Thursday, 20 February 2014
Minda Liberal Perosak pemikiran Belia
Terkejut apabila seorang sahabat
memberikan link artikel yang bertajuk ‘Liberalisme, Pluralisme anak muda
semakin melebar’. Kemudian terpampang pula wajah anak muda yang diketengahkan
iaitu Khalid Ismath dan Adam Adli. Apa yang bermain difikiran saya ketika itu,
mereka ini adalah anak muda yang sangat berani. Berani melontarkan ideologi
liberal yang merosakkan. Di sini tiada keraguan yang ingin saya katakan tentang
Khalid Ismath yang terang-terangan mengaku dirinya sebagai pengikut ajaran
sesat Syiah. Manakala Adam Adli yang menjadi anak muda sanjungan parti
pembangkang Pakatan Rakyat yang sering mengungkapkan kata-kata yang berbaur
hasutan.
Malaysia Gazzate telah
menemuramah kedua anak muda ini tentang pandangan mereka terhadap Hak Asasi Manusia
dan perlunya agama lain diberi
kebebasan menyebarkan agama masing-masing. Apa jawapan mereka? Sila baca di
link ini, http://malaysiagazette.com/nasional/liberalisme-pluralisme-anak-muda-semakin-melebar#ixzz2tq1T5dY0
Saya
menulis bukanlah untuk mengulang kembali jawapan-jawapan yang dikatakan ‘minda terbuka’
oleh mereka akan tetapi tujuan saya adalah untuk membangkitkan suara anak muda
Islam yang menolak ideologi dan fahaman liberal yang dicanang-canangkan oleh
mereka berdua. Sungguh tidak adil sekiranya hanya golongan seperti mereka
sahaja yang menyuarakan pendapat sebegitu. Walhal ramai yang sedia maklum, apa
yang dibawa dan diperkenalkan oleh mereka hanyalah sebuah ideologi kotor yang jelas cuba mengaburi pemikiran cetek anak-anak
muda masa kini.
Mengulas sedikit fahaman dan
pendapat yang disuarakan Khalid Ismath iaitu mengapa harus dirisaukan masalah
murtad jika meyakini Islam adalah agama yang benar. Biar saya meletakkan
analogi seperti ini, mengapa kita mengangkat pakaian bila awan sudah mendung
sedangkan kita tahu yang matahari akan muncul, Tuhan akan keluarkan kepanasan
agar pakaian itu kering kembali. Apa yang boleh saya katakan di sini ialah,
sikap percaya pada Islam itu sesuatu yang baik, tapi ini bukan bererti yang
kita boleh menutup mata membiarkan masalah yang mengecam nasib Islam,
memurtadkan penganutnya, dibiarkan begitu saja. Allah menyuruh hamba-Nya
berusaha untuk menegakkan kalimah-Nya, mempertahankan agama-Nya. Bukan sekadar
berdakwah tetapi apabila ummat dalam kemelut dilema untuk dimurtadkan kita
hanya biarkan saja. Tiada usaha di situ. Ibarat kita membawa harta yang banyak
tetapi beg yang kita bawa itu terkoyak. Dan kita hanya membiarkan saja kerana
yakin pada takdir yang kita masih ada rezeki. Tidakkah itu kerja yang sia-sia?
Menyampaikan dakwah tetapi tidak mempertahankan agama. Jika Khalid Ismath
mendakwa orang yang cuba mempertahankan Islam daripada dimurtadkan dengan
memerangi dakyah kristian sebagai takut pada bayang-bayang sendiri.
Seterusnya, beliau juga menyebut
tentang hak kesamarataan di mana agama lain juga mempunyai hak untuk berdakwah,
saya tidak mahu mengulas lanjut tentang hal ini. Tetapi izinkan saya meletakkan
soalan ini untuk pembaca fikirkan. Apakah yang telah kita lakukan untuk
mengekang masalah dakyah kristian yang memurtadkan ummat Islam dengan wang
ringgit, penulisan dan pujukan? Adakah dengan bersangka baik dan teruskan
dengan dakwah itu sahaja mencukupi? Apa yang akan kita jawab pada Tuhan satu
hari nanti bila ditanya tentang usaha kita mengekang masalah ini? Silakan jawab
wahai pembaca budiman. Adakah berbaloi membiarkan begitu sahaja hanya dengan
pegangan yang semua manusia ada hak yang sama rata untuk menyebarkan agama
masing-masing, seperti perjuangan hak kesamarataan yang dilaung-laungkan oleh dua
anak muda ini?
Sama-sama kita fikirkan.
Sebagai belia yang berilmu dan
inteletual, kita hendaklah mendalami dan memahami setiap inci percakapan yang
diutarakan oleh golongan liberal seperti ini. Benar, kita harus berfikiran
terbuka dan mempelbagaikan cara dalam berdakwah akan tetapi bukan dengan cara
memutar-belitkan fakta dan memanipulasikan kisah-kisah Rasulullah untuk hujahan
umum.
Islam itu adalah agama yang benar
dan tiada agama yang diterima di sisi Allah melainkan Islam seperti mana yang
telah dirakamkan di dalam al-Quran, surah ali-Imran ayat 19, firman Allah SWT, yang
bermaksud, “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai)
di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan
Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya)
melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang
kebenarannya (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada
dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat
keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.”
Sabrina Zaifulizan & Nurul Hajjar Atan
Aktivis PEMBINA Bangi
Wednesday, 29 January 2014
Silat: Belia Muslim Kuat Lebih Dicintai Allah
Bangi, 27 Jan – “Silat merupakan seni mempertahankan diri
nusantara dan telah menjadi warisan dari satu generasi ke satu generasi sejak
zaman dahulu lagi. Dengan silat, kita mampu membina jati diri dengan
tertanamnya sifat cintakan agama, bangsa dan tanah air.”
Demikian kata Najimuddin Bin Mohd Faudzir, aktivis PEMBINA
UKM dan juga peserta silat dalam Kejohanan Pencak Silat Taming Sari terbuka IPT
dan jemputan antarabangsa baru-baru ini di Dewan Canselor Tun Abdul Razak
(DECTAR), UKM. Beliau bertanding dalam perlawanan kategori A, berat 40 -50 kg.
“Silat juga mampu menguatkan tubuh badan kita di samping
mendisiplinkan diri kita. Bukankah muslim yang kuat itu lebih dicintai Allah.”
ujar beliau.
Najimuddin turut berkata, sebagai seorang ‘daie’ dan juga
mahasiswa, membahagikan masa antara silat, akademik dan dakwah tidaklah begitu
sukar sebenarnya jika bijak menguruskan dan mengoptima masa. Hal ini demikian
kerana latihan silat hanya berjalan dua kali seminggu, pada hari Selasa &
Rabu. Hujung minggu pula boleh dimanfaatkan untuk program dakwah bersama badan
Islam. Beliau tidak bersetuju dengan alasan mahasiswa yang tidak dapat aktif
berdakwah kerana sibuk dengan akademik dan aktiviti dalam kampus atau
sebaliknya.
“Bagi mengimbangkan (tawazun) antara dakwah, aktiviti sosial
& akademik adalah tidak mustahil walaupun tidak dinafikan ada cabarannya.
Apa yang paling penting ialah kita harus memilih keutamaan dalam hidup kita.
Yang kedua, kita perlu sentiasa mentajdid (memperbaharui) niat bila berhubung
sesuatu perkara. Hal ini untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan
perkara-perkara yang membazirkan masa” jelas Najimuddin.
Pada masa sama, beliau juga menjelaskan bahawa setiap
potensi yang ada pada diri individu tidak perlu dilenyapkan begitu sahaja atau
terus menjadi pasif apabila terlibat dengan badan dakwah. Seharusnya seorang
‘daie’ perlu mengembangkan potensinya yang sedia ada kerana itu juga adalah
sebahagian aset untuk berdakwah.
Najimuddin merupakan seorang mahasiswa dan aktivis PEMBINA
UKM yang aktif menjalankan aktviti usrah dan beraktivisma bersama PEMBINA.
Beliau juga aktif bersilat dan pernah menyertai SUKEM 2013 pada bulan Oktober
lepas.
Wartawan PEMBINA Bangi
Tuesday, 21 January 2014
‘Kem Khalifah Muda’ Melahirkan Beliawanis Berjiwa Kental
HULU SELANGOR, 17 Jan – Bagi
mengisi masa lapang pelajar UKM pada cuti semester ini, Persatuan Belia Islam Nasional
(PEMBINA) UKM menganjurkan mukhayyam,
khas kepada mahasiswi yang bertemakan ‘Kem Khalifah Muda (KEM)’, bertempat di
Rasa, Hulu Selangor. Perkhemahan ini bertujuan membentuk ciri-ciri khalifah
dalam jiwa peserta, di samping melahirkan muslimah yang berjiwa kental dalam
mengharungi pelbagai cabaran.
Para peserta bertolak ke tempat
program dengan menaiki KTM, bagi melatih mereka berdikari serta merancang
perjalanan mengikut masa yang ditetapkan. Peserta juga diuji untuk berhadapan
dengan masyarakat apabila mereka diberikan penanda buku untuk disampaikan
kepada penumpang KTM.
Program yang berlangsung selama
tiga hari dua malam ini, bukan sahaja diisi dengan aktiviti yang berbentuk
kerohanian mahupun menguji ketahanan fizikal serta jiwa, seperti aktiviti explorace
dan sentuhan qalbu(muhasabah), malah turut mendedahkan para peserta kepada isu-isu
semasa yang menjadi ancaman kepada umat Islam kini.
“Sepanjang program ini, saya
memperoleh banyak manfaat, antaranya, dapat meningkatkan pengetahuan dan
kefahaman dalam isu semasa, seperti COMANGO dan isu Kalimah Allah.”
“Selain itu, program ini berjaya
menambahkan keyakinan saya untuk berdakwah kepada masyarakat.”
Ujar seorang daripada peserta
KEM, Norasyima Bt. Zaki. Selain itu, Ummu Sulaim yang juga peserta program,
berpendapat bahawa pentingnya individu muslim dalam menyampaikan dakwah.
“Kem ini adalah satu inisiatif
untuk menyedarkan seseorang itu akan peranannya sebagai individu muslim dalam
menyebarkan dakwah.”
“Apa yang kita lihat sekarang,
masyarakat mengehadkan kerja dakwah itu hanya kepada pendakwah dan mereka yang
mengkhusus dalam bidang agama sahaja, sedangkan ini adalah peranan sebenar
kepada setiap umat Islam.”
Antara aktiviti utama yang lain
adalah, 5 rencah 5 rasa, Idola Khalifah, Ledakkan Potensi Dirimu (LDK),
Tahajjud Cinta (Qiamullail), dan Duduk Membangun Iman, iaitu slot pengisian
yang disampaikan oleh aktivis ISMA, Dr. Irfan.
Wartawan PEMBINA UKM
TARBIYAH DZATIYAH ASAS PEMBENTUKAN KHALIFAH
HULU SELANGOR, 18 Jan – “Manusia
mempunyai dua tujuan hidup di atas muka bumi ini, iaitu beribadah kepada Allah
dan menjadi khalifah dengan cara menegakkan hukum-hakam serta memakmurkan
bumi.”
Kata Dr. Irfan, aktivis ISMA,
dalam slot ‘Duduk Membangun Iman’ sewaktu program ‘Kem Khalifah Muda (KEM)’ di
Rasa, Hulu Selangor.
“Pembentukan khalifah bermula
dengan membentuk individu muslim dan dari langkah pertama ini, matlamat
seterusnya dapat dicapai, iaitu melahirkan keluarga muslim, masyarakat muslim,
kerajaan Islam, Daulah Islam (negara yang mengamalkan nilai-nilai Islam),
empayar Islam, dan akhirnya membentuk ustaziatul ‘alam.”
Sehubungan dengan itu, peserta
didedahkan dengan kepentingan tarbiyah dan dakwah dalam usaha membentuk
khalifah yang berkualiti.
“Seorang khalifah perlu melalui
proses tarbiyah dan melibatkan diri dalam gerak kerja dakwah.”
“Bermula dengan tarbiyah
dzatiyah, iaitu mendidik diri sendiri tanpa mengharapkan naqibah mahupun teman
seperjuangan, seterusnya memantapkan ilmu, turun ke medan dakwah dan seterusnya
berdakwah dan sampaikan fikrah kepada organisasi dan mahasiswa dengan cara
mentajmik.”
Menurut beliau lagi, seorang
khalifah bukan sahaja perlu memantapkan ilmu fardhu ain seperti aqidah, sirah,
ibadah, quran dan sunnah, serta feqah, malah perlu cakna isu semasa supaya
berjaya menjadi Islam yang profesional.
Wartawan PEMBINA UKM
Monday, 13 January 2014
Fahaman Feminisme Melanggar Acuan Syariat
Wanita masih keliru, mana yang benar dan mana yang palsu.
Sifat ingin memimpin dan menjadi penguasa dunia semakin membuak-buak di dalam
kalbu sehingga sanggup menggadaikan pegangan yang menjadi bekalan sejak 1400
tahun dahulu lagi. Dewasa ini, wanita berlumba-lumba mengejar pangkat dan
harta. Wanita bersengkang mata berusaha menjadi lebih hebat daripada lelaki dan
wanita bersungguh-sungguh ingin mencapai kuasa yang setaraf dengan lelaki.
Apakah itu salah di sisi syariat Islam?
Telah banyak hal ini diperbincangkan bahkan menjadi
perdebatan antara ahli akademik dan agamawan tentang peranan dan tanggungjawab
sebenar seorang wanita Islam. Rentetan sejarah mencatatkan ketinggian wanita
itu diangkat oleh Islam daripada kemelut jahiliyah yang menghitam. Wanita
ketika zaman jahiliyah sungguh hina, jijik dan dituduh pembawa bala kematian
kepada keluarga. Namun apabila cahaya Islam datang, wanita Islam menjadi mulia
dan diangkat martabatnya setara dengan lelaki. Kesetaraan apakah yang diangkat
oleh Islam terhadap wanita dengan lelaki? Di dalam al-Quran sendiri, Allah
telah mengkhususkan satu surah khas untuk kaum wanita iaitu Surah an-Nisa.
Allah juga mencatatkan di dalam al-Quran tentang keserataan pahala dan amalan yang
diberikan kepada wanita sama seperti lelaki iaitu, pahala membuat amal kebajikan,
berdakwah, menuntut ilmu dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, apa yang menyedihkan hari ini, wanita
semakin hilang rasa malu, wanita semakin hilang rasa izzah (bangga)
dengan ketinggian mereka yang diangkat oleh Islam. Setiap inci hukum syariat
dipertikaikan oleh mereka sehingga seolah-olah Islam sudah tidak adil lagi.
Acuan fahaman liberal yang sedang diseludup masuk oleh barat ke dalam pemikiran
wanita semakin membatasi ketinggian syariat. Bahkan hal ini telah menjadi normalisasi
dalam masyarakat. Hukum menutup aurat dibahaskan, hukum mentaati suami
diperdebatkan, dan hak memiliki harta menjadi untaian pertikaian. Apakah ini
suatu perkara yang ‘normal’ pada pemikiran wanita Islam yang sebenar?
Barat, telah membawa fahaman liberalisme dengan menjadikan feminisme
sebagai alat pertikaian. Sedikit rentetan sejarah tentang liberal feminism bermula dari kurun ke 19 lagi, Elizabeth Cady
Stanton antara feminist yang sungguh aktif memperjuangkan feminisme dari
segi pendidikan dan hak-hak wanita yang sangat tidak adil ketika itu. Kemudian
pada kurun ke 20 pula, di Amerika Syarikat, Betty Friedan antara pejuang feminisme
moden yang kental dalam memperjuangkan hak wanita bekerja. Friedan menjadi
pencetus kepada pemikiran feminisme moden kerana dia merasakan wanita yang
telah berkahwin dan bekerja sangat terbeban dengan tanggungjawab untuk menjaga
anak dan sebagainya, sedangkan lelaki tidak menanggung beban sebanyak itu.
Selain itu, Friedan juga tidak bersetuju dengan John Stuart Mill yang mengatakan,
wanita sepatutnya memilih untuk bekerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa. Pada
pandangan Friedan, hal itu sungguh tidak adil bagi wanita. (Sumber: Women in Feminism and politics; New Directions Towards Islamization)
Belajar daripada sejarah. Itu ungkapan yang acapkali
dilafazkan akan tetapi sejauh mana kita melihat ia sebagai pengajaran yang
harus diambil iktibar. Ya, sejarah itu adalah sejarah dari barat. Tetapi adakah
kita sedar bahawa sejarah feminisme yang berlaku di Amerika Syarikat pada kurun
ke 20 itu telah berlaku di negara kita hari ini, bahkan lebih buruk lagi?
Pergerakan feminisme Malaysia yang hangat memperjuangkan feminisme hari ini
adalah Sister In Islam (www.sisterinislam.org.my)
yang cuba bertopengkan dengan menggunakan nama Islam tetapi dasar pemikiran
mereka adalah acuan barat bukan Syariat. Sedarkah kita, Sister In Islam yang
berjuang dengan membawa nama Islam tetapi pejuang-pejuangnya adalah
wanita-wanita yang tidak mengamalkan amar maaruf nahi mungkar. Ayat-ayat
al-Quran diputar-belitkan dengan menggunakan logik akal dan hukum Islam
dijadikan bahan sendaan.
Baru-baru ini, berkenaan isu COMANGO (gabungan NGO-NGO)
Sister In Islam telah menjadi salah sebuah NGO yang terlibat dalam
menandatangani UPR oleh Majlis Hak
Asasi Manusia PBB berkenaan dengan Hak Asasi Manusia yang perlu dituntut
di dalam sesebuah negara. Apa yang menyedihkan antara tuntutan hak asasi itu adalah
secara terang-terangan bertentangan dengan Islam seperti kebebasan murtad, menghalalkan
seks songsang, membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada kristian dan banyak
lagi. Apakah ini masih belum jelas dengan agenda yang sedang dibawa untuk
merosakkan Islam?
Ini
bukan suatu tuduhan. Bukan juga satu stereotaip yang melampau terhadap golongan
ini, akan tetapi apa yang harus kita lakukan adalah cakna dan mengambil tahu
serta memahami fahaman feminisme yang sedang menyerang pemikiran kita hari ini.
Apakah cukup hanya tahu dan cakna? Sudah tentu tidak, tugas kita adalah dengan
menyampaikannya kepada orang lain supaya penyebaran maklumat yang bercanggah
dengan syariat Islam diketahui umum. Isu ummat wajib digembar-gemburkan kerana
kita tidak mahu saudara kita yang terlepas pandang tentang isu ini
terkontang-kanting di dalam arus kejahilan. Usah biarkan jiwa dan minda kita
menjadi selari dengan pegangan mereka tetapi selarikan diri kita dengan perisai
syariat supaya dapat menepis fahaman-fahaman seumpama ini.
Wallahu
alam
Nurul Hajjar Binti Atan
Aktivis PEMBINA
Team Media PEMBINA UKM
Monday, 6 January 2014
ZON BELIAWANIS: KEM KHALIFAH MUDA
[PAKEJ TARBIYAH DAN REKREASI]
Jom sertai beliawanis PEMBINA UKM dalam pengembaraan sejauh 80km dengan menaiki komuter!
# Kem yang sarat dengan pelbagai aktiviti menarik yang mencabar kekuatan mental dan fizikal, mencungkil bakat yang terpendam dalam diri beliawanis dan membangun kekuatan iman melalui aktiviti yang mendidik jiwa.
# Tiket pergi disediakan!
Jangan lepaskan peluang anda!!!!!!
Tarikh : 17-19 Jan 2014 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Rasa, Hulu Selangor
Yuran : RM 35 (AHLI)
RM 45 (BUKAN AHLI)
Hubungi : Solehah (013-3270573)
Jom sertai beliawanis PEMBINA UKM dalam pengembaraan sejauh 80km dengan menaiki komuter!
# Kem yang sarat dengan pelbagai aktiviti menarik yang mencabar kekuatan mental dan fizikal, mencungkil bakat yang terpendam dalam diri beliawanis dan membangun kekuatan iman melalui aktiviti yang mendidik jiwa.
# Tiket pergi disediakan!
Jangan lepaskan peluang anda!!!!!!
Tarikh : 17-19 Jan 2014 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Rasa, Hulu Selangor
Yuran : RM 35 (AHLI)
RM 45 (BUKAN AHLI)
Hubungi : Solehah (013-3270573)
Sunday, 5 January 2014
Aku, Kau dan FB
Kebiasaanya usaha untuk menyegarkan mata aku daripada tidur kembali selepas subuh adalah dengan online di pagi hari. Perkara pertama yang akan aku buka dari tab aku ialah Facebook (FB), walaupun aku tahu tidak ada kepentingan besar pun untuk buka Facebook. Di samping itu, aku baca artikel dari blog yang mampu memberi manfaat buat pembaca seperti aku.
Sambil menunggu blog loading, aku sempat menjenguk status-status di Facebook. Hatiku pun
berkata,
“Bagusnya deme
ni bangun awal. Tak tidur lepas subuh. Mesti tiru cara aku untuk tidak tidur
lepas subuh kembali.” Sambil kagum dan tersenyum (tak tahu kenapa senyum).
Aku ambil sedikit masa melihat status yang dikongsikan (shared) di FB. Ada status yang bagus. Antaranya, isu semasa seperti isu COMANGO, bahaya Liberalisme, bahaya LGBT,
bahaya Syiah dan isu Mesir. Ada yang share
ayat-ayat al-quran, di mana, ayat tersebut sekali-sekala terkena di batang
hidung sendiri.
“Inilah salah
satu cara Allah menegur hamba-hambanya,” getus hatiku seorang diri.
Namun, ada juga terbaca status seperti ini,
“Hari-hari makan
magi, selamat pagi.”
“Ngantuklah,ada
sesiapa boleh tolong dodoi?”
“Kau ingat kau
bagus sangat?!!”
“Takpe awak,
hari ini hari awak,hari esok hari saya pulak.”
Erkkk??? Apa
masalah mereka ini? Nak tidur, tidur je lah. Nak luah perasaan, tak perlu post di FB. Nak makan magi, makan je
lah. Aku makan nasi goreng untuk sarapan bukan magi. Maggie kan boikot.
**FB dijadikan
sebagai Tuhan.**
A : Kenapa pulak
kau cakap macam tu?
B : Semua orang
nak luah perasaan kat situ. Luahkanlah pada Allah, bukan pada FB dan semua
orang tahu masalah mereka. Bukannya mereka boleh bagi penyelesaian, bahkan memang tak ada penyelesaian pun.Tidak kurang, ada
juga yang masih ber'FB' walaupun sudah masuk waktu solat. Solat di FB?
A : Oh, macam tu.
Bukan aku, mereka tau!
B : Yang kau
terasa kenapa?
Tet…tet…
Inilah tabiat
pemuda-pemuda zaman sekarang. Menjadikan FB sebagai medan bergaduh, meluahkan perasaan dan jidal yang tidak
sudah-sudah. Hal ini menunjukkan pemuda kita seakan-akan tiada tujuan hidup
yang jelas. Ada yang sering upload
gambar untuk menunjukkan wajah tampan dan cantik mereka di FB tanpa sebab.
Lebih-lebih lagi yang baru lepas majlis makan malam (dinner) kolej. Ambil gambar dan post di FB. Ada juga yang
seakan-akan rasa bangga menunjukkan auratnya dikhalayak. Selepas itu, ramailah yang akan
komen,
Peng ‘komen’: Cantiknya awak ni
Peng
‘upload’: Eh,tak ada lah...tapi, terima kasih puji saya
Allahurabbi….
Ayuh
sahabat-sahabat sekalian kita ubah semua ini. Kita lakukan anjakan paradigma.
Sebaiknya kita gunakan medan FB sebagai medium menyebar kebaikan dan mencegah
kemungkaran. Sememangnya FB banyak kelebihan dan tidak kurang juga keburukannya.
Namun, seeloknya kita pilih jalan yang betul dengan menyebarkan kebaikan pada orang lain.
Kita kan umat terbaik!
“Kamu (umat
Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana) kamu
menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah yang mungkar dan kamu
beriman kepada Allah.” (Ali Imran 3:110)
Marilah
sama-sama kita ikut adab-adab untuk ber'FB' selepas ini.
Sebelum buka FB,
letakkan niat (sebab) yang memestikan anda buka FB
1. Kongsikan (share) perkara yang boleh mendatangkan
manfaat bersama. (Kaji faktanya terlebih dahulu sebelum dikongsikan)
2. Elakkan dari memuat naik gambar-gambar yang tiada
manfaat, seperti gambar diri sendiri sampai penuh FB dengan muka anda.
3. Letakkan hanya gambar kecil, menutup aurat dan gambar
yang tidak mendatangkan fitnah pada diri sendiri, sekiranya niat hanya hendak
dikenali orang. (professional)
4. Pastikan anda tidak terlalu lama melayani FB. Cukuplah
sekadarnya menyelesaikan perkara-perkara yang memerlukan FB sebagai medan berbincang.
“Janganlah kamu berasa lemah, jangan kamu berasa sedih
hati kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman” (Ali
Imran,3:139)
Siti Asyuhra bt. Abdul Rahman
Biro Pembangunan Sumber Manusia
PEMBINA UKM
Konflik? Hadapinya!
"Kadang-kadang
saya agak cemburu dengan orang lain terutama sahabat-sahabat saya.
Saya
cemburu apabila mereka adalah pelajar yang rajin dan semangat belajar, tapi
saya TIDAK.
Saya
cemburu apabila mereka dapat menunaikan amanah dengan baik, tapi saya TIDAK.
Saya
cemburu apabila mereka dapat menghadapi masalah dengan baik, tapi saya TIDAK.
Saya
cemburu apabila mereka ada hati yang tenang, tapi saya TIDAK.
Saya
cemburu apabila mereka tak bersangka buruk kat orang lain,tapi saya TIDAK.
Saya
cemburu apabila amalan ibadah mereka begitu banyak, tapi saya TIDAK.
Saya
cemburu apabila mereka bijak merancang masa, tapi saya TIDAK.
Saya
cemburu sangat apabila....
MEREKA
berjaya dekat dengan Tuhan, tapi saya TIDAK.”
Jadi,
pernahkah anda merasa seperti apa yang saya rasa? Jika ya, tidak mengapa wahai
saudaraku. Janganlah kita berputus asa dengan setiap perkara yang berlaku ke
atas diri kita. Jika kita merasa cemburu dengan orang lain, lihatlah kembali
nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita selama ini.
Jika
kita menghadapi konflik dalam kehidupan seharian kita, amalkan tiga konsep
iaitu HADAPI, HAYATI dan NIKMATI konflik tersebut.
(i)
HADAPI
Jangan lari dari masalah kerana jika kita lari, masalah akan mengejar kita kembali.
Jangan lari dari masalah kerana jika kita lari, masalah akan mengejar kita kembali.
(ii)
HAYATI
Hayati kesan masalah tersebut terhadap kita. Hayati apakah punca kepada masalah tersebut. Apakah yang perlu kita buat ? Bagaimanakah cara kita menghadapi masalah tersebut.
Hayati kesan masalah tersebut terhadap kita. Hayati apakah punca kepada masalah tersebut. Apakah yang perlu kita buat ? Bagaimanakah cara kita menghadapi masalah tersebut.
(iii)
NIKMATI
Nikmati masalah kita dengan cuba menyelesaikan masalah kita dengan cara yang terbaik. Cuba dapatkan pandangan daripada mereka yang lebih berpengetahuan. Akhir sekali, jangan lupa kita memohon pada yang Maha Mengetahui.
Nikmati masalah kita dengan cuba menyelesaikan masalah kita dengan cara yang terbaik. Cuba dapatkan pandangan daripada mereka yang lebih berpengetahuan. Akhir sekali, jangan lupa kita memohon pada yang Maha Mengetahui.
“Dan
segala nikmat yang ada padamu (datangnya) dari Allah, kemudian apabila kamu
ditimpa kesengsaraan, maka kepadaNya lah kamu meminta pertolongan” -Surah
An-Nahl (16:53)-
Sebelum
mengakhiri kalam, saya selitkan sedikit mutiara kata daripada Hamka :
“
Hidup terbina antara pahit dan manis,
Kalau
selalu sahaja pahit,
Hati
akan menjadi rawan,
Dan,
Kalau
sentiasa manis,
Hati
akan menjadi bosan ”
Maaf
di atas segala kesilapan. Segala ilham yang datang adalah dari Allah Yang Maha
Bijaksana. Selawat dan junjungan ke atas Nabi Muhammad SAW. Terima kasih juga
kepada para pendidik yang mengajar saya erti kehidupan.
Nurul
Farhana bt. Ahmad Termizi
Biro Aktivisme
PEMBINA UKM
Monday, 9 December 2013
KHASIAT ISTIMEWA MADU LEBAH
MADU PILIHANKU
Antara
makanan sunah yang terbaik adalah madu yang dijadikan Allah untuk manusia. Madu
disebut di dalam Al-quran sebagai penawar bagi manusia yang dihasilkan lebah
yang diberi ilham oleh Allah.
Dan
Tuhanmu mewahyukan kepada lebah,
“Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di
pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia,” kemudian makanlah
dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah
dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang
bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi
manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda
(kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. (QS An Nahl [16]: 68-69)
Lebah
bekerja berdasarkan wahyu dengan mengumpulkan nektar bunga. Kemudian ia diolah
di dalam perut lebah sehingga keluar dari mulutnya berupa madu yang mana kaya
dengan sari pati tumbuh-tumbuhan yang dapat menyembuhkan segala penyakit dengan
izin Allah.
Sistem lebah SMART
Pembuatan
sarang lebah tidak dimulai dari tengah bahagian tetapi dilakukan dari dua atau
tiga tempat yang berlainan dan dikerjakan secara serentak. Walaupun dimulakan
dari tempat yang berbeza-beza, lebah yang sangat banyak ini membuat heksagonal
secara simentri antara satu sama lain lalu dijadikan satu dan bertemu di
tengah-tengah. Jika kita perhatikan tidak terdapat tanda-tanda penggabungan
antara heksagonal ini.
Keajaiban
heksagonal yang dihasilkan oleh lebah ini mempunyai struktur saiz yang sama
walaupun dilakukan oleh lebah-lebah yang berbeza. Penggunaan heksagonal dalam
sarang lebah adalah bentuk geometri yang paling tepat bagi penggunaan maksimum
suatu ruang dalam penyimpanan manu dengan kapasiti terbesar.
- Madu mudah diserap oleh tubuh badan manusia berbanding gula kerana diproses terus menjadi glikogen yang digunakan sebagai tenaga.
- Madu baik untuk anak-anak kerana berfungsi sebagai disinfection, memperbaiki susunan darah, meningkatkan kadar hemoglobin dan menambah nafsu makan.
- Nilai kalori 1 kg madu sama dengan 50 butir telur atau 5,575 l susu, atau 1,680 kg daging.
- Madu kaya dengan antioksidan yang mampu memperbaiki keindahan kulit, melembutkan dan awet muda.
Banyak
lagi khasiat madu di mana jika kita amalkan pemakanan madu setiap pagi dan
malam mampu memberikan tubuh badan yang segar. Kadar penyerapan madu yang
optimum di dalam darah dengan mencampurkan 3 sudu makan madu dengan segelas air
suam.
Diriwayatkan
dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu yang berkata : Rasulullah bersabda :
“
Kesembuhan itu terdapat dalam tiga hal: minum madu, berbekam (hijamah), dan kay
(pemanasan) dengan api. Dan aku melarang ummatku berubat dengan kay “. (HR. Al
Bukhari).
Madu
mempunyai keseluruhan zat penting yang amat diperlukan oleh tubuh manusia.
Kajian mendapati 100 gm madu mengandungi:
- 79.5 gm karbohidrat
- 0.2 mg asid pantosinik
- 0.2 mg potassium
- 294 kilo kalori
- 0.16 mg fosfor
- 50 mg asid sitrik
- 20 gm air
- 0.9 mg besi
- 0.3 gm protein
- 4 mg vitamin C
- 4 mg kalsium
- 0.04 mg vitamin B2
- 0.2 mg zink
- 0.2 mg asid niasin
Jadi
kita mesti meletakkan kesyukuran yang tinggi kepada Allah dengan keajaiban dan
Kehebatan-Nya dengan ciptaan-ciptaanNya. Berterima kasihlah kepada lebah-lebah
kerana setia melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberi oleh
Allah.
Jadilah
manusia yang selalu memberi manfaat kepada orang lain. J
Nurul Izzati Samudin
Biro Aktivisme
PEMBINA UKM
Friday, 6 December 2013
Syiah Mengancam Akidah dan Negara
BANGI, 4 Disember – Syiah bukan sekadar bahaya dari sudut akidah
ataupun fekah, bahkan ia boleh menggugat keselamatan negara sekiranya dibiarkan
penganutnya mengembangkan ajaran syiah di seluruh negara.
Naib Presiden 1, Ikatan Muslimin Malaysia Ustaz Muhammad Fauzi Bin
Asmuni berkata demikian semasa memberikan penyampaiannya dalam program ceramah
“Bahaya Syiah – Suatu Pendedahan Eksklusif”, yang dianjurkan oleh Persatuan
Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) UKM dengan kerjasama Persatuan Belia
Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Bangi di Dewan Kuliah 3B 301 Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) di sini semalam.
Ujar Ustaz Muhammad Fauzi lagi, Syiah ini perlu dilihat dengan teliti
sejarah pengembangannya di seluruh dunia kerana ia bersifat ingin menguasi
takhta dan kekuasaan.
“Kita lihat sejarah Khilafah terdahulu, sebagai contoh semasa
penaklukan semula Kota Al Quds, antara perkara yang paling utama Sultan
Salahuddin al Ayubi lakukan adalah menewaskan Kerajaan Fathimiyyah yang
berpusat di Kaherah, Mesir. Kerajaan Fathimiyyah ini adalah kerajaan Syiah.”
“Kemudian sekiranya kita melihat sejarah kejatuhan Baghdad, pada masa
itu Baghdad adalah suatu kota yang tidak akan terbayang akan musnah begitu
saja. Tenteranya adalah tentera terkuat di dunia, kerajaannya adalah kerajaan
terkaya di dunia, pertahanannya adalah pertahanan terkebal di dunia. Tetapi
bagaimana boleh ditewaskan oleh bangsa nomad yang dikenali sebagai tentera
Monggol atau Tartar dalam sekitar tempoh 40 tahun. Punca utamanya adalah golongan
Syiah. Orang syiah yang membuka pintu kota Baghdad dari dalam, orang Syiah juga
yang menjadi penasihat kepada pemimpin tentera Monggol,” katanya
Selain itu, Ustaz Muhammad Fauzi turut memberitahu antara faktor utama
kenapa Syiah terlalu inginkan kuasa adalah berdasarkan akidah yang dianuti oleh
golongan Syiah.
“Syiah, ada 5 rukun Syiah, yang pertama solat fardhu, kedua berpuasa,
ketiga menunaikan zakat, keempat menunaikan haji di Baitullah, dan kelima
adalah al wilayah, iaitu kekuasaan.” Ujar beliau lagi.
Ustaz Muhammad Fauzi turut menegaskan bahawa Syiah adalah terkeluar
daripada golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini kerana perbezaan yang sangat
ketara dan berlanggaran dengan nas yang sahih dari pelbagai sudut seperti rukun
iman, rukun Islam, fekah seperti nikah mut’ah, taqiyyah, dan sebagainya.
Ceramah Bahaya Syiah ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan
kehadiran peserta sekitar 150 orang daripada dalam dan luar
UKM.
Klik link untuk menonton respon Ceramah Bahaya Syiah:
Wartawan
PEMBINA UKM Production





















