PEMUDA

Sesungguhnya sesuatu fikrah tu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang mempunyai keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan.

Ahlan Ya Ramadhan

Semoga Ramadhan tahun ni menjanjikan taqwa sebagai matlamat kita!

PEMBINA UKM mengucapkan Salam Maal Hijrah. Perubahan bermula dengan diri kita. Ayuh berubah! Jangan bertangguh lagi!

My Gathering kini tiba! Eksklusif untuk muslimah sahaja. Ya, kem yang penuh dengan aktiviti menyeronokkan, hanya kita-kita sahaja! Daftar segera sebelum 11 December 2012!

JOM SERTAI KAMI!

Meneraju arus mahasiswa.

Imam Hasan Al-Banna

Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan tersergam indah.

JOM! USRAH

Usrah memainkan peranan penting untuk membentuk satu individu mengikut acuan islam sebenar. Selain itu, potensi dapat dibangunkan melalui usrah. Ingin sertai usrah? Hubungi Amirul (0136706079).

Tuesday, 16 July 2013

Gabungan NGO Islam desak Duta Vatican City diusir

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam mendesak kerajaan menutup kedutaan dan mengusir Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino kerana menyokong pendirian Persekutuan Kristian Malaysia bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian di negara ini.

Gabungan NGO Islam ini mengutuk keras kenyataan Marino yang dilihat sengaja berniat jahat untuk mengeruhkan lagi hubungan antara Islam dan Kristian dalam pertikaian isu kalimah Allah.

Sehubungan itu, Marino perlu menarik balik kenyataan tersebut dalam tempoh tujuh hari dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam atas kebiadapannya.

Wakil gabungan NGO, Pengerusi Yayasan Nassar, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, seharusnya kehadiran Vatican adalah untuk membantu kerajaan Malaysia meredakan ketegangan antara Islam dan Kristian dalam isu kalimah Allah, tetapi sebaliknya telah berlaku.

“Tindakan biadab Marino secara jelas membuktikan kehadiran beliau di negara ini ada agenda tersendiri.

“Sedangkan dalam hal ini, Marino tidak berhak untuk mencampuri urusan hal ehwal agama Islam dan perlembagaan negara khususnya tentang hal keistimewaan Islam di Malaysia.

“Sebetulnya Marino perlu menjaga hubungan Malaysia dan Vatican di samping menghormati umat Islam di Malaysia tanpa mengeluarkan kenyataan yang disengajakan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan,” katanya dalam satu sidang media di Villa Puteri di sini, hari ini.

Oleh yang demikian, ujar Ustaz Nasharuddin, kami wakil-wakil NGO sekali lagi mendesak agar kerajaan menutup segera pejabat Kedutaan Vatican di Malaysia dan duta tersebut perlu diusir keluar dari negara ini.

Jika dalam tempoh tujuh hari masih tiada tindakan, gabungan NGO Islam akan membuat himpunan untuk terus mendesak agar Marino diambil tindakan tegas.

Marino sebelum ini menyatakan pendiriannya menyokong gereja Katholik di Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini.

Marino memuji hujah-hujah yang dikemukakan oleh Persekutuan Kristian Malaysia bagi membolehkan perkataan Allah dalam teks dirujuk kepada tuhan.

Antara wakil NGO Islam yang hadir termasuklah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia, Permuafakatan Wangsa Malaysia (Pewangsa Malaysia), Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

dari : pembina.com.my
link : http://pembina.com.my/gabungan-ngo-islam-desak-duta-vatican-city-diusir/

Sunday, 14 July 2013

Kenyataan DAP Terhadap Keciciran UKM Tidak Berasas

PEMBINA menolak kenyataan Ahli Parlimen Kampar, Dr Ko Chung Sen yang menggesa pihak Kementerian Pendidikan mengeluarkan subjek Tamadun Islam di Universiti. Berdasarkan berita yang tersebar pada 11 Julai 2013  di Malaysian Insider berkenaan ucapan Ahli Parlimen Kampar, Dr Ko Chung Sen yang meminta pihak Kementerian Pendidikan mengeluarkan subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di Universiti sangat tidak relevan.


Tambahan lagi, beliau juga ada mengatakan tentang keciciran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk disenaraikan di dalam Times Higher Education World University Rankings 2012/2013  yang dikeluarkan pada Jun lalu. Hal ini seolah-olah menunjukkan subjek Tamadun Islam yang diamalkan di UKM sebagai subjek wajib universiti menjadi penghalang kepada peningkatan taraf universiti di peringkat global.
Walhal, subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia merupakan subjek yang membantu para pelajar universiti untuk mengenal sejarah ketamadunan bangsa dan pembinaan negara Malaysia bukan memfokuskan kepada aspek ajaran Islam semata-mata. Melihat masalah sosial yang melanda negara hari ini, khususnya kepada pelajar universiti seperti keldai dadah, melahirkan anak luar nikah, LGBT dan sebagainya menunjukkan betapa kurangnya kesedaran dalam diri mereka tentang ajaran agama.
Mengenai hal ini, PEMBINA UKM merasa tergerak untuk membidas kenyataan beliau mengenai subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia tidak memberi sebarang impak kepada kecemerlangan universiti adalah tidak wajar kerana subjek Tamadun Islam bukanlah satu-satunya alasan untuk melihat kejatuhan taraf universiti di dalam ranking dunia. Subjek Tamadun Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya telah lama diamalkan dan diwajibkan oleh pihak universiti berikutan statistik pelajar yang majoritinya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

PEMBINA UKM merasakan perkara ini tidak perlu untuk diperdebatkan kerana subjek Tamadun Islam yang diajarkan di universiti bukanlah memberikan impak yang besar terhadap penurunan taraf universiti. Sekiranya bimbang subjek ini perlu dipelajari oleh pelajar bukan beragama Islam, ia bukanlah menjadi satu isu yang kompleks. Di dalam subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang diwajibkan oleh universiti turut merangkumi sejarah agama-agama lain seperti Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain. 



NURUL HAJJAR ATAN
AJK Media PEMBINA Cawangan UKM



Friday, 12 July 2013

Bhg 2 # RAMADHAN, U ARE SO AWESOME!




SAMBUNGAN....

“Ko ! “ sengaja aku meninggikan suara , jari telunjukku menuding ke arahnya . Muka dia berubah lagi .Hehehe .
“kena tolong aku . . .”kali ni suaraku rendah sikit . Garu-garu kepala .Ahhh ! O.M.G macam mana nak cakap ni . . .

“Tolong apa Zack ?”

“Tolong ajar aku baca al-Qur’an sesedap ko baca ?Boleh ?”nah , akhirnya mulut meluahkan .
Riak wajah Ramadhan yang tadi macam wondering kini berubah kepada exciting .Sungguh , lagi comel bila dia senyum . Dia mengangguk tanda setuju dan memelukku . Aku berdiri keras macam batu . Mana pernah orang peluk aku . Even aku pun tak pernah peluk orang . Aku biarkan je . Tak haram kan ?huhuhu .

“Alhamdulillah .Zack , you know what ? Setiap hari ana berdoa supaya awak diberi petunjuk . Ana tak tahu apa cara untuk tarik awak ke jalan-Nya . Ana sayang awak kerana Allah . Ana rasa bersalah bila lihat awak macam ni . Ana sepatutnya membimbing awak , tapi ana tak tahu bagimana . Zack ,thanks and sorry for everything ! You are so awesome !”dia berkata dalam sedu . Aku rasa air mata dia dah membasahkan baju aku .Hopefully ah air mata , bukan air hidung . Iyek !

“Ok , Ok ! So sekarang ko kena ajar aku ambil wudhu . Ajar aku semayang jugak , pastu . . . “kali ni giliran dia pulak mencelah “Zack , sembahyang . Bukan semayang “.

“Ah , oh . Ok SEMBAHYANG . Pastu ajar aku mengaji . Aku nak sebijik lenggok dan nada yang macam ko baca boleh ? Aku nak berlagu gak . Tak nak ah macam senada je .Boleh ?Boleh ?Boleh?”annoying questions .

“TAK BOLEH !” balasnya , buat muka marah . Ceh , marahlah . Comel tu tetap comellah Ramadhan .

Sejak malam tu , aku dan dia selalu berjemaah . Cuma bila waktu siang je kadang-kadang kami berjemaah sebab kami berlainan kos dan fakulti . Jadual kuliah apatah lagi .


Sebulan selepas tu , bulan puasa pun tiba . Macam biasa , selepas solat Isyak berjemaah dia akan sampaikan satu tazkirah . Kadang-kadang tazkirahnya dalam bentuk hadis , adakalanya dia bercerita .Malam tu , dia bercerita tentang namanya .

“Arwah nenek ana yang bagi nama ana sebenarnya . Dari kecil lagi , lepas arwah mak ana lahirkan ana ,arwah nenek yang jaga ana . Kata arwah nenek , sebulan lepas arwah ayah meninggal semasa mempertahankan tanah Palestin , ayah ana orang Gaza , arwah mak pun ‘pergi’ jugak . Tinggalkan ana kat arwah nenek . Masa tu ,21 Ramadhan . Arwah nenek tak tahu nak letak nama apa . Arwah nenek cakap masa mengandungkan ana , arwah mak asyik cakap ‘cantiknya cahaya bulan ‘ . Sebab tu nenek ana letak NUR kat nama ana . Ramadhan pulak sebab ana lahir bulan Ramadhan .hee .”

“So , moral of the story , ko nak cakap yang sape-sape yang lahir m kena letak nama bulan ah ? Baru jadi baik , comel macam ko lah ?”Suka hati aku je buat kesimpulan .hehehe .

“Apeeee . . . ana tak habis citer lagi la , Zack . Bagi ana habiskan citer dulu . . . “

“Lah , tak habis lagi . ok ok . Next . . .”

“Arwah nenek cakap , berkat malam tu , 21 Ramadhan tu , adalah malam Lailatul Qadar . Lailatul Qadar ni , maksudnya malam seribu bulan . Lailatul Qadar ni hanya ada sekali je dalam bulan Ramadhan .”

“Dalam bulan Ramadhan je ?

“Haah . Dan yang paling awesome tentang Lailatul Qadar ni , satu amalan bersamaan seribu bulan kita buat amalan . “

“Urm kalau kita buat jahat , dapat dosa seribu bulan juga ?” GULP!

“Taklah . Cuma sayang ah . Lailatul Qadar . “

“Macam mana nak tahu tu malam tu Lailatul Qadar ?”

”menurut cara Imam Ghazali , Lailatul Qadar ni boleh dikira . Camni , Jika awal Ramadan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 29 Ramadan.Jika awal Ramadan jatuh pada hari Isnin, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21 Ramadan.Jika awal Ramadan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 Ramadan.Jika awal Ramadan jatuh pada hari Khamis, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25 Ramadan.Jika awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadan.”

“Oh . . . so ko lahir Isnin ?”

“Haah . Ok malam tu arwah nenek cakap , kebiasaanya setiap malam ana menangis . Tetapi pada malam tu , ana sangat baik . Tak buat hal . So nenek ana senang nak tahajud . Malam-malam , arwah nenek memang suka buka tingkap . Ala rumah kampung , buka tingkap papan je , lagipun dulu selamat . So malam tu kan"

Suspens je dia ni . Aku menanti ceritanya dengan penuh setia .

“Malam tu , sedang arwah nenek bertahajud , arwah nenek rasa cerah sangat bilik yang kami berdua duduk . Rumah nenek ada lampu pelita je .nenek pun hairan lah cahaya apa pula ni . Lepas solat , nenek melihat ke tingkap , SUBHANALLAH !”dia menjerit .

“Eh mak ko ! Eh apa ko ni , tetibe buat terkejut “ aku mengurut-ngurut dada .Fuh , hilang semangat .

“hahaha !maaf ! Ana kan tengah bercerita .nak cakap macam mana reaksi arwah nenek masa tu . Arwah nenek terkejutlah tingkap yang bersebelah dengan tempat dimana ana tidur tu , ada cahaya tu . nenek perlahan-lahan menghampiri cahaya tu . nenek cakap “malam tu , bulan jenguk kamu , Ramadhan . nenek berselawat banyak-banyak . Berdoa semoga kamu jadi cucu solehah . Lepas tu , bulan tu naik ke atas balik" "hah, macam tu lah arwah nenek cerita .”

“Waw ! Tapi kan macam bohong je citer ko . Nenek ko meninggal bila ? Kalau nenek ko meninggal masa ko darjah 1 ke darjah 2 ke , sah ko reka citer nih .”kataku tak percaya akan kisahnya .

“Arwah nenek meninggal . . . tahun lepas . Sempatlah beraya sehari .masa arwah tengah sujud solat sunat hari raya .”balasnya dalam nada sebak .

“Weh sorry aku bergurau je tadi .Sorry “

“Haha. Takpe . Aku just teringat”


21 Ramadhan . Hari ni kalau ikut kalendar Islam , hari ni hari jadi Nur Ramadhan . Aku menjeling ke arah katilnya .Kosong . Air mataku mengalir laju . Segala cerita tentangnya , menjadi memori terindah dalam hidupku . Arwah Nur Ramadhan baru pergi menghadap Ilahi semasa kami sama-sama menduduki Final Exam Sem tahun 2 .Kini , hanya tinggal aku seorang diri , menghabiskan baki hidup seorang mahasisiw di sini .
“Zairani , awak suka ke mengaji guna Ipad ?”

“Ala , ada je terjemahan . Sama macam al-Quran ko gak “

“Kalau ana nak hadiahkan al-Qur’an betul , nak tak ?”

“Hah ?al-Qur’an ko ke ? Eh mestilah aku nak !”

“Awak nak al-Qur’an ana ? “

“Nak bagi al-Qur’an apa-apa pun boleh . Tapi aku berkenan al-Qur’an ko .hehehe .”

“Nah ! Setiap kali baca , hadiahkan kat ana taw “

“Weh , serius ? Aku bergurau kot (padahal dalam hati naaaaaaaaaak sangat)”

“Memang ana nak hadiahkan al-Qur’an ni . Risau awak nak yang baru .takpe ke ni ? Ana dah guna .”

“Ramadhan , The Greatest Book (Al-Qur’an) never be the old book eventhough it has been used by many
people . “

“Masya Allah Zairani !”

“What comey?”

“You are so awesome !”
Patutlah dia hadiahkan al-Qur’an kesayangan dia yang dia bawa ke mana saja dia pergi . Tak sangka , malam tu , malam pertama ana jadi Imam dan dia pertama kali jadi makmum buat aku , dia pergi . Ana teringat lagi malam tu dia beria-ria nak sangat aku jadi Imam . yang peliknya , dia macam tahu yang ajalnya dah nak tiba sebab sehari sebelum dia pergi , dia pesan ‘esok , kejutkan ana kalau ana tertidur . kalau ana tak tak jaga-jaga , liat nak bangun solat , kejut ana dengan kalimah La Ilaha Illallah ‘ . Masa aku jadi Imam , pada sujud yang terakhir , aku tahiyat akhir dia masih sujud . Sampai aku bagi salam , dia masih sujud .
Aku tengok matanya terbuka memandang tempat sujud ,tapi tak berkedip . Aku panggil namanya sebab aku rasa risau . Tiba-tiba bau wangi satu bilik .Lagi aku risau . Aku pergi kat telinga dia dan bisik kalimah ‘La Ilaha Illallah ‘ , aku dengar suaranya mengikut kalimah itu . Aku lihat dengan mata kepalaku sendiri , selepas dia ucap kalimah tu . . . selepas tu . . . dia senyum , perlahan-lahan dia pejamkan matanya .

Nur Ramadhan . Uhibbuki fillah Abadan abada .
Al-Qurannya , aku buka dan aku baca mengikut rentak yang di ajar . Kubaca ayat-ayat cinta Allah , The Greatest Book is Really Awesome .

Bulan Ramadhan , segeralah hadir . Aku tak sabar menantimu . . . Nur Ramadhan , you are so awesome . Oh ! Allah , tempatkan dia di syurga yang terindah buatnya .

Nur Zulaikha binti Haris
Aktivis PEMBINA UKM
FST

Tuesday, 9 July 2013

Bhg 1 # RAMADHAN, U ARE SO AWESOME!



Ramadhan .
Setiap kali bulan Ramadhan menjengah , fikiranku sentiasa teringatkan Ramadhan . Kerana Ramadhan , aku kembali ke jalan-Nya . Dan kerana Ramadhan juga , aku belajar menjadi Mawar Islam . Muslimah.


“Assalamualaikum , saya Nur Ramadhan . Panggil . . . “

“Ramadhan ? Wakaka !suci giler nama ko ! “ belum pun dia habiskan ayat , aku sudah mencelah . Saat itu , aku masih begitu . Free-hair ,boyish dan langsung tiada ciri-ciri seorang wanita .
Dia tersenyum memandangku yang masih mentertawakan namanya . Terus ditanya namaku .

“Aku , eh saya , weh skema ayat . Aish ! Aku jela . Nak bersaya-saya ni geli aku ah . Aku . . . ko panggil aku Zack dah ah . Nak nama panjang , ko tengok kat IC aku ,”ujarku sambil mengeluarkan wallet Levi’s , menunjukkan padanya nama yang tertera di kad pengenalanku . Dia membaca namaku “ Zairani binti . . .” dan sekali lagi aku memotong ayatnya “ Ko tahu tak ? kenapa aku suruh panggil Zack ?” Dia menggeleng , setia menanti jawapan dariku . Sebab . . . suka hati akulah .Wakakaka !” Kali ni , dia pun turut ketawa .

“Hey , Syawal “

“Zack , saya Ramadhan . Hehehe . “

“Arghh suka hati bapak tiri akulah .Weh . . . “

“Eh , Zack ada bapak tiri ?”

Aku ketawa lagi . Bapaks ah budak ni , lurus betul .

“Minta simpang derrr . Aku gurau jela bapak tiri tu . Mak aku ada lagi kot .Haha.Weh , ko ke bakal roommate aku ? Sebelah katil aku ni ?”Saja bertanya untuk kepastian . Padahal dah sah-sah ah dia roommate aku sebab bilik aku ni ada dua katil , dua almari baju , dua meja study . Tetapi , aku macam berharap . Maksud aku SANGAT BERHARAP dia akan cakap tak .

“Alhamdulillah , ye Zack . Semoga dapat jadi roommate Zack yang awesome .Eh , dah azan Asar lah . Jom Jemaah ?”

“Aku . . . aku cancer . . . “

“Hah ???”

“Eh , silap . Aku uzur . Tak boleh semayang ,“helahku . Sejujurnya aku tak tahu dan tak ambil tahu cara untuk solat . Dia meng-oh kan saja lalu segera menunaikan solat . Aku perhatikan dia solat .

Hatiku berbisik “ naya ah sebilik dengan budak tudung ustazah ni . macam mana aku nak elak untuk hari yang bakal datang ? Takkan setiap hari nak uzur kot ?Aduhhh , kenapa kau jadi roommate aku weh ??? kenapa tak yang sebijik sekepala cam aku ? Oh dunia ko memang tak adil !” Tanganku mencapai gitar yang kuletak di bawah katil , lalu memetik gitar dan menyanyi “Ini tidak adil , tidak adil bagiku . . . “

Aku terus menyanyi sampai dia habis solat . Sampai dia habis berdoa .


Dek kerana tak tahu apa alasan untuk tidak solat , aku jarang balik bilik . Selalunya aku balik bilik untuk mandi dan tidur saja . Cuma ada satu hari tu , aku balik bilik . Aku ponteng kuliah . Aku rasa tertekan sangat

So , aku balik sebab aku nak tidur . Bagi hilang sikit stress .
Aku masuk je bilik , ternampak dia tengah tertidur atas sejadah . “Haish minah puasa (Ramadhan) nih , aku balik malam pun atas sejadah . Aku balik siang pun atas sejadah ? Aiyaa katil punyalah empuk , ko pilih tidur atas sejadah . Lantak kolah labuuu”hatiku bersuara .

Baru baring atas katil , dia bangun dari tidur . Aku terus tarik selimut . Malas ah nak berbual dengan ‘ustazah’ . Kang dia bagi ceramah agama , mahu bertambah lagi stress aku .
Mungkin kerana dia lihat aku berselimut kesejukan , dia perlahankan kipas . Aduh , ustzah ni ! Aku panas kot . Eiii sabo jelah Zack ! Sedang hati rasa panas membara-bara , terbakar bak burger bakar abang tak Burn.

Telingaku mendengar suara dia . Membaca Al-Quran .
Aku amati suaranya . Aku amati bacaannya . Aku tak faham pun apa di baca , apa yang dia sebut , apa dia kata . Namun , entahlah . Tiba-tiba air mataku bergenang . Sedar-sedar je , badan aku pun terhinggut-hinggut kerana menangis tersedu .

“Zack ?kenapa ni ? Demam ?Sakit ?” dia berhenti membaca al-Qur’an , menghampiriku . Tangannya menyentuh dahiku .

“Eh , panas ni zack . Zack demamlah .Jom , kita pergi klinik ,”katanya . Aku menurut katanya . Dia melipat telekung dan sejadah . Al-Qur’an kecil sebesar Ipad aku , dia simpan dalam beg sandangnya . Beg yang selalu dia bawa ke mana saja dia pergi .

Selepas ambil ubat , dia bawaku ke Masjid untuk dia sembahyang Zuhur . Aku ikut dia ke mana saja dia pergi .Jujur , aku tak pernah masuk masjid atau surau . Tak pernah . Inilah kali pertama .kali pertama aku masuk bilik wudhu , kali pertama aku melangkah ke ruang solat wanita . Dan aku rasa ini kali pertama aku lihat ramai orang solat ramai-ramai . Selepas dia solat , kami pun pulang balik ke kolej .

Dalam perjalanan balik , semasa berada di dalam bas , dia keluarkan al-Qur’an tadi . Cantik al-Quran tu , berwarna hitam-merah jambu- putih . Kulit al-Quran tu , dalamnya ada poket-poket untuk letak kad .
Dia mula membaca . Tetapi dia perlahankan suara .Maka , aku pun tanpa sedar dan tanpa sengaja , kepalaku TERsandar pada bahunya . Sedapnya dia baca . Hilang segala maslah aku .

“Zack , Zack . . . kita dah sampai ni . Jom , turun bas ,”suara Ramadhan mengejutkan aku dari lena . Lah ,spoil betullah aku ni . Dah ah TERlentok kat bahu dia , siap tidur lagi . Aiyaa teruk perangai aku .Ceh , baru sedar diri .

Malam tu , lepas azan Isyak , aku tahan dia di pintu bilik . Tahu-tahu sajalah budak tomboy macam aku menahan orang macam mana . Berdiri sebelah kaki je . Lagi sebelah menahan .

“Tadi . . . ko suruh aku makan ubat , so aku makan . Ko minta aku teman ko pergi masjid sebab nak semayang , pun aku ikut . Sekarang ni , ko pulak kena tolong aku . Nak tak nak , ko wajib tolong aku ,”kataku agak keras padanya , berbaur ugutan gitu .

Dia kerutkan kening , comel . hahaha . Aku tahu dia takut . Tetapi dia buat-buat berani tanya aku kena tolong apa .

“Ko ! “ sengaja aku meninggikan suara , jari telunjukku menuding ke arahnya . Muka dia berubah lagi .Hehehe .

“kena tolong aku . . .!” kali ni suaraku rendah sikit . Garu-garu kepala .Ahhh ! O.M.G macam mana nak cakap ni . . .

BERSAMBUNG.....................

Saturday, 6 July 2013

MESIR HARI INI




Mesir 4 Julai - Ketua Mahkamah Konstitusi Mesir, Adli Mansour, menjadi pemimpin sementara Mesir. Keputusan itu disampaikan hanya beberapa jam setelah tentera Mesir menggulingkan Presiden Muhamad Mursi. Upacara pelantikan Mansour dilaksanakan pada pukul 10 pagi tadi.

Sehubungan dengan itu, pihak tentera Mesir membuat tindakan awal setelah Presiden Mursi digulingkan. Antaranya, ‘Rafah Gate’yang merupakan satu-satunya laluan utama perhubungan antara Gaza dan dunia luar ditutup terus. Selain itu, pihak bersenjata Mesir bertindak menutup ratusan terowong bawah tanah di antara Gaza dan Mesir yang merupakan talian hayat kepada penduduk Gaza dan dikepung Israel sejak tahun 2007 lagi.

Turut berlaku di mesir adalah rampasan kuasa. Dengan penggulingan pemerintahan Dr. Mursi, semua saluran siaran Islamik sebanyak 17 saluran ditutup. Saluran-saluran ini menyiarkan siaran langsung perhimpunan terutamanya di rabaah Adawiyyah. Akhbar Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) turut disekat manakala siaran Misr 25 ditutup. Siaran langsung Al-Jazeera di Rabaah juga disekat. Di samping itu, tentera Mesir menggunakan peluru hidup kea rah penyokong Dr. Mursi sehingga ramai yang syahid dan turut menahan pemimpin yang menyokong Mursi. Ketua pejabat siaran langsung Al-Jazeera dan beberapa pemberita iaitu Syariff Mansour dan Muhammad Jamal juga ditangkap. Dalam usaha menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada penyokong Mursi di Rabaah, tindakan merampas semua kamera dilakukan.

Sementara itu, Presiden Muhammad Mursi masih lagi ditahan oleh tentera Mesir di lokasi yang tidak diketahui. Menurut Gehad el-Haddad, jurucakap gerakan Ikhwanul Muslimin, bukan Mursi seorang yang ditahan malah penyokong Mursi turut dijadikan tahanan. Seorang daripadanya merupakan ayah Haddad sendiri. Media cetak milik pemerintah Al-Ahram melaporkan, kini terdapat sebanyak 300 tahanan pemimpin dan anggota gerakan Ikhwanul Muslimin.

Sumber dari :
http://www.ismaweb.net/v4/category/semasa/perkembangan-mesir/
http://luar-negeri.kompasiana.com/2012/06/30/pidato-resmi-pertama-sang-presiden-mesir-hari-ini-473699.html
http://www.beritasatu.com/afrika/123704-hari-ini-adli-mansour-dilantik-jadi-pemimpin-sementara-mesir.html
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=561477757233526&set=a.158713574176615.28853.155707591143880&type=1&theater
http://m.news.viva.co.id/news/read/426103-presiden-sementara-mesir-dilantik-hari-ini

Sunday, 30 June 2013

YANG MANA ANDA?


Mahasiswa hebat!


A, B dan C merupakan mahasiswa yang masih menuntut di salah sebuah universiti yang terkemuka di Perlis dalam tahun yang terakhir. Mereka bersahabat baik sejak memulakan pengajian di tahun yang pertama lagi dan mereka tinggal serumah. Walaupun mereka teman rapat dan akrab, namun mereka mempunyai perbezaan dalam banyak perkara.

A seorang mahasiswa yang sering menghabiskan masa di hadapan komputer ribanya. Beliau lebih gemar duduk di dalam bilik tanpa menghiraukan apa yang berlaku di persekitarannya. Beliau hanya keluar untuk ke kuliah, mencari makanan dan membeli barang keperluan. Dan selebihnya, masa beliau dihabiskan dengan menghadap komputernya.

B juga gemar menghadap komputernya, namun beliau tidak menghabiskan masanya begitu sahaja. Kadang-kadang beliau mengambil sedikit masa untuk menjenguk-jenguk ke tingkap, melihat keadaan yang berlaku di luar rumahnya. Tetapi beliau hanya gemar menjenguk di balik tingkap sahaja dan jarang keluar rumah.

Manakala C pula seorang mahasiswa yang jarang berada di rumah. Beliau sering keluar dan bergaul dengan masyarakat sekelilingnya serta mengambil tahu setiap perkara yang berlaku di sekelilingnya. Beliau hanya berada di rumah untuk menyiapkan tugasannya di hadapan komputer dan urusan-urusan yang penting. Selebihnya, beliau keluar untuk bersama-sama dengan masyarakat.

Suatu hari, berlaku sebuah kemalangan di hadapan rumah mereka. Ketika itu, A berada di dalam bilik menghadap komputernya, B pula sedang berehat sambil menjenguk ke tingkap, manakala C baru sahaja hendak keluar. Kemalangan tersebut menghasilkan bunyi dentuman yang kuat. A, B, dan C mendengar bunyi tersebut. Setelah mendengar bunyi tersebut, A terkejut buat seketika, namun selepas itu beliau meneruskan dengan menghadap komputernya. B juga terkejut dan beliau segera lantas bangun dan menjenguk ke tingkap untuk mengetahui apa yang berlaku. Beliau terus kaku di balik tingkap melihat kemalangan itu. Manakala C yang baru sahaja hendak keluar terus meluru ke tempat berlakunya kemalangan. Beliau segera bertindak dengan menelefon ambulans dan polis serta memanggil orang ramai untuk membantu mangsa yang kemalangan.

Dalam kemalangan tersebut, A, B, dan C telah memainkan peranan mereka masing-masing. A langsung tidak menghiraukan apa yang berlaku, B pula sekadar mengambil tahu tetapi tidak bertindak, manakala C pula mengambil tahu dan bertindak dengan situasi yang berlaku. Dan anda Mahasiswa, dalam kegawatan dan kepincangan yang berlaku dalam dunia Islam hari ini terutamanya di Malaysia, peranan manakah yang sepatutnya anda mainkan? A, B atau C?

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya.”
(Hadith riwayat Thabrani)

“Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya.”
(Hadith riwayat Bukhary)


Oleh: PEMBINA UNISZA

Link:http:
//www.facebook.com/photo.php?fbid=662602397087879&set=gm.610638512288017&type=1&theater

Friday, 21 June 2013

PEMBINA GATHERING DAY



         25 Mei 2013 – “PEMBINA Gathering Day” yang telah dianjurkan oleh PEMBINA UKM telah berlansung dengan jayanya di Taman Wetland, Putrajaya. Program riadah yang bertemakan ukhuwwah ini telah berjaya mengikat dan mengukuhkan lagi silaturahim antara mahasiswi.

           Program yang bermula seawal 8.00 pagi ini tamat sekitar jam 2.30 petang. Hampir 50 mahasiswi yang menyertai program ini terdiri daripada IPTA dan IPTS seperti UKM, UPM, Nottingham dan KKTM. Gathering Day dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada moderator program, saudari Nur Amirah Md Yussof dan seterusnya diikuti ucapan daripada Naib Presiden II PEMBINA UKM, saudari Saidatul Akmal Ahmad Puaad.

          Aktiviti pertama yang dijalankan adalah sesi taaruf (suai kenal) antara peserta program. Setelah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing, permainan bola beracun diadakan. Peserta yang berjaya bertahan dikira sebagai pemenang. Aktiviti diteruskan dengan acara sukaneka yang melibatkan belon yang memerlukan kejasama kukuh daripada setiap ahli kumpulan. Setelah semua permainan tamat, perkongsian ibrah (pengajaran) telah diberikan oleh para peserta.

             Sekitar jam 11.00 pagi, aktiviti memasak yang ditunggu-tunggu oleh para peserta bermula. Peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing dan dikehendaki untuk memasak puding roti dan cocktail mengikut kreativiti masing-masing. Setelah tamat, program berhenti rehat untuk makan tengahari dan solat Zohor.

              Selesai solat zohor berjemaah, para peserta disajikan dengan slot pengisian oleh Dr. Rafidah selaku wakil Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Tajuk yang diberikan sesuai dengan jiwa mahasiswi iaitu “Mahasiswi dan Cabaran Semasa”. Antara isi penting yang boleh diambil menganai cabaran yang paling besar yang perlu dihadapi iaitu menjaga batas pergaulan lelaki dan perempuan hatta dalam ikatan pertunangan. Slot pengisian tamat pada jam 2.15 petang dan diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah.

              Sambil penyampaian hadiah dijalankan, para peserta dijamu dengan puding roti dan cocktail hasil air tangan sendiri serta sebiji kek untuk meraikan para peserta yang hadir dan sebagai simbolik ukhuwah PEMBINA kepada para peserta. Pada jam 2.30 petang, para peserta dihantar pulang ke kolej kediaman masing-masing. UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA!

Wednesday, 19 June 2013

CUTI SEMESTER NI NAK BUAT APA?

Mutakhir ini, mahasiswa sibuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan mereka di universiti dengan menjalani peperiksaan atau menyiapkan segala tugasan yang masih tertangguh. Tak kurang juga yang telah habis semua tugasan dan peperiksaan, hanya menghitung hari dan packing pakaian untuk pulang ke pangkuan ayahanda dan bonda.
            “Cuti semester? Wow, bestnya!” Siapa yang tak suka cuti. Cuti merupakan suatu nikmat yang sangat berharga. Kadang-kadang nikmat cuti ini disalahertikan. Ada yang menganggap cuti adalah tempat untuk membalas dendam kerana sudah penat bersusah payah di universiti. Waktu cuti adalah waktu untuk tidur dan tidak perlu memberatkan kepala untuk banyak berfikir. Cukuplah, sudah banyak berfikir dan menelaah di universiti. Betul ke mindsetting begini?


            Seorang mahasiswa yang proaktif di universiti tidak akan mensia-siakan waktu cuti mereka. Jadilah mahasiswa yang sentiasa bersyukur dan memanfaatkan masa cuti yang ada adalah untuk perkara yang berfaedah, lebih-lebih lagi cuti semester pada kali ini jatuhnya bersamaan dengan bulan yang Barakah iaitu Ramadan. Sedarlah akan hikmah yang Allah berikan tentang kemunculan Ramadan kali ini sangat bermakna bagi kita kerana ia hadir ketika waktu kita sangat lapang. Tiada tugasan, tiada peperiksaan dan tiada kenakalan rakan yang selalu mengajak kita untuk berbuat perkara yang kurang memberi manfaat.
            Didik diri untuk berkata, “Cukuplah, kali ini aku akan menguasai diriku bukan lagi nafsu yang menguasainya.” Tapi ingat, jangan sesekali menjadi hamba kepada Ramadan, jadilah hamba yang sebenar-benarnya kepada Azza wa jalla.
            Di samping menjalani hari-hari yang bermakna sepanjang bulan Ramadan kelak, masih banyak aktiviti lain yang boleh kita lakukan bagi memenuhi kelompangan masa yang belum ditutupi. Semasa cuti semester nanti, cubalah mencari pekerjaan separuh masa yang dapat menambah wang saku untuk diri kita sendiri bagi menampung kehidupan akan datang di universiti. Dengan itu, kita dapat mengurangkan beban ibu bapa sebelum wang pinjaman dan biasiswa masuk ke dalam akaun bagi semester akan datang.
            Seterusnya, membantu ibu bapa di rumah juga merupakan suatu perkara yang sangat bermanfaat. Apabila berada di rumah, ingatlah bahawa melihat wajah kedua ibu bapa juga akan diberikan pahala oleh Allah. Oleh itu, sentiasalah bermuhasabah dan menghargai masa-masa kita bersama mereka sementara mereka masih ada.
            Akhir kalam, cuti semester adalah masa yang sangat produktif bagi mahasiswa. Sentiasa memperbaharui niat dan bermujahadah melawan nafsu adalah sebaik-baik perkara yang dituntut pada manusia. “Majulah mahasiswa demi Islam yang tercinta.”




NURUL HAJJAR BINTI ATAN
Universiti Kebangsaan Malaysia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Friday, 24 May 2013

Saya Ingin Berubah...




Bagaimana nak berubah?

Pertama sekali, siapa yang baca nota saya kali ini, saya yakin mesti ada niat hendak berubah menjadi baik, yang baik menjadi lebih baik, dan yang dah terbaik, ingin terus kekalkan kebaikan dan menyebarkan kebaikan. Tahniah, moga niat kita untuk berubah diganjari pahala oleh Allah. Fitrah manusia, ramai yang ingin berubah menjadi baik, tetapi ramai yang buntu, tidak jumpa cara untuk kembali ke pangkal jalan.

Belajar dari kesilapan

Ada seorang murabbi saya memberitahu,

“Kalau kita tidak mahu tersadung kaki, bukan jawapannya “jangan berjalan”. Kalau kita tidak mahu bercerai, bukan jawapannya “jangan berkahwin”. Kalau tidak mahu tergigit lidah, bukan jawapannya “jangan mengunyah”. Belajar daripada kesilapan hari ini, agar mampu berjaya di masa depan. Itu pendekatan yang kurang tepat. Yang tepat ialah belajar daripada kesilapan orang terdahulu, agar kita mampu melangkah lebih jauh daripada mereka. Itulah keseronokan belajar berterusan. Ianya bagi mereka yang bersemangan dan berani untuk melangkah, bukan untuk mereka yang sudah berpada. Tetapi jangan sekali-kali mengulangi kesilapan.”

Ya, belajar daripada kesilapan orang terdahulu. Siapa orang terdahulu?

Antara orang terdahulu ialah golongan-golongan yang telah diceritakan oleh Allah di dalam al Quran yang agung. Juga kisah-kisah Salaf As Soleh. Dan yang paling terdekat, kisah ibu bapa atau keluarga kita sendiri. Kita tidak pernah tidak melakukan kesilapan, maka daripada kesilapan itu kita belajar bagaimana untuk berubah. Bahkan yang lebih baik, kita belajar daripada kesilapan generasi sebelum kita.


Tips untuk berubah

Saya hanya mampu berikan tips, dan ianya berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya sendiri. Semua ini hanya menjadi teori semata-mata selagi mana ia tidak diamalkan. Dan saya yakin, tidak semua orang mampu melakukan, tetapi lakukan apa yang mampu agar kita tidak menangis di akhirat kelak.

1.  Walau apa pun jua perkara, niat itu penting. Kerana ia permulaan sesuatu amal. Ibarat kunci kepada sesuatu kenderaan. Pasang niat kerana Allah semata-mata.

2. Niat sahaja tidak cukup, tetapi pasang matlamat atau target yang membakar tetapi munasabah. Sebagai contoh, dari yang tidak bertudung ingin bertudung. Pasang matlamat, mulai esok akan pakai tudung sampai bila-bila. Tidak mahu “on-off” lagi. Tetapi “one-off” terus.

3. Buang tanggapan atau prasangkan negatif terhadap diri. Contohnya, buang perasaan “aku tak mampu”, “aku tak layak”, “aku tak kuat”, dan sebagainya. Yakinlah, Islam diturunkan untuk semua manusia, dan selayaknya semua manusia mampu mengamalkan Islam. Bukankah Allah tahu kemampuan hamba-hambaNya?

4. Buang perasaan negatif terhadap semua perkara di sekeliling. Contohnya, “kalau aku berubah, mesti ramai kutuk aku”, “kalau aku berubah, nanti tiada siapa nak kawan dengan aku”, “kalau aku berubah, nanti ramai unfriend dengan aku” dan sebagainya. Setiap kata-kata itu doa, adakah kita nak perkara itu semua berlaku? Kalau tak mahu, tak perlu fikir. Kita buat perkara baik, bukan nak merompak.

5. Awal-awal lagi, persiapkan diri dengan perisai “kalis maki”, “kalis caci” dan “kalis dibenci”. Kerana apa? Kerana kemungkinan besar semua ini akan berlaku selepas kita berubah menjadi baik. Maka, kena kuatkan kesabaran untuk bersabar.

6. Ini yang penting, lakukan langkah demi langkah, jangan tergopoh gapah! Contohnya, kalau sebelum ini tak pernah solat, mulakan solat bersendirian di bilik 5 waktu. Tetapi kalau mampu, solatlah berjemaah di surau atau masjid.

7. Tekad! Jangan tangguh-tangguh lagi dengan alasan, “belum sampai seru”,  “aku belum bersedia lagi”, dan sebagainya. Kematian tidak menunggu kita, kita tak mampu mengubahnya. Tetapi kita mampu mengubah diri kita. Siapa mampu jamin boleh hidup sampai esok?

8. Laksanakan sesuatu perubahan itu istiqomah dalam tempoh masa kurang lebih 40 hari. Insya Allah, biasanya sesuatu tabiat baru dapat dibentuk dalam jangka masa tersebut.

9. Anda dah bersedia untuk berubah? Maka saya cadangkan, kita pergi ambil wudu’, kemudian buat solat sunat taubat dua rakaat. Pastikan solat pada waktu yang dibenarkan!
10. Akhir sekali, selepas solat, dan setiap kali selepas solat fardhu, banyaklah istighfar dan berdoa serta bertawakal agar Allah menetapkan hati kita untuk kekal sampai jadi mayat. “Wahai Tuhan pemilik hati-hati manusia, janganlah Kau memperbolak balikkan hati-hati kami setelah Kau memberi hidayah kepada kami..”

Penambah perisa

Setiap manusia perlukan sokongan, terutama sekali ketika kita berseorangan. Sedangkan Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam perlukan teman dan sahabat-sahabat baginda, inikan kita insan biasa yang penuh dosa. Maka, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan selepas berubah, antaranya ;

1. Mencari sahabat-sahabat yang baik. Sahabat yang baik ibarat penjual minyak wangi, kalau kita dekat pada dia, insya Allah kita akan mendapat tempias wangiannya. Macam mana tanda sahabat yang baik? Kalau lelaki, dia rajin berjemaah di surau atau masjid, menjaga al Quran dan sebagainya. Kalau perempuan, dia menjaga solat 5 waktu, menjaga auratnya dengan sempurna, menjaga batas pergaulannya dan sebagainya. Yang lain-lain itu, kita boleh nilai sendiri.

Dan seperkara lagi, jangan beranggapan, “ala, dia tu iman plastik, luaran nampak baik, tapi perangai macam haram”, dan lain-lain. Bersangka baik sentiasa. Itu penting!

2. Rajinpergi majlis-majlis ilmu. Berubah sahaja tidak cukup, baca blog sahaja pun tidak cukup, kena ada pengorbanan untuk pergi ke majlis-majlis ilmu. Kita mahukan cinta Allah kan? Sedangkan cinta itu sifatnya menagih pengorbanan. Maka berkorbanlah untuk Allah!

3. Cari persekitaran atau suasana yang soleh.

Perjalanan yang panjang bermula dengan langkah pertama

Hidup ini sekitar 50 hingga 60 tahun sahaja. Tak lama, walaupun ada yang hidup lebih lama dari itu, dan ada yang lebih singkat dari itu! Sekarang ini mungkin ada yang berusia belasan tahun, ada yang 20-an, bahkan ada yang mencecah 50 tahun.
 Kita tiada masa untuk berfoya-foya lagi.  Tambahan, kita pun tidak tahu bila kita akan mati.

Perubahan itu memerlukan masa, ia berperingkat. Tetapi walau banyak mana pun peringkatnya, ia pasti bermula dengan langkah pertama. Dan langkah pertama itulah, yang perlu kita manifestasikannya dengan tindakan, bukan sekadar perkataan!

Jom kita berubah menjadi baik!


Moga Allah Redha
Ahmad Shukery Bin Azizan
Sains Kimia / 3

VIRUS PEPERIKSAAN

          
 Musim peperiksaan bakal tiba. Boleh dikatakan seluruh pelajar IPTA yang mengambil ijazah kini, sedang bertarung dengan musim peperiksaan. Begitu juga kepada warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang sedang menanti detik bermakna itu tiba. Pada akhir minggu kuliah ini nantilah, pelbagai ragam manusia terserlah. Yang pasti, pada saat dan ketika itulah, Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) akan dibanjiri warga UKM yang sebelum ini jarang-jarang ataupun tidak pernah langsung menjejakkan kakinya ke PTSL. Adat manusia, begitulah.

             Satu daripada tabiat yang selalu dilakukan oleh pelajar universiti ialah, belajar di saat-saat akhir. Adakah bagus belajar di waktu genting sebegitu? Tepuk dada, tanya iman dan minda. Setiap orang dilahirkan berbeza-beza. Maka, cara hidup juga berbeza-beza. Bagi sesetengah orang, mereka lebih gemar belajar di saat-saat akhir kerana, tidak mudah lupa. Namun, sebahagian yang lain, suka bersedia dengan lebih awal supaya masa yang berlebihan itu boleh dimanfaatkan dengan menambahkan lagi ilmu di dada dan dapat melangkah dengan penuh yakin kedalam dewan peperiksaan.

             Walaupun sudah acap kali menghadapi peperiksaan, namun debaran menghadapinya masih dirasai. Jika dikaji, faktor utama kepada perasaan ini adalah kerana, kurangnya persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Jadi, apakah yang perlu kita lakukan?

             1) Merancang– Lihat tarikh peperiksaan dan masa yang kita ada sebelum peperiksaan. Rancang                                                 masa yang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran.
             2) Mengorganisasi – Buat jadual belajar supaya tersusun segala urusan kita.
             3) Memimpin – Pimpin minda dan hati untuk turut serta dalam perjuangan menelaah.
             4) Kawal – Mengawal diri daripada melakukan perkara yang membuang masa.
             5) Berdoa – Doa supaya urusan kita dipermudahkan.
             6) Bertwakal – Sesudah usaha, serahkan segalanya pada Allah kerana Dia tahu apa yang terbaik.

             Pendek kata, usaha, doa dan tawakallah dalam setiap perkara yang kita lakukan. Kesimpulannya, usah biar masa mendahului kita andai kita mahu berjaya. Sentiasa pegang masa itu dan hargainya. Sesungguhnya, masa yang terbuang tidak boleh diulang kembali. Firman Allah juga ada mengingatkan kita tentang masa :

Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” (Surah Al-Asr 103:1-3)

Mahukah kita dilabel manusia yang kufur akan nikmatNya? Masa adalah nikmat yang berharga yang perlu dihargai. Mari sama-sama menghargai masa agar tidak menyesal dikemudian hari. Sekian, ma’assalamah.

Maisarah Shahrain
Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Media PEMBINA UKM

Friday, 17 May 2013

KEISTIMEWAAN REJAB YANG DI SALAH TAFSIRKAN




Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia di dalam kalendar bulan-bulan Islam. Kebiasaannya, apabila hampir menjangkau masuk ke bulan Rejab pasti umat Islam akan merasa kehangatan Ramadhan akan menjelma. Hal ini kerana, kita disunatkan untuk berdoa supaya Allah S.W.T memberi keberkatan kepada kita di bulan Rejab, Syaaban dan sampai kepada bulan Ramadan.
Bulan Rejab adalah termasuk di antara bulan-bulan haram di dalam Islam selain bulan Muharram, Zul Qaedah dan Zul Hijjah. Pelbagai spekulasi timbul berkaitan dengan ibadah berpuasa di bulan Rejab. Terdapat sebilangan pihak yang mengatakan bid’ah sekiranya kita berpuasa di bulan Rejab. Menurut al-Hafiz Imam Nawawi,

 “ Tidak ada dalil yang kuat berkaitan puasa di bulan Rejab, namun tidak ada pula larangannya dan hukum asal puasa adalah sunat.”

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Nabi S.A.W berpuasa di bulan haram dan Rejab termasuk di dalamnya (salah satunya).
Di samping itu, hari ini banyak Hadis Palsu yang diwar-warkan berkaitan kelebihan di bulan Rejab yang sering kita dengar. Bahkan ada juga segelintir umat yang bertaqlid dengan hadis ini sehingga menganggap ia benar-benar sahih daripada Nabi S.A.W. Antara Hadis Palsu yang disebarkan ialah 

“ Bulan Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku” 
(sumber: lihat Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Syria: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).

 Hadis Palsu ini adalah antara senjata yang digunakan oleh orang Kafir bagi mengelirukan umat Islam. Jadi, berhati-hatilah semasa memberikan hujah dan pandangan menggunakan hadis sebelum mengetahui kesahihan sumber tersebut. Sesungguhnya perbuatan mereka-reka sabda Nabi S.A.W adalah perbuatan yang terkutuk dan termasuk dalam dosa-dosa besar. Berdasarkan hadis Nabi S.A.W, 

Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

Walau bagaimanapun, bulan Rejab tetap mempunyai keistimewaannya yang tersendiri di mana banyak peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan ini. Amalan-amalan yang kita lakukan di bulan ini pasti akan diterima Allah sekiranya niat yang tujukan hanya kepada Allah semata-mata. Sesungguhnya untuk mengamalkan ibadah puasa di bulan Rejab ini adalah harus akan tetapi janganlah sampai kita menjadikannya sebagai syariat daripada Allah Taala.

Oleh yang demikian, kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa berusaha menjadi Muslim yang ideal. Kita harus kuat dan patuh berpegang pada Al-Quran dan as-Sunah sebagai panduan hidup demi untuk kehidupan yang lebih sistematik. Tiada salahnya jika perkara yang dilakukan bukan daripada amalan Rasulullah selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariat yang telah digariskan oleh Allah S.W.T. Akan tetapi sebagai Muslim yang berilmu dan intelektual, kita hendaklah sentiasa mencari kebenaran dan kesahihan sesuatu amalan yang dilakukan supaya perkara tersebut tidak sampai mensyirikkan Allah S.W.T. WALLAHU A’LAM.

Nurul Hajjar Binti Atan
Komunikasi Dasar Awam
Unit Media PEMBINA UKM

Thursday, 16 May 2013

Bila Sudah Jatuh Hati: 1 Mesej Received



“1 message received” tertera di handphone murah 2nd hand saya. Tak lama pastu, masuk lagi “message”. Saya pun membuka dan memerhatikan satu persatu isi kandungan sms. Bila dibuka inbox email dan FB, lebih kurang perkara yang sama yang saya terima daripada rakan-rakan saya dari Mesir dan luar negara sendiri. Belum campur panggilan telefon dan lain2 yang saya hadapi.

“Ustaz, hati saya dah kering. Baca Quran pun tak rasa apa-apa. Solat pun tak khusyuk. Tolong saya ustaz”.

“Saya rasa saya tak layak untuk dakwah ini. Saya takut bila grad dan kerja nanti ustaz. Sekarang teori boleh la. Kalau ikhwah tak jaga saya, saya confirm saya hanyut dengan kerjaya!”

“Dakwah kita sekarang terlalu sibuk. Saya tidak boleh tidur malam memikirkan perkara ni. Hubungan dengan ikhwah dah macam syarikat. Kering. Kering. Kering. Adakah ikhwah masih lagi ikhwah?

“Urusan perkahwinan saya bermasalah ustaz. Saya rasa macam ditipu je oleh ikhwah!”

“Ustaz, bagaimana kita hendak pastikan suasana ruhi dan ukhawi dalam meeting dan pengurusan dakwah kita ya? Sekarang suasana kering-kering je. Semua bekerja nak mengejar2. Rindu saat basah-basah dahulu. Ada ke zaman Hasan al-banna istilah kering-basah?”

“Geram saya tengok ikhwah di kawasan saya. Semua benda tak jalan. Takkan semua benda saya nak buat dan saya yang nak mulakan. Penatlah saya!”

“Saya rasa kami dianak-tirikan oleh pimpinan. Terkontang-kanting kami kat sini. Tolonglah! Tolonglah!”

Dan bermacam-macam lagi CURHAT (curahan hati, istilah pendakwah Indonesia) yang saya hadapi akhir-akhir ini. Semoga Allah memberi saya kekuatan untuk terus mendengar dan membantu permasalahan yang dihadapi pendakwah-pendakwah muda yang bersemangat untuk terlibat di dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah di dunia ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

Pelbagai luahan yang bercampur-campur emosi. Marah, sedih, linangan air mata, tekanan dan meninggi suara yang lahir daripada mereka. Kadang-kadang berdesing juga telinga ni. InsyaAllah, teruskan begini sahabat-sahabatku. Itu petanda bahawa hati kita semua masih hidup. Amin. Hati yang faham dan nampak kekurangan untuk menuju ke arah lebih baik. Beginilah bila anda sudah jatuh hati pada dakwah ini. Beruntunglah anda semua!

Sepanjang pengalaman saya yang cetek atas Jalan Dakwah ini dan melihat teman2 dan senior2 saya yang saya perhatikan keaktifan mereka, idealisme seorang mahasiswa dalam membawa cita-cita dan harapan sangat penting. Hal ini yang menjadikan mereka inginkan kesempurnaan dan kepuasan dalam sesuatu perkara. Lonjakan ini sangat penting kerana ia antara faktor yang menjaga konsisten atau tidak kita dalam beramal.



Saya amat susah hati jika melihat ramai mahasiswa/mahasiswi generasi Muda ini yang terlalu cepat menjadi Syeikh (orang tua) sebelum tiba masanya. Lebih selesa duduk di rumah dan hanya bergerak bila diperlukan. Seronok ke jadi orang tua ya?

Matlamat apa yang kita nak raih?

Saya amat minat bersukan. Saya amat mengagumi Lionel Messi, ThieryHenry dan Nicol Ann David. Mereka berjaya mendapat pelbagai gelaran bertara dunia dan merangkul bermacam2 kejuaraan yang berprestij. Matlamat mereka jelas dan mereka benar2 berusaha sedaya upaya dlm menjayakan cita-cita tersebut. Perkara ini perlu dicontohi kita dalam amal dakwah yang kita lakukan seharian. Namun, satu perkara yang perlu diingat dan diulang sentiasa. Dalam semua kerja-kerja dan jerih payah yang kita lakukan, kembalikan urusan tersebut pada Allah. Pokok dakwah kita adalah Allah s.w.t, Allah s.w.t, Allah s.w.t. Tiada yang lain. Mengajak kawan-kawan dan di dalam masa yang sama menanam di dalam diri kita hakikat ketundukan kita kepada Allah. Kita bekerja atas jalan dakwah ini untuk meraih kemenangan dalam perjuangan. Ya, Kemenangan! Kemenangan!



Pasukan Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas acara bola sepak dalam Sukan SEA di Indonesia baru2 ni. Saya orang Shah Alam dan peminat pasukan bola sepak Selangor. Terkenang zaman 90an dulu ketika Selangor yang terkenal sebagai The Red Giants membolot 3 Kejuaraan Piala Malaysia berturut2 pada 1995,1996 dan 1997. Bandar Shah Alam akan sesak dan bising kerana berpusu-pusu penyokong memenuhi Stadium Shah Alam. Nama2 seperti Mehmet Durokovic, Zainal Abidin Hasan, Rusdi Suparman dan Christopher Kiwomya masih segar dalam ingatan. Tak lama selepas itu, arena bola sepak negara kembali sunyi dengan permainan hambar pemain2 liga tempatan dan terlalu banyak tangan politik di dalam bola sepak tempatan. Hatta saya sendiri dah malas nak ambil tahu dan mengutuk2 setiap kali Malaysia beraksi. Namun, sejak 2009 saya kembali mengikuti semula pasukan Harimau Muda yang berjaya menunjukkan aksi yang benar2 memukau!

Namun, definisi kemenangan bagi kita berbeza dengan kefahaman kemenangan orang lain. Kemenangan yang diajar oleh para Nabi dan sahabat. Kemenangan kita dijelaskan Syed Qutb:

Kemenangan yang paling bernilai di sisi Allah ialah kemenangan jiwa atas materialistik, kemenangan akidah menghadapi sakit dan sengsara, kemenangan iman menempuh badai fitnah. Di dalam kisah pembunuhan beramai-ramai di dalam Ashabul Ukhdud (walapun secara kasar ia menunjukkan kekalahan Islam dan kemenangan Musuh-musuh Islam), nyata sekali kemenangan orang-orang beriman itu mengalahkan perasaan takut dan sakit; kemenangan mengatasi godaan-godaan duniawi, kemenangan menghadapi fitnah, kemenangan kehormatan umat manusia di sepanjang zaman. Inilah kemenangan sejati! (Maalim Fit Toriq)

Ya, itulah erti kemenangan yang hakiki. Kemenangan dalaman yang amat tinggi nilainya. Bila kita memahami perkara ini dengan baik. Maka kita akan berusaha sedaya upaya memelihara diri kita daripada menjadi bakaran api neraka. Kita akan melawan supaya hati kita tidak rosak. Mengelakkan jiwa kita daripada dirosakkan oleh pandangan wanita, masa kosong yang tidak bermanfaat dan hari-hari yang lesu.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan (Surah Tahrim:6)

Sedikit persoalan!

Kita ambil sedikit masa sebentar…tanya soalan2 ini pada diri kita dan jawab dengan jujur tanpa perlu menghalakan pada orang lain. Dalam kesibukan dakwah kita seharian….

Bilakah masa terbaik yang kita berikan untuk membaca al-Quran?
Berapa lama mata kita tidak mengalirkan airmata kerana mengenang dosa kita?
Adakah kita merasa berat untuk menadah tangan selepas solat?
Sudah berapa lama dahi kita tidak diletakkan di atas sejadah pada waktu malam ketika manusia lain nyenyak tidur?
Apa yang kita lakukan ketika mendengar seruan azan?
Sudah ada jawapan? Simpanlah dan jadikan ia rahsia antara kita dengan Allah s.w.t. Junaid al-Baghdadi sewaktu ditanya: Mengapa aku merasa manusia menjauhkan diri daripada dakwahku?

Beliau menjawab:
Lihatlah apa yang bercampur baur di dalam hati mu.

Syeikh Ahmad ar-Rasyid berpesan pada pendakwah:

Setiap dakwah yang mahu istiqamah dalam jalannya menuju Allah, hendaklah melangkah melalui istiqamah. Istiqamah pintunya ialah mihrab (ar-Raqaiq)

Takutlah kita semua akan hadis yang diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w ini:

“Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan. Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah di malam hari seperti kamu juga, TETAPI mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan. (Riwayat Ibnu Majah)

Berpijak di bumi nyata….

Saya akan berkongsi sedikit tips yang saya kutip atas perjalanan ini daripada para Murobbi yang menunjukkan teladan terbaik atas Jalan ini:

1. lakukan amalan harian (bacaan al-Quran, solat sunat, qiamullail, zikir dan lain2) sehingga Allah s.w.t merasa kasihan melihat amalan kita. Inilah yang ditanam pada generasi awal ketika Qiamullail diwajibkan.

2. pilihlah masa yang paling terbaik dalam hari kita untuk duduk membaca al-Quran, menghayati dan memikirkan makna-maknanya. Masalah kita adalah kita membaca al-Quran untuk dihabiskan semata-mata

3. Keluarlah bersusah-payah menyampaikan kebaikan. Berkenalan dengan orang-orang baru samada bangsa sendiri atau bangsa asing spt Arab, Inggeris dan lain2. Rajinkan mulut bersembang dan tutuplah pertemuan tersebut dengan hadiah daripada hadis Nabi s.a.w atau ayat Quran.

4. Beramal dalam lapangan masing-masing dengan penuh bersungguh-sungguh. Curahkan kreativiti dan tenaga kita secara optimum. Bekerja seolah-olah Hari Kiamat esok hari. Bekerja sehingga kita tertidur dalam kerja2 kita.

5. Kita sangat takut untuk berkata, “Saya yang buat ini”… “ Saya dah habiskan banyak duit saya”… “Saya dah korbankan macam-macam…” dan “Saya…saya…saya…”. Bila kita buang perkataan ini pasti kita akan rasa kerehatan dan ketenangan yang mendamaikan dalam kehidupan kita.

Dengan ini, jika gabungan (Roh yang hidup + Dakwah/Tarbiyah yang bersungguh) ini dilakukan, nescaya kita akan dapati pelbagai idea datang mencurah2, pelbagai jalan keluar untuk masalah kita dan bermacam-macam penyelesaian datang daripada arah yang tidak disangka2!

Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dijadikan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Dia (Allah) akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Surah at-Tolaq:2-3)

Asas Kerajaan Nabi Daud a.s

Nabi Daud a.s sentiasa bertasbih pada waktu petang dan pada waktu pagi ketika terbit matahari, lalu Allah swt mempermudahkan gunung-ganang sehingga dapat bertasbih bersama-sama baginda. Allah swt berfirman dalam surah Sod ayat 18-20:

إِنَّاسَخَّرْنَاالْجِبَالَمَعَهُيُسَبِّحْنَبِالْعَشِيِّوَالإْشْرَاقِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah mudahkan gunung-ganang turut bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari.”

Lalu Allah swt mengurniakan kepada baginda suatu kurniaan yang amat besar yang difirmankan oleh Allah selepas itu:

وَشَدَدْنَامُلْكَهُ

Maksudnya: “Dan Kami kuatkan kerajaannya…”

Sesuatu dakwah yang mendakwa dirinya sebagai dakwah Islam tidak akan teguh kekuasaannya dan akan dapat dikalahkan jika para pendokongnya tidak melakukan tasbih pada waktu petang dan pada waktu pagi (ketika terbit matahari).

Lagu Kedamaian Seorang Mukmin

Biarlah kata-kata As-Syahid Sayyid Qutb menutup tulisan ini, mengambarkan betapa damai dan rileksnya jiwa orang beriman setelah memahami tabiat sebenar perjuangan dakwah dan tarbiyah mereka:

Sesungguhnya lapangan perjuangan bukanlah terhad di dunia dan bumi ini sahaja. Para saksi terhadap perjuanganmu dan jerih payah mu bukanlah hanya umat mahusia yang hidupnya terbatas dalam lingkungan generasi tertentu sahaja. Para malaikat dan penghuni langit pun sebenarnya pun menyaksikan setiap aktiviti-aktiviti kehidupan dunia, mereka menjadi saksi atas segala kejadian dan aktiviti itu, juga peranan membuat perhitungan dan statistik mengenai nilai kejadian itu. Para malaikat penghuni langit bertugas menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk orang beriman berlipat ganda lebih baik daripada ruangan dan tempat tinggal yang dapat dibuat oleh penduduk bumi. Dan adalah pujian dan markah yang, diberi oleh para malaikat penghuni langit itu lebih bernilai daripada pujian seluruh penghuni dunia ini.Kerana di sana, akhirat jualah tempat kesudahannya! (Bab Inilah Jalannya)



Saat-saat akhir sebelum as-Syahid Sayyid Qutb dibawa ke tali gantung. Berjalan mendapatkan rindu kekasihnya. Setelah bertahun-tahun diseksa di dalam penjara. Masa yang dinanti telah tiba. Selamat Tinggal Dunia yang penuh pancaroba dan ujian yang tidak pernah padam. Selamat tinggal hai dunia yang penuh melalaikan!

~baru-baru ni, baru saya faham kenapa as-Syahid Sayyid Qutb begitu tenang menyerahkan lehernya di tali gantung…..biarpun beliau diberi peluang dibebaskan daripada hukuman tersebut, tetapi beliau tetap menolak!


Ustaz Izzuddin bin Selamat merupakan graduan Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Tafsir di Fakulti Usuluddin dan Dakwah. Kini dia sedang menyambung pengajiannya di American Open University dalam jurusan yang sama. Bercita-cita melihat Islam kembali dihayati dalam kehidupan masyarkat. Menjunjung pemikiran Hassan Al-Banna dan Syed Qutb. Beliau menggemari pendekatan yang terbuka, kreatif, dinamik, rasional dan idea di luar kotak dalam menyampaikan mesej-mesej Islami tanpa melintasi sempadan syariat.


Artikel dari Isma Australia: http://www.ismaaustralia.com/bila-sudah-jatuh-hati-1-message-received/

poster promo ikhwah
picture hosting