UKM,Bangi, 17
Mei. - Undang-undang Malaysia tidak akan terikut dengan acuan hak asasi manusia
yang dicadangkan oleh barat kerana kita mempunyai perundangan yang kukuh iaitu
Islam adalah agama Persekutuan. Tegas Abdul Rahim Sinwan, Timbalan Presiden
Persatuan Peguam Muslim Malaysia. Beliau juga menyeru supaya slogan ‘Islam
adalah agama rasmi negara’ diperbetul kepada Islam adalah agama Persekutuan. Hal
ini menunjukkan apa-apa yang bertentangan
dengan Islam akan ditolak.
Hak asasi bukanlah satu perundangan yang mesti
diikuti oleh semua negara, ia hanyalah satu deklarasi, tegas beliau lagi, ketika
menjadi panel Forum Hak Asasi Manusia Kebebasan atau Cengkaman di Universiti
Kebangsaan Malaysia, UKM.
Menurut Mejar Nazri Musman, wakil Ikatan
Muslimin Malaysia, (ISMA) yang turut
menjadi ahli panel forum tersebut, Hak Asasi yang diperjuangkan oleh barat
adalah berat sebelah, hal ini dibuktikan dengan pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh sekutu
barat, Zionis terhadap Palestin. Apabila
ditanya tentang pengalaman beliau ketika berkunjung ke Gaza beru-baru ini,
beliau mengatakan amanat yang diberikan oleh Menteri Kesihatan Palestin .
“Penduduk Palestin
adalah pejuang Islam yang berada di barisan paling hadapan dan sedang menentang
musuh utama Islam itu sendiri. Janganlah sibukkan kami dengan usaha mencari
dana untuk bekalan perubatan, makanan dan sebagainya. Tugas mencari dana adalah
tugas umat Islam lain di luar sana."
Forum yang dianjurkan oleh PEMBINA
Cawangan Bangi ini juga menjemput Ustaz Dr Khairuddin Aman Razali, Pengasas
Darul Fuqoha’ sebagai ahli panel. Beliau menyatakan manusia mempunyai hak dalam
5 asas yang digariskan dalam Islam. Iaitu hak dalam menjaga agama, memelihara
kehidupan, menjaga maruah, harta dan akal. Jika hak ini tidak ditunaikan, maka
sesuatu individu itu berhak menuntutnya. Jika kita menuntut hak lebih dari 5
asas tersebut, maka kita telah mengambil
hak orang lain, tegas beliau lagi.
Forum yang dilangsungkan dengan
kerjasama Unit Perhubungan Sumber Manusia UKM ini, berjaya menarik hampir 200 orang mahasiswa,
khususnya dari IPT di sekitar
Bangi.
Majlis ditutup dengan penyampaian
cenderahati oleh saudara Mohd Rusman
Arief b Abd
Rahman selaku Ketua PEMBINA Cawangan Bangi
kepada moderator, saudara Norzafry bin Norhalim dan semua panel jemputan.
PEMBINA berharap, dengan adanya forum
ini, masyarakat dapt memahami dan menilai
hak-hak yang sesuai dituntut selaku waganegara Malaysia yang berpayung dibawah Perlembagaan
Persekutuan.