Tuesday, 26 December 2017
Saat terdengar dek telinga,
Sebaris nama itu disebut- sebut,
Apakah benar hati ini dijulang api cinta,
Apakah benar rindu itu terbakar maraknya.
Pemilik nama yang begitu banyak menabur jasa,
Terpalit bermacam-macam cerca,
Tersayat luka tak terkira,
Berpenat lelah di atas derita,
Namun tetap tegar dengan tugas dan misinya.
Misi menegakkan Islam agama penuh kasih sayang,
Tugasnya bukan calang-calang,
Beraninya bukan alang kepalang,
Lahirnya di dunia sudah diramalkan,
Sehingga terpadam api sembahan.
Saat terdengar namanya dek telinga,
Apakah...
Monday, 25 December 2017
BILA IKHTILAT DIANGGAP UKHUWAH
Bila ikhtilat dianggap ukhuwah..
Segala rahsia menjadi cerita.. Bergelak tawa tanpa batasnya..
diluar membisu, dimaya, hanya Tuhan yang tahu..
Bila ikhtilat dianggap ukhuwah..
Tiada lagi tembok penghalang..
Antara diri dan juga ajnabi..
Malu dan iman kian terhakis yang tinggal hanya pakaian islami..
Bila ikhtilat dianggap ukhuwah..
Hanya ajnabi menjadi bualan..
Tiada lagi seruan dakwah mahupun al-Quran jadi zikrullah..
Bila ikhtilat dianggap ukhuwah..
Amal ibadah kian me-layu..
Kerana hati kian membatu..
Tak lagi...
Saturday, 25 March 2017
CERPEN: PERLU KE USRAH?

“Jom usrah!”, itulah ungkapan yang pada aku 'common'. Ada orang yang
beranggapan bahawa usrah itu ‘kolot’. Usrah itu hanya untuk orang-orang yang
baik-baik sahaja. Dari sini ingin aku ceritakan pengalaman aku sendiri mengikuti
usrah. Jom, ikuti kisah aku.
Hampir sebulan sahaja lagi untuk aku mendaftarkan diri sebagai seorang
mahasiswa universiti, yang pada aku sebuah...
Wednesday, 15 March 2017
ARTIKEL: REMAJA BERKETRAMPILAN ASET NEGARA

“Berikan
aku sepuluh orang pemuda, nescaya aku mampu menggegarkan dunia” merupakan
kata-kata presiden Indonesia yang pertama, iaitu Soekarno. Ungkapan tersebut
menunjukkan betapa hebatnya penangan generasi muda sebagai pemangkin masa depan
sesebuah negara. Frasa menggegarkan itu menunjukkan bahawa mereka mampu
menghasilkan satu kejutan yang mampu membuka mata rakyat...
Saturday, 25 February 2017
CERPEN : TANGGAPAN

Nama aku Hanis. Aku bukanlah seorang yang suka menilai seseorang daripada luaran tetapi kalau bab lelaki ini, aku agak sensitif. Apa sahaja keburukan yang mereka lakukan, aku akan membenci mereka keseluruhannya. Ikuti kisah aku.
“Hanis, kau ada dengar cerita tak pasal ada budak baru masuk kelas kita?”, tanya Syarifah. Syarifah ini kawan baik aku di kolej.
“Tak ada pula....
Wednesday, 15 February 2017
CERPEN: ANDAI INI TAKDIRKU

Ketika kaki ini melangkah, ia lemah. Ketika ia berpijak di bumi yang penuh ranjau ini, rasanya berat di mana hati yang merasa beban. Ya, aku terasa beban. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Berulangkali aku memikirkannya dan aku sudah dapat jawapannya.
Aku ‘penat’ dengan sandiwara dunia ini. Yakni, dek perihal manusia kini penuh dengan hati yang kejam! Kerana bermacam-macam yang...
Thursday, 26 January 2017
CERPEN: SKRIN DAN MATA

Nama aku Wani. Mungkin tidak perlu
aku kongsikan nama penuh? Aku anak kelahiran Malaysia dan umur aku sekarang
sudah mencecah 25 tahun.
Perwatakan aku? Aku seorang wanita muslimah
bertudung labuh dan alumni universiti awam yang terkemuka di Malaysia dan kini
aku bekerja di salah sebuah industri dalam negara. Aku merupakan seorang yang...
Sunday, 15 January 2017
PUISI | ERTI HIDUP

HIDUP penuh onak dan duri..
Tetapi..bukan semua duri akn membinasakan..
Kadang-kala ia untuk menyedarkan kita supaya melihat dan mendalami nikmat yang diberi oleh Pencipta..
HIDUP tanpa liku-liku akan membuatkan kita alpa..
Tetapi.. ada juga hidup dengan penuh liku disalahertikan apa yang tersirat..
HIDUP perlu dengan minda yang terbuka, jiwa yang tenang dan hati yang...
Monday, 28 November 2016
ARTIKEL : DUKA UMMAH

Sakit telinga kerana sering terdengar dek tangisan anak-anak kecil
di sekelilingku dan terdengar sayup tangisan sengsara penuh derita anak-anak di
Rohingya., yang mengharapkan pengakhiran sebuah penderitaan. Hati rapuh tak
tertahan sedih, pilu, duka mendengar tangisan mujahid dan mujahidah.
Allah, kuatkan fizikal mereka,
kuatkan iman mereka, kuatkan hati mereka supaya...
Saturday, 26 November 2016
PUISI | ROHINGYA

Rohingya,
Engkau berdarah lagi,
Dek manusia yang tidak berhati nurani menzalimi,
Kerana Islam engkau dimusuhi.
Rohingnya,
Tangisanmu tidak dapat kami dengari,
Kesakitanmu tidak dapat kami rasai,
Dek dua destinasi jauh memisahi.
Rohingya,
Maafkan kami kerana lalai dengan duniawi,
Kadang kami lupa akan tangismu memanggil kami,
Maafkan umat seluruh duniawi.
Rohingya,
Tabahlah...
Tuesday, 25 October 2016
DAIE PILIHAN TUHAN

Jika langkah
mula longlai
Hati mulai
gelisah
Semangat kian
menghilang
Resah
menyelubungi badan
tanda Allah
sedang beri ujian,...
Jangan
jangan kau
terus menghilang
tenggelam dalam
kegelapan, kejahilan juga kemaksiatan..
futur..
Konon ?
Konon tak tahan
dengan ujian
Sedangkan Allah
tak bebankan, sekadar kemampuan .
Tanamkan
kekuatan agar terus maju kehadapan.
Berlari,...