Sunday 11 May 2014

Tahniah Pimpinan PEMBINA UKM sesi 2014/2015


BANGI, 7 Mei – “Untuk bergerak dalam jemaah, pentingnya kita menjaga tarbiyah, kemudian ibadah dan ukhuwah. Tanpa ukhuwah, dakwah tak bergerak kerana apabila kita berdepan dengan masalah mudah sekali untuk futur di dalam jalan ini.”

Demikian kata saudara Azlan Wildan, Timbalan Presiden PEMBINA Bangi di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PEMBINA UKM yang bertempat di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi. Selaku jawatankuasa cawangan yang berpengalaman dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini, beliau tampil memberikan taujihat kepada ahli-ahli tanzim bagi sesi 2014/2015. Beliau juga mengingatkan pimpinan tentang peranan PEMBINA dalam mahasiswa.

“PEMBINA mempunyai misi untuk menentang agenda-agenda barat dan juga ingin membawa mahasiswa kepada tarbiyah yang sebenar.”

Beliau turut menegaskan core business PEMBINA adalah tarbiyah. Kepentingan mendidik dalam kalangan ahli PEMBINA adalah menjadi keutamaan supaya ahli-ahlinya terdidik dengan Islam sebenar. PEMBINA juga mempunyai empat pakej lain selain tarbiyah yang sesuai dengan minat mahasiswa. Antaranya, pakej rekreasi, kepimpinan, media dan bakti.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau mengucapkan tahniah buat pimpinan baru dan bakal Presiden baru PEMBINA UKM. Setelah itu, mantan Presiden sesi 2013/2014, saudara Amirul Hakimi Baderus memberi ucapan dan seterusnya menyerahkan amanah itu secara rasminya kepada saudara Hanafi Muidnudin, Pelajar Tahun 1 Falsafah dan Usuluddin. Manakala, bagi Ketua Beliawanis yang baru dijawat oleh saudari Nor Syamimi Che Johari, Pelajar Tahun 2 Sains Makanan dan Pemakanan.


Maisarah Bt. Mohd. Shahrain
Wartawan PEMBINA UKM

0 comments:

Post a Comment

poster promo ikhwah
picture hosting