Love chemistry. Mengapa love chemistry? Bukan love
biology atau love physic? Atau mungkin love psychology? Ini
adalah bait kata-kata yang diungkapkan oleh penulis buku ‘Online dengan Tuhan’,
Zulkifli Khair. Tajuk artikel ini juga merupakan salah satu wadah yang
terkandung di dalam buku beliau. Sungguh besar maknanya jikalau kita mengamati
maksud sebenar istilah yang digunakan oleh penulis tentang cinta. Cinta adalah
fitrah bagi diri yang bergelar manusia. Cinta adalah anugerah terindah yang
diberikan oleh Allah kepada insan yang bernama manusia. Hanya manusia sahaja
yang mampu merasai kehebatan cinta kerana keistimewaan dan kelebihan yang ada
pada mereka bukan pada makhluk lain.
Bicara soal cinta, ramai yang menganggap
cinta itu hanya pada manusia seperti ibu ayah, adik-beradik, dan juga suami.
Akan tetapi adakah cukup dengan hidup kita di dunia ini hanya mencintai makhluk
sahaja? Bukankah ada yang lebih agung, lebih hebat, lebih gagah dan lebih
perkasa yang nama-namanya sentiasa di sebut oleh lidah manusia seperti
al-Rahim, al-Rahman, al-Khahar, al-Ghafur dan banyak lagi. Imam al-Ghazali
telah mengungkap satu syair yang sangat menyentuh jiwa bagi sesiapa yang
menghayati dan menilai maksud cinta yang sebenar. Syair beliau berbunyi:
Cintakan
bunga akan layu,
Cintakan
manusia akan mati,
Cintakan
Allah kekal abadi,
Itulah
cinta, cinta yang hakiki.
Begitulah betapa indahnya bait-bait syair
yang dilafazkan oleh Imam al-Ghazali, beliau merasakan begitu indah dan
manisnya mencintai Allah yang pasti kekal tiada penghujung.
Ayuh kawan, tanamkan cintamu pada yang layak, pada yang selalu Merinduimu, pada yang tak jemu Memberi nikmat padamu, pada yang tak pernah Lupa padamu, pada yang cemburu andai kau terus jauh dengan dunia tipu daya, pada yang selalu bersama saat kau layu, pada yang tak pernah jemu memanggil mu, 'Wahai hambaku, kembalilah padaKu. Sesungguhnya Aku sangat dekat, malah lebih akrab dari urat lehermu!'
Ayuh berdoa, agar cintamu pada mahluk, tidak melebihi cinta Khalik!
Penulis: Siti Hajar Atan (UKM)