Thursday 14 November 2013

VIDEO 'TANPA NAMA':Satu Agenda Pluralisme?



Gambar Hiasan

Pagi tadi, saya terlihat posting video dari page Gabungan Mahasiswa UKM mengenai sebuah video pendek yang bertajuk “Tanpa Nama”. Pada mulanya saya merasa seperti tiada apa-apa, tetapi ia menarik perhatian saya ketika mana membaca penerangan mengenai video itu;

“This story tells about the journey of a man who seeks God, and finally come to an understanding that God is indeed unbound by anything, including religions."

Saya merasa curiga dengan ayat ini. Kemudian saya segera menonton video pendek yang berdurasi 10 minit 57 saat ini.

Setelah tamat menonton, saya amat terkejut dengan apa yang cuba disampaikan atau dipromosikan melalui video ini, iaitu mengenai PLURALISME agama. Mungkin ini hanya interpretasi saya tetapi apabila diamati ia sebenarnya memang terdapat unsur-unsur pluralisme.

Antara ayat-ayat mengandungi seruan atau elemen pluralisme agama;

"Aku bukan nationalist, bukan katholik, bukan sosialist, bukan bukan buddhist, bukan westernist, bukan protestant, bukan communist, bukan juga humanist, aku adalah semuanya.."

"Di luar sana, ada orang yang mempertentangkan kepercayaan. Padahal, kita hanya berjalan pada jalan yang berbeda, tetapi dengan tujuan yang sama ; TUHAN"

Komentar saya begini :

1. Saya mengenali pelakon utama (walau tidak secara rapat) yang bernama Rachmat. Beliau merupakan junior saya di Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH) yang terletak di dalam kampus UKM. Alhamdulillah, saya kerap kali berjumpa dengan beliau ketika solat di surau IZISH. Jadi saya yakin dan bersangka baik, insyaAllah, bahawa beliau seorang yang menjaga tuntutan agama disamping mencari makna disebalik beragama Islam.

Tetapi sayangnya, pencarian beliau sedikit terpesong dengan apa yang dibawa Islam oleh Rasulullah sallahu alayhi wasallam, para sahabat radiyallahu anhum dan para pejuang Islam berlandaskan prinsip Al Quran dan As Sunnah. Mungkin di sini dia (Rachmat) dan sahabatnya perlu sedikit pencerahan mengenai ketinggian Islam.

2. Islam itu TINGGI, dan TIADA yang lebih tinggi mahupun SETARA dengan Islam. Jalan (agama) menuju Allah hanya satu, tiada berbeza-beza!

Kalaulah jalan menuju Allah itu berbeza-beza, nescaya Rasulullah sallahu alayhi wasallam akan mengikut kata para musyrikin Mekah untuk menyembah tuhan mereka pada hari ini, dan menyembah Allah pada hari esoknya dan secara bergilir-gilir hingga hari-hari yang mendatang.

Namun apa yang Rasulullah sallahu alayhi wasallam katakan kepada musyrikin Mekah?

(Terjemahan surah Al Kafirun ayat ke 6)

"For you is your religion, and for me is my religion.”

“Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.”

Rasulullah sallahu alayhi wasallam memberitahu secara clear cut bahawa Islam adalah Islam, dan selain Islam itu bukan Islam.

Wahai sahabat, ketahuilah jalan menuju Allah adalah dengan akidah yang jelas, iaitu mengaku dan bersaksi dengan hati, lisan dan perbuatan bahawa TIADA tuhan yang LAYAK disembah melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan dan pesuruh Allah.

Selain dari jalan dan akidah ini, maka semuanya adalah bertentangan dan sama sekali tidak menuju Allah.

3.  Ketahuilah, bahawa jika agama lain di dunia juga membawa menuju kepada Allah, jadi apa ertinya Allah melantik Muhammad sallahu alayhi wasallam sebagai Rasul-Nya sebagai pembawa rahmat kepada sekalian manusia?

Jika semua agama di dunia akan menuju tuhan yang sama, jadi apa ertinya Islam ini perlu bertapak dan memerintah di muka bumi ini sekiranya kita boleh menyembah agama lain?

Jika semua agama di dunia akan menuju tuhan yang sama, jadi apa ertinya Rasulullah sallahu alayhi wasallam dan para sahabat radiyallahu anhum bersusah payah mengorbankan tenaga, harta, malah nyawa mereka demi menegakkan dan menyampaikan Islam sehingga hari ini?

Jalan menuju ke syurga memang ada banyak, tetapi hanya mempunyai satu ‘jenis tiket’ sahaja.

Iaitu mempercayai dan mengakui bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, mengakui dengan hati, lisan dan perbuatan bahawa Allah itu Esa, tidak diperanakkan dan tidak beranak, tidak bergantung kepada sesiapa, tiada yang setara dengan-Nya, juga mengakui bahawa Muhamamd sallahu alayhi wasallam, Isa (Jesus) alayhi sallam, Musa (Moses) alayhi sallam, dan sekalian para Nabi adalah UTUSAN dan PESURUH Allah.

Dan semua ini hanya ada pada Islam, bukan pada agama lain.

4. Fahamilah wahai sahabat, Allah hanya redha dengan Islam, bukan pada semua agama yang pada luarannya dikatakan menuju ‘tuhan’.

Allah telah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud :

“This day those who disbelieve have despaired of [defeating] your religion; so fear them not, but fear Me. This day I have perfected for you your religion and completed My favor upon you and have approved for you Islam as religion.”

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”.

(Surah al-Maidah, ayat 3).

Allah hanya redha pada Islam, bukan pada agama atau fahaman lain, sama ada Kristian, Yahudi, Komunisme, Sosialisme, Buddha, Hindu, atau apa jua yang wujud di atas muka bumi ini.

5. Jadi, adakah kita akan sentiasa bermusuhan pada agama lain? Jangan salah faham. Islam mengajar kita bertoleransi dengan agama lain, tetapi ada LIMITASI toleransi itu. Kita boleh bertoleransi dalam muamalah atau perhubungan seharian seperti berkawan, pergi kuliah bersama-sama, study group secara bersama dan sebagainya.

Allah sendiri melarang kita semua (umat Islam) untuk mencerca agama lain.

Allah berfirman dalam surah Al An’am ayat 108 yang bermaksud :

“And do not insult those they invoke other than Allah , lest they insult Allah in enmity without knowledge.”

“ dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”
Tetapi apabila sampai bab Akidah atau kepercayaan, kita TIADA toleransi. Kita mempunyai prinsip yang tegas lagi kental iaitu meyakini dan mempercayai dengan sepenuhnya bahawa Islam adalah agama yang benar. Selain Islam (menyembah selain Allah atau menyekutukan Allah) adalah sesat dan perlu dibawa kepada Islam.

Prinsip kita bukan seperti lalang, sekejap kata Islam benar, sekejap kata agama lain benar, sekejap kata semua agama benar. Tidak sama sekali.

6. Saya berharap kepada kamu sahabat, sebelum meneliti buku-buku atau tulisan orang yang bukan Islam atau buku-buku golongan liberalis atau pluralis, kenapa tidak meneliti buku-buku yang ditulis ulama dan cendekiawan Islam yang sebenar. Sebelum kita memahami ajaran atau fahaman lain, fahamilah Islam itu sebaik mungkin dahulu.

Saya mencadangkan agar sahabat membaca buku Akidah Islam karangan Sayyid Sabiq, Kenapa Aku Menganut Islam karangan Fathi Yakan, dan beberapa lagi buku mengenai akidah tentang Islam. Juga baca buku tentang salah faham dan pemesongan terhadap Islam karangan Syed Qutb dan sebagainya.

Dan jika mahu berdiskusi, saya dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) sudi menghulurkan tangan kami dan kemampuan kami yang sedikit untuk kita sama-sama berbincang. Saya masih lagi pelajar di UKM. Moga kita sama-sama dapat kembali kepada fahaman Islam yang tulen, bukan fahaman Islam yang pluralitas.

Moga Allah redha.

Ahmad Shukery Azizan

Aktivis PEMBINA

0 comments:

Post a Comment

poster promo ikhwah
picture hosting