Kata-kata yang telah dipetik dari buku “Hati Sebening Mata Air” tulisan Amru Khalid merupakan satu azimat yang menjadi bekalan kepada kita semua dalam mengharungi samudera kehidupan. Buku ini mengetengahkan pelbagai refleksi-refleksi yang berkaitan dengan hati.Tulisan Amru Khalid yang menyentuh hati dan sanubari pembaca akan membangkitkan rasa untuk terus beramal.Ikhlas merupakan salah satu kondisi hati yang telah dibicarakan oleh beliau.
 “Ikhlas adalah rahsia Allah dan hambaNya.Ia tiada diketahui malaikat,sehingga ia tiada kuasa menuliskannya.Tiada pula diketahui setan,sehingga ia tiada kuasa merusaknya.”

Melalui penjelasan beliau,para ulama telah memberikan beberapa pengertian bagi ikhlas,iaitu:
Pertama, ikhlas ialah mengkhususkan tujuan semua perbuatan kepada Allah swt semata.Pengkhususan ini mengharuskan tujuan perbuatan itu hanya untukNya,bukan yang lain.
Kedua, ikhlas adalah melupakan pandangan manusia,sehingga kita hanya melihat Sang Pencipta sahaja.Orang yang menangis kerana takut kepada Allah,memberikan infak,atau mengerjakan shalat di tengah ribuan manusia akan tetap ikhlas kerana ia tidak mengharapkan pandangan manusia,hanya pandangan Allah semata.
Demikianlah,ikhlas merupakan kunci amalan hati.Terima atau tertolaknya sesuatu amalan itu adalah tergantung kepada niatnya.Adakah ikhlas kerana Allah semata atau mengharapkan pujian manusia.Hadith pertama dalam himpunan Hadith Iman An-Nawawi menyebutkan tentang niat.Hadith ini muncul tatkala terjadi peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah.Ada seorang lelaki yang ikut berhijrah kerana cintanya kepada seorang wanita bernama Ummu Qais.Para sahabat pun saling silang pendapat,apakah hijrahnya diterima atau tidak.Akhirnya,Rasulullah saw mensabdakan hadith tersebut,sehingga hijrah laki-laki itu disebut hijrah Ummu Qais.

Seorang Salaf mengatakan,”Pelajarilah niat kalian,sebagaiman kalian belajar ilmu.”Kita akan mempelajari bagaimana berniat ini.Kita mulai dari apa objek niat kita,iaitu amal ibadah,adat kebiasaan dan perkara yang diluar kemampuan manusia.

Pertama, niat dalam perkara ibadah.
Setiap perkara yang ingin kita lakukan,mestilah diniatkan sebagai satu ibadah kerana Allah swt.Kerana itu,ketika seorang sahabat Nabi meninggal,dikatakan kepada seorang Tabi'in,”Berjalanlah bersama kami mengikuti jenazah seorang sahabat”.Ia menjawab,”Tunggu sebentar”.Maka ia pun terdiam lalu berkata “Berjalanlah bersama kami”.Hingga laki-laki itu bertanya kepadanya,”Apakah yang menghentikanmu sebentar?”.Ia menjawab,”Aku duduk mempersiapkan niatku”.

Kedua, niat dalam adat kebiasaan.
Niat mengubah adat kebiasaan menjadi ibadah.Contohnya adalah belajar.Mengapa kita belajar?Kita mungkin menjawab “Saya belajar agar tidak dimarahi oleh orang tua”.”Kerana memang harus belajar”.”Kerana semua siswa melakukan itu”.Dalam keadaan ini kita tidak akan mendapat pahala dan kita tidak melakukan perintah Allah.Untuk ikhlas kita harus mempersiapkan niat kerana gerbang niat adalah ikhlas.

Ketiga,niat dalam perkara yang tidak kita mampu.
Sebagai contoh orang yang berniat untuk mengerjakan haji atau umrah tetapi tidak mampu melakukannya,niatnya itu sudah mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.


Penulis: Siti Asyuhra Rahman (Sains Fizik, UKM Bangi)