Wednesday 25 March 2015

Jalan





Berfikir sejenak bukan bermakna seketika tetapi buat aku sedar bahawa aku bukan insan  yang biasa.

Aku perlu menjadi yang luar biasa.

Aku tahu diriku lemah.

Andai lemah bagaimana cara menguatkannya?

Andai futur,bagaimana cara untuk terus menjadi insan yang tsabat pada jalanNya?

Kadang semangatku luntur,jalan dakwah bukan mudah

Jalan dakwah buat aku makin lemah

Jalan dakwah mengganggu hari-hariku.

Rutin harianku  jadi tak menentu seperti telah di ‘switch’ ke dunia yang baru

Aku cari jalan keluar pada pelbagai masalah yang sering membelenggu,

Mungkin aku telah jumpa sesuatu.

Bukan mungkin tapi aku YAKIN aku telah jumpa sesuatu.

Apa itu?

Dakwah satu sumber utama yang perlu ada dalam diriku.Bukan kerana ikutan tetapi keperluan .

Supaya rohaniku juga mendapat makanan,supaya hatiku menjurus kearah kebaikan.

Aku masih lagi mengkaji.

Mencari sinar yang mungkin dapat menyelamatkan aku dari sebarang mehnah didunia ini .

 Aku perlu membuat perbandingan dan aku mesti terus mencuba perkara yang baru.

Kerana aku yakin,untuk mendapat KEREDHAAN ALLAH itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Sudah tentu jalannya adalah sukar.Andai bisa aku lalui,alangkah beruntungnya diriku.

Kini aku pegang satu kalam Allah :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agamaAllah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”
(Muhammad ,47:7)

Hasil nukilan,
Norasyima Zaki

0 comments:

Post a Comment

poster promo ikhwah
picture hosting