: قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ
المُسْلِمِيْنَ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ،:قَالَ لِمَنْ؟ :قُلْنَا الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ ))
(( وَعَامَّتِهِمْ
(HR Bukhari dan Muslim)
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan,
daripada Abu Ruqayah Tamim ad-Dari r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w telah
bersabda,“Agama adalah nasihat.” Kami bertanya,“Untuk siapa?” Baginda
bersabda,“Untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan untuk pemimpin kaum muslimin
dan rakyat-Nya.”
Hadis ini menerangkan tentang maksud
ad-Din (agama) yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w agar dapat dijadikan panduan
dan amalan oleh setiap umat Islam yang mengaku dirinya telah beriman kepada
Allah dan RasulNya. Ad-Din atau cara hidup yang diterima di sisi Allah hanyalah
Islam dan agama-agama yang lain kesemuanya tidak diterima oleh Allah.
Firman
Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran ayat 19 yang bermaksud:
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah
Islam.”
Menerusi hadis tersebut, Rasulullah
s.a.w menjelaskan bahawa salah satu daripada ciri-ciri agama adalah nasihat
menasihati di antara satu sama lain. Nasihat ialah melafazkan kata-kata yang
baik untuk tujuan kebaikan. Dalam konteks hadis di atas nasihat yang
dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w merangkumi lima perkara iaitu nasihat bagi
Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin kaum muslimin dan orang ramai. Antara
contoh maksud nasihat bagi lima perkara tersebut:
-Bagi Allah s.w.t – Setiap orang Islam hendaklah benar-benar beriman kepadaNya
dengan membesarkan dan mengagungkanNya, menjauhi daripada sebarang sifat yang
boleh menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain.
-Bagi kitabNya – Beriman sepenuh hati terhadap kebenaran Al-Quran serta
sentiasa beramal menuruti petunjuk yang terkandung di dalamnya.
-Bagi Rasul – Membenarkan kerasulannya dengan penuh yakin, mempercayai
semua risalah bawaannya, mematuhi suruhan dan larangannya , membela agamanya
serta berusaha dan menegakkan sunnahnya.
-Bagi pemimpin – Menolong dan menyokong mereka dalam menegakkan kebenaran
dan keadilan, akur kepada mereka dalam hal-hal yang menjurus kepada kebaikan,
tegur mereka dengan cara yang sopan sekiranya mereka menyeleweng.
-Bagi manusia keseluruhannya – Memimpin mereka ke jalan yang
benar, mengajar mereka jika tidak mengerti, menyuburkan budaya
tolong-menolong pada melakukan perkara
–perkara yang baik dan mewujudkan rasa saling menghormati dalam kalangan masyarakat.
Keberkesanan nasihat yang diberi oleh
seseorang kepada seseorang yang lain berkait rapat dengan peribadi pemberi
nasihat. Justeru, pemberi nasihat hendaklah lebih dahulu sentiasa menunjukkan
contoh yang baik.
-NurCahaya-
Sains Makanan dan Pemakanan
UKM