Spontan Amir menoleh,
kerja menaipnya terhenti.
“Siapa?” Berkerut dahinya.
Fateh tersenyum. “Tetamu
istimewa. 20 Julai nanti. Harap kau dapat buat persediaan,”jawab Fateh dan
terus berlalu pergi.
Amir menggaru-garu
kepalanya. ‘Tetamu istimewa?’
Keesokan paginya…
“Aku ada belikan kau jubah.
Balik kelas nanti aku bagi kau,”kata Fateh pada Amir.
“Jubah?” Amir kehairanan .
“Hadiah persahabatan.”
“Thanks bro.”
“Weekend ni kita kemas
rumah tau. Kan tetamu istimewa kita nak datang, kita kenalah buat preparation.”
“Siapa tetamu istimewa
kita tu? Parents kau ke? Cuba kau beritahu aku siapa yang istimewa sangat tu.”
“Betul ke kau tak tahu?”
tanya Fateh.
Pantas Amir menggeleng.
“Kau nak tahu?”
“Yup! Siapa dia?” tanya
Amir. Menanti jawapan daripada sahabatnya.
“Tetamu istimewa kita yang
bakal datang nanti bernama Ramadhan. Nah, aku dah senaraikan persediaan yang
kita boleh buat untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan amalan-amalan pada
bulan Ramadhan nanti.” Fateh menghulurkan sehelai kertas berlipat kepada Amir.
Amir menyambutnya lalu membuka
kertas tersebut. ‘Masha’ Allah macam mana aku boleh lupa ni. Ramadhan dah nak
dekat. Aku nak raikan kedatangannya. Aku tak nak lepaskan peluang beramal
sebanyak-banyaknya dalam bulan yang mulia ini.’
Amir menadah tangannya.
“رمضان وبلغنا وشعبان رجب فى لنا بارك اللهم”
Amin.
Amir tersenyum. Tidak sabar rasanya hendak menyambut tetamu istimewa itu.
Firman
Allah s.wt:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah 9berjuanglah) di jalan-Nya agar kamu beruntung.”
(Surah Al-Maidah:35)
NurCahaya
Sains Makanan dan Pemakanan
UKM