Thursday 25 July 2013

Minda Presiden: Catatan Jelajah ke Yogjakarta




Alhamdulillah, kepulangan empat aktivis PEMBINA Cawangan Bangi dari negara seberang iaitu Yogjakarta, Indonesia telah banyak memberikan kesan ke dalam hati setiap peserta delegasi. Peserta yang terdiri daripada pimpinan tanzim (organisasi) mahasiswa berangkat ke negara seberang bertujuan mengumpul maklumat dan berkongsi maklumat bersama dengan gerakan mahasiswa Islam Indonesia khususnya di Yogjakarta. Antara aktivis PEMBINA yang terlibat ialah Ahmad Naqiuddin (UPM), AmirulHakimi (UKM), Izham Alias (UPM) dan Hafizuddin Mazlan (UPM).
Walaupun kunjungan yang singkat cuma 6 hari sahaja (1-6 Julai 2013) sedikit sebanyak memberi manfaat kepada setiap peserta dan InsyaAllah akan dikongsikan maklumat dan pengalaman yang berguna kepada semua.
Ketibaan kami disambut oleh saudara Sujono Marta Syuhada. Beliau menemani kami sepanjang berada di Yogjakarta bersama dengan sahabat-sahabatnya yang lain. Kami banyak belajar dari saudara Sujono, seorang lelaki yang kental dalam dunia dakwah.
Sujono merupakan seorang mahasiswa Universiti Negeri Yogyakarta yang mengambil jurusan teknologi pendidikan. Sekarang beliau menuntut di semester 8. Kehidupannya sungguh sederhana dan tidak terlampau mewah. Banyak sumbangan masa beliau sumbangkan pada jalan dakwah. Itulah Sujono, ayah kepada seorang puteri yang berusia 15 bulan.

Pengorbanan
Kesetiaan dan pengorbanan beliau terserlah melalui perbuatannya. Beliau melayani kami sebagai tetamu dengan sebaik-baiknya kerana beliau yakin dengan hadis nabi yang mengatakan tetamu itu adalah rezeki. Beliau telah menemani kami hampir sehari selama enam hari kami berada di sana. Beliau menjemput kami di tempat penginapan pada awal pagi dan menghantar kami pulang semula ke tempat penginapan lewat malam. Apabila ditanya bagaimana keadaan puterinya yang berusia 15 bulan dan isterinya yang sedang mengandung 5 bulan anak kedua, beliau menjawab dengan tenang, “ Isteri saya luar biasa.” Jelas menunjukkan jiwa seorang isteri yang sudah faham dengan kegiatan dakwah suami yang sentiasa sibuk. Tidak bermakna saudara Sujono melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan seorang ayah.

Kegiatan Dakwah
Kami berpindah kepada kegiatan dakwahnya pula. Sujono adalah seorang aktivis dari Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI). Beliau menceritakan kepada kami bahawa beliau memang benar-benar serius dalam aktiviti dakwah. Beliau menjadi naqib kepada 4 buah halaqah dan setiap halaqah mempunyai bilangan antara 5-10 orang. Ini bermakna hari-harinya memang penuh dengan aktiviti dakwah. Berkorban masa dengan membina pemuda Islam untuk jadi sepertinya atau lebih hebat lagi. Ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan situasi daie muda di Malaysia yang mana hanya segelintir sahaja mempunyai usrah dan rata-ratanya mempunyai bilangan halaqah tidak melebihi daripada dua.

Walaupun Sujono sibuk dengan aktiviti dakwah, Sujono langsung tidak menggugat pelajarannya. Beliau mengkagumkan kami dengan berkongsi kegembiraan bahawa beliau berjaya mendapat gelaran pelajar terbaik universiti dan mendapat biasiswa. Kesibukannya dalam dakwah dan kecemerlangan dalam pelajaran harap dapat membuka mata semua mahasiswa untuk sentiasa ikhlas dalam segala tindakan.

Ingatlah firman Allah, “Siapa yang menolong agamaNya, pasti Allah akan menolongnya."

 
Amirul Hakimi

Presiden PEMBINA UKM

poster promo ikhwah
picture hosting