PEMUDA

Sesungguhnya sesuatu fikrah tu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang mempunyai keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan.

Wednesday, 29 January 2014

Silat: Belia Muslim Kuat Lebih Dicintai Allah

Bangi, 27 Jan – “Silat merupakan seni mempertahankan diri nusantara dan telah menjadi warisan dari satu generasi ke satu generasi sejak zaman dahulu lagi. Dengan silat, kita mampu membina jati diri dengan tertanamnya sifat cintakan agama, bangsa dan tanah air.” Demikian kata Najimuddin Bin Mohd Faudzir, aktivis PEMBINA UKM dan juga peserta silat dalam Kejohanan Pencak...

Tuesday, 21 January 2014

‘Kem Khalifah Muda’ Melahirkan Beliawanis Berjiwa Kental

HULU SELANGOR, 17 Jan – Bagi mengisi masa lapang pelajar UKM pada cuti semester ini, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UKM menganjurkan mukhayyam, khas kepada mahasiswi yang bertemakan ‘Kem Khalifah Muda (KEM)’, bertempat di Rasa, Hulu Selangor. Perkhemahan ini bertujuan membentuk ciri-ciri khalifah dalam jiwa peserta, di samping melahirkan muslimah yang berjiwa...

TARBIYAH DZATIYAH ASAS PEMBENTUKAN KHALIFAH

HULU SELANGOR, 18 Jan – “Manusia mempunyai dua tujuan hidup di atas muka bumi ini, iaitu beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah dengan cara menegakkan hukum-hakam serta memakmurkan bumi.” Kata Dr. Irfan, aktivis ISMA, dalam slot ‘Duduk Membangun Iman’ sewaktu program ‘Kem Khalifah Muda (KEM)’ di Rasa, Hulu Selangor. “Pembentukan khalifah bermula dengan membentuk...

Monday, 13 January 2014

Fahaman Feminisme Melanggar Acuan Syariat

Wanita masih keliru, mana yang benar dan mana yang palsu. Sifat ingin memimpin dan menjadi penguasa dunia semakin membuak-buak di dalam kalbu sehingga sanggup menggadaikan pegangan yang menjadi bekalan sejak 1400 tahun dahulu lagi. Dewasa ini, wanita berlumba-lumba mengejar pangkat dan harta. Wanita bersengkang mata berusaha menjadi lebih hebat daripada lelaki dan wanita...

Monday, 6 January 2014

ZON BELIAWANIS: KEM KHALIFAH MUDA

[PAKEJ TARBIYAH DAN REKREASI]Jom sertai beliawanis PEMBINA UKM dalam pengembaraan sejauh 80km dengan menaiki komuter!# Kem yang sarat dengan pelbagai aktiviti menarik yang mencabar kekuatan mental dan fizikal, mencungkil bakat yang terpendam dalam diri beliawanis dan membangun kekuatan iman melalui aktiviti yang mendidik jiwa.# Tiket pergi disediakan!Jangan lepaskan peluang...

Sunday, 5 January 2014

Aku, Kau dan FB

Kebiasaanya usaha untuk menyegarkan mata aku daripada tidur kembali selepas subuh adalah dengan online di pagi hari. Perkara pertama yang akan aku buka dari tab aku ialah Facebook (FB), walaupun aku tahu tidak ada kepentingan besar pun untuk buka Facebook. Di samping itu, aku baca artikel dari blog yang mampu memberi manfaat buat pembaca seperti aku. Sambil menunggu blog loading,...

Konflik? Hadapinya!

"Kadang-kadang saya agak cemburu dengan orang lain terutama sahabat-sahabat saya. Saya cemburu apabila mereka adalah pelajar yang rajin dan semangat belajar, tapi saya TIDAK. Saya cemburu apabila mereka dapat menunaikan amanah dengan baik, tapi saya TIDAK. Saya cemburu apabila mereka dapat menghadapi masalah dengan baik, tapi saya TIDAK. Saya cemburu apabila mereka...

poster promo ikhwah
picture hosting