Sekadar Gambar Hiasan - Di dunia, kita begitu
berhati-hati supaya tidak ditipu,tapi adakah kita berhati-hati supaya tidak
tertipu dengan muslihat syaitan di Akhirat? |
Mungkin sejak dari kecil kita pernah mendengar perkataan takwa, malah dalam khutbah jumaat setiap minggu yang kita hadiri, perkara pertama yang ditekankan oleh khatib adalah bertakwa (kerana itu salah satu syarat sah solat jumaat). Jika
ditanya saya, saya akan menyatakan sejak di bangku sekolah
lagi sudah mendengar takwa, cuma masalahnya TIDAK TAHU apa itu takwa. Sejak
melangkah ke alam universiti barulah saya mengetahui dan memahami apa itu takwa
setelah di pilih Allah untuk melalui beberapa proses tarbiyyah.
Maka,
apa itu takwa?
Sebelum
ini, mari saya bawa anda semua ke sebuah kisah para sahabat r.ajamain yang
masyur yang mana satu hari, Umar r.anhu bertanya kepada Ubayy b. Kaab r.anhu,
“Apakah yang kamu faham tentang takwa?”
Ubayy
berkata, “Wahai Umar, pernahkah engkau
berjalan di kawasan yang dipenuhi duri?”
Umar
menjawab , “Ya, aku pernah.”
Kemudian
Ubayy bertanya semula, “apakah yang kamu
lakukan?”
Umar
pun berkata, “Aku akan selak sedikit
kainku dan akan berjalan dengan cukup
berhati-hati untuk mengelakkan terkena duri-duri itu.”
Kemudian
Ubayy memberitahu, “Ya, itulah takwa…”
Ya,
itulah takwa.
Ketika
di bangku sekolah, kita sering diberitakan oleh para asatizah yang mendidik
kita bahawa kita wajib takut kepada Allah melebihi segala-galanya. Dengan erti
kata lain, inilah takwa. Namun,
Syeikh Yawar Baig menyatakan ia tidak berapa adil untuk seorang hamba takut
kepada Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih kepada hamba-hambaNya.
Dimudahkan
seperti ini, ibaratnya seperti kita takut pada seekor ular, sudah pasti kita
tidak mahu berjumpa dengan ular ketika di perjalanan atau di rumah. Atau contoh
lain, jika kita takut pada hantu, sudah pasti kita tidak mahu berjumpa dengan
hantu. Tengok cerita hantu barangkali sudah takut.mMaka,
tidak mungkin sama sekali seorang manusia atau hamba tidak mahu bertemu dengan
Tuhannya? Oleh itu, maksud yang paling tepat untuk takwa adalah TAKUT untuk MENDERHAKAINYA.
Begitu
pentingnya takwa ini sehingga banyak kali di sebut oleh Allah supaya suruh
bertakwa, sudah pasti tinggi nilaian takwa ini.
Kita
sudah sedia maklum mengenai khutbah terakhir baginda Rasulullah s.a.w. , baginda
ada bersabda yang bermaksud:
“Kamu semua
adlah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam
takwa dan beramal soleh..”
Subhanallah!
Walau
sehebat mana seorang manusia itu,
walau
sekaya mana seorang manusia itu,
walau
segagah mana manusia itu,
walau
semiskin mana manusia itu,
walau
selemah mana manusia itu,
perbezaan
antara mereka hanyalah pada 2 perkara, iaitu TAKWA dan AMAL SOLEH.
Kerana
jika seorang manusia itu kaya, mungkin dia akan bongkak atau angkuh dengan
kekayaan tersebut.
Jika
seseorang itu gagah, kemungkinan dia akan sombong dengan kegagahan tersebut. Jika
seseorang itu miskin, kemungkinan dia akan kufur atau menyalahkan takdir akan
kemiskinan tersebut. Jika dia seorang
yang lemah, kemungkinan dia akan menyalahkan orang lain atau mencari alasan
dengan kelemahan tersebut.
Namun
jika dia seorang yang bertakwa dan beramal soleh? Tiada istilah angkuh, atau
sombong, mahupun menyalahkan takdir untuk di ungkapkan oleh orang yang bertakwa
ini.
Hebat
bukan?
Dalam
surah al Baqarah ayat 1-5, Allah sudah menjelaskan kepada kita mengenai siapa
orang yang bertakwa ini dan apa ganjarannya.
Firman
Allah dalam surah Al Baqarah yang bermaksud:
“Alif Laam Mim”.
(1)
“Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa” (2)
“Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa” (2)
“(Iaitu) bagi mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan
menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka”.(3)
“dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.” (4)
“Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (5)
“dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.” (4)
“Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (5)
Maka
tinggal lagi bagaimana pula untuk kita meraih takwa ini?
Allah
telah memberi tahu mengenai siapa orang yang bertakwa melalui banyak firmannya.
Antaranya surah ali Imran ayat 133 sehingga 135.
Firman
Allah yang bermaksud:
“Dan
bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang
luasnnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa
(133)”
“(iaitu) orang
yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang
menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai
orang yang berbuat kebaikan.” (134)
“Dan (juga)
orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri
sendiri, (segera) megingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan
siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tida
meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.” (135)
Lihat,
daripada ayat ini kita dapat rungkaikan bahawa ciri-ciri orang bertakwa itu
adalah :
1)
Orang yang berinfak(bersedekah) di waktu lapang (kaya) atau sempit (miskin).
2)
Orang-orang yang menahan amarah (sabar)
3)
Orang-orang yang memaafkan orang lain.
4)
Orang yang suka berbuat kebaikan.
5)
Orang-orang yang apabila buat kesalahan/kejahatan, maka segera bertaubat.
Subhanallah,
ini baru beberapa potong ayat, belum lagi jika kita mencari ciri-ciri orang
bertakwa dalam al Quran ini.
Dan
salah satu cara lagi untuk meraih takwa adalah dengan menolak atau menghindari
kejahatan dan kemaksiatan dengan erti kata lain, mencegah kemungkaran.
Untuk
menyatakan ingin mencegah kemungkaran, memang suatu perkara yang mudah, tetapi
sejauh mana pengaplikasiannya dalam reality masyarakat hari ini?
Contohnya,
sebagai mahasiswa/i, kita melihat seorang sahabat kita sedang berdua-duaan
dengan kekasihnya di tempat yang sunyi ataupun membonceng kekasihnya dengan
motosikal.
Apa
yang anda akan lakukan ketika itu?
Jawapan
ada pada anda semua. Tepuk dada tanya iman. Jika anda pilih untuk mencegahnya,
yakinlah bahawa anda akan merasai suatu nikmat yang anda tidak dapat gambarkan
dengan projector mahupun Microsoft word.
Terakhir sekali, syaitan ni lebih takut kepada orang yang berani menolak maksiat dan kemungkaran berbanding orang yang tak terlibat dengan maksiat dan kemungkaran. Syaitan akan sentiasa memasang strategi untuk manusia agar tidak berkesempatan berfikir untuk ummah dan berfikir untuk mencegah kemungkaran juga maksiat.