Tuesday 15 May 2012

HAK ASASI MANUSIA : Bebas beragama?



Keghairahan dunia Barat dalam memperjuangkan hak asasi menyebabkan mereka  lupa bahawa di sana ada hak yang dicabuli. Umat Islam adalah antaranya. Beberapa perkara di dalam PHAMS 1948 ditolak oleh umat Islam kerana hak asasi mereka untuk mengamalkan agama digugat. Antaranya Perkara 16 (1) yang berbunyi, 

“Men and women of full age, without any limitation due to race, nationality or religion, have the right to marry and to found a family. They are entitled to equal rights as to marriage, during marriage and at its dissolution”. Bagi penganut Islam perkara ini sudah tentu bertentangan dengan syariat Islam yang telah menentukan hukumhakam berkaitan perkahwinan. Begitu juga Perkara 18 berbunyi, “Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance”.



 


Bagi Islam, Perkara 18 tidak boleh diterima kerana telah mencabuli hak asasi umat  Islam dalam beragama. Islam menetapkan tujuan (maqsad) syariah yang pertama  iaitu memelihara agama. Sekiranya umat Islam dibenarkan keluar dan masuk agama sesuka hati, ini bermakna hak umat Islam untuk memelihara agamanya telah dicabuli. Hukum Islam juga menetapkan bahawa keluar agama atau murtad merupakan suatu jenayah berat yang perlu diadili dan dihukum. Ini kerana, perbuatan keluar agama melibatkan kepentingan umum iaitu maruah agama dan umat Islam sendiri. Ia bukan sekadar hak individu.






Mohd Aizam Mas’od
Caw. Aqidah
Bah. Penyelidikan JAKIM

poster promo ikhwah
picture hosting