) islamiyah bagi mempersatukan kembali umat Islam pada ketika itu. Walaupun
telah sedekad lalu harakah ini ditubuhkan namun ia masih bertahan hingga ke
hari ini malahan ahli jemaahnya juga semakin bertambah dan telah mampu
bertebaran di serata Tanah Arab.
Daripada sejarah penubuhan harakah islamiyah yang
terkenal sehingga ke hari ini, terdapat banyak pengajaran yang dapat kita
pelajari daripada kisah tersebut. Antaranya ialah kefahaman yang benar-benar
mantap dari peringkat pimpinan hinggalah ke anak buah memainkan peranan yang
sangat penting dalam membantu mengemudi jemaah yang dibawa. Ahli jemaah harus
faham mengapa mereka perlu berada dalam sesuatu jemaah, bukan hanya mengikut
somborono sesuatu jemaah itu. Mereka juga harus faham matlamat sebenar yang
ingin dibawa oleh jemaah tersebut.
Selain itu, nilai tarbiyah atau didikan yang hebat
dari pimpinan membantu menghasilkan anak-anak
buah yang sama-sama hebat serta memahami kepentingan dan tugas yang perlu
mereka lakukan bagi membantu mengislahkan masyarakat. Sekiranya didalam sesuatu
jemaah itu mengajarkan anak buahnya perkara yang tidak elok maka akan
terhasilnya individu-individu yang turut mempunyai akhlak yang tidak elok.
Perkara sebegini adalah sangat perlu dielakkan terutamanya memburukkan jemaah
lain. Sekiranya jemaah tersebut merasakan jemaahnya hebat ia tidak perlu
memburukkan jemaah lain kerana perbuatan tersebut mencerminkan bahawa didikan
yang diberikan kepada ahlinya adalah satu didikan yang tidak elok,dimana ia
sanggup memburukkan saudara seislamnya sendiri bagi menutup kesalahan yang
dilakukan. Jelas disini bahawa jemaah seperti ini lah yang tidak perlu diikuti
kerana mereka tidak mahu bersama-sama membantu individu yang ingin menegakkan
syiar Islam malahan ingin menjatuhkan individu atau jemaah itu pula.
Disebabkan terdapat pelbagai jemaah islamiyah di
Malaysia yang masing-masing membawa agenda tersendiri membuatkan ada hati-hati
suci yang tidak mahu tersilap langkah dalam mendapat pentarbiyahan yang
sebenar. Lantas menjadikan hati-hati ini keliru memilih jemaah yang mana
satukah yang harus diikuti. Perlu difahami bahawa Allah swt tidak melihat
kepada jemaah apa yang kita ikuti tetapi Allah melihat apakah yang telah kita
lakukan untuk membantu umat sewaktu berada dalam jemaah A atau B. Sekiranya
kita masuk ke dalam jemaah yang paling hebat sekalipun tetapi kita tidak mampu
untuk menyumbang walau sedikit sewaktu
berada dalam jemaah tersebut maka tiada nilai sedikit pun jemaah yang hebat itu
pada pandangan Allah.
Tidak
kisah jemaah apapun yang ingin dimasuki tetapi yang paling penting adalah
jemaah tersebut betul-betul dapat membawa kita kepada Allah dan Rasul. Jemaah
yang benar-benar membawa kita kepada Allah dan Rasul adalah jemaah yang
mempunyai pegangang akidah yang benar iaitu berpegang dengan akidah ahli sunnah
wal jamaah kerana sekiranya jemaah yang diikuti tidak mengikuti akidah yang
benar dan terpengaruh dengan ideologi-ideologi liberalism, sekularisme dan
lain-lain lagi maka tiada nilai jemaah yang hebat itu. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Orang Yahudi terpecah
menjadi 71 golongan dan orang Nasrani terpecah menjadi 72 golongan, adapun
umatku akan terpecah menjadi 73 golongan." (HR Bukhari, Muslim, Abu Dawud,
Tirmidzi, Nasai’ dan Ibnu Majah). Dalam riwayat lain ditambahkan: “...
kesemuanya berada dalam neraka kecuali golongan yang tetap berpegang teguh pada
ajaranku dan ajaran para sahabatku.” Jelaslah daripada hadis ini bahawa,akidah yang
benar sangat penting kerana sekiranya jemaah yang diikuti membuatkan seseorang
itu terpesong dari akidah yang sebenar maka sia-sia sahaja pengorbanan yang dia
lakukan sewaktu berada dalam jemaah tersebut.
Wallahu a’lam.
Nor
Syamimi Che Johari
Ketua
Beliawanis Pembina UKM
Thursday, 16 October 2014
Sembang Sentap : Cinta Islamik, wujudkah Ia?
BANGI, 13 Okt – Usrah umum yang
membawa tajuk “Sembang Sentap : Cinta Islamik, wujudkah Ia?” telah menarik
minat mahasiswa mahasiswi untuk mendengar ilmu yang disampaikan oleh Ustaz
Adnin Roslan, Pengasas Laman Tarbiyyah Sentap di laman sosial Facebook yang
terkenal dengan ayat-ayat tarbiyyah yang dapat menyentap akar hati.
Antara isi kandungan usrah umum yang diadakan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan adalah mengenai ikhtilat iaitu pencampuran antara lelaki dan perempuan. Menurut Ustaz Adnin Roslan, beliau menyatakan hukum asal ikhtilat adalah haram tetapi menjadi harus dalam beberapa perkara. Penting untuk memahami hukum asal sesuatu perkara, kerana ia akan menentukan tindak tanduk yang akan dilakukan.
Memetik kata-kata beliau, “Ukhuwah yang sebenar ialah ukhuwah yang dapat mendorong kebangkitan agama Islam. Walaupun ada ukhuwah antara lelaki dan perempuan, ukhuwah itu tidak mendapat redha dari Allah SWT.”
Manakala berkenaan dengan gejala memuatnaik gambar selfie yang sedang menular di laman-laman sosial, beliau mengulas, "Kenapa perempuan suka dan selalu memuatnaik gambar Facebook atau dimana-mana rangkaian sosial?” "Sebab lelaki suka like gambar perempuan!" Itu adalah antara ayat sentapan yang menggegarkan seluruh dewan yang dipenuhi dengan hadirin seramai 170 orang. Hakikatnya perkara ini adalah benar dan sebagai perempuan seharusnya bijak menjaga maruah diri masing-masing.
Usrah umum kali ini mendapat sambutan hangat dek kerana isu yang dibawa telah menarik para mahasiswa. “Cinta Islamik, wujudkah ia?” Tepuk dada tanya Iman. Usrah umum ini adalah satu daripada program yang ditawarkan dalam pakej Tarbiyah oleh PEMBINA UKM.
Wartawan PEMBINA UKM.
Sunday, 28 September 2014
Kehidupan Ibarat Pendakian Menuju Puncak Bukit
![]() | ![]() |
SEMENYIH, 27 Sept – “Hidup di universiti dan destinasi ke akhirat ibarat mendaki ke puncak di mana jalan untuk berjaya berliku-liku, ada jatuh naiknya akan tetapi perjalanan harus diteruskan dan kita tetap perlu mendaki.” Demikian tiupan semangat oleh saudari Nur Farah Ain Ismail, Ketua Biro Tarbiyah PEMBINA UKM terhadap peserta jejak broga yang majoritinya pelajar tahun satu.
Kata beliau lagi, “Kaitan kehidupan bergelar mahasiswa dengan pendakian ialah, kita ada kawan-kawan semasa mendaki, manakala dalam konteks pembelajaran, kita perlukan kawan untuk belajar bersama. Begitu jugalah dalam menuju kejayaan sebenar iaitu syurga: pentingnya mencari sahabat yang bersama-sama ketika susah dan senang.”
Memetik kata-kata Imam Hassan Al-Banna, “Sifat muslim itu tidak berputus asa” beliau menyeru peserta agar bangkit semula apabila jatuh dan istiqomah mencari jalan keluar kerana Allah lebih menilai usaha berbanding hasil. Beliau turut menekankan bahawa berjaya dalam pelajaran bukan hanya untuk sekeping ijazah tetapi untuk menuju redha Ilahi. Aspek kerjasama juga perlu untuk saling menguatkan antara satu sama lain.
Pendakian Bukit Broga yang bertemakan ‘Hiking for Strength, Bonding with Iman’ pada kali ini menyaksikan sedikit kelainan dengan membawa semangat tentera Al-Qassam untuk sampai ke puncak. Aktiviti ini merupakan satu daripada aktiviti yang ditawarkan di dalam pakej Rekreasi oleh PEMBINA UKM.
Maisarah Shahrain
Wartawan PEMBINA UKM
Maisarah Shahrain
Wartawan PEMBINA UKM
Meniup Semangat Al-Qassam Dalam Diri Mahasiswa
BANGI, 26 Sept – “Kehidupan ini sebenarnya
diibaratkan seperti kehidupan di universiti, iaitu hendakkan sijil atau dalam
bahasa arabnya ‘syahadah’. Maka, kita perlulah mengejar syahadah juga dalam
kehidupan iaitu syahid di jalan Allah.” Begitulah ungkapan oleh aktivis ISMA
saudari Nur Fatin Bt. Halil, mengambil kata-kata seorang tokoh wanita Palestin,
Ummu Nidhal.
Pengisian yang bertajuk ‘We Are
All Al-Qassam’ berjaya mencuri perhatian hadirin yang hadir kerana timbulnya
persoalan-persoalan yang dibangkitkan berkenaan kaitannya dengan mahasiswa dan
memandangkan isu ini masih segar dalam kalangan hadirin.
“Nilai-nilai sejarah bumi mulia
Palestin dan kekuatan dalaman rakyat Palestin menjadikan rakyatnya berjuang
bermati-matian demi mempertahankan tanah Gaza yang merupakan satu-satunya
tempat yang masih gagal dijajah oleh Israel walaupun cubaan masuk berkali-kali
telah dibuat.
“Al-Qassam yang lahir daripada
HAMAS, iaitu sebuah harakah islamiah di sana merupakan bukan calang-calang
orang. Mereka adalah insan yang terpilih, di mana mereka ini pada siangnya
merupakan orang biasa seperti pelajar tetapi pada malamnya mereka punch card sebagai seorang tentera
Islam, iaitu Al-Qassam,” Tambah beliau lagi.
Saudari Nur Fatin turut
menceritakan bagaimana pengalaman beliau bertemu rakyat Gaza yang sememangnya
mempunyai semangat yang kuat untuk terus belajar walaupun keadaan sekolah yang
rosak akibat serangan rejim Zionis. Bagi mereka, tiada masalah untuk meneruskan
kehidupan kerana sudah terbiasa dengan suasana peperangan tersebut.
“Rahsia kemenangan pejuang
Al-Qassam dan rakyat Palestin adalah kerana sikap optimis, sentiasa berikan
yang terbaik, yakin akan kemenangan Allah S.W.T, jihad menjadikan diri mulia,
ikhlas dalam perjuangan serta kreatif dan inovatif.”
Akhir kata, beliau menyimpulkan
bahawa semangat yang hadir itu datangnya dari kekuatan dalaman dan keteguhan
jiwa, biarpun lemah dari luaran.
Program MABIT merupakan satu
daripada pakej Tarbiyah yang ditawarkan oleh PEMBINA UKM. Program ini diadakan
pada minggu keempat setiap bulan di Masjid UKM bagi menyuntik semangat
kerohanian dalam diri mahasiswa.
Maisarah Shahrain
Wartawan PEMBINA UKM
Tuesday, 27 May 2014
Tazkiyatun Nafs - Menuju Cinta Allah
BANGI, 23 Mei – “Penyucian jiwa adalah penting kerana dengan jiwa yang bersih, dapat membentuk akhlak yang mulia.”
Demikian kata graduan
Maahad Qiraat Mansoura, Pn. Nadwa Kasim di dalam slot pengisian sewaktu Malam
Bina Iman dan Taqwa (MABIT) yang berlangsung di Masjid UKM. Menurut beliau, tazkiyah
itu berasal daripada perkataan ‘zakat’ yang membawa maksud suci manakala, ‘nafs’
itu pula bermaksud jiwa. Dalam proses penyucian jiwa itu, memerlukan mujahadah
yang tinggi untuk menghasilkan jiwa yang betul-betul bersih dan tenang.
“Cara mencapai
tazkiyatun nafs lebih kepada praktikal seperti ibadah solat, puasa, zikir,
bermuhasabah diri, ingat mati, membaca Al-Quran serta banyak lagi dan ibadat-ibadat
ini mestilah dilakukan dengan sempurna.
Setelah itu, beliau
menyampaikan mafhum di dalam surah Al-Anfal (8:2), iaitu tentang apabila
membaca ayat-ayat Al-Quran, semakin bertambahlah iman seseorang.
“Dengan adanya kefahaman
dalam ibadat yang dilakukan, barulah kita dapat menyucikan jiwa. Sebagai
contoh, apabila solat, kita faham bahawa kita adalah hamba yang hina, maka
solat itu akan menjadikan kita tidak sombong dan mudah patuh pada perintah
Allah seterusnya, tiada masalah apabila kita hendak berurusan dengan manusia.”
Menurutnya lagi, Allah
telahpun menceritakan tentang penyucian jiwa ini di dalam surah As-Syams di
mana, Allah bersumpah sebanyak 11 kali di permulaan ayat, dan kemudiannya
barulah Allah menjamin bahawa beruntunglah orang yang menyucikan jiwa ini pada
ayat yang ke-9. Antara lain, beliau turut memasukkan konsep puasa dalam cara
ingin memelihara syahwat.
“Terdapat tiga jenis
puasa; puasa orang awam, puasa orang khusus dan puasa orang super khusus.
“Perbezaan antara
ketiga-tiga ini adalah dari segi cara puasa mereka; jika orang awam, puasanya
adalah dengan tidak makan dan minum dan menahan syahwat bermula dari subuh
sampai maghrib, bagi orang khusus pula mereka turut melakukan benda yang sama
tetapi mereka menjaga anggota badan daripada perkara yang dilarang, manakala
orang super khusus turut melakukan
perkara yang dibuat oleh orang awam dan khusus, tetapi mereka juga puasa hati.”
Ulas beliau.
Setelah itu, beliau
mengingatkan kepentingan tazkiyatun nafs iaitu, menjadi tanggungjawab manusia
menyampaikan kebaikan dan cegah kemungkaran setelah kewafatan Rasulullah dan
penyucian jiwa merupakan satu-satunya syarat untuk kita menjadi orang yang
berjaya.
“Jiwa ini diibaratkan
gelas yang penuh lumpur, apabila tuang air, gelas tersebut menjadi kotor;
apabila jiwa kita kotor, masuklah benda baik sekalipun, tidak akan member manfaat
kepada diri mahupun orang lain.”
Tambah beliau lagi,
betapa pentingnya menjaga dan memperbaharui niat, agar jiwa bersih semula
setelah pelbagai usaha bisikan syaitan untuk memesongkan hati.
Program MABIT ini dijalankan
sebulan sekali dan merupakan satu daripada pakej Tarbiyah yang ditawarkan oleh
PEMBINA.
Maisarah Shahrain
Wartawan PEMBINA UKM
Dua Pelajar Jepun Berminat Mendalami Islam Dan Mengikuti Ancaman Feminisme
BANGI, 21 Mei – Usrah
Umum yang bertajuk “Feminisme” pada malam itu, turut menarik minat dua orang
pelajar Jepun, Miss Rina dan Mr. Yuki untuk hadir untuk mendalami Islam dan
mengikuti ancaman feminisme di Malaysia.
Usrah ini telah menarik
perhatian mereka apabila terdapat banyak ayat Al-Quran dipaparkan di dalam
pembentangan Prof. Madya Dr. Rafidah berkait dengan beberapa hukum penting.
Antaranya termasuklah hukum bertudung, sehingga mereka berminat untuk
mengetahui tentang hukum asal bertudung.
Prof. Madya Dr. Rafidah
turut menjelaskan bahawa isu hijab adalah di antara hujah pro-feminis
untuk mengelirukan ramai tentang kewajipannya. Sedangkan prinsip bertudung ada
dijelaskan di dalam Surah An-Nur, ayat 31 di mana Allah memerintahkan supaya
perempuan yang beriman menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala
serta larangan memperlihat perhiasan tubuh mereka.
Dua orang pelajar Jepun
yang hadir itu turut bertanya mengenai had aurat wanita dalam Islam, berikutan
terdapat pelbagai gaya dan cara memakai tudung dan mereka juga keliru mengapa
terdapat pelajar sekolah dan universiti yang tidak bertudung selepas tamat
waktu persekolahan atau pengkuliahan. Mereka ingin mengetahui, adakah lebih
‘standard’ untuk tudung.
Berhubung pertanyaan
tersebut, Dr. Rafidah menyatakan secara ringkas mengenai prinsip asas menutup
aurat berpandukan Surah An-nur, ayat 30-31 dan Al-Ahzab, ayat 59 serta beberapa
hadis sahih berkenaan aurat dan tudung.
“Daripada ‘Aishah r.a.:
Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat
(yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka
dengan tudung kepala mereka…” serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain
(yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya. (Hadis riwayat al-Bukhari
dan Ibn Jarir)
“Orang Arab dahulu
hanya mengenakan tudung di kepala sahaja, manakala leher mereka dibiar
terdedah, disebabkan itulah turun perintah Allah secara berperingkat-peringkat
supaya wanita melabuhkan tudung mereka hingga menutupi dada bagi membezakan
ciri-ciri wanita jahiliyyah dengan wanita Islam.”
Demikian penerangan
beliau kepada kedua-dua pelajar tersebut. Tegas beliau, segala hukum yang
diterangkan itu adalah berpandukan Al-Quran dan Hadis supaya masyarakat lebih
jelas dengan arahan yang diperintahkan oleh Allah. Beliau turut menyatakan rasa
bangga terhadap Miss Rina dan Mr. Yuki atas kesudian mereka hadir ke majlis
perkongsian ilmu tersebut dan mendoakan agar Allah memberikan hidayah kepada
mereka.
Wartawan PEMBINA UKM
Saturday, 24 May 2014
Gerakan Feminisme Ditaja Barat, Tuntut Kebebasan Terhadap Homoseksual
BANGI, 21 Mei – “Meneliti ideologi feminisme, ia merupakan kepercayaan yang bersumberkan dari barat tentang kesamarataan gender dalam aspek sosial, ekonomi mahupun politik, dan gerakan ini muncul dari hakikat masyarakat Barat yang dahulunya memandang rendah terhadap kaum wanita.”
Jelas Prof Madya
Dr. Rafidah Hanim Mokhtar di dalam program Usrah Umum yang bertempat di Fakulti
Sains Sosial, UKM.
“Kronologi
pembebasan wanita bermula daripada Revolusi Perancis pada tahun 1789 apabila
Declaration of the Right of Man and Citizen yang sekular gagal memberikan
status yang sah kepada wanita. Akibat ketidakpuasan hati dari isi kandungan
bible yang menghina wanita, Elizabeth Cady menerbitkan buku The Women Bible.”
Demikian kata
Dr. Rafidah tentang isu feminisme. Beliau yang merupakan pensyarah dalam bidang
Fisiologi, UIAM dan juga aktivis ISMA tampil memberi pencerahan kepada hadirin
yang hadir. Beliau turut membandingkan isi yang terkandung di dalam kitab Bible
dan juga Al-Quran.
Menurut beliau,
pada tahun 1970-an, gerakan feminisme seterusnya mengembangkan konsep
kesetaraan gender yang dipengaruhi oleh sosial, budaya, agama dan hukum.
Gerakan Feminisme Lesbian yang bertapak ini juga dinamakan gelombang kedua
feminisme.
“Perjuangan LGBT mendapat tempat setelah berlaku
sejarah penyeksaan ke atas kaum yang terlibat dalam amalan homoseksual. Sejarah
ini menimbulkan rasa simpati dan seterusnya Barat menuntut kebebasan tanpa had
terhadap wanita dan homoseksual.” Tambah beliau.
“Persoalannya, adakah
Islam mempunyai masalah di mana mereka tidak mendapat hak yang sepatutnya?
Islam tidak pernah dipersalahkan seperti Kristian kerana Islam tidak pernah ada
rekod bertindak kejam di atas beberapa orang atas kekuasaan yang ada
sepertimana golongan gereja yang berkuasa menindas rakyatnya.”
Beliau berkata
lagi, gerakan sebegini ditaja oleh Barat bagi mengembangkan kajian dan fahaman
tersebut dalam masyarakat sepertimana yang dilakukan Amerika Syarikat kepada
Indonesia dalam sebuah program Indonesian
Pesantren Development Program. Di Malaysia, gerakan feminisme oleh Sisters
in Islam (SIS) antara yang mendapat dana dari barat untuk mempromosi feminisme.
“Apabila ditaja,
tidakkah mereka terikat dan terpengaruh dengan ajaran yang diberi?
“Bagi feminis
muslim, mereka tak akan dapat keuntungan kalau berjuang di luar kerangka Islam,
tetapi perlu berjuang di dalam kerangka Islam.” Terang beliau apabila kebanyakan
tokoh feminisme ini merupakan graduan pengajian Al-Quran dan hadis.
Hadirin turut
didedahkan dengan Convention on the
Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) yang
merupakan platform perjuangan feminisme walaupun di rantau timur. Katanya lagi,
sebagai orang Islam, kita perlu bersedia dengan agenda musuh.
Usrah Umum yang
terakhir untuk semester ini bertambah menarik lagi dengan kehadiran dua orang
pelajar Jepun yang berminat untuk mengetahui isu feminisme dan ajaran Islam yang sebenar.
Program ini dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada mahasiswa UKM untuk fokus pada peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Maisarah Shahrain
Wartawan PEMBINA UKM
Sunday, 11 May 2014
Tahniah Pimpinan PEMBINA UKM sesi 2014/2015
BANGI, 7 Mei – “Untuk bergerak
dalam jemaah, pentingnya kita menjaga tarbiyah, kemudian ibadah dan ukhuwah. Tanpa
ukhuwah, dakwah tak bergerak kerana apabila kita berdepan dengan masalah mudah
sekali untuk futur di dalam jalan ini.”
Demikian kata saudara Azlan
Wildan, Timbalan Presiden PEMBINA Bangi di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PEMBINA UKM yang bertempat di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi. Selaku jawatankuasa cawangan yang
berpengalaman dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini, beliau tampil memberikan
taujihat kepada ahli-ahli tanzim bagi sesi 2014/2015. Beliau juga mengingatkan
pimpinan tentang peranan PEMBINA dalam mahasiswa.
“PEMBINA mempunyai misi untuk
menentang agenda-agenda barat dan juga ingin membawa mahasiswa kepada tarbiyah
yang sebenar.”
Beliau turut menegaskan core business PEMBINA adalah tarbiyah.
Kepentingan mendidik dalam kalangan ahli PEMBINA adalah menjadi keutamaan
supaya ahli-ahlinya terdidik dengan Islam sebenar. PEMBINA juga mempunyai empat
pakej lain selain tarbiyah yang sesuai dengan minat mahasiswa. Antaranya, pakej
rekreasi, kepimpinan, media dan bakti.
Sebelum mengakhiri ucapan, beliau
mengucapkan tahniah buat pimpinan baru dan bakal Presiden baru PEMBINA UKM.
Setelah itu, mantan Presiden sesi 2013/2014, saudara Amirul Hakimi Baderus
memberi ucapan dan seterusnya menyerahkan amanah itu secara rasminya kepada saudara Hanafi Muidnudin, Pelajar Tahun 1 Falsafah dan Usuluddin. Manakala, bagi Ketua Beliawanis
yang baru dijawat oleh saudari Nor Syamimi Che Johari, Pelajar Tahun 2 Sains Makanan dan Pemakanan.
Maisarah Bt. Mohd. Shahrain
Wartawan PEMBINA UKM
Maisarah Bt. Mohd. Shahrain
Wartawan PEMBINA UKM





















