Wednesday, 24 October 2012

Ragut Di UKM?

   Belakangan ini,kes ragut sekitar kampus UKM semakin menjadi-jadi.Ketika ini,sudah 3 kes ragut telah dilaporkan di Wisma Aman dalam tempoh 2 minggu.Ditambah pula dengan kesibukkan semua pihak dalam menguruskan pesta Konvokesyen ke- 40 UKM, si peragut ini mengambil kesempatan menunjukkan taringnya.Takut-takut,si peragut ini akan terus mencari mangsanya selepas ini.Setakat ini,mangsa si peragut adalah golongan pelajar perempuan.Oleh itu,langkah berjaga-jaga perlulah di ambil setiap masa tidak kira di mana jua kita berada.

  Kejadian terbaru,seorang pelajar perempuan yang berhenti di tepi jalan di sekitar tapak Pesta Konvo UKM telah diragut.Kondisi begnya ketika itu adalah berada di dalam raga motosikal.Kejadian berlaku sekitar jam 10 malam.Oleh kerana kejadian itu berlaku dengan terlalu cepat,si peragut gagal lagi untuk ditangkap.Jumlah kerugian tidak diketahui dan alhamdullillah kerana si peragut tidak mengeluarkan senjata apa-apa untuk mengancam.

   Beberapa tips yang berguna untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ragut adalah dengan sentiasa mempunyai prinsip waspada atas harta benda kita.Diikuti dengan langkah-langkah berjaga-jaga seperti sentiasa berteman jika mahu ke mana-mana lebih-lebih lagi pada waktu malam,berjalan melawan arus lalulintas kenderaan,memastikan beg berada pada posisi yang sukar untuk diragut,dan berjalan di kawasan yang ramai orang lalu lalang.Jika kejadian ini tetap berlaku,segera melaporkan kepada pihak yang berwajib.

   Persoalan di sini sangat mudah namun susah untuk di ambil perhatian.Diri sendiri itu sebenarnya harus berjaga-jaga dalam memastikan barang-barang kita yang berharga sentiasa berada dalam kondisi yang selamat.Sikap ambil mudah dan lalai inilah yang membuka ruang kepada si peragut untuk mudah menjalankan kegiatan haramnya.Kadang-kadang,kita juga yang memberi peluang kepada mereka untuk melakukan kegiatan tanpa kita sedari,bak kata pepatah,orang mengantuk disorongkan bantal.Mudah,setiap yang berlaku ini,kita pandang pada kesilapan diri sendiri dan harus percaya ada hikmah yang Allah kirimkan di atas setiap sesuatu.Harus diingat,apa yang menjadi milik kita pada hari ini adalah milik Allah sepenuhnya.Itu adalah resepi utama untuk belajar menjadi redha.


Munirah Ismail
Pembina UKM

poster promo ikhwah
picture hosting