PEMUDA

Sesungguhnya sesuatu fikrah tu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang mempunyai keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan.

Ahlan Ya Ramadhan

Semoga Ramadhan tahun ni menjanjikan taqwa sebagai matlamat kita!

PEMBINA UKM mengucapkan Salam Maal Hijrah. Perubahan bermula dengan diri kita. Ayuh berubah! Jangan bertangguh lagi!

My Gathering kini tiba! Eksklusif untuk muslimah sahaja. Ya, kem yang penuh dengan aktiviti menyeronokkan, hanya kita-kita sahaja! Daftar segera sebelum 11 December 2012!

JOM SERTAI KAMI!

Meneraju arus mahasiswa.

Imam Hasan Al-Banna

Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan tersergam indah.

JOM! USRAH

Usrah memainkan peranan penting untuk membentuk satu individu mengikut acuan islam sebenar. Selain itu, potensi dapat dibangunkan melalui usrah. Ingin sertai usrah? Hubungi Amirul (0136706079).

Sunday, 11 November 2012

Dialog Sheikh Mutawalli As Sya'rowy Dengan Pelampau Agama



Pernah pada suatu hari, aku berdialog dengan seorang pemuda yang mengikuti aliran ‘pelampau’ dalam memahami Islam (Golongan Mutasyaddid) dan aku bertanya padanya :
“Perbuatan mengebom pusat hiburan yang beroperasi pada malam hari yang wujud di negara-negara Umat Islam Halal atau Haramkah hukumnya?”

Anak muda itu pun menjawab kepadaku : “Ya, sudah pasti ianya halal! Membunuh mereka yang berada di dalamnya juga halal hukumnya!”

Aku bertanya lagi padanya : “Apakah kesudahan mereka sekiranya ketika engkau membunuh mereka itu mereka berada dalam keadaan sedang melakukan maksiat pada Allah?"

Pemuda itu lantas menjawab : “Pastilah neraka buat mereka!”

Aku teruskan pertanyaanku padanya : “Ke manakah syaitan bermatlamat untuk membawa mereka?

Dia menjawab : “Sudah semestinyalah matlamat syaitan untuk membawa mereka ke neraka!”

Lantas aku pun berkata padanya : “Kalau begitu, kumpulan kamu dan syaitan sedang bekerjasama untuk mencapai matlamat yang satu – iaitu memasuk dan menjerumuskan manusia ke dalam neraka!”

Aku sebutkan padanya hadith Rasulullah S.A.W : Ketika lalunya jenazah seorang Yahudi di hadapan Rasulullah S.A.W maka Baginda S.A.W pun menangis. Lalu ditanyakan kepada Baginda S.A.W : Apakah yang telah membuatkan Engkau menangis wahai Rasulullah S.A.W? Baginda S.A.W menjawab : “Satu nyawa telah terlepas dariku dan telah pergi ke neraka”.

Aku nyatakan pada anak muda itu : “Lihatlah perbezaan yang amat ketara antara kamu semua dengan Baginda Rasulullah S.A.W yang bersungguh-sungguh berusaha untuk menyampaikan hidayah kepada manusia dan menyelamatkan mereka dari api neraka! Sesungguhnya kamu sedang berada di satu lembah dan Kekasih Agung Junjungan kita Rasulullah S.A.W pula berada di lembah yang lain dari kumpulanmu!"
---------------------------------------------------------------------
Lihatlah akhlak kita, adakah kita banyak menjatuhkan hukuman ataupun banyak memberikan nasihat?
Tidakkah kita lupa bahawa kita juga ada melakukan kesalahan, kerana sifat manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Andaikan kita juga dihukum sama seperti itu, maknanya itu tidak adil kerana kita tidak sempat untuk bertaubat atas maksiat yang dilakukan. Ingat, tanggungjawab semua muslim adalah berdakwah dan memberikan nasihat kepada semua manusia, bukan sebagai penghukum kerana Allah sahaja lah yang berhak menghukum.

Amirul Hakimi
Pelajar Tahun 2 Sains Bahan
Fakulti Sains dan Teknologi

Wednesday, 7 November 2012

Ada Apa Dengan Hati?

Tanya pada hati, apa sebab resah,
Nanti jawab hati, kurang ingat Allah… ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa khabar hatimu? Sihatkah ia? Sudah buat rohani check-up? Jika belum mari sama-sama muhasabah diri.
     
     Kenapa hati sangat penting untuk dijaga? Tak boleh ke kalau tak jaga? Jawapannya boleh. Boleh, bagi sesiapa yang tidak takut akan seksaan Allah S.W.T. Segala amal perbuatan kita akan dihitung di akhirat kelak, sama ada yang baik mahupun yang buruk dan kita akan mendapat balasan setimpal  daripada perbuatan-perbuatan tersebut.  
     
Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya. (Surah Al-Isra’:36)

‘Hati itu ibarat raja, akal adalah perdana menterinya.’ Dalam diri manusia itu, hati dianggap seperti seorang raja. Dimana semua keputusan dibuat olehnya, perintahnya perlu ditaati oleh rakyat, dilayan sebaik-baiknya, makan yang sedap-sedap dan dikawal keselamatannya. Begitulah juga dengan hati, semua anggota tubuh akan dikawal olehnya dan apa jua keputusan ditentukannya. Akal hadir sebagai pembimbing dan penasihat. Lihat, hati perlu ada pembantu tapi tidak bagi Allah. Hebat bukan Allah? 
    
     Tapi mahukah kita taat pada raja yang tidak adil, kejam dan mempunyai akhlak yang buruk? Tidak mahu bukan. Samalah seperti hati, jika hati kotor, sentiasa ada dendam dan mempunyai sifat yang tidak baik maka anggota yang lain juga akan menjadi tidak elok. Akhirnya pelbagai masalah akan timbul terutamanya masalah dalam kalangan umat Islam itu sendiri.
 
     Nabi bersabda dalam hadis Ibnu Mas’ud:
    “Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal daging yang jika daging itu baik maka akan baik pula seluruh tubuh itu. Sebaliknya, jika daging itu buruk, maka buruklah seluruh anggota tubuh. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati.” (Muttafaqun ‘alaih)

     Manusia itu diciptakan bersifat lemah.
     Dalam Surah An-Nisa’ ayat 28, “Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah.”

     Sebagai manusia yang bukan tergolong dalam kalangan para Nabi, para Rasul, para Sahabat dan para Wali, sudah tentu kita agak sukar menjaga hati. Sudah tentu akan ada yang menghidap penyakit ‘sindrom down’ dalam waktu-waktu tertentu. ‘Sindrom down’ di sini bermaksud ‘Iman down’ dan pastinya hati juga akan dihidapi penyakit iaitu penyakit hati. Seperti seorang raja tadi, yang perlu dilayan sebaiknya, dihidangkan makanan yang lazat dan dijaga keselamatannya, hati juga perlu dirawat, diberi vitamin-vitamin iman dan dibekalkan dengan antibodi rohani sebagai perisai daripada anasir-anasir jahat.

      Penyakit hati perlulah dirawat segera agar tidak merebak ke anggota yang lainnya. Hal ini kerana, apabila diri dijangkiti virus penyakit hati, anggota-anggota yang lain akan terdorong untuk melakukan maksiat dan kemungkaran kepada Allah serta yang paling utama sekali timbul rasa malas untuk beribadah. Analoginya, kita sakit gigi geraham yang amat sangat sehingga gusi dan pipi membengkak. Adakah kita akan membiarkan kesakitan tersebut atau memilih untuk merawatnya? Pasti kita akan mencari ikhtiar untuk merawatnya bukan? Apabila gigi sakit, anggota yang lain juga akan terasa sakit seterusnya tiada selera makan serta tidak mahu membuat sebarang aktiviti atau kerja. Oleh sebab itu, hati yang sakit perlu dirawat segera bukan tunggu sehingga kronik.

     Kata Imam Ghazali, “Carilah hati di tiga tempat. Carilah ketika membaca Al-Quran. Sekiranya tidak menjumpai hatinya di situ, carilah ketika sedang menunaikan solat. Sekiranya tidak menjumpainya, carilah ketika sedang duduk bertafakur mengingati mati. Sekiranya masih tidak jumpa, maka mintalah hati yang baru daripada Allah kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”

 Cara-cara merawat hati :-

 -Mujahadah dalam memperbaikinya
-Banyak mengingat kematian dan hari akhirat
-Bergaul dengan orang-orang yang soleh
 -Hatinya selalu berdamping dengan Penciptanya
-Mengerjakan amalan soleh
-Memanfaatkan penciptaan hati sesuai dengan tujuan penciptaannya
-Berzikir kepada Allah

Hidup di dunia ini adalah sebagai jalan atau ruang untuk kita melaksanakan misi-misi kita sebagai khalifahNya bagi mencapai visi utama iaitu mardhotillah, mendapat keredhaan Allah. Hati adalah suis utama dalam litar badan kita. Semaikanlah baja-baja takwa dan hiasilah hati dengan iman supaya dapat melahirkan individu muslim yang hebat dari segi akhlaknya, ibadahnya, pemikirannya dan kehidupannya.

 “Wahai manusia! Sungguh , telah datang kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.” (Surah Yunus:57)

 Nur Cahaya
Pembina UKM

Surah As-Saff:Penyokong Agama Allah

       Jika dibuka Al-Quran yang mempunyai terjemahan,surah As-Saff, pasti kita akan menemukan banyak ayat yang sangat menyentuh hati dan menjentik kesedaran terutamanya bagi para du’at ataupun mereka yang menyeru ke arah kebaikan. Antaranya, ayat 2-3, ayat 4, dan ayat 10-14.

     “Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu para penyokong agama Allah sebagaimana ‘Isa putera Maryam berkata kepada sahabat-sahabat setianya: Siapakah yang sanggup menjadi para penyokongku untuk menegakkan agama Allah? Jawab sahabat-sahabat setia itu: Kamilah para penyokong Allah. Lalu berimanlah segolongan dari Bani Israel dan segolongan yang lain pula menjadi kafir. Lalu kami bantukan orang-orang yang beriman itu mengalahkan musuh mereka dan mereka telah mendapat kemenangan.” (As-Saff,61:14)

      Menurut tafsir Fi Zilalil Quran oleh As-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah, tujuan ayat tersebut ialah untuk menggambarkan satu pendirian, bukannya untuk memperincikan sebuah kisah. Mari kita renungi kembali ayat “Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu para penyokong agama Allah…” . ‘Penyokong’ yang disebutkan sebenarnya merupakan sifat yang membawa satu penghormatan yang lebih besar dari syurga dan nikmat yang melimpah!

 Dan para sahabat Nabi Isa menyahut,
 “Kamilah para penyokong Allah.” 



     Ini menunjukkan betapa mereka ini sanggup memikul tugas tersebut dan telah mendapat penghormatan gelaran ‘penyokong’ Allah. Dalam ayat 6 surah yang sama, jelas Nabi Isa telah datang menyampaikan berita gembira akan kedatangan seorang nabi dan agama yang baru namun apabila datangnya nabi yang dimaksudkan iaitu Nabi Muhammad, baginda diperangi dan dilemparkan tuduhan. Jadi jika Nabi Isa yang setia menyeru ke arah kebaikan dan sahabat Nabi Isa sanggup membela agama Allah, adalah lebih wajar untuk ummat Nabi Muhammad itu sendiri memikul tugas menyampaikan dan menegakkan agama Islam. Dan ayat yang seterusnya telah dijelaskan di dalam tafsir tersebut iaitu lalu mereka yang beriman dan berpegang teguh dengan aqidah yang benar telah dibantu oleh Allah mengalahkan mereka yang tidak beriman dan menyeleweng dari aqidah tauhid.

     Dan apakah balasan dari Allah atas pengorbanan itu? “...dan mereka telah mendapat kemenangan.”

      Dengan kekuatan hujah dan alasan yang kukuh, atau aqidah tauhid yang dipegang mereka itulah Allah telah mengurniakan kepada mereka kemenangan. Selaklah lembaran sirah, kisah Perang Uhud, Hijrah Rasulullah, kemaraan Sultan Al-Fateh menawan Konstatinopel dan banyak lagi siri perjuangan dan pengorbanan hamba-hamba Allah yang telah dibalasNya dengan kejayaan samada di dunia mahupun disimpan untuk ganjaran di akhirat kelak.

     Akhir kata, moga kita dapat mencontohi para nabi dan sahabat yang bersusah payah berkorban apa sahaja demi menegakkan syiar Islam. Semoga yang menulis lebih mempraktikkan penulisannya, begitu juga dengan pembaca.

Mari bersama berusaha menjadi PENYOKONG Allah!

Penulis bebas,
Pembina UKM,
UKM

Monday, 5 November 2012

TARBIYAH SEPARUH MASAK



Pernah atau tidak kita terfikir, kenapa kita perlu di tarbiyyah? Kemudian kita tanya diri kita lagi, sejauh mana kita membumikan tarbiyyah yang kita terima dalam kehidupan seharian? Seterusnya kita tanya lagi diri kita, sejauh mana kita telah menjadi qudwah (ikutan) dan contoh kepada orang lain?

Kita yang terlupa

Sebahagian besar aktivis dakwah atau pendakwah jika berbicara mengenai sirah Rasulullah s.a.w., para sahabat dan para pejuang Islam, maka meluncur laju bibir bercerita apa yang di fahami dan di hafal daripada pembacaan. Ayat-ayat suci al Quran dan hadis-hadis baginda Rasulullah s.a.w. di hafal dengan elok ibarat ada hard disk drive  didalam kepalanya. Jika ada usrah atau program-program tarbiyyah, maka dialah orang pertama yang berada di situ. Jika dalam mukhayyam atau tamrin, maka dia lah orang yang paling sabar dan cekal dalam menghadapi segala rintangan. Dan apabila di lihat dokumen penilaian, penuh dengan angka-angka positif yang memenuhi ruang-ruang yang ada.

Tetapi kita terlupa suatu perkara, adakah semua itu cukup untuk membuktikan dia sudah lengkap di tarbiyyah? Bagaimana pula dengan alam realiti?

Apalah ertinya sekiranya mahir berbicara mengenai sirah Rasulullah s.a.w., para sahabat dan para pejuang Islam, tetapi bila akhlaq mereka tidak di contohi, apabila berada di medan dan ketika berseorangan, futhur gugur lalu tersungkur.

Apalah ertinya sekiranya menghafal ayat Quran dan hadis dengan baik, namun amal kurang atau tidak di lakukan.

Apalah ertinya sekiranya menepati masa menghadiri program tarbiyyah, namun apabila solat berjemaah dan berjanji, tidak dapat menepatinya dengan baik.

Apalah ertinya sekiranya mampu bersabar dan cekal ketika dalam program tarbiyyah,namun apabila berhadapan masyarakat, apabila di fitnah dan di hina, hilang semua kesabaran yang di pelajari.

Apalah ertinya dokumen penilain penuh dengan angka-angka positif, namun angka-angka itu hanya sekadar angka yang kosong.

Apalah ertinya mengetahui dan memahami mengenai tarbiyyah ukhuwwah, namun apabila di kritik, di marahi, dan sebagainya, hilang semua sifat berlapang dada dan bersangka baik.

Kita tidak mendidik malaikat

Ya, manusia bukan malaikat. Iman akan ada turun dan naik. Namun jika pendakwah itu mengikut jalan tarbiyyah, maka jika futhur sekalipun tidak lah jatuh tersungkur sampai tidak mampu untuk bangun.

Tarbiyyah ini bukan hanya retorik, ia adalah pembuktian dengan amal. Kita dapat lihat sirah para sahabat bagaimana mereka membuktikan tarbiyyah yang mereka hadam di medan amal. Contohnya ketika perang Ahzab ketika mana berduyun-duyun musuh Islam datang menyerang. Namun keyakinan kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya. Tidak lari dari medan perang, bahkan mara sedia untuk syahid.

Cerita mengenai sirah Rasulullah s.a.w., para sahabat dan para pejuang Islam bukan sekadar cerita untuk memenuhi masa lapang dan mengisi program sahaja, tetapi ia adalah cerita untuk di ambil iktibar daripadanya. Ia bukan seperti kisah Alice in Wonderland!

Inilah jalan kita.

Saya sedar dan yakin bahawa kemenangan Islam itu pasti akan hadir. Pasti dan pasti, tinggal lagi sama ada kita mahu atau tidak menjadi sebab kepada kebangkitan dan kemenangan Islam. Namun sebelum menerima semua itu, perlu kita lalui jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Dan jalan ini bukan seperti jalan raya ataupun jalan yang di hamparkan red carpet ataupun di tabur dengan bunga-bunga, tetapi jalan ini di tabur dengan duri dan paku, di hamparkan dengan sweat, tears and blood.

Tarbiyyah kita bukan tarbiyyah separuh masak, hanya hebat teori namun gagal praktikal. Hanya sekadar hebat berbicara namun gagal beramal. Hanya cantik di luaran namun cacat di dalam. Namun tarbiyyah kita adalah tarbiyyah yang sejati, yang melahirkan insan yang meletakkan dunia di tangan dan akhirat di hati, dan mengimpikan kemenangan atau mati syahid.

Semoga kita kekal dan thabat dalam jalan ini sehingga ke akhirnya. Amin.

Moga Allah redha.


Ahmad Shukery Bin Azizan
Sains Kimia Tahun 2
UKM BANGI




Wednesday, 24 October 2012

Setiap Amalan Bergantung Pada Niat

Diriwayatkan dari Amirul Mu’minin Abu Hafsh ‘Umar bin Khaththab Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang ia akan perolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ia hijrahkan kepadanya”.

 Hadith ini menunjukkan salah satu prinsip dalam agama Islam, dimana atas prinsip itulah Islam berdiri tegak.

  Rasulullah s.a.w telah menyatakan didalam hadith ini, bahawa semua perbuatan yang disyariatkan Islam memerlukan kepada kewujudan niat. Semua perkataan dan perbuatan setiap mukmin tidak sah dan tidak diterima tanpa adanya niat, kerana niat adalah merupakan dasar dan ukuran bagi semua perbuatan dan perkataan.

  Setiap perbuatan itu dinilai baik selagi mana niatnya baik, dan sebaliknya setiap perbuatan itu dinilai buruk selama mana niatnya itu buruk. Maka apabila niatnya baik dan perbuatannya itu pula sesuai dengan tuntutan syariat, maka perbuatan itu diterima. Tetapi jika perbuatan baik dengan niat yang buruk, atau perbuatan buruk dengan niat yang baik dan perbuatan itu tidak disyariatkan maka perbuatan tersebut tidak diterima.


    Kebiasaannya kita mendengar ayat ‘setiap amal perbuatan itu bergantung kepada niat’ dan ternyata niat dalam melakukan ibadah itu penting. Dan tidak kira perbuatan seharian kita sekalipun, jika diniatkan kerana Allah s.w.t maka perbuatan kita diterima dan mendapat ganjaran yang setimpal dengannya.

   Sebab timbulnya hadith ini:

Diceritakan pada zaman Rasulullah s.a.w, ketika itu Rasulullah ingin berhijrah dari Makkah ke Madinah, kemudian ada seorang lelaki yang akhirnya ikut berhijrah ke Madinah tetapi dengan niat agar lamarannya diterima oleh Ummu Qais. Maka lahirlah hadith ini.

   Riwayat Ath-Thabrani dengan para perawinya yang dipercayai, dari Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Di kalangan kami terdapat seorang lelaki yang melamar seorang perempuan yang bernama Ummu Qais, tetapi perempuan tersebut menolaknya kecuali jika lelaki itu sedia berhijrah, maka lelaki itupun berhijrah dan menikahinya. Maka kami menamainya Muhajir Ummu Qais”.

    Intisari hadith:
- Ikhlas berbuat sesuatu kerana Allah s.w.t dan berwaspada daripada sikap menunjuk-nunjuk dan mencari populariti.
-Niat itu tempatnya dihati. Adapun melafazkan niat di lisan itu tidak ada tuntutan dalam syariat.
- Pekerjaan seseorang itu tidak sah apabila tidak disertai dengan niat.
- Tidak boleh berniat dalam semua ibadah kecuali apabila ibadah itu disyariatkan.

Kesimpulannya disini, marilah kita sama-sama mengikhlaskan niat kita kerana Allah s.w.t semata-mata dalam melakukan amal ibadah dan perbuatan seharian kita. Allah s.w.t Maha Mengetahui segala rahsia yang tersembunyi dan Dia Maha Rahsia. Allah s.w.t akan memberi balasan kepada setiap pelaku perbuatan. Apabila perbuatan itu baik, maka baiklah pula balasannya. Tetapi jika perbuatan itu buruk, maka buruklah pula balasannya.


 Sumber rujukan: Syarah Hadith 40 Imam An-Nawawi Penyusun: Muhammad Bukhari


Oleh: Siti Solehah Binti Azaman
          FEP (UKM)

Ragut Di UKM?

   Belakangan ini,kes ragut sekitar kampus UKM semakin menjadi-jadi.Ketika ini,sudah 3 kes ragut telah dilaporkan di Wisma Aman dalam tempoh 2 minggu.Ditambah pula dengan kesibukkan semua pihak dalam menguruskan pesta Konvokesyen ke- 40 UKM, si peragut ini mengambil kesempatan menunjukkan taringnya.Takut-takut,si peragut ini akan terus mencari mangsanya selepas ini.Setakat ini,mangsa si peragut adalah golongan pelajar perempuan.Oleh itu,langkah berjaga-jaga perlulah di ambil setiap masa tidak kira di mana jua kita berada.

  Kejadian terbaru,seorang pelajar perempuan yang berhenti di tepi jalan di sekitar tapak Pesta Konvo UKM telah diragut.Kondisi begnya ketika itu adalah berada di dalam raga motosikal.Kejadian berlaku sekitar jam 10 malam.Oleh kerana kejadian itu berlaku dengan terlalu cepat,si peragut gagal lagi untuk ditangkap.Jumlah kerugian tidak diketahui dan alhamdullillah kerana si peragut tidak mengeluarkan senjata apa-apa untuk mengancam.

   Beberapa tips yang berguna untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ragut adalah dengan sentiasa mempunyai prinsip waspada atas harta benda kita.Diikuti dengan langkah-langkah berjaga-jaga seperti sentiasa berteman jika mahu ke mana-mana lebih-lebih lagi pada waktu malam,berjalan melawan arus lalulintas kenderaan,memastikan beg berada pada posisi yang sukar untuk diragut,dan berjalan di kawasan yang ramai orang lalu lalang.Jika kejadian ini tetap berlaku,segera melaporkan kepada pihak yang berwajib.

   Persoalan di sini sangat mudah namun susah untuk di ambil perhatian.Diri sendiri itu sebenarnya harus berjaga-jaga dalam memastikan barang-barang kita yang berharga sentiasa berada dalam kondisi yang selamat.Sikap ambil mudah dan lalai inilah yang membuka ruang kepada si peragut untuk mudah menjalankan kegiatan haramnya.Kadang-kadang,kita juga yang memberi peluang kepada mereka untuk melakukan kegiatan tanpa kita sedari,bak kata pepatah,orang mengantuk disorongkan bantal.Mudah,setiap yang berlaku ini,kita pandang pada kesilapan diri sendiri dan harus percaya ada hikmah yang Allah kirimkan di atas setiap sesuatu.Harus diingat,apa yang menjadi milik kita pada hari ini adalah milik Allah sepenuhnya.Itu adalah resepi utama untuk belajar menjadi redha.


Munirah Ismail
Pembina UKM

Saturday, 13 October 2012

ERTI SEBUAH PENGORBANAN

Nabi Ibrahim menyampaikan kepada anaknya,

إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى

  “Sungguh aku telah bermimpi bahawa aku menyembelih kamu (Ismail), – Aku diperintahkan agar aku menyembelih kamu, wahai Ismail. – Bagaimana menurutkanmu Ismail? Bapa gelisah karena mimpi ini.” Ternyata jawapan dari anaknya di luar dugaan. Ia tidak mengatakan, “Jangan!”, “Tidak mau. Saya tidak mau disembelih.” misalnya. Ternyata jawapan dari Ismail,

يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِين

“Wahai Bapaku, lakukan saja. Aku insya Allah termasuk orang-orang yang siap dengan sabar menghadapi perintah Allah ini.”
 “Jadi pendapatmu seperti itu?”
“Ya, itu adalah perintah dari Allah. Lakukan saja, jangan ragu-ragu. Aku Insya Allah termasuk orang-orang yang sabar dalam menghadapi ujian seperti ini."
 Nabi Ibrahim, mendapat dukungan terhadap mimpinya itu. Saat itu Nabi Ibrahim hanya mampu berkata,
“Ya baik.Saya siapkan pisau yang tajam.” Pisau itu diasahnya bolak-balik sampai tajam dengan semata-mata ingin mendapatkan ridha Allah. Anak pun tega untuk dipotong demi mendapatkan ridha Allah Swt. Jika Nabi Ibrahim a.s sanggup mengorbankan satu-satunya anak yang tersayang,Nabi Ismail pula sanggup mengorbankan nyawanya yang tak ternilai kerana taat menunaikan perintah Allah dan cintanya kepadaNya,maka dimana bukti cinta seseorang yang mengaku beriman terhadap Rabbnya.Ternyata Ibadah qurban merupakan salah satu syariat yang diturunkan Allah bagi membuktikan kecintaan hamba kepada penciptaNya.

Antara hikmah pensyariatan ibadah Qurban adalah:

1.Mendekatkan diri atau taqarrub kepada Allah atas segala kenikmatan yang telah dilimpahkan-Nya yang jumlahnya demikian banyak, sehingga tak seorang pun dapat menghitungnya
 (QS Ibrahim, 14:34)

2. Menghidupkan sunnah para nabi terdahulu, khususnya sunnah Nabi Ibrahim

3. Menghidupkan makna takbir di Hari Raya Idul Adha, dari tanggal 10 hingga 13 Dzul-Hijjah, yakni Hari Nasar (penyembelihan) dan hari-hari tasyriq

4. Berdimensi sosial kemasyarakatan yang sangat dalam.

Hal itu terlihat ketika pelaksanaan pemotongan haiwan yang akan dikorbankan, para mustahik yang akan menerima daging-daging kurban itu berkumpul. Mereka satu sama lainya meluapkan rasa gembira dan sukacita yang dalam. Menyembelih binatang qurban hanya boleh dilakukan setelah selesai solat Hari Raya.Tidak dihukum sebagai ibadah korban bagi sesiapa yang menyembelih sebelum selesainya solat Aidil Adha.Rasulullah saw bersabda,

“Baginda bertanya apakah (disembelih) sebelum solat? Ia menjawab: Ya! Baginda bersabda : Itu adalah daging kambing (sedekah) yang bukan kambing korban."

Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha yang akan tiba tidak lama lagi,semoga kita sama-sama mengambil hikmah daripada pensyariatan ibadah ini.Semoga sirah para nabi ini dijadikan contoh teladan pada kita semua sebagai seorang mahasiswa muslim.

 oleh:
Aktivis PEMBINA UKM
UKM

Wednesday, 10 October 2012

"JANGAN MARAH, DAN BAGIMU SYURGA"





HADIS KE-16

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w: “Berilah aku nasihat.” Baginda bersabda: “ Jangan marah.” Maka orang itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali, Nabi menjawab: “ Jangan marah!”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas menceritakan tentang nasihat Nabi kepada seorang lelaki iaitu Abu Darda’ r.a. Walaupun hadis ini dikhususkan kepada orang yang bertanya iaitu Abu Darda’ akan tetapi nasihat ini sangat berguna untuk umat manusia. Marah merupakan suatu perasaan yang sangat besar kesannya ke atas diri individu. Apabila seseorang itu tidak mampu untuk menahan kemarahannya maka akan timbullah pelbagai keburukan. Nabi s.a.w menasihati umat manusia supaya jangan marah adalah jelas menunjukkan bahawa sifat marah itu bukanlah perkara yang baik. Berdasarkan nasihat ini juga Nabi s.a.w menganjurkan supaya umatnya berakhlak mulia seperti penyayang, lemah lembut dan rendah hati. Nabi s.a.w juga menyarankan supaya umatnya bersabar dalam menghadapi musibah dan bergaul sesama manusia dengan akhlak yang terpuji.
Dalam mencapai usaha menahan kemarahan, terdapat beberapa resepi yang dapat dijadikan panduan, antaranya:
·         Berlindung kepada Allah s.w.t dengan menbaca ta’awuz.
·         Ingat kepada manfaat menahan marah.
·         Berwudhu’
·         Menukar posisi tubuh dari berdiri kepada duduk atau duduk kepada baring.
·         Ingat kepada kemarahan Allah bahawa kemarahan-Nya lebih dari kemarahan kita dan sebagainya.

Terdapat sebuah kisah yang menceritakan seorang pelayan dengan majikannya tentang menahan kemarahan. Dikisahkan bahawa seorang pelayan sedang membawa makanan untuk tuannya. Tiba-tiba pelayan itu tergelincir dan makanan yang dibawanya terjatuh menimpa tuannya. Maka meledaklah kemarahan tuannya itu, ketika melihat perkara itu pelayan tersebut berkata: “ Wahai tuan, ingatlah firman Allah s.w.t.” Tuan itu berkata: “ Apa firman Allah s.w.t itu?” Pelayan tersebut menjawab: “ Allah s.w.t berfirman: : dan orang-orang yang menahan kemarahannya.” Si tuan berkata: “ Ya, saya sedang menahan kemarahan.” Pelayan itu berkata: “ dan orang-orang yang memaafkan orang.” Si tuan berkata: “ Ya, saya telah memaafkan kamu.” Pelayan itu berkata lagi: “Allah s.w.t menyukai orang-orang yang berbuat baik.” Si tuan menjawab: “Kamu bebas kerana Allah.” Kemudian tuan itu memberi pelayannya seribu dinar.
Kata Hikmah: “ Marah itu punca penyesalan.”




NURUL HAJJAR BINTI ATAN
KOMUNIKASI DAN DASAR AWAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Tuesday, 9 October 2012

GANGNAM STYLE

Gangnam style merupakan satu kosa kata yang agak popular diperkatakan belakangan ini.Secara ringkasnya,Gangnam style dapat didefinisikan sebagai satu bentuk hiburan melalui tarian yang originnya di Seoul,Korea Selatan.Tarian ini sebenarnya bermanfaat kepada negara mereka kerana ada unsur-unsur sinis dalam menegur perlakuan masyarakat mereka.Untuk lebih difahami,segala teguran disampaikan melalui lagu yang dinyanyikan bersama-sama tarian tersebut secara sinis.

Namun demikian, masalahnya kini adalah di dalam tarian tersebut terdapat banyak unsur-unsur negatif yang tidak baik telah menjadi ikutan oleh mereka yang beragama Islam. Sememangnya, terbukti dari sudut pandangan kesihatan, dengan menari badan kita akan segala toksik badan dapatdikeluarkan melalui peluh. Namun, adalah sangat ditegaskan di sini, jika pada tarian itu terdapat unsur-unsur yang tidak baik,maka wajib ke atas seseorang individu muslim itu mengelakkannya dengan segera.

 Antara unsur-unsur negatif yang membuatkan tarian ini tidak patut diterima adalah terdapatnya pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan,berpakaian tidak menutup aurat dan beberapa aksi yang agak tidak senonoh untuk dipandang.Bayangkan,jika tarian ini terus menjadi ikutan untuk yang beragama Islam,ini akan menyebabkan bertambahnya segala maksiat di muka bumi.

 Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

Kalian sungguh-sungguh akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai seandainya mereka masuk ke lubang dhabb, niscaya kalian akan masuk pula ke dalamnya. Kami tanyakan: “Wahai Rasulullah, apakah mereka yang dimaksud itu adalah Yahudi dan Nashrani?” Beliau berkata: “Siapa lagi kalau bukan mereka?”

 (HR Muslim)

Maksud hadis Nabi di atas sangat jelas.Sedikit demi sedikit kita akan terpengaruh dengan lebih jauh jika tidak dibendung dari sekarang. Mengapa tarian seperti ini yang ingin dijadikan ikutan, walhal, Islam sendiri mempunyai cara yang lebih baik untuk menjadi sihat,untuk menegur sesuatu,untuk mengurangkan tekanan serta beberapa masalah hati yang lain.Carilah ubat di dalam ajaran Islam itu sendiri,kita akan berjumpa dengan apa sebenarnya yang kita mahu. Jika masyarakat Korea mengambil budaya-budaya Barat sehingga mereka sendiri terpengaruh, bukanlah satu masalah yang besar. Tetapi jika yang beragama Islam turut terpengaruh, ini sememangnya mengundang masalah.Belajarlah mulai sekarang untuk mencintai cara hidup Islam.Islam adalah agama yang menyediakan segala jawapan kepada setiap masalah yang kita hadapi.Jangan lelah dalam mencari dan terus mencari sesuatu yang lebih diredhai Allah dan hindarlah segala perbuatan yang membuatkan kita menzalimi diri sendiri.Islam itu mudah dan jangan pula kita yang menjadikannya susah.Baliklah kepada Tuhan,nescaya hatimu menjadi tenang.

Munirah Ismail
PEMBINA UKM

T-shirt PEMBINA UKM





Boleh dapatkan tempahan dari kami..Edisi Terhad..









HANTARAN AL-QURAN

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..
 "Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil. Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran. "Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah. " Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Bahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
 "Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.
 "Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
 "Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.
"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut. "Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema. Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
 "Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.
"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta..... ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
 "Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib. Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
 "Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad Surah Ar Ra'd
"Apa benda nih" detik hati Nabil. "Bismillahirrahmaani rrahim..ALL.. .MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil. Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas. "Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM... MIMMM.... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
 "Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.
 "Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya. Hari semakin cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
 Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Noraini bnti Pitri
PEMBINA UKM
UKM

Tuesday, 18 September 2012

Dunia dimanfaatkan untuk Keselamatan Akhirat


Hadis ke 40:
MEMANFAATKAN DUNIA UNTUK KESELAMATAN DI AKHIRAT
Diriwayatkan dari Ibnu Umar RA, ia berkata: Rasulullah SAW memegang bahuku lalu baginda bersabda: “ Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau orang yang melewati sebuah jalan (musafir).” Selanjutnya Ibnu Umar RA berkata: “ Bila engkau berada pada petang hari, maka janganlah menunggu datangnya pagi hari dan bila engkau berada pada pagi hari maka janganlah menunggu datangnya petang hari. Manfaatkan waktu sihatmu untuk sakitmu dan waktu hidupmu untuk matimu.” (HR: Bukhari)
Berkaitan dengan hadis ini, terdapat beberapa intisari yang dapat dikenal pasti antaranya:
·         Pemberian nasihat dan petunjuk kepada kebaikan.
·         Berbicara dengan seorang tetapi ia berlaku untuk umum, di mana semua umat berhak atas nasihat ini.
·         Anjuran supaya meninggalkan dunia dan hidup zuhud.
·         Persiapan sebelum mati dan takut akan saat datangnya kematian pada waktu malam atau siang hari.
·         Bersegera mengerjakan amal soleh dan menggunakan kesempatan waktu yang ada sebelum datangnya penyakit atau kematian.
·         Dalam hadis ini, Nabi SAW memegang bahu Ibnu Umar, mengandungi pelajaran bahawa guru mengingatkan murid dengan meletakkan tangannya pada salah satu anggota badan murid seperti bahu misalnya agar lebih berkesan kepada jiwa murid dan mereka akan mendengarkannya dengan penuh perhatian.

Tafsir Hadis:
·         Nabi SAW berwasiat kepada kita bahawa hendaklah manusia di dunia ini menjadi seperti orang asing atau musafir yang tidak menyukai tinggal menetap di sesebuah negeri bukan negerinya sendiri. Nabi SAW membuat perumpamaan yang menarik bagi orang yang berakal ini agar hatinya tidak tertambat dan cenderung kepada kehidupan dunia, kecuali sekadar yang diperlukan selama dalam perjalanan sebagai seorang musafir atau perantauan di negeri orang.

Allah SWT juga banyak menyebut di dalam al-Quran mengenai kecintaan manusia kepada dunia, antaranya di dalam surah Ali-Imran ayat ke 14, yang bermaksud “ Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan iaitu berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang berbentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.” Selain itu, Allah juga ada menyebut dalam surah al-Ankabut ayat 64, yang bermaksud “ Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui.



NURUL HAJJAR BINTI ATAN (Ukhti Ansarullah)
Komunikasi dan Dasar Awam
Universiti Kebangsaan Malaysia

poster promo ikhwah
picture hosting