“Allah...
cantiknya perempuan tu. Macam bidadari dari kayangan seh! Ini yang aku suka
kuliah ni!”
“Oh
yeke. Baguslah tu, rezeki dia Allah bagi cantik.”
“Ala...
kau tengoklah Aiman. Mesti kau pun ternganga punya.”
Aiman
menggelengkan kepala melihat kembarnya.
“Ah
kau ni. Aku kuat iman kot. Hehe. Hmm... yang mana?”
“Puih.
Haha. Tu ha yang pakai tudung labuh dan muka putih comel tu. Kalau jadi
makmum aku, alangkah bahagianya dunia baitul Muslim aku... Kau tak terasa macam
tu ke Aiman? Ke kau tak de nafsu? Hehe.” Danial tersengih.
Aiman
terkesima seketika apabila melihat pelajar muslimah itu. Dia menarik nafas
panjang. Terus Aiman memandang ke muka Danial yang sedang tersengih.
“
Ish kau ni dani, pantang nampak dahi licin, naik tocang... Solat jemaah
kat masjid pun kadang-kadang miss. Dah la, jom balik bilik.”
Aiman
terus mengangkat beg dan keluar dari dewan kuliah.
Heh. "Kau kalau tak bagi ayat berasid spesis lebur makan
dalam, tak boleh ke?"
“Haha.”
Aiman
gelak sendirian.
-----------
“Aiman,
aku nak minta fatwa kau boleh tak?”
“Boleh,
tunggu 10 tahun lagi.”
“Haha.”
Hanis
tergelak dengan respon spontan Aiman.
“ok
aku nak minta pendapat kau. Ke nak kena tunggu 10 tahun lagi? Hehe.”
Aiman
tergelak kecil.
“Haha.
Apa dia? Kalau kau tanya hukum hakam yang kompleks, aku tak da jawapan untuk
kau.”
“Okay,
kau kenal Mariam?”
Aiman
mengerut dahi..
“Alah,
budak kuliah kita yang yang cantik tuh, yang bergaya muslimah sejati akhir
zaman.”
Aiman
tiba-tiba terbayang senyuman Mariam yang manis ketika pembentangan tugasan
semasa di kuliah tempoh hari.
“Oh.
Ha, ada apa dengan dia?”
“Kau
jangan cakap pada orang lain. Hmm... Aku...”
Aiman
merenung Hanis dengan terangkat sebelah kening.
“Aku
apa?”
“Sabar
lah. Aku... Aku suka kat dia..” Hanis tersengih.
“Oh.
Alhamdulillah..” Aiman senyum segaris.
Hanis
sedikit terkejut dengan respon Aiman.
“Kau
perli aku ke apa ni?” Hanis mengerut dahi sambil mengambil sebotol air mineral
untuk diminum.
“Mana
ada perli. Betullah aku cakap. Alhamdulillah kau masih normal lagi. Bukan gay.”
Aiman tersengih.
Tersembur
air mineral dari mulut Hanis.
“Selekehlah
kau. Ha, dah tu kenapa pun kalau kau suka dia?”
Hanis
mengelap mulutnya dan meletakkan air mineral di sebelahnya.
“Kalau
aku ketuk kau dengan botol mineral ni, baru kau tahu. Hadoi.” Hanis merungut.
Aiman
senyum dengan rungutan Hanis.
“Macam
ni. Hari tu aku ada mesej dia. Aku nak bagitau perasaan aku pada dia...” Hanis
menyambung cerita.
“Then?”
“Tapi
aku segan. Aku... aku nak dia jadi isteri aku. Cumanya, yelah kita masih
belajar lagi.”
“Ok.
Then?” Aiman mendengar dengan khusyuk dan tawaduk.
“
Tapi aku tak nak kehilangan dia. Aku nak couple dengan dia. Nak jadikan dia
isteri belum mampu, aku nak dia jadi awek aku dulu. Itupun kalau dia terima.” Hanis
menghela nafasnya.
Aiman
mengangkat sebelah kening.
“Kau
tahu apa hukum bercouple bagai ni?” Aiman mula bertanya.
Hanis
mengerut dahi.
“Ada
hukum ke?”
Aiman
tersenyum.
“Dalam
Islam, kita terikat dengan hukum. Dari bangun tidur sampai kita tidur semula,
hatta sampai masuk lubang kubur. Makan, minum, jalan-jalan, pergi kuliah, baca
buku, baca Naruto, dan semuanya ada hukum. Hatta nak gerakkan tangan pun ada
hukum.”
Hanis
makin mengerut dahi.
“Apa
hukum gerakkan tangan?”
“Ada
satu kaedah fiqh yang menyatakan lebih kurang macam ni, setiap perkara atau
perbuatan yang dilakukan adalah harus selagi mana ia tidak dijelaskan hukumnya
oleh Allah dan Rasul-Nya secara jelas dalam Al Quran atau As Sunnah. Dan hukum
ini berubah mengikut tempat, masa, waktu dan ketika.”
Hanis
menggarukan kepala yang tidak gatal.
“Cuba
kau jangan cakap bahasa langit. Aku tak faham sangat. Bagi la contoh.”
“Haha.
Ok, contohnya makan nasi. Hukumnya harus. Kalau makan berlebihan sampai
terlampau kenyang, boleh jadi makruh. Kalau makan nasi hasil dari mencuri
hukumnya haram.”
Hanis
menangguk.
“Hukum
couple?” Hanis semakin berminat nak mengetahui.
Aiman
senyum.
“Aku
tak pandai nak menjatuhkan apa-apa hukum selagi mana perkara tu tak jelas atau
bersuluh. Kalau nak tengok hukum terperinci, kau cuba beli buku “Bolehkah
bercouple” keluaran Telaga Biru. Cumanya aku nak tanya kau, kenapa kau nak
couple dengan dia?”
Hanis
termenung seketika.
“Mungkin
sebab aku tak nak kehilangan dia. Aku nak dia dengan aku.”
Aiman
memandang mata Hanis.
“Kau
agak, kalau kau couple dengan dia, kau confirm boleh kahwin dengan dia?” Aiman
mula menduga.
Hanis
berfikir sejenak. Teringat kawan-kawannya ada yang couple sampai bertahun-tahun
kemudian putus, ada yang baru beberapa hari, lepas tu putus. Sampai ada yang
frust menonggeng sebab putus terutama kawannya yang perempuan.
“Habis
tu macam mana? Takkan aku nak biarkan saja. Nanti melepas bai...”
Aiman
membaringkan diri untuk memandang langit di atas padang tempat
mereka berehat dari jogging.
“Ingat
tak eksperimen kimia kita yang gagal hari tu. Kau rasa sebab apa?”
Hanis
menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Apa
kebendalah kau ni menyimpang punyalah ke laut. Err... mungkin sebab kita tak
ikut prosedur buku manual tu kot. Kenapa?”
Aiman
tersengih.
“Allah
jadikan manusia ini ada perasaan cinta dan kasih sayang. Itu lumrah manusia.
Tiada manusia yang tak mahukan cinta dan kasih sayang. Tetapi Allah juga
turunkan Islam berserta al-Quran sebagai manual agar manusia mengikut prosedur
yang telah ditetapkan supaya dapat mengawal perasaan cinta dan kasih sayang itu
dengan sebaiknya. Tetapi kena faham baik-baik, Islam bukan saja diturunkan
untuk mengawal perasaan cinta dan kasih sayang saja, malah lebih luas dari itu.”
“Apa
dia?” Hanis mengerut dahi.
“Highway
of life.”
Hanis
menangguk. Dia pun turut baring sekali memandang langit.
“Cinta
dan kasih sayang itu sepatutnya ditumpahkan kepada orang yang betul supaya satu
hari nanti kita tidak menyesal. Letak ketepi dulu cinta kepada Allah, Rasul-Nya
dan yang biasa kita dengar. Sekarang ni apa aku nak kata tentang cinta antara
lelaki dan perempuan.”
“Antara
prosedur yang Allah dan Rasul-Nya ajar kepada manusia adalah dengan berkahwin.”
Hanis
termenung. Memikirkan tentang persoalan kahwin barangkali.
“Tetapi
kalau tak mampu berkahwin, Rasulullah sallahu alayhi wasallam ajar agar
berpuasa. Puasa bukan puasa yang “cap ayam”, tetapi puasa dengan penuh
ketaqwaan. Baru betul-betul berkesan. Dan dalam masa yang sama baginda juga
ajar untuk menundukkan pandangan apabila berhadapan dengan perempuan kalau
pandangan itu tidak bertujuan apa-apa.”
Hanis
menghelakan nafasnya.
“Hanis,
jodoh ini macam rezeki. Dah ditetapkan pun. Cuma apa yang perlu kita lakukan
adalah dengan ikhtiar untuk mencari.”
“Serius?”
Hanis
terus terduduk. Bersinar-sinar matanya.
Aiman
tergelak.
“Kalau
kau suka pada dia, cukup saja kau pendamkan perasaan kau. Dan yang paling
penting sekali...”
Hanis
mengangkat kening.
“Doa.
Kita kan ada Allah. Kita bukan makhluk yang tidak mengaku tuhan. Doa
sungguh-sungguh, dalam masa yang sama, buat persediaan yang rapi dan
sebaiknya.”
“Persediaan
macam mana?” Hanis menggaru kepalanya.
“Persediaan
ilmu, persediaan fizikal, dan persediaan mental. Kena ada ilmu tentang
munakahat, kena ada persediaan kewangan sedikit, dan persediaan untuk
menghadapi sebarang kemungkinan atau pergaduhan selepas mendirikan rumahtangga.
Tentang kewangan, walaupun ia bukanlah syarat, tetapi untuk hari ini, ia
menjadi satu keperluan. Aku rasa kau pun faham. “
“Kalau
kau dah rasa cukup bersedia termasuk dengan kewangan, maka yakinkan pula mak
ayah kau yang kau mampu jaga anak orang. Kalau mereka dah yakin, maka teruslah
melamar.”
Aiman
mengambil sedikit nafas dan memberikan senyum sebagai sebuah suntikan anjakan
paradigma baru kepada Hanis.
“Hmm..
Kalau dia dah dilamar orang?” Hanis mengeluh.
“Ramai
lagi muslimat akhir zaman dalam dunia ni. Belum pupus lagi. Mai ikut aku join
ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia), kami ada unit Baitul Muslim yang mana
menguruskan hal-hal macam ni. Tapi ada prosedurnya lah.”
Gambar Hiasan |
Hanis
memandang Aiman dengan mata yang bersinar gemerlapan.
“Kau
jangan buat muka nak kena penyepak boleh tak?” Aiman gelengkan kepala.
“Haha.
Macam mana nak join ISMA?”
“Malam
nanti ikut aku pergi usrah. Nanti aku kenalkan kau pada murabbi aku. Amacam,
ada bran?”
“Demi
sebuah masa depan yang gemilang terbilang, aku rela mengikuti kau Aiman.”
“Puih!
Tak payah nak bersinetron petang ni la.”
Aiman
dan Hanis bergelak besar.
“Hah,
kau masih tak menjawab persoalan aku lepas kau bebel panjang-panjang ni. Jadi
apa hukum bercouple ni?”
“Heh.
Ingat lagi kau rupanya. Ingatkan dah lupa. Aku ambil pendapat yang paling keras
dan aku yakin paling benar, iaitu haram bercouple dengan nafsu dan syahwat
dengan perempuan bukan mahram.”
“Oh..
Tak boleh couple lah ni. Kan senang kalau kau cakap dari awal.” Hanis mengerut
dahi.
“Boleh
couple lah...” Aiman menduga.
Terbeliak
biji mati Hanis. Dia mengangkat keningnya.
“Selepas
kahwin?” Hanis menduga sambungan ayat Aiman.
“Selepas
nikah. Dah jom balik. Dah nak maghrib ni...” Aiman terus bangun dan mencapai
basikalnya.
“Ceh...
lebih kuranglah tuh.” Hanis mencebik bibir.
“Alhamdulillah,
aku bersyukur ya Allah kerana mempunyai sahabat seperti Aiman. Moga kami terus
bersahabat sampai ke syurga..” Hanis bermonolog sendirian lantas mencapai
basikalnya.
Moga Allah Redha
Ahmad Shukery Azizan
Setiausaha
PEMBINA UKM
1 comments:
Promo last tu takleh tahan..haha
Post a Comment